Jumaat, 17 September 2021

Kisah Saidina Jaafar Si Burung Syurga.

Setelah merasakan semua nikmat dekat syurga tu, beliau tetap terasa akan kekurangan,kegusaran.. Allah kurniakan Saidina Jaafar dengan 2 sayap, maka beliau boleh terbang ke mana-mana.

Namun hatinya tetap pada Rasulullah, di dalam syurga pun menangis nak jumpa Rasulullah seakan tidak tenang bila tiada insan itu di sampingnya.

Saidina Ja'far meminta pada Allah untuk bertemu Rasulullah.. Rasulullah masih hidup.. lalu Allah berkata pada Saidina Ja'far, "pergilah engkau terbang dengan sayap itu bersama sekumpulan para malaikat,"

Betapa gembiranya Saidina Ja'far.. Rasulullah sedang mengajar.

Tiba-tiba Rasulullah ucapkan, "waalaikassalam," lalu sahabat bertanya, kepada siapa tuan menjawabkan salam?

Kehairanan para sahabat semua,

Baginda jawab, "kepada Ja'far yang datang daripada syurga, sesungguhnya dia merindui aku,"

Berderai air mata para sahabat.. orang dah duduk dalam syurga yang punyai pelbagai nikmat.. tetap cari, tetap kasihi insan bernama MUHAMMAD🌹

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...