Puasa Syariat....Puasa Kerohanian....Apa itu?
Hiasan sahaja |
Puasa syariat
adalah menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh daripada terbit fajar
hinggalah terbenam matahari. Puasa kerohanian
selain yang demikian ditambah lagi memelihara pancaindera dan fikiran daripada
perkara-perkara yang keji. Ia adalah melepaskan segala yang tidak sesuai, zahir
dan batin. Rosak sedikit sahaja niat mengenainya rosaklah puasa rohani. Puasa
syariat terikat dengan masa sementara puasa rohani pula berkekalan di dalam
kehidupan sementara ini dan kehidupan abadi di akhirat. Inilah puasa yang
sebenar.
Nabi s.a.w bersabda, “Ramai orang yang berpuasa tidak
mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga”. Puasa syariat ada
waktu berbuka tetapi puasa rohani berjalan terus walaupun matahari sudah
terbenam, walaupun mulut sudah merasakan makanan. Mereka adalah yang menjaga
pancaindera dan pemikiran bebas daripada kejahatan dan yang menyakitkan orang
lain.
Untuk itu Allah telah berjanji, “Puasa adalah amalan
untuk-Ku dan Aku yang membalasnya”. Mengenai dua jenis puasa itu Nabi s.a.w
bersabda, “Orang yang berpuasa mendapat dua kesukaan. Pertama bila dia berbuka
dan kedua bila dia melihat”. Orang yang mengenali zahir agama mengatakan
kesukaan yang pertama itu ialah kesukaan ketika berbuka puasa dan ‘kesukaan
apabila mereka melihat’ itu ialah melihat anak bulan Syawal menandakan hari
raya.
Orang yang mengetahui makna batin bagi puasa mengatakan
kesukaan berbuka puasa ialah apabila seseorang yang beriman itu masuk syurga
dan menikmati balasan di dalamnya, dan kesukaan yang lebih lagi ialah ‘apabila
melihat’, yang bermaksud apabila orang yang beriman melihat Allah dengan mata
rahsia bagi hati.
Lebih berharga daripada dua jenis puasa itu ialah puasa yang
sebenarnya (puasa hakikat), iaitu mengelakkan hati daripada menyembah sesuatu
yang lain dari Zat Allah. Ia dilakukan dengan mata hati buta terhadap semua
kewujudan, walaupun di dalam alam rahsia di luar daripada alam dunia ini,
melainkan kecintaan kepada Allah, kerana walaupun Allah menjadikan
segala-galanya untuk manusia, Dia jadikan manusia untuk-Nya, dan Dia berfirman:“Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya”.
Rahsia itu ialah cahaya daripada cahaya Allah Yang Maha Suci. Ia adalah pusat atau jantung hati, dijadikan daripada sejenis jisim yang amat seni. Ia adalah roh yang mengetahui segala rahsia-rahsia yang hak. Ia adalah hubungan rahsia di antara yang dicipta dengan Pencipta. Rahsia itu tidak cenderung dan tidak mencintai sesuatu yang lain daripada Allah.
Rahsia itu ialah cahaya daripada cahaya Allah Yang Maha Suci. Ia adalah pusat atau jantung hati, dijadikan daripada sejenis jisim yang amat seni. Ia adalah roh yang mengetahui segala rahsia-rahsia yang hak. Ia adalah hubungan rahsia di antara yang dicipta dengan Pencipta. Rahsia itu tidak cenderung dan tidak mencintai sesuatu yang lain daripada Allah.
Tidak ada yang berharga untuk diingini, tiada yang dikasihi
di dalam dunia ini dan di akhirat, melainkan Allah. Jika satu zarah sahaja
daripada sesuatu memasuki hati selain kecintaan kepada Allah, maka batallah
puasa hakikat. Seseorang perlu memperbaharuinya, menghadapkan segala kehendak
dan niat kembali kepada kecintaan-Nya, di sini dan di akhirat. Firman Allah,
“Puasa adalah untuk-Ku dan hanya Aku yang membalasnya”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan