Kitab Syamail Muhammadiyyah : Bab Wangian Rasulullah
Muqaddimah
๐ Syamail Muhammadiyyah: Budi Pekerti Rasulullah, Akhlak Mulia Rasulullah
๐ Allah berfirman (yang bermaksud) tentang akhlak nabi, "Sesungguhnya pada dirimu (hai Muhammad) memiliki akhlak yang mulia)."
๐ Rasul dijadikan sebagai nabi untuk diteladani akan akhlaknya.
๐ Sebelum kita fikir siapa yang patut kita teladani, Allah telah mula-mula sediakan siapakah yang patut diteladani. Pilihan manusia belum tentu baik tapi pilihan Allah sudah tentu baik.
๐ Alangkah bertuah kita menjadi umat Rasulullah, alangkah bertuah kita dijadikan sebagai ikutan kepada baginda Rasulullah SAW.
๐ Al-Quran tidak habis maknanya. Terlalu banyak yang tersingkap di dalamnya. Begitu juga dengan akhlak baginda SAW. Sebanyak mana orang yang menceritakan tenatg akhlak nabi, walaupun sampai habis waktu sekalipun, masih ada yang tidak cukup. Habib Ali Al Habsyi berkata, "Sebanyak mana saya ceritakan tentang akhlak Rasulullah, belum smpai 1/10 lagi. Ini bererti terlalu banyak kebaikan yang ada pada diri baginda.
✏️Bab Wangian Rasulullah
๐ Rasulullah memakai wangian yang dipakai oleh lelaki, iaitu bau yang kuat.
๐ Anas bin Malik berkata, "Tidak pernah aku menemui wangian yang lebih wangi dari keringat (peluh) Rasulullah."
๐ Nabi SAW sudah wangi tanpa menyapu minyak wangi. Tetapi kenapa baginda masih memakai minyak wangi? Kerana baginda menyuruh kita utk berwangian.
๐ Masjid adalah tempat untuk beribadah. Harus diletakkan wangian di dalamnya untuk memberi keselesaan pada orang lain untuk beribadah. Adapun sekiranya memakan makanan yang boleh mengundangkan ketidakselesaan orang lain beribadah di masjid, maka tidak perlu datang ke masjid.
๐ Ada adab ketika bercakap. Hatta ketika membaca Al-Quran sekalipun, jangan membaca dengan bau mulut yang tidak enak.
๐ Antara wangian Rasulullah ialah Gaharu dan Anbar.
๐ Siapa yang diberi minyak wangi, jangn ditolak kerana ia bersifat ringan dan wangi.
๐ Jika kita tolak pemberian orang lain, ia akan menyalahi adab. Jangan merendah-rendahkan pemberian orang lain. Antara salah satu adab yang sering nabi berpesan ialah, tidak boleh menghampakan orang lain ketika dia memberi hadiah hatta minyak wangi.
๐ Nabi SAW mengharapkan kebaikan pada hal-hal yang baik. Jika nak beri nama anak, beri nama yang baik-baik. Jika beri nama yang maksudnya tidak baik, takut-takut maknanya itu memberi kesan pada anak itu. Contoh, apa maksud Jessica? Itu nama tidak mempunyai makna.
๐ Nabi menceritakan adab wanita dalam berwangian :
1-Jangan pakai minyak wangi untuk dihidu oleh orang lain (ajnabi)
2-Wangian untuk keharmonian rumah tangga.
3-Tidak melampau dalam berwangian.
๐ Allah berfirman yang bermaksud, "Jangan hampiri zina." Jadi, apa-apa yang boleh mendekati zina , itu haram. Jika melihat pada sesuatu dengan penuh hawa nafsu, maka mata itu telahpun terjebak dengan zina.
๐ Fitnah akhir zaman tentang perempuan ialah, "Mereka berpakaian tetapi telanjang."๐ Perempuan yang tidak menutup aurat, tidak akan hidu bau syurga. Belum masuk syurga lagi, sudah tidak dapat hidu bau syurga. Allah Allah.
๐ Rasulullah SAW memberi keringanan sekiranya ada wanita yang melalui jalan yang ada lelaki, dan jubahnya yg terlalu labuh sehingga terkena najis, maka tidak mengapa jika dibawa solat. Najis itu tidak dikira. Hal ini demikian kerana, wanita itu ingin menjaga aurat kakinya dari menyingkap jubahnya. Sungguh besar ganjaran bagi wanita yang benar-benar menjaga aurat.
๐ Setiap apa yang nabi bicara itu baik. Nabi tidak bicara apa yang tidak perlu.
๐ Jika nabi kagum akan sesuatu, nabi mengangkat tangan, sekiranya nabi marah, nabi memalingkan wajah daripada orang itu, tidak mempedulikan orang itu atau terus memaafkan.
๐ Sahabat adalah orang yang hidup sezaman dengan nabi, beriman dengan nabi dan meninggal dalam keadaan beriman. Bukan digelar sahabat pada zaman nabi bagi mereka yang hidup sezaman dengan nabi tapi tidak beriman dengan nabi dan mati dalam keadaan tidak beriman.
๐ Orang yang sibuk dengan Allah, dia tidak pernah beristirehat.
๐wallahua'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan