Khamis, 15 September 2011
Isnin, 12 September 2011
BENTUK PERIBADI ISLAM MELALUI TADARUS AL-QURAN
Datuk Harun Taib |
Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Islam menganjurkan umatnya agar bertadarus membaca al-Quran. Ia berdasarkan kepada apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Jibril berdasarkan sebuah hadis yang maksudnya: Daripada Ibn Abbas r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah. Baginda sangat pemurah khususnya dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya. Jibril menemuinya pada setiap malam dalam bulan Ramadhan lalu bertadarus al-Quran dengan baginda." (Hadis riwayat Bukhari). Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah dari rumah-rumah Allah - mereka membaca kitab Allah dan bertadarus di antara mereka - melainkan turun kepada mereka ketenangan, diliputi dengan limpahan rahmat, dilingkungi oleh para malaikat dan dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan (malaikat) yang ada disisinya." (Hadis riwayat Abi Daud). Menurut Mohd Shamsul Haqqil 'Azim, penulis kitab Aunul Ma'bud, maksud tadarus dalam hadis di atas ialah berkongsi membaca al-Quran di antara satu sama lain. Jelasnya, tadarus al-Quran adalah merupakan syiar yang diamalkan semenjak zaman awal Islam. Hasil daripada syiar inilah terbentuknya keperibadian Islam yang sebenarnya. Antara ciri-ciri keperibadian Islam adalah mempunyai akidah yang benar, ibadat yang betul, akhlak yang mulia, teratur dalam setiap urusannya, disiplin menggunakan waktu dan bermanfaat kepada orang lain. Justeru, seseorang yang mempunyai keperibadian Islam tidak akan meninggalkan syiar tadarus ini. Ia adalah merupakan amalan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat bahkan diberikan kelebihan yang banyak oleh Allah SWT. Ketenangan dan limpahan rahmat daripada Allah hasil daripada tadarus ini menjadikan seseorang itu mempunyai keperibadian yang istimewa dan tersendiri berbanding dengan mereka yang tidak bertadarus. Dengan bertadarus, seseorang akan lebih rapat dengan al-Quran. Ia menjadi temannya yang akrab, menunjukkan jalan yang lurus dan menegurnya jika melakukan kesalahan. Generasi para sabahat r.a. lahir daripada keakraban ini. Bermula dengan keruntuhan akhlak dan moral sehingga digelar hidup dalam masyarakat jahiliyyah akhirnya menjadi peribadi insan yang mulia yang digelar sebagai generasi al-Quran yang unik. Pun begitu, bertadarus tanpa beramal dengan isi kandungan al-Quran merupakan satu penyakit yang wujud di kalangan umat Islam yang merosakkan keperibadian muslim. Mereka tidak menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan. Firman Allah yang maksudnya: Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku Sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan Yang ditinggalkan, tidak dipakai". (Al-Furqan: 30). Sebagai contoh kesan daripada bertadarus al-Quran sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah al-Jumuah ayat 2 yang bermaksud: “Dialah yang mengutus seorang rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri,yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menyucikan ( jiwa ) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah ( sunnah ),meskipun sebelumnya,mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata.” Ayat ini menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. dalam keadaan ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis akhirnya apabila alQuran diturunkan nabi membaca dan mengajar kepada sahabat-sahabatnya maka kesan daripada tindakan itu lahir satu generasi seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Bin Affan, Ali bin Abi Talib dan Abdur Rahman bin Auf. Walaupun mereka itu pada zaman jahiliyah tergolong dalam golongan yang sesat. Oleh kerana itulah tadarus al-Quran merupakan satu amalan yang dituntut untuk diamalkan oleh seluruh umat Islam khususnya para pendokong pejuang Islam supaya memahami tuntutan Islam itu melalui al-Quran itu sendiri. Wallahua’lam |
KISAH SAYANGNYA SYAIDINA HAMZAH PADA RASULULLAH S.A.W.
BAPA saudara Nabi MUHAMMAD s.a.w. yang bernama Saiyidina Hamzah adalah seorang yang sangat gagah dan berani. Semasa kecil, Nabi MUHAMMAD s.a.w. dan Saiyidina Hamzah adalah dua saudara yang paling rapat hubungannya. Malah Saiyidina Hamzahlah orang yang paling banyak sekali mengetahui akan kelebihan yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w.
Sebelum beliau memeluk agama Islam, Saiyidina Hamzah adalah seorang penyembah berhala dan kegemarannya ialah berburu binatang. Hampir setiap hari Saiyidina Hamzah menghabiskan masnya dengan berburu di padang pasir.
Meskipun Rasulullah s.a.w. menyebarkan agama Islam, Saiyidina Hamzah adalah seorang penyembah berhala, namun ini tidak menjejaskan hubungan mereka berdua. Saiyidina Hamzah tidak begitu terburu-buru memeluk agama Islam meskipun dia tahu agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. itu adalah benar. Dalam pada itu walaupun mereka berbeza anutan tetapi Saiyidina Hamzah tidak suka diri Rasulullah s.a.w. dimaki hamun oleh kaum Quraisy musyrikin.
Diriwayatkan , pada suatu hari sekembalinya Saiyidina Hamzah dari berburu salah seorang pembantu rumahnya berkata kepada beliau: “Tuan…tadi saya baru saja melihat anak saudara tuan MUHAMMAD duduk-duduk di kaki bukit Safa bersendirian, tiba-tiba datanglah Abu Jahal dan terus memukul MUHAMMAD dan ditariknya sekuat-kuat hatinya kemudian dihempasnya ke tanah sehingga anak saudara tuan itu tidak berdaya”. Saiyidina Hamzah berasa terkejut, kemudian dia bertanya: “Apakah benar engkau melihat peristiwa itu dengan mata kepala engkau sendiri?”. “Benar tuan, saya melihat dengan mata kepala saya sendiri dan tidak ada seorang pun yang menolong MUHAMMAD. Saya berasa kasihan melihat anak saudara tuan itu kerana dia tidak bersalah apa-apapun.”
Sebaik saja mendengar berita itu, secara tiba-tiba muka Saiyidina Hamzah bertukar menjadi merah padam. Dengan perasaan marah yang meluap-luap Saiyidina hamzah terus keluar untuk mencari Abu Jahal. Sepanjang perjalanan itu hatinya berkata: “Kalau aku diamkan saja perbuatan Abu Jahal ini, nescaya akan matilah anak saudaraku itu. Aku tidak akan membiarkan sesiapa pun melakukan sebarang kekerasan terhadap MUHAMMAD”.
Dengan perasaan yang geram, dia terus pergi ke Masjidil Haram untuk mencari orang yang telah menzalimi anak saudaranya itu, kerana dia takut Abu Jahal akan mengulangi perbuatannya itu. Saiyidina Hamzah tahu biasanya Abu Jahal suka duduk-duduk di sana.
Setelah sekian lama berjalan di bawah terikan panas cahaya matahari akhirnya dia pun sampai ke Masjidil Haram. Sebaik saja dia sampai di muka pintu masjid, lantas dia pun ternampak orang yang dicari-carinya itu. Pada ketika itu Abu Jahal masih belum tahu bahawa Saiyidina hamzah menyebelahi Nabi MUHAMMAD meskipun pada masa itu dia belum lagi beragama Islam. Pada sangkaannya tentulah Saiyidina Hamzah menyukai perbuatannya memukul Nabi MUHAMMAD.
Melihat kedatangan Saiyidina Hamzah , dia menyangka bahawa Saiyidina Hamzah ingin bertemu dengannya, lantas sambil tersenyum dia menyambut Saiyidina Hamzah dengan gembira. Tanpa membuang masa Abu Jahal terus menceritakan apa yang dilakukan terhadap Nabi MUHAMMAD s.a.w.
Dengan perasaan marah yang sedia ada dan ditambah pula dengan cerita terbaru yang didengarinya itu maka bertambah-tambahlah api kemarahannya terhadap Abu jahal. Dengan secepat kilat Saiyidina Hamzah menyambar anak panah yang terselit di pinggangnya.lantas menekan anak panah yang terselit di pinggangnya. Lantas menekan anak panah itu ke kepala Abu Jahal dengan sekuat hatinya. Abu Jahal menjerit-jerit kesakitan.
Rakan-rakan Abu Jahal yang tercengang melihat kejadian yang tidak disangka-sangka. Mereka tidak menyangka bahawa pemimpin yang mereka hormati itu boleh diperlakukan sedemikian rupa. Dengan marah Saiyidina Hamzah berkata kepada Abu Jahal:”Ingat, kalau kau ganggu anak saudaraku MUHAMMAD lagi, aku akan bunuh engkau”.
Mendengar gertakan dari Saiyidina Hamzah, Abu Jahal berasa terlalu takut sehingga dia tidak berani berkata walaupun sepatah perkataan. Sementara itu kepala Abu Jahal berdarah akibat di cucuk oleh Saiyidina Hamzah dengan anak panahnya. Kemudian Abu Jahal pun pulang ke rumah dengan perasaan geram. Mulai hari itu para pengikut dan sahabat-sahabat Abu Jahal mulai sedar betapa pemimpin yang mereka hormati selama ini takut kepada Saiyidina Hamzah.
Mulai dari kejadian itu Saiyidina Hamzah telah mengistiharkan dirinya sebagai pengikut Nabi MUHAMMAD dengan mengucapkan dua kalimah syahadah. Saiyidina Hamzah telah meninggal semasa bertempur dalam perang Uhud. Beliau telah meninggal sebagai seorang syuhada dalam membela dan menegakkan agama Islam. Jenazahnya telah dikebumikan di Bukit Uhud iaitu tidak jauh dari tempat berlakunya peperangan itu.
Wallahua’lam
Sabtu, 10 September 2011
UMMI ZAR Cintanya Kepada Suami TIDAK Pernah Padam
Ummi ZAR, seorang lagi contoh wanita yang setia kepada suami. Beliau berpeluang hidup pada zaman jahiliah dan sewaktu pemerintahan Rasulullah saw. Ummi ZAR seorang wanita seorang wanita yang bijak membuat penilaian. Beliau adalah isteri kepada ABU ZAR, iaitu ketua suku Ghifar, satu suku dalam masyarakat Arab jahiliah.
Ketika suami tersayang dilantik sebagai ketua kaum, beliau gembira apabila mendapat perkhabaran itu. Terbayang kesenangan dan kemewahan hidup yang bakal dikecapi. Mereka juga akan dipandang tinggi oleh masyarakat.
Kegembiraan itu dipersembahkan kepada tuhan berhala yang dinamakan Nuhum. Tetapi Nuhum tidak mampu berkata-kata untuk mengongsi segala kegembiraan. Dia Cuma patung yang tidak bernyawa.
Sudah menjadi tradisi masyarakat Arab pada masa itu, sesiapa yang dilantik menjadi ketua suku mesti mempunyai tuhan berhala yang khusus.
Pada masa yang sama ,Rasululah SAW sedang giat menyebarkan ajaran Islam di Kota Mekah dan agama baru itu semakin mendapat perhatian daripada masyarakat Arab.
Pada peringkat awal, tidak terlintas di fikiran Abu Zar dan Ummi ZAR bahawa mereka akan menjadi pengikut anak muda keturunan Bani Quraisy itu dan meninggalkan agama nenek moyang yang dianuti sekian lama.
Sesungguhnya perancangan ALLAH tidak ada siapa yang boleh menjangka. Ummi ZAR dan suaminya adalah antara insane bertuah yang terpilih untuk diberi hidayah ketika sebahagian besar masyarakat Arab pada masa itu masih leka menyembah berhala.
Satu kejadian hina dan memalukan telah berlaku di hadapan mata Abu Zar, dan membuatkan dia terfikir bagaimana mereka boleh menyembah Nuhum, sedangkan patung itu tidak berupaya mempertahankan diri walaupun telah diperlakukan dengan keji.
Segala kejadian tersebut dimaklumkan kepada isteri. Diceritakan tentang peristiwa di mana dia membawa secangkir susu dan menyiramkannya kepada Nahum kemudian meninggalkannya.
“Apabila aku kembali ke tempat Nahum, kelihatan seekor anjing kurap menjilat-jilat susu itu. Setelah habis menjilat susu , anjing tersebut kemudian kencing di sisinya. Aku mengintai dari jauh,”kata Abu Zar.
Ummi ZAR hanya tersenyum mendengar penerangan suaminya itu lalu berkata;
“Wahai suamiku, carilah Tuhan yang mulia,pemurah hati dan mempunyai segala kelebihan. Adapun tuhan yang boleh diapa-apakan oleh anjing yang hina, tidak mempunyai kuasa untuk mempertahankan diri sebenarnya sesat.”
Cenderung Kepada Islam
Abu Zar memikirkan kata-kata isterinya itu dan mengakui kebenarannya. Sejak itu mereka berusaha mendekati Nabi Muhammad SAW. Minat mereka semakin membara untuk mengetahui tentang agama Islam.
Apabila nur melimpah di hati, segala-galanya boleh terjadi. Pasangan suami isteri itu sanggup meninggalkan kampung halaman dan berangkat ke Mekah untuk mengabdikan diri kepada agama ALLAH dengan mengakui keESAan Ilahi dan bahawa Muhammad adalah pesuruhNya.
Pengorbanan
Sesungguhnya penghijrahan itu amat besar ertinya dalam hidup mereka. Abu Zar sanggup melepaskan jawatan sebagai ketua kaum dan segala kemewahan untuk berada di bawah payung Islam serta mengharapkan redha ALLAH.
Ummi ZAR pula sanggup menempuh segala kesusahan bersama, di samping membantu dan mendorong suami untuk menegakkan ekbenaran. Selain itu, dia juga sering mengikuti Abu Zar pergi belayar.
Beliau juga seorang yang fasih berkata-kata dan berani menegakkan kebenaran tanpa menghiraukan risiko yang bakal dihadapi. Sebab itulah jarang sekali buah fikirannya tidak diterima oleh Abu Zar.
Ummi ZAR juga merupakan wanita yang gigih menimba ilmu, manakala Abu Zar semakin lantang memperkatakan tentang kebenaran dan menghapuskan segala kebatilan. Tautan di antara mereka boleh diibaratkan sebagai dua jiwa berpadu satu. Pasangan ini saling memerlukan di antara satu sama lain.
Suatu hari, Rasulullah SAW bertanyakan pendapat Abu Zar mengenai perbuatan pembesar yang mengambil ufti untuk kegunaan sendiri.
“Demi ALLAH akan kutebas kepala mereka dengan pedang ini,” balasnya.
“Bagaimana kalau engkau tunjukkan jalan yang lebih baik dari itu?”
“Apakah jalan tersebut wahai pesuruh ALLAH?”
“Bersabar., sehingga engkau menemuiku,” jawab Baginda.
Dengan sikap yang ada pada Abu Zar, Rasulullah SAW dapat melihat kesusahan yang bakal dialami akibat daripada ketegasannya.
Setelah kewafatan Rasulullah SAW, Abu Zar semakin berani menunjukkan penentangannya terhadap cara sesetengah khalifah Islam menguruskan harta. Untuk mengelakkan kekeruhan dan perang saudara yang mungkin timbul akibat daripada sikapnya itu, Khalifah Usman memerintahkan Abu Zar berpindah ke Rabazah.
Sekali lagi Ummi ZAR terpaksa mengikut suami berpindah. Jika dahulu perpindahan mereka untuk mencari kebenaran, tetapi kini perpindahan mereka untuk memenuhi tuntutan agama dan arahan khalifah.
Mereka nenerimanya dengan penuh redha walaupun usia semakin beransur senja. Tempat tersebut adalah kawasan terpencil, jauh di tengah padang pasir dan tiada tumbuhan untuk dijadikan sumber makanan. Perhubungan dengan manusia juga terlalu sukar. Seandainya mereka meninggal dunia, tiada siapa yang tahu.
Namun, Ummi ZAR sentiasa cekal dan tidak pernah menyalahkan takdir Tuhan, jauh sekali mengeluh atau kesal terhadap perintah Khalifah Usman. Beliau yakin semua itu adalah untuk kebaikan umat Islam dan dia harus menerima dengan penuh ketakwaan untuk mencari redha ALLAH.
Sesungguhnya jalan untuk mengecap kemanisan iman itu terlalu sukar dan penuh berliku, manakala jalan untuk ke neraka jahanam penuh dengan taman-taman indah yang sentiasa menggamit mereka yang alpa.
Kesetiaan Tak Berbelah Bagi
Seperti sebelum ini, Ummi ZAR sentiasa di samping suami, menjaga dan membelainya dengan penuh kasih sayang . Dia tidak mahu suaminya berputus asa dan menyalahkan takdir yang menimpa mereka.
Setelah beberapa lama di Rabazah, pasangan itu jatuh sakit. Ummi ZAR semakin hari semakin kurus dan pucat. Kulitnya menggelupas. Pada masa yang sama Abu Zar juga sakit. Mukanya pucat dan badan pula terlalu kurus sehingga menampakkan tulang temulang.
Wajah yang sudah sedia dimamah usia itu semakin cengkung. Ummi ZAR sentiasa berusaha untuk membahagiakan suami dengan berbagai cara, walaupun dia sendiri dimamah derita.
Seandai dirinya boleh menjadi tukaran, dia sanggup menanggung semua penderitaan yang dialami oleh suami. Jikaboleh , dia tidak mahu Abu Zar menghadapi semua ini.
Dari hari ke hari Abu Zar semakin tenat dan tiada tanda-tanda akan sembuh. Di saat itu mengalirlah air mata seorang isteri yang terlalu setia kepada suami kerana terlalu hiba melihat keadaan suami.
Apabila melihat keadaan isterinya, Abu Zar berkata: “Apa yang engkau tangiskan wahai isteriku? Padahal maut itu pasti datang?”
“Suamiku, engkau akan meninggal, sedangkan kita tidak punyai sehelai kain pun untuk mengafankanmu.”
Abu Zar terus memujuk isterinya supaya jangan terus menangis kerana dia yakin bahawa tempatnya di sisi Rasulullah SAW.
Katanya lagi, “ Suatu hari , ketika saya berada di sisi Rasulullah SAW baginda bersabda, pasti ada di antara kamu yang meninggal di padang pasir dan akan disaksikan oleh serombongan orang-orang beriman…
“Ternyata yang hadir di majlis Rasulullah SAW itu telah meninggal di kampong dan di hadapan jemaah kaum muslimin kecuali aku. Kini aku menghadapi maut di padang pasir. Maka perhatilah olehmu jalan…mana satu kalau-kalau rombongan itu sudah datang! Demi ALLAH, aku tidak berbohong dan tidak dibohongi.”
Pulang ke Rahmatullah
Sebaik sahaja selesai berkata-kata , Abu Zar pun menghembuskan nafas terakhir, kembali ke rahmatullah menemui kekasih agung yang dirindui selama ini.
Walaupun ketika itu Ummi ZAR Cuma bersendirian, tetapi dia tidak meraung atau menangisi kematian suami. Segala-galanya disertakan kepada Allah.
Tidak lama selepas Abu Zar menghembuskan nafas terakhir, kelihatan serombongan kafilah yang diketuai oleh Abdullah bin Mas’ud. Wanita solehah itu kemudian meminta pertolongan mereka untuk menguruskan jenazah suaminya.
Melihat kesetiaan dan ketabahan yang ditunjukkan oleh Ummi ZAR, Abdullah memuji wanita itu. Katanya; “Benarlah ucapan Rasulullah SAW ..Anda berjalan sebatang kara , mata sebatang kara dan dibangkitkan nanti sebatang kara…”
Ummi ZAR telah membuktikan kesetiaan dan pengorbanan terhadap suami tercinta. Jiwanya dididik supaya sentiasa zuhud. Kekayaan yang dikejar adalah kekayaan hakiki. Dia tidak akan menukar dan menggadakan akhirat untuk mengejar kemewahan duniawi.
Waallahua’lam
Jumaat, 9 September 2011
10 KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN ISLAM
BERSIFAT RABBANI
Hukum-hakam, peraturan dan segala syariat bukan ciptaan manusia, tetapi ciptaan ALLAH Yang Maha Kuasa dan menjadikan semua makhluk dengan sebaik-baiknya. Manusia adalah sebaik-baik makhluk yang ALLAH jadikan. ALLAH dengan sifat KebijaksanaanNya meletakkan semua perkara di tempat yang bersesuaian.
Firman ALLAH, surah al Anfal, ayat 71 bermaksud: “ALLAH itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana”
BERSIFAT UNIVERSAL
Setiap hukum hakam, perundangan dan dasar yang digubal oleh ALLAH bertujuan untuk memberi kesenangan kepada makhluk di alam ini.
Firman ALLAH dalam surah Ali Imran, ayat 110 bermaksud: “Kamu adalah umat terbaik yang diutuskan untuk umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada ALLAH.”
SYUMUL
Bermaksud syariat yang suci dan mengandungi pelbagai peraturan meliputi semua aspek kehidupan manusia secara terperinci dan mantap.
Firman ALLAH dalam surah al An’am, ayat 38 bermaksud ,”Kami tidak mengalpakan sesuatu pun dalam al Quran.”
MEMBERI DAN MEMPERBAHARUI
SYARIAT ISLAM memenuhi kehendak setiap zaman, walaupun zaman sentiasa berubah dan berkembang.
Firman ALLAH, surah al Hujarat, ayat 13, bermaksud “Orang yang mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa.”
SEIMBANG ANTARA MATERIAL DAN KEROHANIAN
ISLAM melihatnya sebagai satu kesatuan yang saling melengkapi antara hak manusia terhadap Tuhan. Syariat Islam yang lengkap tidak mensyariatkan sesuatu tegahan dengan mutlak, seperti memencilkan diri daripada masyarakat dan hanya beribadat.
Dalam masa yang sama Islam juga tidak membenarkan manusia tenggelam dalam hal-hal duniawi.
Firman ALLAH dalam surah an Nur, ayat 37 yang bermaksud: “Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan juga jual,beli dari mengingati ALLAH, mendirikan solat, membayar zakat, berasa takut akan suatu hari nanti di mana hati dan penglihatan menjadi berubah-ubah.”
SEIMBANG ANTARA KEPENTINGAN INDIVIDU DAN MASYARAKAT
ISLAM menjamin kewujudan peribadi seseorang dan menganggapnya mempunyai tanggungjawab terhadap ALLAH, diri sendiri dan masyarakat.
Firman ALLAH , dalam surah al-Baqarah, ayat 256, bermaksud: “Tidak ada paksaan dalam memeluk Islam. Sesungguhnya jalan yang benar telah jelas daripada jalan yang batil ( salah).”
MUDAH, SEDERHANA DAN LOJIK
Islam adalah agama yang bertolak ansur, tidak memaksa umatnya melakukan sesuatu di luar kemampuan.
Firman ALLAH , surah al Hajj, ayat 78 bermaksud; “ALLAH sekali-kali tidak menjadikan sesuatu kesempitan dalam agama untuk kamu.”
MENYEMPURNAKAN, MENUTUP DAN MEMELIHARA
Pelengkap segala dakwah dan risalah para Nabi terdahulu rasulullah SAW menerangkan bahawa baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia dan melengkapkan syariat Rasul-Rasul terhadulu.
Firman ALLAH dalam surah al-Maidah, ayat 3 yang bermaksud :”Pada hari ini AKU (ALLAH) telah menyempurnakan agamamu kepada kamu, mencukupkan segala kenikmatanKu kepadamu dan meredai Islam itu sebagai agamamu.”
BERASAS DAN BERKEKALAN
Mempunyai sumber abadi iaitu al-Quran yang kekal terpelihara tanpa terdedah kepada penyelewangan, perubahan danpindahan.
Firman ALLAH dalam surah al Hijr, ayat 9 bermaksud; “Sesungguhnya Kami yang menurunkan al Zikr ( al Quran) dan Kami benar-benar akan memeliharanya.”
KEADILAN MUTLAK
KONSEP Islam yang sejati ialah menegakkan keadilan kepada manusia, menjalin tali persaudaraan
( silaturahim), memelihara keturunan, kehormatan, harta dan akal sebagaimana diwajibkan agama dan akhlak.”.
Firman ALLAH dalam surah al- Maidah , ayat 15 dan 16 yang bermaksud’:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu, cahaya dari ALLAH dan kitab yang nyata denga kitab itulah ALLAH akan memberikah hidayah kepada orang mengikut keredaan-Nya menuju jalan keselamatan (dan ) ALLAH mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya dan memberikan petunjuk ke jalan yang lurus.”
Wallahua’lam
Sumber: Petikan Majalah Perempuan
KEMUNCULAN YAKJUJ MAKJUJ
“…Mereka (Yakjuj Makjuj) melalui Tasik Tibriah yang mana barisan pertamanya menghabiskan kesemua air yang ada di tasik tersebut…”
Dari ringkasan hadis diatas..menerangkan tentang Yakjuj Makjuj dari barisan pertama [golongan induk] yang akan menghabiskan kesemua air di tasik itu, kemudian datang pula barisan Yakjuj Makjuj yang seterusnya mengatakan dulu di sini ada air.
Ini menunjukan fakta Yakjuj Makjuj ini sudah lama bebas dan tembok yang menghalangnya sudah lama runtuh.. bangsa Yahudi Zionis yang ada kat Israel sekarang adalah barisan pertama yang akan mengeringkan Tasik Galilee ini dengan sebab-sebab seperti yang saya ceritakan di atas..
YAHUDI ZIONIS yang memerintah Israel sekarang ini bukan dari keturunan Bani Isreal [ NABI ISHAQ ] . Mereka menipu seluruh penduduk dunia dengan mengaku sebagai Bani Israel padahal mereka ialah bangsa Khazars yang ganas dan bengis dari selatan Russia, induk Yakjuj dan Makjuj yang telah dilepaskan dari tembok Zulkarnain seperti yang dijanjikan di dalam alQuran.. Misteri ini kian terbongkar.
Fakta lain yang menyokong dakwaan tembok Yakjuj & Makjuj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:
“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97
Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu apabila Allah swt mengizinkan Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.
Sebaliknya telah disebutkan dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim bahwa Nabi saw bersabda: “Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Yakjuj dan Makjuj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk.
(HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).
(HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).
Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 Surah Al-Kahfi yang menyatakan Yakjuj & Makjuj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk !
Untuk penerangan alternatif lebih munasabah ialah berdasarkan tafsiran melalui buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World dan rujukan dan pemahaman tambahan boleh diperolehi daripada buku Sūrah al-Kahf and the Modern Age dari tulisan Maulana Imran Hosein
MUNCULNYA DAJJAL DARI KHURASAN
Saya percaya bandar Dubai di tanah Arab di sana merupakan tempat di mana Al-Masih bakal muncul.., di situlah segala-galanya berkumpul. Sama seperti kes mengenai Tasik Galilee, iaitu satu tempat diberi banyak nama oleh banyak kaum dan bahasa, namun tempat itu kekal tempat yang sama,..begitu juga tempat yang bernama Khurasan.
Teori Dajjal telah muncul dari Khurasan adalah berdasarkan dari hadith Nabi yang berbunyi;
“Dajjal akan keluar dari negeri sebelah timur yang bernama Khurasan.” (Riwayat Tirmizi dan Hakim)
Untuk mengukuhkan lagi fakta berkaitan daerah Khurasan ini, saya cuba bertanyakan beberapa soalan kepada seorang penulis buku “Membongkar Misteri Dajjal”
Penulis buku itu menjelaskan kepada saya dan mengiyakan pandangan bahawa Dubai juga berada dalam daerah Khurasan. Baca hadis biasa dan masyhur tentang akhir zaman dalam hadis 40 kitab Imam Nawawi, pada topik hadis Iman, Islam dan Ehsan..Berikut adalah petikan akhir hadis tersebut..
Beritahukan aku tentang hari kiamat (bilakah kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlumba-lumba meninggikan bangunannya…”
Menurut pendapat beliau hadis ini (lokasi Dubai) adalah menepati hadis ini. Bukankah kaum yang tinggal di jarizah Arab termasuk di Dubai pada asalnya hanyalah pengembala kambing di gurun-gurun panas. Kini Dubai bangga dengan al Burj dan bangunan tinggi terus dibina dan kini Riyadh mahu menandingi al Burj. Semua ini menepati kalam nabi dari hadis di atas.
Nabi Muhammad saw melabelkan Khurasan sebagai tempat di mana Al-Masih Dajjal sanggup menunjukkan mukanya. Tidakkah kita terfikir, mana mungkin ada tempat yang namanya seakan Khurasan akan mudah dikesan oleh mana-mana manusia, kalau begitu kanak-kanak juga mampu mengesan di mana Khurasan yang dimaksudkan…Ingin saya berkongsikan, terdapat 1 berhala besar sedang dibangunkan dekat-dekat dengan Dubai, dan yang membangunkan itu “sedang kena” dengan 1 fakta hadis sahih tentang tanda sebelum kemunculan Al-Masih.
Salam peringatan dari Nabi S.A.W telah direkodkan sejak 1400 Hijrah dalam banyak hadis-hadis sahih dan ianya benar-benar terjadi pada zaman kita. Hadis itu berkenaan dengan sekumpulan wanita di akhir zaman akan menari-nari di depan berhala besar dan tinggi, sedangkan Islam pernah sampai ke situ. Saya lampirkan juga hadis itu di bawah, walaupun saya berniat untuk membiarkan anda sendiri mencari dan menemukan hadis itu, kerana perkara yang kita cari sendiri lazimnya pasti kekal di minda kita, berbanding perkara-perkara yang kita dapat dengan mudah…mengikut kefahaman saya..
Sumber: http://lacesofourlove.blogspot.com
Kitab : KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT
Bab : Bab Tidak akan berlaku Kiamat Sehingga Bani Daus Menyembah Berhala Zal Khalasah
Bab : Bab Tidak akan berlaku Kiamat Sehingga Bani Daus Menyembah Berhala Zal Khalasah
5173 Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah perempuan-perempuan tua Bani Daus memukul gendang sambil mengelilingi (untuk menyembah) Zal-Khalasah iaitu berhala yang disembah oleh Bani Daus pada zaman Jahiliyah di Tabalah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah perempuan-perempuan tua Bani Daus memukul gendang sambil mengelilingi (untuk menyembah) Zal-Khalasah iaitu berhala yang disembah oleh Bani Daus pada zaman Jahiliyah di Tabalah.
Wallahua’lam
MISTERI TASIK GALILEE
Di mana Tasik Galilee?
Sumber: http://lacesofourlove.blogspot.com/2010/10/paras-terkini-air-tasik-galilee.html
Paras air Tasik Galilee semakin teruk merosot semenjak Israel menguasai sumber air di tasik ini. Antara punca-punca kepada kemerosotan ini mengikut sumber dari akhbar Yahudi Jerusalem post adalah disebabkan kegiatan tindakan rakus Israel melengcongkan anak-anak sungai yang mengalir ke Sungai Jordan, Israel mengawal air yang mengalir dari tasik ini semenjak lebih kurang 30tahun dulu dan mengepam sumber air dari tasik ini bagi tujuan pengairan di kawasan-kawasan lain di Israel,.. serta bagi memenuhi keperluan penduduk Yahudi yang akan berkunjung ke situ pada setiap hari Sabtu yang merupakan hari yang penting dalam masyarakat Yahudi. Akibat dari tindakan rakus ini, tasik Galilee dah semakin susut dengan teruk yang tidak pernah berlaku dalam sejaraha [aberlaku di zaman kita tidak berlaku di zaman ibubapa kita] dan dijangka akan menjadi semakin susut menjelang musim panas ini.
TASIK GALILEEE KERING?
Kalau kita tengok pada gambar Tasik Galilee ini terletak dalam wilayah Israel hari ini. Tasik yang mempunyai air tawar terendah di dunia ini seluas lebih kurang 53 kilometer dan sedalam lebih daripada 200 meter. Nama Tiberias diambil daripada nama seorang Kaisar Rom bernama Tiberias. Selain itu kota Tiberias juga dikenali dengan nama Galilee/ Galileadan banyak nama lain. Majoriti penduduknya ialah orang-orang Yahudi.
Kota dan tasik ini menjadi destinasi pelancongan di Israel dan pada setiap hari Sabtu (hari cuti bagi agama Yahudi) ia akan dipenuhi dengan kaum Yahudi untuk mereka berekreasi. Banyak hotel mewah, kedai dan restoran di sini.
DAJJAL DAN TASIK GALILEE
Tasik Galilee/Tiberias ada disentuh dalam sebuah hadis popular yang mengisahkan pengembaraan seorang sahabat bernama Tamim ad-Dari.
Menurut Sahih Muslim, Tamim ad-Dari pernah belayar bersama-sama 30 orang. Setelah sebulan berada di lautan (kemudiannya digambarkan oleh Rasulullah sebagai satu kawasan di laut Syam ataupun laut Yaman), mereka tiba ke sebuah pulau. Di pulau itu mereka bertemu dengan satu makhluk yang banyak bulunya (bigfoot?) dan boleh berkata-kata hinggakan mereka tidak dapat menentukan bahagian depan dan belakang makhluk itu.
Selepas berdialog beberapa ketika, makhluk itu membawa mereka ke sebuah gua. Di sana mereka terjumpa seorang manusia ( kemudiannya dimaklumi sebagai Dajjal ) yang besar tubuh badannya dalam keadaan dirantai tangan dan kakinya (pasung). Kemudian manusia itu bersoal jawab dengan rombongan Tamim ad-Dari tentang beberapa hal. Salah satu daripada persoalannya ialah:
Manusia itu berkata, “Ceritakan kepadaku tentang Tasik Tibriyyah.”
Mereka menjawab, “Apa yang engkau hendak tahu tentangnya?”
Dia berkata, “Apakah tasik itu masih berair?”
Mereka menjawab “Ya.”
Katanya lagi, “Sesungguhnya air tasik itu hampir kering.”…..
[Ringkasan daripada Sahih Muslim]
Mereka menjawab, “Apa yang engkau hendak tahu tentangnya?”
Dia berkata, “Apakah tasik itu masih berair?”
Mereka menjawab “Ya.”
Katanya lagi, “Sesungguhnya air tasik itu hampir kering.”…..
[Ringkasan daripada Sahih Muslim]
Dari hadis Sahih ini dapat menjelaskan pada kita bahwa Dajjal itu adalah individu (manusia) bukanlah sesuatu bangsa, satu ideologi atau mitos agama semata-mata dan telah dicomfirmkan sendiri oleh Nabi kita di dalam hadis tersebut..
Di sini terdapat 2 teori yang dijelaskan mengenai fizikal Dajjal semasa dipasung seperti yang diperkatakan dalam hadis ini, iaitu makhluk yang berbadan besar. Menurut buku yang saya baca dalam “Membongkar Misteri Dajjal”
(1) beliau mengatakan Dajjal ini umurnya dipanjangkan oleh Allah dan ia lahir sewaktu di zaman Nabi Sulaiman lagi yang mana manusia di zaman itu berbadan (fizikalnya) lebih besar.
(2) Teori seterusnya Dajjal itu hasil dari cantuman [campuran] manusia dan jin, maka kebolehannya untuk merubah rupabentuk Dajjal itu tidak mustahil dan merupakan fitnah Dajjal kepada semua manusia yang akan menganggap dia adalah raksasa atau makhluk berbadan besar .
(1) beliau mengatakan Dajjal ini umurnya dipanjangkan oleh Allah dan ia lahir sewaktu di zaman Nabi Sulaiman lagi yang mana manusia di zaman itu berbadan (fizikalnya) lebih besar.
(2) Teori seterusnya Dajjal itu hasil dari cantuman [campuran] manusia dan jin, maka kebolehannya untuk merubah rupabentuk Dajjal itu tidak mustahil dan merupakan fitnah Dajjal kepada semua manusia yang akan menganggap dia adalah raksasa atau makhluk berbadan besar .
Wallahu Alam
Langgan:
Catatan (Atom)
AKHiRAT DIDAHULUKAN...
قال الامام القدوة عون بن عبد الله رحمه الله: إن من كان قبلنا كانوا يجعلون لدنياهم ما فضل عن آخرتهم، وإنكم اليوم، تجعلون لآخرتكم ما فضل عن د...
-
TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG dapat dikesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu sama ada sombong keterlaluan, sederhana atau ringan. Te...








