Isnin, 21 Mac 2011

NIKMATNYA MEMPERBANYAK SUJUD


Bersujud di hadapan Allah SWT termasuk ibadah yang paling mulia, sekaligus sebagai saranan paling baik untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kerana, kata Rasulullah SAW, "Saat di mana seorang hamba paling dekat kepada Tuhannya, Allah Azza Wajalla, adalah ketika dia bersujud.
(HR. Muslim dari Abu Hurairah ra)

Namun, tahukah kita bahwa dengan banyak bersujud maka muatan-muatan elektrik yang ada dalam tubuh kita akan keluar kerana diserap oleh bumi (tanah)?

Abdurrahman Al-Asymawi, seorang ulama terkemuka berbangsa Mesir dalam bukunya yang berjudul Basysyiru Wa La Tunffiru mengatakan, setiap hari tubuh menyerap cahaya dan tenaga elektrik magnetis yang tidak sedikit jumlahnya melalui peringkat-peringkat letrik yang kita gunakan.

Sehingga dengan demikian, tubuh kita ini menjadi alat untuk menyerap cahaya elektrik magnetis dalam jumlah banyak. Ertinya, tubuh mengangkut sejumlah tenaga elektrik tanpa kita sedari.

Ketika kita mengalami influenza, badan terasa sengal-sengal, berat, sesak, malas dan lemah. Hal ini menandakan bahwa tubuh sedang merasakan sesuatu dari muatan magnetis tersebut. Jadi bagaimana jalan keluarnya?

Melalui kajian ilmiahnya, seorang peneliti bukan Islam Barat mengemukakan bahawa pendekatan paling berkesan untuk "mensucikan" tubuh dari kandungan elektrik positif (yang berbahaya bagi tubuh) adalah dengan mencecahkan ( merapatkan ) bahagian ubun ke bumi (tanah) lebih dari sekali. Ini kerana, tanah itu sifatnya negatif maka ia akan menarik muatan elektrik yang positif, yang terdapat dalam tubuh.

Hal yang sama juga terjadi pada aliran (kabel) elektrik dari bangunan-bangunan yang dialirkan ke dalam tanah. Tujuannya adalah untuk menarik muatan elektrik yang ada pada petir ke arah tanah.

Lebih jauh dia menjelaskan kaedah paling tepat adalah dengan merapatkan bahagian ubun-ubun ke tanah secara langsung sambil memfokuskan arah pandangan ke arah pusat bumi. Dalam keadaan seperti itu, muatan elektrik yang ada dalam tubuh akan terserap oleh bumi secara lebih kuat dan dalam kuantiti yang banyak.
Dan yang lebih mengagumkan adalah seperti yang kita ketahui bersama bahawa secara ilmiah pusat bumi adalah Makkah Al-Mukarramah. Lebih tepatnya lagi adalah Kaabah, sebagaimana yang terdapat dalam kajian-kajian geografis dan disepakati oleh mereka yang ahli di bidangnya.

Jika demikian, sujud kepada Allah SWT yang kita lakukan setiap kali melaksanakan solat adalah merupakan saranan yang paling tepat untuk membuang muatan-muatan elektrik berbahaya tersebut, sekaligus menjadi saranan yang paling utama untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT,Tuhan Maha Pencipta.

"....maka, perbanyaklah oleh kamu bersujud," perintah Rasulullah
(HR. Muslim dari Abu Hurairah).

Manfaat lain dari banyak bersujud adalah keampunan dan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT.
Rasulullah saw bersabda, “Hendaklah kamu memperbanyak sujud. Sesungguhnya jika kamu sujud satu kali saja kerana Allah, maka Allah akan mengangkatmu satu darjat dan menghapuskan satu kesalahanmu.'"
(HR. Muslim dari Tsauban Abu Abdullah)

Maka, dengan memperbanyak sujud, dua beban tubuh yang berbahaya, iaitu muatan elektrik dan dosa, akan berkurang sehingga tubuh pun terasa ringan.

Dalam Shahih-nya, Muslim meriwayatakan bahwa Abu Firâs Rabi'ah bin Ka'ab Al-Aslamiy–khadim (pelayan) Rasulullah SAW dan termasuk ahlusshuffah-berkata, Suatu kali saya bermalam bersama Rasulullah SAW. Saya menyediakan air untuk baginda berwudhu dan untuk keperluan yang lain.

Melihat hal tersebut, Rasulullah saw bersabda, "Mintalah!"
Saya menjawab, "Saya mohon agar dapat menemanimu di dalam syurga."
Maka baginda bertanya,
'Apakah ada permohonan lainnya?"
Saya menjawab, "Hanya itu, wahai Rasulullah."
Baginda lalu bersabda, "Bantulah aku untuk mewujudkan permintaanmu itu dengan banyak bersujud."

Demikianlah Allah SWT mempersembahkan balasan yang terbaik bagi hamba-hamba-Nya yang banyak bersujud di hadapan-Nya.

http://hajiarshad.blogspot.com oleh:nina mazrina

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...