Rabu, 7 September 2011

KISAH HIDUP FATIMAH R.A. DAN ALI R.A.

Sekadar Gambar Hiasan
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari di Madinah ketika Nabi Muhammad s.a.w. berada di dalam sebuah masjid sedang di keliling oleh para sahabat, tiba-tiba anaknya Fatimah yang telah bernikah dengan Ali (pahlawan Islam yang terkenal) datang menemui baginda. Dia meminta kepada ayahnya untuk mendapatkan atau meminjam seorang pelayan yang dapat membantunya dalam melaksanakan tugas-tugas di rumah.

Dengan tubuh yang kurus dan kesihatan yang buruk dia tidak dapat melaksanakan tugas menggiling jagung dan mengambil air dari telaga yang jauh letaknya, di samping menguruskan anak-anaknya di rumah.
Nabi kelihatan terharu mendengar permohonan anak kesayangannya itu kemudian baginda berkata kepadanya: “ Anakku sayang, aku tidak dapat memberikan seorang pun di antara mereka yang terlibat dengan perhambaan. Sudah semestinya kau dapat menanggung segala hal yang berat di dunia ini, agar kau mendapat pahalanya di akhirat nanti”.

Fatimah pun pergi dari situ dengan perasaan yang amat puas setelah mendengar jawapan dari nabi s.a.w. Sejak dari hari itu dia tidak pernah lagi mencari pelayan seumur hidupnya.
Fatimah Az-Zahra adalah seorang gadis yang amat cantik, dia dilahirkan 8 tahun sebelum hijrah di Mekah dari Khadijah isteri Nabi yang pertama. Fatimah ialah anak keempat dari empat orang adik beradik iaitu Zainab, Rugayah dan Ummi Kalsum.

Fatimah Az Zahra dibesarkan di bawah asuhan ayahnya, guru dan dermawan yang tebesar bagi umat manusia. Tidak seperti anak-anak yang lain, Fatimah mempunyai pembawaan yang tenang dan perangai yang agak sederhana. Badannya yang kurus serta kesihatan yang lemah memyebabkan dia terpisah dari kumpulan dan permainan anak-anak. Ajaran, bimbingan dari ayahnya yang agung membuatkan dia menjadi seorang wanita yang berbudi tinggi, ramah, simpatik dan tahu mana yang benar.

Fatimah sangat mirip kepada ayahnya, dia adalah anak perempuan yang paling disayangi oleh ayahnya dan sangat berbakti terhadap Nabi setelah ibunya meninggal dunia.
Pada beberapa kesempatan Nabi s.a.w menunjukkan rasa sayang yang amat besar kepada Fatimah. Suatu ketika baginda berkata:
“Oh Fatimah, Allah tidak suka orang yang membuat kau tidak senang, dan Allah akan senang kepada orang yang kau senangi”.
Kata Rasulullah lagi, “Fatimah itu anak saya, siapa yang membuatnya sedih bererti aku juga sedih, dan siapa yang menyenangkannya, bererti menyenangkan aku juga”.
Aisyah isteri Nabi tercinta pernah berkata: “Saya tidak pernah berjumpa dengaan contoh peribadi yang lebih besar daripada Fatimah, kecuali keperibadian ayahnya”.

Menurut riwayat, Abu Bakar dan Umar kedua-duanya berusaha untuk bernikah dengan Fatimah, tetapi Nabi berdiam diri saja. Ali yang telah dibesarkan oleh Nabi sendiri, mengetahui sifat-sifat seorang lelaki yang padanya tergabung berbagai kebajikan, bersifat kesatria dan penuh keberanian, kesolehan dan kecerdasan berasa ragu-ragu untuk meminang Fatimah, kerana dirinya miskin.

Tetapi akhirnya Ali telah memberanikan dirinya meminang Fatimah, peminangan itu telah diterima oleh Nabi s.a.w. Ali telah menjual Kwiras ( pelindung dada dari kulit ) kepunyaannya. Kwiras itu diperolehinya ketika berlakunya perang Badar. Hasil penjualan Kwiras itu dia memperolehi 400 dirham, dan dengan wang itu dia mempersiapkan upacara pernikahan.

Semasa Ali bernikah dengan Fatimah, usia Fatimah ketika itu baru saja mencapai 18 tahun. Sebagai mas kahwin dari ayahandanya Fatimah telah menerima sebuah tempat air kulit, sebuah kendi dari tanah, sehelai tikar dan sebuah batu giling jagung.

Nabi berkata Fatimah: “Anakku, aku telah menikahkanmu dengan seorang lelaki yang kepercayaannya lebih kuat dan lebih tinggi daripada yang lainnya”.

Setelah berkahwin, kehidupan Fatimah berjalan lancer dalam bentuk yang sangat sederhana, gigih dan tidak mengenal penat lelah.  Setiap hari Ali bekerja keras untuk mendapatkan nafkah. Pasangan suami isteri ini terkenal dengan sifat dermawan mereka. Mereka tidak pernah membiarkan pengemis melaangkah dari pintunya tanpa memberikannya apa saja yang mereka punyai, meskipun mereka sendiri berlapar.
Sifat penuh kemanusiaan dan murah hati yang terlekatr padsa keluarga Nabi tidak banyak tandingannya. Dalam cacatan sejarah, Fatimah Az Zahra terkenal kerana kemurahan hatinya.

Pada suatu ketika, seorang dari suku Bani Salim yang terkenal dengan ilmu sihirnya, telah datang kepada Nabi s.a.w. dengan melontarkan kata-kata maki hamun. Tetapi Nabi s.a.w. menjawab dengan lembut. Ahli sihir itu begitu hairan menghadapi sifat luar biasa itu, hingga dia memeluk agama Islam. Nabi s.a.w. lalu bertanya:
‘’Apakah anda mempunyai bekalan makanan?
“Tidak” Jawab orang itu.
Maka Nabi bertanyakan kepada kauam Muslimin yang hadir di situ “Adakah kamu mahu menghadiahkan seekor unta kepada tetamu kita ini?.
Kemudian Mu’ad bin Ibada menghadiahkan seekor unta kepada lelaki itu. Nabi berkata lagi:
“Barangkali ada orang yang boleh memberikan selembar kain untuk menutup kepala saudara seagama Islam?”
Dalam pada itu Saiyidina Ali melepaskan serbannya dan menaruh di atas kepala orang itu. Kemudian minta Salman untuk membawa orang itu ke tempat seseorang saudara seagama Islam dapat memberinya makan, kerana dia lapar.
Salman membawa orang yang baru memeluk Islam itu pergi ke beberapa buah rumah, tetapi tidak seorang pun yang dapat memberinya makan kerana waktu itu bukannya waktu makan.

Akhirnya Salman pergi ke rumah Fatimah dan setelah mengetuk pintu, Salman memberitahu maksud kedatangannya. Dengan airmata berlinangan, puteri Rasulullah itu mengatakan bahawa rumahnya tidak ada makanan sejak tiga hari lalu. Namun puteri Rasulullah itu enggan menolak seorang tetamu, lalu dia berkata:
“Saya tidak dapat menolak seorang tamu yang lapar tanpa memberinya makan sampai kenyang?”

Fatimah lalu membuka tudungnya, dan memberikan kain tudungnya itu kepada Salman agar Salman membawanya ke Shamoon seorang Yahudi untuk ditukarkan dengan jagung. Salman dan orang itu pun berasa amat terharu. Dan orang Yahudi itu pun turut bersimpati dengan kemurahan hati Fatimah. Akhirnya dia (Shamoon) memeluk Islam dengan menyatakan bahawa Taurat telah memberitahu kepada golongannya tentang berita akan lahirnya sebuah keluarga yang amat berbudi luhur.

Salman balik ke rumah dengan membawa jagung. Dan dengan tangannya sendiri, Fatimah menggiling jagung itu dan membakarnya menjadi roti. Salman menyarankan agar Fatimah menyimpan beberapa buku roti untuk anak-anaknya kelaparan itu. Tapi Fatimah menjawab bahawa dirinya tidak berhak untuk berbuat demikian, kerana dia memberikan kain tudungnya itu untuk kepentingan Allah.

Hasil perkahwinannya dengan Saiyidina Ali, beliau telah dikurniakan lima orang anak iaitu Hassan, Hussain, Muhsin, Zainab dan Ummi Kalsum. Hassan telah dilahirkan pada 3 hijrah manakala Hussain pula dilahirkan pada 4 hijrah. Muhsin telah meninggal dunia sewaktu masih kecil.

Semasa perang Uhud, Fatimah telah merawat luka Nabi, Fatimah juga ikut Nabi semasa merebut kota Mekah, begitu juga ia ikut serta semasa Nabi mengerjakan ibadah Haji Wadaq pada akhir tahun 11 hijrah.
Dalam perjalanan Haji terakhir ini Nabai telah jatuh sakit. Fatimah tetap mendampingi Nabi s.a.w. di sisi tempat tidur baginda. Ketika itu baginda s.a.w.membisikan sesuatu ke telinga Fatimah yang membuatkan Fatimah menangis, kemudian Nabi membisikan sesuatu lagi yang membuatkan Fatimah tersenyum.

Setalah Nabi wafat, Fatimah menceritakan kejadian itu kepada Aisyah. Ayahnya membisikan berita kematiannya yang menyebabkan dia menangis, tapi waktu Nabi s.a.w. menyatakan bahawa Fatimahlah orang pertama yang akan berkumpul dengannya di alam baqa,maka Fatimah menjadi gembira.

Tidak lama setelah Nabi wafat, Fatimah meninggal dunia dalam tahun itu juga iaitu enam bulan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Waktu itu Fatimah berusia 28 tahun dan dimakamkan oleh Ali di Janat Ull baqih  ( Madinah).

Fatimah telah menjadi simbol segala yang suci dalam diri wanita dan pada tubuh manusia yang paling suci. Nabi sendiri menyatakan Fatimah akan menjadi  “Ratu segenap wanita yang berada di Syurga”

1 ulasan:

KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...