Isnin, 9 Januari 2012
TINGGALKANLAH ORANG-ORANG YANG BODOH ITU…
Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata: “Jika anda diuji dengan orang-orang yang dungu, maka serahlah jasadmu dan pergilah bersama rohmu, jauhi dan pergi, pasang telinga tuli dan mata buta, hingga ALLAH memberikan jarak antara dirimu dengan dirinya.”
Ingatlah firman ALLAH yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batasan.”
Ingatlah firman ALLAH yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batasan.”
( Al-Kahfi :28 )
Rabu, 4 Januari 2012
TINGKATKAN KUALITI HATI
Kita harus memperbaiki kualiti hati sebagaimana kita menjaga jasad kita keseluruhannya. Kita mungkin prihatin dalam soal menjaga kesihatan fizikal dengan memastikan pengambilan makanan kesihatan, beriadah dan sebagainya. Namun begitu mungkin kita kurang memberi perhatian kepada anggota yang dominan dalam menentukan tindak tanduk kita iaitu hati.
Peranan hati digambarkan dalam potongan hadis bermaksud: “ .........apabila segumpal daging ( hati ) itu baik, maka menjadi baik pula seluruh tubuhnya..”.
(HR Bukhari)
Oleh itu, adalah menjadi perkara utama dalam kehidupan kita unbtuk mempastikan hati kita berkualiti. Hanya hati yang berkualiti sahaja yang mampu melahirkan amal kebaikan mengajak kepada makruf dan menghalang melakukan kemungkaran.
Untuk tujuan itu perlulah kita mengenali kaedah memperbaiki kualiti hati , iaitu;
1- BERZIKIR – Manfaat zikir bagi hati sangatlah besar. Umpama ikan memerlukan air untuk hidup. Begitu juga hati akan hidup bila diberikan makanan berupa zikir kepada Allah. Orang yang berzikir dengan penuh kekhusyukan akan menghidupkan hatinya. Hati akan bercahaya, selamat daripada kerosakan dan kematian.
Amat malang sekali bila hati sudah mati, walaupun jasad pada hakikatnya masih hidup tetapi ia tidak berguna di sisi Allah. Tidak berupaya melihat kebenaran. Tidak mampu melihat kebesaran Allah. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang berzikir (menyebut dan mengingati) Tuhannya dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati.
(HR : Bukhari)
2- MENGINGAT MATI – Barangkali kita malas untuk mengingat kematian kerana kematian akan menurunkan keghairahan kita untuk merebut kemewahan dunia. Mungkin ramai yang melihat kematian ini merupakan satu takdir yang akan tetap dihadapi. Tidak perlu fikir. Hidup ini perlu diteruskan.
Kalau kita renung kehidupan kita ini, berapa lamakah kita boleh bertahan. Paling panjangpun mungkin umur kita menjangkau 80 tahun…? Tetapi selepas itu kita akan menghadapi suatu kehidupan di akhirat yang berkekalan. Wajarkah atau berbaloikah kita hanya senang, mewah, seronok, bahagia hanya dalam jangkamasa yang singkat sahaja di dunia ini? Sedangkan dalam kehidupan kita yang berkekalan di akhirat kita terpaksa bergelumang di dalam azab ALLAH.
Orang yang mengingat kematian akan sedikit berangan-angan, banyak beramal kebaikan dan memiliki rasa takut yang besar untuk berbuat dosa. Rasulullah S.A.W. memerintahkan kita mengingatkan kematian dengan bersabda yang bermaksud: “Perbanyakkanlah mengingati penghancur kenikmatan iaitu kematian.
(HR Tirmidzi)
Said bin Jubair berkata: “Sekiranya hatiku berpisah dari mengingat kematian, maka aku benar-benar khuatir hal itu dapat merosak hatiku.”
3- ZIARAH KUBUR – Ziarah kubur akan mengingatkan kita perjalanan hidup ini. Satu proses kehidupan bermula dari alam ruh. Kemudian berpindah ke alam rahim di dalam perut ibu kita. Seterusnya kita menghirup kehidupan dunia dalam jangka waktu yang telah ditetapkan ALLAH.
Dalam kehidupan dunia ini kita akan mencari bekalan sebanyak-banyaknya untuk menghadapi satu kehidupan yang berkekalan. kIta perlu selalu ‘bersoal jawab’ dengan diri kita. Melihat ‘penyata untung (pahala) dan rugi (dosa)’ berkaitan amalan harian,bulanan dan tahunan kita.
Aktiviti ziarah kubur ini akan menyuntik semangat untuk meningkatkan amal kebaikan yang akan menerangi dan menghidupkan hati. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Dulu aku pernah melarangmu ziarah kubur. Sekarang berziarahlah ke kubur, kerana ia akan melembutkan hati, menitiskan air mata, mengingatkan akhirat, dan membuatkan kamu tidak mengucapkan perkataan yang buruk.”
(HR Al Hakim)
Ada di kalangan orang-orang yang soleh seperti Shafwan bin Sulaim yang sering mengunjungi perkuburan Baqi’ apabila merasakan hatinya mulai keras. Ia bukan hanya mengunjugi kubur saudara atau keluarga sendiri sahaja.
4- MENGUNJUNGI ORANG SOLEH – Mengunjungi orang yang soleh dan melihat amal kebaikan mereka sangatlah memberi manfaat kepada hati kita. Jaafar bin Sulaiman berkata, “Apabila aku mendapati hatiku mulai mengeras, aku pergi melihat wajah Muhammad bin Wasi’. Ia seolah-olah menjadi pelipur lara bagiku.” Rasulullah S.A.W. bersabda: ” Perumpamaan teman duduk yang soleh itu seperti penjual minyak wangi. Jika ia tidak memberimu sebahagian dari minyak wanginya, maka kamu sudah mendapatkan bau yang wangi darinya.”
(HR Abu Dawud)
5- MENGASIHI ORANG MISKIN DAN MENYAYANGI ANAK YATIM
Apabila mengasihi orang miskin dan menyayangi anak yatim, hati kita akan menjadi lembut, tawadhu’; jauh dari keangkuhan, kesombongan dan kekesatan hati. Rasulullah S.A.W. bersabda: “Apakah kamu ingin hatimu menjadi lembut dan dapat memenuhi hajatmu? Sayangilah anak yatim, usaplah kepala mereka, dan berikan kepada mereka sebahagian dari makananmu, nescaya hatimu akan menjadi lembut dan dapat memenuhi hajatmu.”
( HR Thabrani)
Rujukan: Fakhruddin Nursyam .LC, Syarah Lengkap Arba’in Ruhiyah Refleksi 40 hadis Rasulullah saw, Bina Insani Press Solo, Solo. 2007.
KISAH KESABARAN IBRAHIM ADHAM
![]() |
| gambar hiasan |
Kisah tentang seorang wali Allah yang tidak asing lagi dalam dunia Islam, Sayyidi Ibrahim bin Adham radhiyallahu'anh. Kisah ini dipetik dan diolah kembali daripada kitab "Kanzul Minan 'Ala Hikami Abi Madyan", yakni sebuah kitab yang mensyarahkan Hikam Abi Madyan radhiyallahu'anh yang telah disusun/ diterjemah oleh Syeikh Daud Abdullah al-Fatani.
Pada suatu hari, Sayyidi Ibrahim bin Adham sedang berjalan-jalan di pasar. Kemudian, beliau bertembung dengan seorang tentera. Mungkin diakibatkan oleh salah faham, atau mungkin diakibatkan oleh sikap tentera itu yang mahu menunjuk-nunjuk kuasanya, tentera tersebut telah memukul kepala Ibrahim bin Adham beberapa kali. Pada ketika itu, tentera itu tidak mengetahui bahawa yang dipukulnya itu adalah Ibrahim bin Adham. Sayyidi Ibrahim bin Adham langsung tidak membalas pukulan tersebut bahkan beliau hanya bersabar dengan perbuatan tentera tersebut.
Setelah kejadian tersebut berlaku dan Sayyidi Ibrahim bin Adham pun berlalu, maka sampailah pengetahuan kepada tentera tadi bahawa yang dipukulnya tadi adalah Ibrahim bin Adham. Tentera tersebut dengan segera mendapatkan Ibrahim bin Adham serta terus meminta maaf dengan bersungguh-sungguh kepada beliau. Ibrahim bin Adham lantas menyatakan kepada tentera itu, "Semenjak daripada pukulan pertama engkau kepadaku, aku telah berdoa agar Allah mengampunkan dosa engkau.”
Tentera itu agak kehairanan dengan doa Sayyidi Ibrahim bin Adham tersebut, kerana perbuatan biadabnya terhadap Ibrahim bin Adham dibalasi dengan kemaafan daripada Ibrahim bin Adham. Tentera itu lantas bertanya kepada Ibrahim bin Adham, "Kenapa memaafkanku wahai tuan?”
Lantas dijawab oleh Sayyidi Ibrahim bin Adham, "Masakan tidak. Disebabkan pukulan daripada engkau dan aku bersabar dengannya, maka aku akan dimasukkan ke dalam syurga. Maka seharusnyalah aku berterima kasih kepada engkau. Justeru itu aku balasi dengan doa semoga Allah mengampuni kesilapan engkau.”
Semenjak daripada saat itu, tentera itu terus beradab dengan Sayyidi Ibrahim bin Adham dan menjadi anak murid beliau.
Begitulah contoh akhlak dan sikap seorang wali Allah, seorang yang mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa ta'ala. Seharusnya kita sebagai orang Islam berusaha untuk mencontohi akhlak mulia yang ditunjukkan oleh para 'ulama dan awliya' yang semuanya pada hakikatnya adalah merupakan limpahan daripada cahaya Rasulullah sallallahu 'alayhi wassalam.
Wallahu’alam
-Artikel.iluvislam.com
Selasa, 3 Januari 2012
SIAPAKAH ORANG-ORANG YANG MENDAPAT MUSIBAH TERBESAR?
![]() |
| Gambar Hiasan |
Dari Sa’ad, beliau berkata: bahawa Rasulullah telah bersabda;
“Manusia yang paling berat ujiannya adalah para Nabi, kemudian orang-orang shalih yang meneladaninya. Seseorang akan diuji menurut kekuatan agamanya (imannya), apabila agamanya kuat maka makin berat ujiannya, apabila agamanya kurang kuat maka dia diuji menurut kadar kekuatannya, dia akan diuji terus, sehingga dia berjalan di muka bumi dalam keadaan bersih ( tidak berdosa)”.
Langgan:
Catatan (Atom)
AKHiRAT DIDAHULUKAN...
قال الامام القدوة عون بن عبد الله رحمه الله: إن من كان قبلنا كانوا يجعلون لدنياهم ما فضل عن آخرتهم، وإنكم اليوم، تجعلون لآخرتكم ما فضل عن د...
-
TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG dapat dikesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu sama ada sombong keterlaluan, sederhana atau ringan. Te...






