Selasa, 16 Ogos 2011

BEBERAPA CARA MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT


1. Solat Wajib Tepat Waktu, selalu berdoa dan berdzikir kepada Allah
Dengan solat, berdoa dan dzikir kepada Allah, Inya Allah hati menjadi tenang, damai dan makin dekat dengan-Nya
2. Solat Tahajud
Dengan solat tahajud Insya Allah cenderung mendapatkan perasaan tenang. Hal ini dimungkinkan karena di tengah kesunyian malam didapatkan kondisi keheningan dan ketenangan suasana, yang tentu saja semua itu hanya dapat terjadi atas izin-Nya. Pada malam hari, diri ini tidak lagi disibukkan dengan urusan pekerjaan ataupun urusan-urusan duniawi lainnya sehingga dapat lebih khusyu saat menghadap kepada-Nya.

3. Mengingat Kematian yang dapat datang setiap saat
Kematian sebenarnya sangat dekat, lebih dekat dari urat leher kita. Dan dapat secepat kilat menjemput.

4. Membayangkan Tidur di Dalam Kubur.
Membayangkan tidur dalam kuburan yang sempit, gelap dan sunyi saat kita mati nanti. Semoga amal ibadah kita selama di dunia ini dapat menemani kita di alam kubur nanti.

5. Membayangkan Kedahsyatan Siksa Neraka.
Azab Allah sangat pedih bagi yang tidak menjauhi larangan-Nya dan tidak mengikuti perintah-Nya. Ya Allah jauhkanlah kami dari azab neraka-Mu, kerana kami sangat takut akan siksa neraka-Mu. Ya Allah bimbinglah kami agar dapat memanfaatkan sisa hidup kami untuk selalu di jalan-Mu.
6. Membayangkan Syurga-Nya.
Kesenangan duniawi hanya bersifat sementara, sangat singkat dibanding dengan kenikmatan di akhirat yang tidak dibatasi waktu. Semoga kita dapat selalu mengikuti perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya dan Insya Allah diizinkan untuk meraih Surga-Nya. Amin ... ..

7a. Mengikuti Tausyiah atau Mengikuti Pengajian secara rutin seminggu satu kali (minimal), dua kali atau lebih. Insya Allah ... dengan mendengar tausyiah atau mengikuti pengajian, akan meningkatkan keimanan karena selalu diingatkan kembali untuk selalu dekat kepada Allah SWT. Perlu dicatat, bahawa  iman boleh turun atau naik, maka harus dijaga agar iman tetap stabil pada keadaan tinggi / kuat dengan mengikuti tausyiah, pengajian dan sebagainya.
7b. Bergaul Dengan Orang-Orang Soleh.
Seperti sudah dijelaskan di atas bahawa tahap keimanan kita boleh turun atau naik, untuk itu perlu dijaga agar tingkat keimanan kita tetap tinggi. Berada pada lingkungan kondusif di mana orang-orangnya dekat dengan Allah SWT, Insya Allah juga akan membawa kita untuk makin dekat kepada-Nya.

8. Membaca Al-Quran dan Maknanya (erti dari setiap ayat yang dibaca)
Insya Allah dengan membaca al-Quran dan maknanya, akan menjadikan kita makin dekat dengan-Nya.

9. Menambah Pengetahuan keIslaman dengan berbagai cara, antara lain dengan: membaca buku, membaca di internet ( tentang pengetahuan Islam, artikel Islam, tausyiah dsb ), melihat video Islami yang dapat meningkatkan keimanan kita.
10. Merasakan Kebesaran Allah SWT, atas semua ciptaan-Nya seperti Alam Semesta ( jagad raya yang tidak berbatas ) beserta semua isinya.
11. Merenung Atas Semua Kejadian Alam yang berlaku di sekeliling kita ( tsunami, gunung meletus, gempa dsb ).  Di mana semua itu mungkin berupa ujian keimanan, peringatan, atau teguran bagi kita agar kita selalu ingat kepada-Nya / mengikuti perintah-Nya.  Bukan makin tersesat ke perbuatan maksiat atau perbuatan lain yang dilarang oleh-Nya. Ya Allah kami mohon bimbingan-Mu agar kami dapat selalu muhasabah atas semua kesalahan yang kami lakukan, meninggalkan larangan-Mu dan kembali ke jalan-Mu ya Allah.
12. Mensyukuri Begitu Besar Nikmat yang sudah diberikan oleh Allah SWT
Jangan selalu melihat ke atas, lihatlah orang lain yang lebih susah.  Begitu banyak nikmat yang diberikan oleh Allah. Saat ini masih bernafas,



Sumber :http://www.hajiumroh.comOleh: hamba Allah



Rabu, 10 Ogos 2011

SELAWAT NABI SAW – KELEBIHANNYA


AMALAN SELAWAT YANG BOLEH MENYEBABKAN WUSHUL  [ MA’RIFAT ] KEPADA ALLAH DI AKHIR ZAMAN: SESUNGGUHNYA SELAWAT ITU, BOLEH MENGHANTARKAN PENGAMALNYA UNTUK MA’RIFAT KEPADA ALLAH, MESKIPUN TANPA MURSYID.

Fatwa Sayyid Abdur-Rahman bin Musthofa Al-Idrus
Al-Allamah Sayyid Abdurrohman bin musthofa Al-Idrus ( tinggal di Mesir ), menyatakan (dalam penjelasan Beliau tentang selawatnya Sayyid Ahmad Al-Badawi. Komentar ini ditulis dalam kitab yang berjudul ” Miraatu Al-Syumus fi manaqibi Aali Al-Idrus “):

Bahawa di akhir zaman nanti, ketika sudah tidak ditemukan seorang murobbi (Mursyid) yang memenuhi syarat, tidak ada satu pun amalan yang boleh menghantarkan seseorang wushul (ma’rifat) kepada Allah kecuali bacaan Selawat kepada Nabi SAW, baik dalam keadaan tidur mahupun terjaga. Kemudian setiap amalan itu mungkin diterima dan mungkin juga ditolak kecuali bacaan selawat kepada Nabi SAW yang pasti diterima, kerana memuliakan kepada Nabi SAW.
.
Sayyid Abdur Rohman meriwayatkan keterangan tersebut berdasarkan kesepakatan ulama’.
Ketahuilah sesungguhnya para ulama’ telah sepakat atas diwajibkannya membaca “Selawat dan Salam” untuk Baginda Nabi SAW. Kemudian mereka berselisih pendapat mengenai “bila” kewajiban itu harus dilaksanakan?. Menurut Imam Malik, cukup sekali dalam seumur.

Menurut Asy-Syafi’i, wajib dibaca pada tasyahud akhir dalam solat fardhu. Menurut ulama’ lainnya, wajib dibaca satu kali dalam setiap majlis. Ada juga ulama’ yang berpendapat, wajib dibaca setiap kali mendengar nama nabi disebut. Dan ada juga yang mengatakan wajib memperbanyak selawat, tanpa had atau bilangan tertentu. Secara umum, membaca selawat kepada nabi, merupakan hal yang agung dan keutamaannya pun sangat banyak.

Membaca selawat, merupakan bentuk ibadah, yang paling utama dan paling besar pahalanya, sehingga sebahagian kaum “arifin”, mengatakan : “sungguhnya selawat itu, boleh menghantarkan pengamalnya untuk ma’rifat kepada Allah, meskipun tanpa guru spiritual ( mursyid )”.

Kerana guru dan sanadnya, langsung melalui Nabi. Ingat ! setiap selawat yang dibaca seseorang selalu diperlihatkan kepada baginda dan baginda membalasnya dengan do’a yang serupa ( ertinya nabi tahu siapa saja yang membaca selawat kepada baginda dan nabi menjawab selawat dengan do’a yang serupa kepada pembacanya tadi ).

Hal ini berbeza dengan zikir-zikir ( selain selawat ) yang harus melalui bimbingan guru spiritual/mursyid, yang sudah mencapai maqom ma’rifat. Jika tidak demikian, maka akan dimasuki syaitan, dan pengamalnya tidak akan mendapat manfaat apapun”. ( Hasyisyah Ash-Showi ‘la Al-Jalalain, Hal :287,Juz III, Toha Putra )

Sumber: http://www.facebook.com

KITA BERTANYA & AL QURAN TELAHPUN MENJAWABNYA

Segalanya Sudah Dijawab di dalam al-Quran ……


KITA SERING BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
‘Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.’
[Surah Al-Ankabut ayat 2-3]



KITA JUGA KADANGKALA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’
[Surah Al-Baqarah ayat 216]

APABILA KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
‘Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.’
[Surah Al-Baqarah ayat 286]

ADAKALANYA KITA BERTANYA : KENAPA AKU RASA KECEWA?
QURAN MENJAWAB ]
‘Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.’ [ Surah Al-Imran ayat 139 ]

DAN… KETIKA KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPI MASALAH INI?
[ QURAN MENJAWAB ]
‘Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).’

APABILA KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
‘Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk’. [ Surah Al-Baqarah ayat 45 ]

LALU KETIKA KITA BERTANYA LAGI : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
‘Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… [ Surah At-Taubah ayat 111 ]

DAN KETIKA KITA BERTANYA : KEPADA SIAPAKAH AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.’
 [Surah At-Taubah ayat 129]

ADAKALANYA KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
‘… ..dan janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.’[ Surah Yusuf ayat 12 ]

Sesungguhnya, semuanya telah ada di dalam al-Quran. Kalau masih nak mengeluh lagi …jom gi ngaji, tenang rasa hati kita nanti.


Sumber : Anak Merdeka





AMALAN YANG DITAKUTI IBLIS

IBLIS gentar dengan soalan Nabi Muhammad ketika diarah bertemu baginda oleh Allah, dan di bawah ini adalah sebahagian lagi daripada keseluruhan soalan perlu dijawab makhluk dilaknat itu:
Amalan yang menyakiti iblis.


 Nabi Muhammad menyoal iblis berkaitan amalan yang dapat menyakiti makhluk dilaknat Allah itu. “Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak SOLAT?”
 Iblis menjawab PANAS DAN GEMENTAR lantas baginda bertanyakan mengapa. Iblis menjawab: “Sebab setiap seorang hamba BERSUJUD SEKALI kepada Allah dan Tuhan MENGANGKATNYA SATU DARJAT.”
 Baginda bertanya lagi: “Jika seorang umatku BERPUASA, jika ia BERHAJI dan jika ia membaca al-Quran.”
Iblis menjawab: “TUBUHKU TERASA TERIKAT HINGGA IA BERBUKA, aku seperti orang gila dan aku berasa meleleh laksana timah di atas api.”

Apabila ditanya jika seseorang umat Muhammad BERSEDEKAH, iblis menjawab ia sama seperti individu berkenaan MEMBELAH TUBUHNYA DENGAN GERGAJI.
Baginda kemudian bertanya mengapa iblis terasa seperti itu, lantas makhluk dilaknat Allah itu menjawab: “Sebab dalam SEDEKAH ADA EMPAT KEUNTUNGAN baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”

Baginda meneruskan soalan: “Apa yang dapat MEMATAHKAN PINGGANGMU?” dan iblis menjawab: “Suara kuda perang di jalan Allah.”
Soal baginda seterusnya: “Apa yang dapat MELELEHKAN TUBUHMU?” dan dijawab: “Taubat orang yang bertaubat.”

Nabi Muhammad meneruskan soalan: “Di manakah kau MENAUNGI ANAK-ANAKMU DI MUSIM PANAS?” dan iblis menjawab: “Di bawah kuku manusia.”

Sumber: Anak Merdeka

Selasa, 9 Ogos 2011

KISAH HIDUP RABIAH AL-ADAWIYAH [ RABIATUL ADAWIYAH]

Kisah Hidup Rabiah Al-Adawiyah
Gambar hiasan saja.
RABIAH BASRI atau lebih dikenali sebagai Rabiah al-Adwiyah adalah salah seorang wanita yang awal memeluk agama Islam. Dia telah meninggalkan segala-galanya yang bersifat duniawi dan mengabadikan sepenuhnya dirinya kepada ALLAH SWT.

Dia telah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin. Mempunyai empat orang adik beradik. Kelahirannya telah diliputi bermacam-macam cerita yang aneh-aneh.  Pada malam dia dilahirkan, di rumahnya tidak mempunyai apa-apa bahkan minyak untuk menyalakan lampu pun tiada. Malahan secebis kain untuk membalut dirinya apabila dilahirkan kelak juga tidak ada. Ibunya meminta ayah Rabiah supaya meminjam pelita minyak daripada jiran mereka. Ini merupakan cubaan bagi si ayah yang malang itu.

Sebelum itu ayahnya telah berjanji kepada ALLAH untuk tidak  meminta pertolongan dari sesiapa. Oleh kerana keadaan terdesak maka dia pun  pergi juga ke rumah jirannya. Sebaik saja tiba di rumah jirannya, dia terus mengetuk pintu rumah jirannya itu. Malangnya tiada jawapan pun dari dalam rumah itu. Dia berasa lega dan mengucap syukur kepada ALLAH kerana tidak ingkar pada janjinya.

Setelah itu dia pun pulang ke rumahnya dan terus tidur. Pada malam itu dia bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW. Dalam mimpinya itu Nabi Muhammad SAW telah memberikan tanda kepadanya dengan menyatakan bahawa anaknya yang bakal  dilahirkan itu telah ditakdirkan akan menduduki tempat paling tinggi di sisi ALLAH.

Tidak berapa lama setelah Rabiah dilahirkan kedua –dua ibu bapanya telah meninggal dunia, manakala ketiga-tiga orang kakaknya turut meninggal dunia akibat kelaparan yang ketika itu melanda Basra. Rabiatul kemudiannya dipelihara oleh seorang lelaki yang kejam. Dia telah dijual sebagai hamba dengan harga yang rendah. Majikannya juga bengis orangnya.

Dalam usia yang masih muda dia telah menghabiskan waktunya dengan melaksanakan segala perintah tuannya. Manakala sebelah malamnya dia sentiasa berdoa ke hadrat IIiahi.

Pada suatu malam, majikannya telah melihat tanda kebesaran rohani Rabiah iaitu ketika Rabiah berdoa kepada ALLAH  katanya: Ya Rabbi ! Engkau telah menjadikan aku budak belian seorang manusia sehingga aku terpaksa mengabadikan diriku kepadanya. Seandainya aku bebas, pasti aku akan persembahkan seluruh waktu dalam hidupku ini untuk berdoa kepada-Mu”.

Tiba-tiba sebaik saja dia selesai berdoa, ternampak satu cahaya mendekati kepalanya. Melihat kejadian itu majikannya menjadi terlalu takut. Keesokan harinya Rabiah telah dimerdekakan.

Memperhambakan Diri
Setelah dibebaskan, Rabiah pergi ke tempat-tempat sunyi untuk menjalani hidup dengan  bertawaduk kepada Tuhan. Akhirnya dia sampai ke sebuah pondok dekat dengan Basra. Di situ dia hidup seperti bertapa. Segulung tikar, sebuah kendi diperbuat daripada tanah, seketul batu bata. Semuanya itu merupakan harta yang dimilikinya.

Di pondok itu keseluruhan waktunya digunakan untuk mengabdikan diri berdoa.  Pada suatu hari dia telah didatangi oleh sekumpulan orang bertujuan untuk meminangnya. Orang ramai itu adalah wakil kepada Gabenor Basra. Oleh kerana dia terlalu sibuk mengabadikan dirinya kepada ALLAH  maka diapun menolak pinangan itu.

Pada ketika yang lain Sufian Suri seorang soleh dan dihormati datang menemui Rabiah. Sebaik saja dia sampai dia terus berdoa: “Ya ALLAH  Tuhan Yang Maha Kuasa, aku mohon harta duniawi dariMu”. Mendengar isi doa itu, Rabiah pun menangis. Lantas Sufian Suri pun bertanya kenapa dia menangis, maka Rabiah pun berkata : Harta itu sesungguhnya didapati setelah meninggalkan segala yang bersifat duniawi ini, dan aku melihat anda hanya mencarinya di dunia ini saja”.

Menurut satu riwayat, ada seorang insan telah mengirim wang sebanyak empat puluh dinar kepada Rabiah, lantas dia pun menangis seraya mengangkat tangannya : “Engkau tahu Ya ALLAH ! Aku tidak pernah meminta harta dunia dari Mu, meskipun Engkau pencipta dunia ini. Lantas bagaimana aku dapat menerima wang dari seseorang, sedangkan wang itu sesungguhnya bukan kepunyaannya”.

Setiap kali dia mengajar muridnya dia sentiasa menasihati mereka agar jangan menunjukkan perbuatan baik itu kepada sesiapa pun, malahan mereka diharuskan menutupi  perbuatan baik itu sebagaimana mereka menutupi perbuatan jahat mereka.

Segala penyakit datangnya adalah atas kehendak ALLAH  kerana itu Rabiah selalu menghadapinya dengan hati  yang tabah dan berani.  Rasa sakit yang bagaimana pun tidak pernah mengganggunya. Dia seringkali tidak menyedari ada bahagian tubuhnya yang terluka sampai dia diberitahu oleh orang lain.

Suatu hari dia telah terlanggar pokok yang menyebabkan kepalanya berdarah, kemudian seseorang telah bertanya : “Apakah anda tidak berasa sakit?”.  Jawab Rabiah “Aku dengan seluruh jiwa ragaku mengabdikan diri kepada ALLAH SWT. Aku berhubung erat dengan-Nya, aku disibukkan-Nya dengan hal-hal lain daripada apa yang kamu rasakan”, jawabnya lembut.

Semasa hayatnya, banyak keajaiban telah dikaitkan dengan Rabiah. Antaranya, Rabiah mendapat makanan daripada tetamunya melalui jalan yang aneh-aneh.  Diriwayatkan bahawa, ketika Rabiah sedang menghadapi sakaratul maut, dia meminta teman-temannya meninggalkan dia seorang diri. Kemudian dia mempersilakan para utusan ALLAH datang kepadanya.

Sewaktu teman-temannya berjalan keluar mereka terdengar Rabiah mengucapkan syahadah, dan ada pula suara yang menjawab: “Jiwa, tenanglah, kembalilah kepada Tuhanmu, legalah, kembalilah kepada Tuhanmu, legalah hatimu pada-Nya, ini akan memberikan kepuasan kepadanya”.

Di antara doa-doa yang tercatat berasal dari Rabiah ialah doa yang dipanjatkannya pada waktu malam di atas atap rumahnya, katanya: Oh…Tuhanku, bintang-bintang bersinar bergemerlapan, manusia sudah tidur nyenyak dan raja-raja telah menutup pintunya, tiap orang bercinta sedang asyik dengan kesayangannya dan di sinilah aku bersendirian bersamaMu.

Manakala doa lainnya :”Ya Rabbi, bila aku menyembahMu kerana takutkan neraka, bakarlah diriku di dalamnya. Bila aku menyembah Mu,kerana mengharapkan syurga jauhkan aku dari sana. Namun jika aku menyembah Mu hanya kerana Engkau, maka janganlah Engkau tutup keindahan abadiMu”.

Rabiah telah meninggal dunia di Basra pada tahun 801 Masihi. Dia telah dimakamkan di rumah tempat dia tinggal. Ketika jenazahnya diusung ke perkuburan, orang-orang soleh, para sufi dan orang-orang Islam turut mengiringinya dalam jumlah yang luar biasa ramainya.

Cintailah ALLAH kerana Dia mencintai kita, tunaikanlah perintah ALLAH kerana Dia akan mengadili kita, buatlah sesuatu yang dituntut semata-mata kerana ALLAH  sebab yang akan menilai setiap amal adalah ALLAH.

Apabila kita rapat dengan ALLAH maka sudah semestinya kita akan menjadi orang kesayangan ALLAH dan semua makhluknya, dan pada hari pengadilan nanti sudah tentu ALLAH tidak akan memberatkan pertanyaan ke atas hamba-Nya yang sangat takut kepada-Nya.

Ya Allah, jauhkanlah kami daripada fahaman-fahaman Yahudi, Nasrani dan fahaman-fahaman karut yang dapat menyesatkan kami, dan selamatkanlah kamu semua di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya akhirat itulaah tempat kami dann tujuan hidup kami”. Amin

Sumber: Kisah-Kisah Benar 7. NurulHas

Ahad, 7 Ogos 2011

KISAH TUKANG SIKAT RAMBUT ANAK FIR’AUN


Gambar Hiasan

Firaun raja Mesir memiliki pekerja yang bekerja menyikat rambut anak-anak perempuannya. Masitah nama pekerja tersebut. Pada suatu hari dengan kehendak Allah terjadilah satu peristiwa yang mengukir sejarah hingga ke hari ini. Ketika Masitah menyikat rambut anak perempuan Firaun ditakdirkan terjatuhlah sikat itu dari tangannya. Lantas secara spontan terkeluarlah perkataan, “Dengan nama Allah, celakalah Firaun” dari mulutnya.

Apabila terdengar sahaja oleh anak Firaun itu lalu berkatalah ia kepada Masitah: “Wahai tukang sikat rambutku! Apakah ada Tuhan selain dari bapaku?”. Masitah menjawab “Ya” memang ada!. Seterusnya berkatalah anak Firaun kepada Masitah,” Mahukah engkau aku sampaikan perkara ini kepada bapaku?”. Masitah pun menjawab ringkas “Ya” baiklah”. Maka anak Firaun pun segera memberitahu bapanya akan perkara tersebut. Apabila terdengar sahaja berita tersebut Firaun pun memerintahkan supaya Masitah di bawa menghadapnya.

Apabla Masitah datang menghadapnya, Firaun pun bertanya kepadanya. Katanya , “Apakah ada Tuhan selain dariku?. Masitah menjawab dengan tegas.“Tuhanku ini adalah Allah ( Wajibal Wujud ). Mendengar jawapan itu Firaun  pun menitahkan pegawainya memujuk Masitah agar merobah atau membuangkan keimanannya itu. Setelah bermacam-macam cara pujukan dilakukan , Masitah masih tetap utuh pendiriannya, sebaliknya Masitah memberikan jawapan dengan tegas “ Allah Tuhanku dan Tuhan kamu semua”.

Mendengar yang demikian bertambah murkalah Firaun sampai digertaknya Masitah, suami serta anak-anaknya. Beta akan bunuh sekalian keluargamu, gertak Firaun!. Baiklah jawab Masitah. “ Akan tetapi ada permintaan hamba yang harus tuanku tunaikan, iaitu hamba mahu sekiranya tuanku membunuh hamba, kuburkanlah hamba ini disatu perkuburan”.

Firaun pun menitahkan hulubalangnya membawa belanga besar yang berisi minyak bagi merebus dan menghukum Masitah, anak-anak serta suaminya.

Anak-anak Masitah dan suaminya dilontarkan ke dalam belanga besar dengan panasan minyak yang mendidih. Tinggalah Masitah bersama dengan anak kecilnya yang maish menyusu di pangkuannya. Betapa sedih dan pilu keadaan ketika itu, tidak dapat digambarkan.

Akan tetapi Masitah tidak gentar untuk masuk ke dalam minyak yang amat panas itu. Rasa terharu menyebabkan beliau tertahan-tahan untuk terjun, kerana melihat anaknya yang  masih menyusu dan tidak mengetahui apa-apa.

Dengan kudrat kehendak Allah, tiba-tiba anak yang masih kecil itu berkata kepada ibunya: “ Wahai ibuku masuk sajalah ke dalam belanga ini, sesungguhnya ibu berada di pihak yang benar”
.
Sebaik mendengar kata-kata anak kecilnya, Masitah  semakin yakin dan berani. Lantas terjunlah Masitah bersama anaknya ke dalam belanga tersebut. Berakhirlah eiwayat hidup Masitah di dunia yang fana ini dalam mempertahankan keimanannya kepada Allah SWT.

Firaun memerintahkan hulubalangnya menguburkan Masitah sekeluarga di dalam satu kubur sebagaimana permintaan Masitah sebelum dia dibunuh.

Keteguhan iman terhadap Allah tidak sedikit pun tergugat walau diancam bunuh oleh Firaun. Allah mengurniakan balasan syurga kepada hamba-Nya yang teguh, taat imannya kepada-Nya. Kubur Masitah sekeluarga mengeluarkan bau harum sampai bertahun-tahun lamanya.

Begitulah kukuhnya iman Masitah sekeluarga.

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:” Adakah kamu mengira bahawa kamu akan  masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian ) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka  ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “ Bilakah datangnya pertolongan Allah ?” Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Wallahua'lam

Petikan; Kisah-Kisah Benar

Sabtu, 6 Ogos 2011

KISAH WANITA DARI DUNIA JADI KETUA BIDADARI DI SYURGA


BILA dikatakan bahawa para bidadari di syurga nanti kesemuanya jelita, terlalu rupawan serta serba-serbinya paling menarik, maka bagaimana pula dengan kedudukan kaum wanita ‘Ahli Dunia’ akan muncul dan mengisi syurga kelak?

Di dalam syurga kelak, kaum wanita ‘Ahli Dunia’ akan muncul jauh lebih rupawan berbanding  para bidadari sendiri. Wajah mereka lebih cantik dan jelita, kulit tubuh mereka lebih halus dan licin, demikian juga dengan perhiasan dan pakaian mereka.

Pada ketika yang sama wanita dari dunia yang menghuni syurga akan dijadikan sebagai ketua bidadari bagi suami masing-masing. Inilah ganjaran yang akan Allah kurniakan kepada wanita syurga sesuai dengan kebajikan dan amal ibadat yang telah mereka kerjakan semasa di dunia dahulu.

Kaum wanita diberi kemuliaan dan tempat yang lebih tinggi berbanding para bidadari biasa dari syurga, lantaran mereka telah melalui berbagai-bagai ujian pahit manis serta pelbagai ujian serta bertungkus lumus beribadat kepada Allah SWT ketika hidupnya dahulu.

Di syurga nanti seorang wanita yang telah bersuami akan terus kembali berpasangan dengan suami asalnya ketika di dunia dahulu dan di syurga nanti dialah yang bakal menjadi ketua para bidadari di mahligai suaminya.
Manakala bagi seorang wanita yang berkahwin lebih dari seorang lelaki ketika di dunia, mereka di beri kelebihan untuk memilih salah satu lelaki yang pernah mereka kahwini dahulu.

Wanita-wanita ini nanti tujuh puluh kali ganda lebih baik mutunya dari kemuliaannya biadadari biasa di taman syurga. Para penghuni syurga tidak akan mengalami masa gelap seperti malam. Sebaliknya di syurga nanti para penghuninya melalui hari-harinya seperti bertemu pagi dan petang dengan satu nur ajaib menjadi cahaya yang bakal meliputi seluruh taman syurga.

Di syurga, tidak akan berlaku sebarang kekecohan pergaduhan, pertengkaran, sakit hati, hasad dengki dan berbagai-bagai perkara negative di kalangan para penghuninya, apatah lagi di kalangan berpuluh orang bidadari yang menjadi isteri setiap seorang dari lelaki syurga.

Ini kerana segala bibit perasaan dengki, irihati, sombong, bongkak serta sesuatu yang seumpamanya di kikis dan dibersihkan daripada hati para penghuninya. Maka aman damailah dan akan sentiasa bergemerlapan perkampungan syurga di setiap saat.

Apabila lelaki yang beruntung mula dihantar ke mahligai masing-masing di perkampungan syurga, maka akan menunggulah para bidadari yang bakal menjadi isteri masing-masing di pintu mahligai itu dengan kerinduan yang amat sangat.

Akan berkata para bidadari itu ketika menyambut suami mereka di hari pertemuan paling bererti di syurga nanti.
Terlalu lama kami menunggu kedatanganmu. Kami sentiasa riang dan tidak pernah bersedih. Kami sentiasa lurus dan tidak pernah serong, kami juga hidup dan tidak pernah mati”.

Mata bidadari itu mengerdip redup dan manis dan tidak henti-henti menatap wajah suami masing-masing dengan hati yang penuh kerinduan.

Berkatalah lagi para bidadari itu, “Engkau adalah kekasih kami. Dan kami adalah kekasihmu dan kami juga tidak mengenal orang lain selain darimu.”

Demikianlah suci dan bersihnya cinta dan kasih para bidadari di taman syurga terhadap suami maising-masing. Cinta mereka tidak berbelah bagi, mereka tidak akan terpikat dengan lelaki lain meskipun semuanya tampan dan bergaya.

Suami kepada para bidadari itu telah ditentukan awal-awal lagi. Mereka sudah tahu siapakah bakal suami mereka di akhirat kelak. Mereka mulai mengenal suami masing-masing sejak kelahiran lelaki berkenaan ke dunia lagi.

Apa yang berlaku ke atas diri lelaki tersebut sentiasa diperhatikan oleh para bidadari itu yang tidak sabar menunggu saat pertemuan yang paling bererti di syurga kelak.

Apabila seorang isteri di dunia menyakiti hati suaminya dan menyebabkan suami tersinggung atau marah, maka akan segeralah para bidadari di syurga yang bakal menjadi isteri kepada suami itu dengan berkata:
“Janganlah engkau menyakiti dia kerana ini akan menyebabkan kemarahan Allah ke atasmu. Di sisimu cuma untuk sementara sahaja sebab di akhirat nanti dia akan menjadi suami kami pula”.

Di syurga nanti kaum lelaki yang menjadi penghulu dan raja di mahligai masing-masing akan menghadapi tempoh perkahwinan dan perkelaminan yang paling nikmat dan lazat.

Perkelaminan mereka tidak akan pernah digugat oleh perasaan resah dana tenaga yang melemahkan, tanpa dihambat oleh perasaan bimbang akan memperolehi anak yang ramai lantaran mereka tidak akan beranak lagi di syurga.

Kemewahan , kebahagiaan dan kesejahteraan para penghuni syurga menjalani suatu kehidupan yang  sebenar dengan kesenangan yang tidak pernah susut mahupun berkurangan iaitu suatu kehidupan yang kekal abadi.
Inilah taman syurga untuk manusia yang mahu berfikir dan menggunakan akalnya kepada perkara-perkara ghaib yang dijanjikan oleh Allah SWT. Dan syurga itu bukanlah untuk golongan manusia yang melampaui batas dalam kehidupan setiap hari ketika di dunia.

Sumber: Kisah -kisah benar 7-Nurulbasri

AKHiRAT DIDAHULUKAN...

 قال الامام القدوة عون بن عبد الله رحمه الله: إن من كان قبلنا كانوا يجعلون لدنياهم ما فضل عن آخرتهم، وإنكم اليوم، تجعلون لآخرتكم ما فضل عن د...