Janganlah engkau gopoh-gapah semasa mendirikan solat, kerana di hadapanmu adalah Tuhanmu, bukan kawanmu. Engkau sedang berbicara dengan ALLAH Yang Maha Agung, tentulah tidak layak engkau bersikap demikian.
Wahai anakku,
Jangan engkau hanya fikir untuk selesai solatmu, tanpa engkau memikirkan Tuhanmu menerima atau menolak solat itu. Jangan sesekali engkau hanya mengira soal sah dan batal, tanpa engkau mengira soal ianya diterima atau ditolak.
Wahai anakku,
Kalau engkau kasih dan cinta kepada Tuhanmu, tentulah engkau akan lama bersamanya dalam solat, doa, munajat dan zikirmu. Kalau engkau merasai tiada manusia sanggup gopoh-gapah di hadapan seorang raja, kerana menghormatinya atau memuliakannya; betapa pula engkau bilamana berhadapan dengan Tuhanmu.”
Petikan : Senyumlah2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan