Cintakan Allah Taala
http://www.tokkupasirgudang.blogspot.com/2010/10/cintakan-allah-taala.html
Dicatat oleh Mat Esa
Dunia bukalah tempat manusia bergembira dan bergelak ketawa. Ianya dijadikan oleh ALLAH sebagai negeri ujian dengan pelbagai bentuk dan jenis. Bermula dengan ujian ketaatan dan pencarian Tuhan pencipta sebenar sehinggalah ujian yang berupa kenikmatan dan kesedihan.
Manusia yang hanya melihat dunia sebagai negeri abadi dan akan berkekalan di sini hanyalah dibuai dengan mimpi palsu yang akan dikejutkan dengan kematian yang pasti berlaku kepada setiap yang bernyawa. bahkan bagi setiap makhluk yang selain daripada ALLAH.
ALLAH menjadikan benda di atas dunia ini sentiasa berubah. Daripada tiada kepada ada, kemudian kembali tiada. Daripada muda menjadi tua, daripada putik menjadi masak, daripada wangi menjadi busuk. Semuanya itu adalah isyarat yang jelas tentang kebinasaan makhlukNya.
Lihatlah bagaimana ALLAH Taala menjadikan cinta selain daripadaNYA adalah palsu. Seorang yang pernah menyintai seseorang, tiba-tiba berubah membencinya dengan cara yang luar biasa. Lihatlah bagaimana tugu cinta yang dibina oleh manusia hanyalah umpama sarang labah-labah. Kerana itulah cinta selain daripadaNYA tidak sekali-kali membawa bahagia. Tidakkah kita melihat seorang anak kecil yang sering memanggil dan menjerit nama ibunya setiap masa, tiba-tiba membenci ibunya di kala dewasa, demikian sebaliknya. Walhah mereka diikat dengan hubungan yang amat kukuh.
Semuanya itu mengukuhkan lagi keyakinan kita bahawa bercinta dengan makhluk dengan meninggalkan cinta kepada Khalik akan membawa kepada sengsara.
http://www.tokkupasirgudang.blogspot.com/2010/10/cintakan-allah-taala.html
Dicatat oleh Mat Esa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan