بسم الله الرحمن الرحيم
Kalau bukan kerana Rasulullah ﷺ , nescaya tiadalah alam ini. Wujudnya kejadian alam ini. Alas kaki Nabi Muhammad ﷺ itu agung di atas kepala seluruh alam semesta, dan segenap makhluk itu semuanya berada di bawah bayangnya.
Ketika di bukit Tursina, Sayyidina Musa as diperintah supaya menanggalkan alas kakinya, sedangkan Nabi Muhammad ﷺ biarpun berada pada jarak yang lebih dekat tidak diminta supaya ditanggalkan alas kakinya.
Lambang yang meniru sandal asli Sang Rasul yang termulia itu membuatkan bintang-bintang berangan-angan untuk menjadi tanah, agar dipijak olehnya. Madu-madunya, tujuh petala langit semuanya cemburu, dan mahkota-mahkota raja semuanya merasa hasad padanya.
Lambang Sepatu Al-Mustafa itu tiada bandingannya, ianya merupakan kerehatan bagi ruh dan kecerahan bagi mata bagi para perindunya. Sangatlah mulia lambang na'al yang agung ini. Kerananya, semua kepala berharap alangkah baiknya jikalau dapat menjadi alas kaki Baginda ﷺ.
Apabila aku melihat Allah (Ad-Dahr) mula memerangi manusia kerana kemaksiatan mereka aku menjadikan alas kaki pemiliknya yang mulia sebagai perisai mengingati si pemiliknya bagai tembok yang kukuh di mana aku berasa aman dengannya.
Aku berkhidmat pada lambang na'al Al-Mustafa, supaya mengharap dapat hidup di dunia dan akhirat di bawah bayang-bayangnya. Berbahagianya Saidina Abdullah Ibn mas'ud r.a. kerana khidmatnya pada na'al Baginda Yang sebenar. Dan berbahagialah bagi mereka, yang berkhidmat pada lambangnya secara simbolik. Yakni berkhidmat dengan membawa agama yang dibawa Rasulullah ﷺ .
Antara Bait-bait Syair Shaykh Yusuf Al-Nabhani yang diletakkan di dalam Na'al Al Mustofa;"
ألفُ ألفِ صَلَاةٍ وَألفُ ألفِ سَلَامٍ عَلَيْكَ يَا صَاحِبَ اْلنَعْلَيْن .
Sejuta selawat dan sejuta salam untukmu wahai yang memiliki sepasang Na'al yang mulia.
Sesungguhnya bukanlah pada lambang itu yang aku rindui, tetapi pada si dia yang memakai Na'al itu yang aku rindukan. Kita umatnya dimuliakan oleh cinta yang agung kerana kita memuliakan si pemilik Na'al ini yang sungguh mulia. Secara zahirnya ia adalah na'al, namun pada hakikatnya ianya itu adalah mahkota .
Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan