HABIB NAQJAMUDDIN SYED OTHMAN AL KHERED mengatakan:
"Di zaman kita sekarang, ada yang mengatakan sikit sikit qasidah sikit sikit maulid. Kalau ada yang kata sikit-sikit maulid, sikit-sikit qasidah. Maulid tak perlu. Kan lebih baik ilmunya terus sahaja." "Sebenarnya ini hiburan zahir pada hati.
Tapi maaf cakap, orang di zaman kita sekarang diajar banyak tengok hiburan di televisyen itu walaupun ceritanya berulang-ulang kali dilihat. Tidak jemu pun melihatnya." "Hiburan semacam itu yang memberikannya tenang. Kita dah terbiasa dengan hiburan semacam itu. Buka sahaja televisyen siarannya dua puluh empat jam.
Allah سبحانه وتعالى, berfirman; Zikir itu menenangkan Hati. Tapi ada orang dengar zikir hati tak tenang-tenang. Cerita pasal maulid salah.
Di dalam maulidkan ada selawat ada zikir. Bukankah itu baik. Allah سبحانه وتعالى kata zikir itu buat hati kita tenang."
"Maaf cakap, kita sudah terbiasa dengan hiburan itu. Lebih rela tengok lawak-lawak gelak terbahak-bahak. Bukankah banyaknya ketawa itu mematikan hati. Ini orang yang ada sakit. Tak sedar hatinya ada penyakit."
"Cuba kalau tutup televisyen itu seminggu. Dengar qasidah, selawat, pasti merasakan keseronokkan dan kelazatannya. Kalau orang itu sukakan seseorang pasti dia tidak jemu. Semua tentangnya pun kita suka. Begitu juga Rasulullah صلی الله عليه وسلم .
Kalau kita cinta dan sayang Rasulullah صلی الله عليه وسلم semua tentangnya kita akan suka."
"Tengok anak-anak kita? Apa yang sedang mereka puja hari ini? Apa yang mereka suka pada hari ini? Apa yang ditarik dan menarik hati mereka? Semuanya telah dirancang rapi oleh musuh Islam untuk menjauhkan Ummat Islam itu daripada Nabi Muhammad صلی الله عليه وسلم ."
"Kenalkanlah idola kita yang sebenar Nabi Muhammad صلی الله عليه وسلم
Tiada ulasan:
Catat Ulasan