Isnin, 13 September 2021

KISAH ABDULLAH BIN MUBARAK DAN HAJI-NYA YANG AJAIB

 

Gambar hiasan

Dalam sebuah kisah yang lain, Abdullah bin Mubarak telah membuat persiapan untuk berangkat mengerjakan haji. Beliau telah bertolak dari Baghdad untuk memulakan  perjalanan, beliau sempat bermalam di kota Kufah. Keesokan harinya, ketika ingin menyambung perjalanan ke Mekah, Abdullah ternampak seorang wanita tua sedang membelek timbunan sampah,kemudian mengambil darinya seekor bangkai itik, lalu dicabut-cabut bulunya seolah-olah ingin disediakan untuk juadah.

Abdullah segera menegur wanita itu. “Hai makcik, adakah itu bangkai itu telah disembelih?”. Jawab makcik itu. “ Ianya bangkai, aku sedang menyiapkannya untuk dimasak”.

Abdullah “Apakah berani engkau melanggar perintah rasulullah SAW, bahawa bangkai itu haram dimakan?”. Makcik hanya berdiam.

“Ya, saya sekali tidak menafikan kebenaran hukum itu. Akan tetapi saya dan anak-anak sudah tiga hari tidak makan apa-apa. Kami perlukan sesuatu untuk dimakan. Saya tidak meminta-minta sedekah kerana kami dari keturunan Rasulullah ” Ujar makcik penuh kesedihan.

Abdullah bin Mubarak lantas berkata. “Mak cik, haram tetap haram. Nah, mak cik ambillah segala harta yang saya bawa ini sebagai hadiah dan gunakanlah ia untuk mencukupi keperluan keluargamu.” Lalu diserahkan segala yang ada pada dirinya, kenderaan dan semua kelengkapan untuk menuju ke Mekah. Tinggallah beliau sehelai sepinggang.

Abdullah terpaksa membatalkan hasrat untuk menuju ke tanah suci. Baginya hadiah itu lebih mustahak untuk dilakukan dan mak cik  itu amat memerlukan pertolongan lebih-lebih lagi dia adalah dari keturunan Rasulullah saw. Beliau akhirnya berpatah balik ke negeri asalnya berjalan kaki.

Beliau menjalani kehidupan seperti biasa sehinggalah musim haji selesai dan rombongan haji telah selamat pulang. Mereka berjumpa dengan Abdullah bin Mubarak dan mengucapkan tahniah dan selamat di atas ibadah hajinya.

Abdullah  “Maaf, saya sebenarnya tidak jadi mengerjakan haji.” Ujarnya pasrah.

“Mana mungkin begitu, kami berjumpa denganmu ketika tawaf, ada di antara kami yang jumpa kamu di Arafah, ada yang ketika melontar jumrah, dan kamu banyak membantu jemaah yang lemah !”.

Orang lain pula bersuara “Kamu bersama kami mengerjakan haji, dan kamu sendiri telah menginfakkan harta yang banyak kepada golongan memerlukan disana. Sungguh hebat hajimu.” 

Abdullah semakin hairan. Penafiannya tidak diterima membuatkan seharian beliau memikirkan hal tersebut sehinggalah beliau tertidur pada malam itu.

Di dalam mimpi tersebut Abdullah bin Mubarak berjumpa dengan Rasulullah saw , berkata kepadanya “ Wahai Abdullah, disebabkan engkau telah mengambil berat kepada salah seorang keturunanku, Allah telah menerima sedekahmu kepadanya dan melantik seorang malaikat yang akan menyerupaimu untuk mengerjakan haji untukmu setiap tahun hingga hari Qiamat”.

Kisah diatas memberi pengajaran kepada kita bahawa ganjaran yang besar dari Allah untuk orang yang sanggup berkorban untuk menyempurnakan hajat saudaranya dan kisah ini juga memaparkan kelebihan memuliakan ahli keluarga Rasulullah saw.

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...