Istiqamah amal kebaikan inti pati ajaran Islam - by epondok
ALLAH SWT berfirman: “Sesungguhnya orang yang berkata: Tuhan kami adalah ALLAH dan kemudian mereka tetap di atas jalan yang betul, turunlah kepada mereka malaikat dengan berkata: Jangan kamu bimbang dan janganlah kamu berduka cita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang dijanjikan kepada kamu. Kamilah penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari itu apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. Sebagai sambutan penghormatan daripada ALLAH Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah Fussilat, ayat 30-32)
Daripada Abu Amru atau Abu Amrah, nama sebenarnya Sufyan bin Abdullah: “Saya berkata: Wahai utusan ALLAH, ajarkan saya satu ucapan berkenaan Islam yang tidak perlu saya bertanya kepada orang lain lagi. Nabi Muhammad menjawab: Saudara ucapkan, saya percaya kepada ALLAH. Kemudian saudara berikan komitmen saudara pada ucapan itu.” (Riwayat Muslim)
Amalan dilakukan berterusan
Nabi Muhammad bersabda: “Dekatkan diri saudara kepada ALLAH dengan melakukan amalan secara sederhana, kemudian saudara berikan komitmen saudara pada amalan itu dengan melakukannya secara berterusan.
Abu Hurairah berkata, Nabi Muhammad bersabda: “Dekatkan diri saudara kepada ALLAH dengan melakukan amalan secara sederhana, kemudian saudara berikan komitmen saudara pada amalan itu dengan melakukannya secara berterusan.
Ketahuilah tidak ada seorang pun yang dapat diselamatkan oleh amalannya itu. Sahabat bertanya: Bagaimana pula dengan tuan wahai utusan ALLAH? Saya pun begitu juga melainkan sekiranya ALLAH melindungi saya dengan rahmat-Nya dan kebaikan-Nya, jawab Nabi Muhammad.” (Riwayat Muslim)
Ulama berpendapat makna komited atau istiqamah ialah sentiasa melazimkan diri mentaati ALLAH. Istiqamah adalah inti pati ajaran Islam.
Firman ALLAH SWT bermaksud: “Oleh itu, hendaklah kamu (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul seperti yang diperintahkan kepadamu.” (Surah Hud, ayat 112)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan