Ahad, 11 Mac 2012

KESEMUA PINTU UNTUKNYA


Abu Bakar As-Siddiq ra pernah bertanya kepada Rasulullah saw :"Apakah ada orang yang akan dapat masuk syurga mengikut kesemua pintu yang ALLAH SWT sediakan?" Rasulullah saw bersabda :"Ya memang ada dan aku mengharapkan orang itu ialah engkau ya Abu Bakar".

Jawapan Rasulullah saw itu menunjukan nama Abu Bakar akan diseru pada setiappintu syurga yang telah dicipyakanoleh ALLAH SWT.

Inilah gambaran betapa tingginya keimanan dan ketaqwaan Abu Bakar As siddiq rahampir semua sifat ketaatan yang sepatutnya ada terhadap ALLAH dan Rasul adadimiliki oleh Abu Bakar.Abu Bakar yang sentiasa berjihad kejalan ALLAH SWT,beliaujuga seorang abid yang tinggi martabatnya,sahabat Rasulullah dan seorang khalifahALLAH, terlalu banyak pengorbanan yang dilakukannya untuk agama Islam, sewajarnyalahnamanya akan diseru untuk memasuki syurga dari pintu yang di khaskan untuk golonganseperti Abu Bakar As Siddiq ra.


 Di atas IzinNya dan RahmatNya..

Pernah suatu ketika dahulu, Syaidina Abu Bakar As-Siddiq ra. menahan kesakitan akibat di patuk seekor ular apabila beliau telah bersama-sama Baginda RasulAllah saw menyembunyikan diri di gua Thur..beliau begitu sayang dan taat kpa Baginda RasulAllah saw dan tidak mahu ganggu semasa itu RasulAllah saw sedang tidur dan keletihan di atas ribanya..

Rasa panas dan ngeri yang amat sangat di atas bisa ular itu membuatkan beliau tidak dapat menahan lagi kesakitan sehinggakan tanpa di sedarinya menitis airmata beliau, namun untuk membangunkan RasulAllah saw tidak sama sekali, biarlah kesakitan itu di rasainya dan redha akan ujian dari Ilahi..betapa mulianya Abu Bakar...

Masa berlalu, dan akhirnya titisan mula airmata beliau telah jatuh di pipi Baginda RasulAllah saw, dan RasulAllah saw pun terjaga dan lantas bertanya " mengapa engkau menangis wahai Abu Bakar " ?, beliau tidak dapat menyembunyikan lagi di atas kesakitan bisa ular yang di alaminya dan terus memberitahu RasulAllah saw, yang kakinya telah di patuk ular....

Baginda RasulAllah saw terus memeriksa kakinya, dan lalu meludahi di atas telapak kaki Abu Bakar, dan di atas IzinNya dan RahmatNya..kesakitan itu tadi mula sembuh...

Kita sudah tidak berada bersama-sama RasulAllah saw saat ini, namun utk menandingi di atas rasa sayang dan taat kepada Baginda saw sepertimana para-para Sahabat dahulu, tidak terdaya kita, walau bagaimanapun Allah swt Maha Mengetahui, akan ada setengah golongan manusia itu terlalu rindu dan sayang teramat sayang kepada Junjungan Besar Baginda RasulAllah saw..jadi kita,.. Allah perintahkan sentiasa " Berselawat kepada RasulAllah saw dan berada di atas landasan Sunnahnya...

petikan ...blog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...