Ahad, 6 Mac 2011

PENYAKIT dan PENAWARNYA .Jilid 1


Ibnu Qayyim Al-Jauziah Pg 174-175.
Firman Allah..”Pada suatu hari di mana harta dan anak tidak berfaedah kecuali yang datang kepada Allah dengan membawa hati yang bersih.”
(Asy-Syu’ara :88-89)
1. Hati yang salim ‘bersih’ adalah hati yang bersih daripada syirik, jenayah, tipuan, dengki, benci, bakhil, sombong, cinta dunia yang melampaui batas, dan suka kedudukan.
2. Maka selamatlah orang yang dapat menjauhkan diri daripada segala cacat dan cela daripada Allah SWT, suci daripada segala syubhat (perkara-perkara yang samar), bebas daripada penentangan sunatullah dan perintah-Nya, suci daripada kehendak yang menentang tujuan-Nya, dan selamat daripada semua hal yang dapat memutuskan hubungan dengan Allah.
3. Hati yang suci bersih itu akan berada di syurga. Syurga yang pertama adalah dunia, yang kedua di alam barzakh, dan yang terakhir di Hari Kiamat.
4. Kebersihan hati tidak akan sempurna secara mutlak sebelum menghadapi LIMA perkara berikut ini:
 hawa nafsu yang merosak daripada mendekatkan diri kepada Allah
 syirik yang menggoyahkan tauhid
 Bida’ah yang bertentangan dengan sunnah
 Syahwat yang bertentangan dengan perintah Allah
 kecuaian yang menghilangkan zikir
[ Beberapa perkara di atas merupakan tabir yang menghalangi perjumpaan dengan Allah, bahkan masih banyak lagi yang serupa dengan perkara di atas]

5. Oleh kerana itu, tiada yang lebih diperlukan oleh manusia selain petunjuk Allah.
6. Dia (Allah) tempat bertanya, tempat untuk memohon perlindungan, tempat untuk memohon hidayah ke jalan yang benar dan lurus.
7. Sesungguhnya jalan yang lurus ‘shirath-al-mustaqim’ adalah ilmu-ilmu dan kehendak, amal-amal, dan kesan-kesan yang secara zahiriah mahupun batiniah berjalan di atas garis yang sudah ditetapkan.

petikan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...