PADA suatu ketika, Hisyam bin Malik telah berkunjung ke Mekah untuk mengerjakan haji, setelah beliau sampai ke dalam Al Ahram ( Tanah Suci ) maka beliaupun memerintahkan kepada pengiring-pengiringnya supaya membawakan seorang sahabat Nabi yang masih hidup . Para pengiring menjawab: “Para sahabat, seorang pun tak ada lagi yang masih hidup”. Sebaik saja mendengar kata-kata itu Hisyam pun meminta supaya dibawakan seorang tabi’i ( lapisan terbaharu daripada sahabat). Untuk memenuhi permintaan tersebut maka dibawalah TAWUS AL YAMANI.
Setelah Tawus dibawa menghadap, maka beliau tidak membuka sepatunya ketika dia dibawa masuk untuk menghadap, sebaliknya beliau memijak permaidani yang terhampar di hadapan khalifah.
Ketika beliau mengucap salam, beliau tidak menyebut dengan sebutan “Ya Amirul Mukminin” dan tidak pula menyebut dengan sebutan yang dipandang hormat, lantas terus duduk di sampingnya tanpa menanti keizinan.
Setelah beliau duduk, dia berkata: “Betapa engkau wahai Hisyam” perkataan Tawus itu sungguh menyinggung perasaan Hisyam sehingga dia hamper-hampir memerintahkan pengawalnya memancung leher Tawus itu. Mujurlah dikala itu salah seorang daripadayang hadir berkata :”Wahai Amirul Mukminin, tuan sekarang di dalam haram Allah dan haram RasulNya ( berada di Tanah Haram). Tidak layak tuan menumpahkan darah manusia di tempat ini.
Lantas Hisyam bertanya kepada Tawus. “Apakah yang mendorongkan engkau berkelakuan demikian ini terhadap diriku. Engkau membuka sepatu itu di tepi permaidaniku. Engkau tidak member salam dengan menyebut “Ya Amirul Mukminin” dan engkau tidak memenggilku dengan penggilan-panggilan yang terhormat, sebaliknya engkau hanya memanggil-manggil dengan menyebut namaku sahaja, dan engkau juga duduk di sampingku tanpa meminta keizinanku.
Mendengar kata-kata itu dengan tegas Tawus menjawab: “Setiap hari saya membuka sepatu di hadapan Tuhan Yang Maha Besar sebanyak lima kali. Saya membuka sepatu dekat tempat saya solat. Tuhan saya itu tidak pernah pun memarahi saya. Saya tidak menyebut mu “Amirul Mukminin” kerana tidak semua rakyat menyukai pemerintahanmu ini. Kalau saya sebut “ Amirul Mukminin” ternyatalah saya berdusta.
Adapun sebab saya tidak memanggilmu dengan nama wahai sipolan adalah kerana Tuhan sendiri memanggil Nabi-Nya dengan menyebut namanya sahaja. Tuhan hanya memanggil wahai Daud, wahai Yahya, wahai Isa, wahai Musa. Akan tetapi dikala Tuhan menyebut musuh-musuh-Nya, Tuhan berkata, telah binasa Abi Lahab. Seterusnya sebab saya duduk di sampingmu itu adalah kerana mengingatkan suatu hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib iaitu: “Apabila engkau hendak melihat kepada ahli neraka, lihatlah kepada orang yang duduk bersila sedangkan orang lain di sekitarnya tegak berdiri ( menghormatinya)”.
Setelah Tawuz berkata demikian, barulah tenang perasaan Hisyam lalu dia pun berkata: “Sekarang berilah pengajaran kepadaku”. Mendengarkan hal itu Tawuz pun berkata: “ Menurut hadis yang diriwayatkan daripada Ali, bahawa di dalam neraka Jahanam terdapat banyak sekali ular dan lipan untuk menyengat segala pemimpin atau ketua-ketua yang tidak berlaku adil terhadap rakyatnya.
ADIL bererti mengerjakan sesuatu menurut hukum tertinggi iaitu hukum Tuhan Pencipta Alam sendiri.
Tanggungjawab seorang ketua,baik ianya ketua keluarga atau ketua Negara maka setiap apa yang diperbuat atas arahannya maka dia bertanggungjawab tentang itu, tidak akan terlepas seseorang itu dari setiap apa yang telah dia perintahkan ataupun terhadap setiap apa yang telah dia lakukan.
Jika ketua keluarga telah mengarahkan keluarganya itu mengikuti cara hidup Yahudi, Nasrani atau lainnya selain Islam, maka ia bertanggungjawab terhadap apa yang dibuat oleh keluarga tersebut,dan dia juga adalah pemandu yang akan memandu keluarga itu dekat kepada Allah atau ke neraka Allah.
Jangan sekali-kali fikir tanggungjawab seorang ketua atau ketua Negara itu kerja yang senang, kerana seorang ketua itulah yang akan membawa orang-orang di bawah kuasanya ke tempat yang dikehendakinya, kalau dia menyuruh sujud kepada Alah maka semua orang di bawah kuasanya akan mendekatkan diri kepada Allah.
Wallahua’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan