Ahad, 20 November 2011

ISTIGHFAR KEPADA ALLAH SWT





Ustaz Muhammad Arifin Ilham
Hudzaifah.org –


Saudara saudariku yang kucintai kerana Allah. Istighfar, kalimah yang sangat pendek,tetapi memiliki makna yang sangat dahsyat, sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita, di dunia dan di akhirat. Istighfar memiliki dua makna.

Yang pertama, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, berarti kita minta ampun kepada Allah, minta diampunkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita. Semakin sering kita beristighfar maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan, dari aib-aib. Kerana itu Allah sangat menyukai hamba Allah yang terus beristighfar.

Kerana tidak seorang pun di antara kita yang bersih dari dosa, maka istighfar menjadi kewajiban, dan keperluan kita, agar Allah dapat mengampuni dosa kesalahan kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.

Yang kedua, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, bererti kita minta kepada Allah, mohon kepada Allah, amat sangat, agar Allah memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk, menjadikan akhlak kita mulia.

Subhanallah. Satu ucapan tetapi memiliki dua keinginan. Kerana itu tidak hairan hamba Allah yang bersungguh-sungguh beristighfar tampak dalam kehidupannya, semakin berkah, semakin membawa kebaikan dan perbaikan, semakin bahagia, tenang, senang, menyenangkan, di dunia dan di akhirat. Kerana itu Rasulullah SAW bersabda,

"Barangsiapa yang melazimkan, mendawamkan dirinya selalu beristighfar kepada Allah, maka Allah mudahkan ketika dalam  kesulitan, Allah gembirakan saat kesedihan, dan Allah memberi rezki dari jalan yang tidak pernah ia duga."


Subhanallah.

Kemudian dalam Al Qur'an surat Nuh ayat 10, 11, 12, Allah SWT berfirman,

"Beristighfarlah kepada Tuhanmu - sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun - niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai". (QS. Nuh: 10-12)

Beristighfarlah kita kepada Allah, niscaya Allah turunkan musim hujan yang berat. Allah mudahkan kita mendapatkan rezeki. Allah hadirkan di tengah kita anak-anak kita, generasi-generasi yang sholeh, generasi robbani. Kemudian Allah makmurkan negeri kita, Allah sejahterakan kita. Allahu Akbar.

Jadi, istighfar bukan hanya kewajiban, tapi keperluan kita. Kerana itulah Rasulullah SAW, baginda tidak bangun dari tempat tidur baginda, kecuali baginda beristighfar 70 kali, dalam hadith lain menyatakan sebanyaj 100 kali. Padahal baginda nabi dan rasul yang ma'sum, dijamin masuk surga, bebas dari dosa, (tapi) begitu hebat istighfarnya kepada Allah. Apalagi kita yang banyak dosa. Astagfirullahal 'adzim, ampunilah dosa kami ya Allah..



Subhanakallahumma wabihamdika asyhaduallaailaahailla anta astaghfiruka wa atubuilaik.


Isnin, 14 November 2011

PESANAN ALLAH YARHAM SYEIKH AHMAD YASSIN


Syeikh Ahmad Yassin
WAHAI anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH dengan meninggalkan pelbagai keseronokkan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian.Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia,mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Rasulullah SAW.

AKU menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya, lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku untuk mendekatkan diri kepada sunnah nabi kalian yang AGUNG.

WAHAI para pemuda,aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggungjawab.Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh-kesah.Aku menyeru kalian untuk menghadap Allah s.w.t dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian.Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih MUDA.

AKU ingin kalian tidak tidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan,melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantinya dengan kata amal,kerja dan zikir kepada Allah.Wahai anak-anakku aku amat berharap kalian tidak sibuk terjerumus ke dalam arus SYAHWAT.

WAHAI puteriku aku ingin kalian berjanji kepada Allah akan mengenakan hijab secara jujur dan betul.Aku meminta kalian berjanji kepada Allah bahawa kalian mengambil peduli tentang agama dan nabi kalian yang mulia.Jadikanlah ibunda kalian,Khadijah dan Aisyah sebagai teladan.Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian.Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda mendekati KALIAN.

KEPADA semua,aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang.bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan.Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah.Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat.Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik.Latihlah kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan.Berpeganglah kepada agama kalian.Carilah sebab-sebabnya dan tawakkallah kepada ALLAH.

Sabtu, 12 November 2011

LEPASKANLAH PAKAIAN ALLAH


Sumber; http://cerita sufi00.blogspot.com
Peninggalan Kaum Tsamud
Menjadi mahfum bagi muslim bahawa KEBANGGAAN HANYA MILIK ALLAH, KESOMBONGAN ADALAH PAKAIANNYA. Dengan kata lain banyak sandaran Quran dan hadis yang dapat dinukil sebagai sandaran. Salah satunya adalah:
Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan “.
( H.R. Muslim)

ALLAH SWT berfirman dalam Qalam suci-Nya:
Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia ( kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri (angkuh).”
(Surah Luqman; 18 )

Seterusnya ALLAH berfirman, bermaksud:
Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di dunia ini tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasanku.”
(Surah Al A’raf ; 146 )

Kembali kepada kisah Azazil yang akhirnya bergelar iblis kerana ingkar akan suruhan ALLAH , akhirnya diperintahkan keluar dari syurga; tempat di mana penghuninya terdiri daripada orang-orang  yang suci dan bersih hati. Tersingkap kisah ini dalam surah Al Baqarah, ayat 34;
Dan  (ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kalian kepada Adam.” Maka sujudlah mereka semua kecuali iblis; ia enggan dan takbur ( sombong ) dan ia termasuk golongan orang-orang kafir.”

Tentunya ALLAH juga banyak berpesan keras dalam Al Quran tentang betapa kesombongan itu dihancurkan-Nya dengan sentuhan “ Kun Fayaku “. Tergambar jelas bagaimana kaum Tsamud umat NABI LUTH AS, NABI MUSA dengan Firaunnya, Qorun dengan hartanya dan banyak lagi contoh nyata di sekitar manusia ( semoga ALLAH mengampuni dan menunjukkan jalan yang jauh dari kesombongan )
GAMBAR ; Peninggalan Kaum tsamud yang masih dapat kita saksikan.


Tempat Ibadah Kaum Tsamud



 Tempat keluarnya unta pada zaman Nabi Salleh


 Pasar Kaum Tsamud

Beruntunglah orang-orang yang sentiasa merenung diri. Bermuhasabah diri. Memikir kekurangan diri sebagai hamba Allah. Sebaliknya sentiasa memikirkan ketinggian,kebesaran dan keagungan ALLAH. Hindarkanlah sifat sombing dan segala penyakit hati dari kita.

Khamis, 10 November 2011

PENGORBANAN TIADA TANDINGAN


Ketika Rasulullah SAW berada di atas mimbar, baginda berkata, “Terdapat seorang hamba, di mana Allah memberi pilihan kepadanya, sama ada beliau ingin memilih kemewahan dunia ataupun diberi sesuatu yang ada di sisi Allah. Ternyata beliau memilih apa yang ada di sisi Allah.” Selepas itu Abu Bakar menangis dan berkata, “Aku menebus kamu dengan bapa dan ibuku.” Abu Said berkata, “Rasulullah yang dipilihnya dan Abu Bakar sendiri yang memberitahu perkara itu kepadaku.”
Hadis Abu Said r.a.

ABU BAKAR sahabat RASULULLAH sejak kecil


Rasulullah SAW berkata,”Orang yang sanggup berkorban dengan harta dan dirinya kerana  aku ialah Abu Bakar. Sekiranya aku mahu mengambil seorang kekasih, aku akan mengambil Abu Bakar sebagai kekasihku, tetapi beliau saudaraku dalam Islam. Sesungguhnya di masjid ini terdapat jendela besar dia antara dua buah rumah  untuk Abu Bakar.”

Hadis Abu Said r.a.

Ahad, 6 November 2011

PESANAN HASAN AL-BASRI KEPADA KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ


Sumber : http://abutaqiyuddin.blogspot.com

( Berikut Surat Yang Ditulis Oleh Hasan Al Basri Kepada Khalifah Umar Bin Abdul Aziz untuk dijadikan nasihat dan peringatan. Jadikan ini juga sebagai ingatan bersama serta amaran kepada semua pemimpin yang dibelenggu di tengkuknya dengan amanah kepimpinan )

Wahai Amirul Mukminin, Tuhan memberi amanah kepada khalifah bagi meluruskan segala yang bengkok, membaiki segala yang rosak, menguatkan segala yang lemah, membela mereka yang teraniya, dan menjadi penolong mereka yang  terhindar.

Wahai Amirul Mukminin, ketua negara yang adil ibarat gembala yang sayang kepada haiwan-haiwan ternakannya, menghantarnya ke tampat yang selamat serta jauh daripada bahaya, mengawalnya daripada gangguan binatang buas serta melindunginya daripada kepanasan dan  kedinginan.

Wahai Amirul Mukminin, Khalifah yang adil laksana seorang ayah yang arif bijaksana pada anak-anaknya. Apa yang dilakukan demi kebaikan mereka, mengajarnya menjadi orang yang berguna, bekerja keras membanting tulang untuk ahli keluarganya serta meninggalkan peninggalan yang berharga buat mereka apabila meninggal dunia  kelak.

Wahai Amirul Mukminin, Ketua Negara yang adil ibarat seorang ibu yang berkasih sayang serta bersikap lemah lembut kepada anak-anaknya. Dia rela mengandungkannya dengan bersusah payah, kemudian mengasuhnya ketika bayi. Dia sanggup berjaga malam selagi anaknya tidak tidur dan perasaannya baru lega dan tenang selepas anaknya tenang dan tidur lena. Kemudian dia menyusukan anaknya ketika haus dan gembira apabila anaknya sihat dan berdukacita apabila anaknya sakit.

Wahai Amirul Mukminin, Ketua Negara yang adil ialah ketua negara yang berdiri antara Tuhan dan hambaNya. Dia memperdengarkan firman Allah kemudian menyampaikan kepada rakyatnya. Dia patuh kepada perintah Tuhan kemudian mengajak rakyatnya supaya turut mematuhi-Nya.

Wahai Amirul Mukminin, dengan kuasa yang dikurniakan Tuhan kepada kamu, jangan jadi seperti budak suruhan yang diberi amanah oleh tuannya bagi menjaga keluarga dan harta bendanya, kemudian dia khianati serta melakukan sewenang-wenangnya hingga harta itu habis dan majikannya menjadi marah. Khalifah adalah hamba kepada rakyatnya.

Wahai Amirul Mukminin, Tuhan menggariskan panduan hidup melalui kitab Quran dan Lidah Rasulullah supaya manusia menjauhkan diri daripada kejahatan. Tetapi bagaimana sekiranya yang melanggar peraturan itu orang yang sepatutnya menjadi pelaksana hukuman itu? Tuhan menjadikan hukum Qisas sebagai jaminan kehidupan para hambaNya. Tetapi bagaimana apabila orang yang jadi pemimpin itu adalah orang yang seharusnya dituntut bagi dijatuhkan hukuman qisas  tersebut?

Wahai Amirul Mukminin,sentiasa ingatlah akan kematian dan apa yang akan terjadi selepasnya. Ketika itu kamu tidak ada pembela selain amal ibadat mu. Kerana itu, bersiap sedialah menghadapinya dan jadikan perkara itu masalah besar bagimu. Ingatlah pada hari di mana seseorang itu melarikan diri daripada saudaranya, ibubapanya serta isteri dan anak-anaknya.

Wahai Amirul Mukminin, Jangan kamu menghukum hamba Allah dengan hukuman orang jahil. Janganlah bawa mereka itu di jalan yang dilalui orang zalim. Jangan kamu beri kesempatan pada orang sombong yang berkuasa ke atas orang yang lemah.

Wahai Amirul Mukminin, Janganlah kamu memandang pada kedudukan kamu pada hari ini, tetapi pandanglah kedudukan kamu pada hari esok di mana kamu terbelenggu dalam cengkaman maut, kemudian berdiri di hadapan Tuhan di tengah kelompok para malaikat, para nabi dan  rasul.

Akhir kata wahai Amirul Mukminin khalifah Umar Bin Abdul Aziz, meskipun nasihat yang saya berikan ini tidak sebaik nasihat para cendekiwan, namun saya setulus hati sayang dan cinta kepadamu. Saya mengirim surat ini laksana orang yang memberikan ubat kepada kekasihnya, yang menuangkan ubat yang pahit dengan harapan orang yang dikasihinya  sihat.
Selamat atasmu wahai Amirul Mukminin, semoga Tuhan memberikan rahmat dan berkatNya kepadamu.   Amin.

( Wahai mereka Para Pemimpin di semua peringkat, ingatlah bahawa pesanan ini bukan hanya terkena di atas pundak Khalifah Umar Bin Abd Aziz. Tetapi semua yang bergelar pemimpin akan dipertanggungjawabkan sama ke atas mereka ).

Rabu, 2 November 2011

Kaabah dan Magnetism: Satu Manifestasi Seni

Mekah kini

Hari ini saya telah menemui sebuah karya seni yang menakjubkan, apatah lagi yang menghasilkannya merupakan seorang doktor! Ahmed Mater yang dilahirkan di Arab Saudi telah menghasilkan sebuah kiub magnet yg dikelilingi oleh serbuk besi, dan karya seni ini telah menampakkan satu medan magnet yg berpusar, seolah-olah seperti tetamu Allah yang mengelilingi Kaabah. Karya seni ini telah dinamakan sebagai ‘Magnetism’.



Ideanya mudah, dan seperti unsur di tengah-tengahnya, mempunyai daya tarikan yang tinggi. Ahmed Mater telah mengubahsuai sebuah magnet dan menaburkan puluhan ribu zarah besi, yang membentuk awanan yang berpusar. Meskipun kita tidak pernah melaksanakannya, tentu kita pernah melihat imej Haji, kunjungan umat Islam ke kota suci Mekah pada setiap tahun. Kiub magnet hitam Ahmed merupakan model mini Kaabah yang dibalut dgn kiswah hitam, ‘Kiub’, unsur utama dalam upacara Haji. Pusaran serbuk besi tersebut mencerminkan tawaf para jemaah haji yang mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali.

Al-Bayt al-’Atiq (Rumah Purba), nama lain bagi Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu merupakan sebuah binaan yang sungguh unik. Kiub ialah bentuk blok paling asas bagi sesebuah bangunan, dan bentuk yang paling asas bagi sesuatu struktur yang dibina. Dan Kaabah (Baytullah), Rumah Tuhan Yang Maha Esa: telah dibina oleh Nabi Ibrahim, monoteis pertama, atau dalam beberapa pendapat yang lain mengatakan telah dibina oleh manusia pertama, Adam. Tapak binaannya pula mungkin lebih purba, menurut kepada sesetengah pendapat. Ahli geografi abad ketiga belas -Yaqut al-Hamawi menulis, perkara pertama yang Allah ciptakan dari bumi ini adalah tapak Kaabah. Beliau kemudiannya menjadikan bumi terbentang luas dari di bawah tempat ini. Oleh itu, ia adalah pusat bumi dan titik pertengahan dunia ini yang lebih rendah dan ibu kepada kampung-kampung. Yaqut seterusnya menjelaskan, berdasarkan autoriti para ulama terdahulu, tawaf para jemaah adalah bersamaan dengan malaikat yang mengelilingi Baytul Ma’mur, mencari keredaan-Nya. Sehingga hari ini, dan seterusnya, Kaabah menjadi tumpuan bagi mendamaikan hati dan juga memohon keampunan; berdasarkan frasa yang digunakan dalam Al-Quran, ‘tempat perehatan untuk umat manusia dan tempat yang sejahtera’.

Karya seni Mater Ahmed, walaubagaimanapun, memberikan kita lebih daripada sebuah simulasi mudah berkenaan Rumah Allah. Titik-titik pertentangan antara segi dan bulatan, lingkaran dan kiub, hitam dan putih, terang dan gelap, meletakkan unsur-unsur utama bentuk dan nada dalam keseimbangan dinamik. Dan ada lagi penentangan yang dinamik dan harmoni yang tersirat di dalam magnet dan juga ibadat haji – iaitu daya tarikan dan daya tolakan. Kaabah adalah magnet dan titik pusat: ‘hendak meninggalkan rumah, akan kembali ke rumah’, adalah antara kata-kata terakhir bagi seseorang jemaah Haji sebelum pulang. Selain itu, perkataan Arab yang bermaksud menarik, ‘jadhaba’, boleh juga kadang-kadang membawa maksud berlawanan iaitu ‘menghalau’. (seseorang pernah berkata; dalam bahasa Arab, semua perkataan adalah membawa maksudnya sendiri, perkataan sebaliknya, dan juga unta. Tentu saja kata-kata ini bukanlah untuk diambil secara literal, walaupun ada sebilangan perkataan di dalam kamus yang membuktikan kebenarannya) Apatah lagi semua pertentangan ini bukanlah sesuatu yang aneh. William Blake pernah menjelaskan, ‘Tanpa percanggahan, tidak akan ada perkembangan’. Daya tarikan dan daya tolakan… adalah perlu untuk kewujudan manusia. 
Perhatikan ulasan yang dibuat oleh seorang tokoh Tim Mackintosh-Smith:

Ahmed Mater’s magnets and that larger, Meccan lodestone of pilgrimage can also draw us to things beyond the scale of human existence, and in two directions at once – out to the macrocosmic, and in to the subatomic. In the swirl of Ahmed’s magnetized particles and the orbitings of the Mecca pilgrims are intimations of the whirl of planets, the gyre of galaxies. Hayy ibn Yaqzan, fictional brainchild of the twelfth-century Andalusian philosopher Ibn Tufayl (and perhaps both a spiritual precursor of the Mevlevi ‘whirling dervishes’ and a literary ancestor of Robinson Crusoe), made this latent link between terrestrial and celestial tawaf explicit. 

Looking skyward from the island on which he had been marooned as an infant and had grown to the age of reason, he observed the heavenly bodies – and then began to imitate their orbital motions, ‘sometimes walking or running a great many times round about his House or some Stone,’ in Simon Ockley’s translation of 1708, ‘at other times turning himself round so often that he was dizzy.’ (In a footnote Ockley, a Cambridgeshire clergyman, thought all this ‘extreamly ridiculous’; his Arabic was clearly better than his metaphysics.) And, to pursue the other, inward path, into the microcosm, might not a Hayy ibn Yaqzan born into the age of particle physics find himself equally inspired by the motion of electrons? Magnetism, gravity, attraction-repulsion are necessary not just to human existence, but to the very being of the cosmos; they are what make worlds both large and small go round. Some commentators, like the literary Elizabethan Sir John Davies, have given these forces another name, more poetic but no less apt:


Kind nature first doth cause all things to love;
Love makes them dance, and in just order move.

Love is what sets in motion the Mevlevi, whirling in his perfect white corolla of skirts, and the circling planet, and the circumambulating pilgrim, and the subatomic tawaf of the atom that makes it all possible.

Perhaps then this is the conclusion to which Ahmed Mater’s Magnetism draws us: that there is a dynamic unity running through creation; that in all things the Creator – ‘the ordainer of order and mysticall Mathematicks,’ as Dr Thomas Browne (like Dr Ahmed Mater, a creative physician-metaphysician) called Him – has set in balance the forces of pull and push and light and dark, has circled the square, and given exquisite form to inchoate matter. That, at any rate, is my conclusion, and it is why Ahmed’s works work for me; both these and the mystical anatomies of his Illuminations. Like good poetry, they speak on a modest and graspable scale of things that are too big or too small or too mysterious to comprehend with the naked mind.
And what of Ahmed Mater himself, giving a twist to the magnet: is there a touch of the demiurge in him – of the creator with a small c? Yes; and one cannot be an artist without that touch.

Look again, and you may also observe in him a touch of the majdhub – literally, ‘one who has been attracted’. Here I mean it not in the debased sense it has taken on in many Arabic dialects, that of someone who is a little mad; but in the sense in which it is used in Islamic mystical texts, that of someone who has lost his personal consciousness in the knowledge of the Oneness of God.
Another way to translate it might be, ‘magnetized by the divine’.

Tim Mackintosh-Smith
Sana’a, Yemen
Sumber : http://nazril.com

AKHiRAT DIDAHULUKAN...

 قال الامام القدوة عون بن عبد الله رحمه الله: إن من كان قبلنا كانوا يجعلون لدنياهم ما فضل عن آخرتهم، وإنكم اليوم، تجعلون لآخرتكم ما فضل عن د...