Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang antaranya:-
Sewaktu jenazah Fatimah r.a. diletakkan di tepi kubur, Abu Dzarrin Al-Ghifary r.a. berkata kepada kubur : “Wahai kubur tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu?, Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah Az Zahraa anak Rasulullah s.a.w.”
Ali bin Abi Talib Suami Fatimah r.a.
Hassan Anak Fatimah r.a.
Hussain Anak Fatimah r.a.
Abu Dzarrin Al-Ghifary r.a
Maka berkata kubur: “Aku bukan tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal salih, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dari aku, tetapi kalau orang itu tidak beramal salih, maka dia tidak akan terlepas dari aku [ akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya]”.
Abulatis Assamarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur dia hendaklah melazimkan EMPAT perkara antaranya:
1. Hendaklah dia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca Al_Quran
4. Hendaklah dia membanyakkan membaca tasbih, kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih ianya akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun EMPAT perkara yang harus dijauhi ialah:
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu domba
4. Jangan kencing sambil berdiri
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang maksudnya:
“Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing”.
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur walaupun ianya seorang anak alim ulamak atau anak seorang yang bapanya sangat dekat dengan Allah, sebaliknya kubur itu tidak memandang sama ada orang itu orang miskin, kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia.
Dan jangan sekali-kali kita fikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang akan dikemukakan oleh malaikat Munkar dan Nakir dengan cara kita hafal, kalau hari ini kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu pada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Munkar dan Nakir, maka saudara kita yang jahil akan berkata: “Ah mudah sahaja, aku boleh hafal untuk manjawabnya”. Ini adalah kata-kata mereka yang tidak berfikiran, seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur kalau dia tidak mengamalkannya, sebab yang akan menjawab adalah amalnya sendiri, sekiranya dia rajin Al-Quran maka Al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga sebaliknya.
Wahai saudara-saudaraku apabila ada orang mengajak kita mengingati Allah jangan sekali-kalai kita ucapan kubur aku kubur aku, kubur kamu kubur kamu, ucapan sebegini adalah ucapan orang yang melampau batas, sebaliknya hendaklah kita cuba memperbaiki diri kita dengan mendekatkan kepada Allah s.w.t.
Di manakah Firaun yang bersikap tamak dan angkuh, di manakah orang-orang yang kuat dan berani kesemuanya akhirnya kembali ke perut bumi. Oleh itu ingatlah bahawa akhirat jua yang kekal, semua yang ada di dunia ini akan lenyap, para malaikat juga akan lenyap yang kekal ialah Allah s.w.t.
Waallahua’lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan