Gambar hiasan |
Al- Sayid Syeikh Abdul Qadir al-Jailani berkata:
“Tetaplah engkau untuk sentiasa redha dengan Allah, dalam keadaan bencana atau sengsara, dalam keadaan miskin atau kaya, dalam keadaan kesusahan atau kesenangan, dalam keadaan sihat atau sakit, dalam keadaan baik atau buruk, ketika memperolehi yang engkau kehendaki atau tidak.
Aku tidak tahu ubat apa yang sesuai untukmu, selain daripada menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah al- Haq. Jika Dia menetapkan sesuatu yang merugikan kamu, janganlah kamu merasa benci kepada-Nya, janganlah pula kamu menjauhkan diri daripada-Nya serta jangan pula kamu mengadukan hal yang menimpa dirimu itu kepada selain-Nya. Kerana semuanya itu akan menambah ujian dan cubaan terhadap dirimu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan