Sabtu, 5 Mac 2011
CELANYA DUNIA
Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW berjalan melintasi seekor kibas yang mati, baginda bersabda yang bermaksud:
Bagaimanakah pendapatmu mengenai kibas ini? Adakah ia hina tidak berharga sama sekali kepada pemiliknya?
Para sahabat menjawab:
Benar dan kerana tidak berharganya ia, lalu mereka buangkannya saja.
Baginda bersabda lagi bermaksud:
Demi zat yang jiwaku ada dalam kekuasaanNya, nescaya dunia ini lebih hina di sisi Allah daripada kibas mati ini bagi pemiliknya. Andainya dunia ini di sisi Allah dianggap berharga menyamai selembar sayap nyamuk, tidaklah Dia akan memberi minum kepada seorang kafir seteguk air pun.
(Riwayat Ibnu Majah dan Hakim)
Dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
Mencintai dunia adalah pokok daripada segala kesalahan.
(Riwayat Ibnu Abiddunya dan Baihaqi)
Sabda Baginda lagi dalam satu hadis lain, bermaksud:
Sesungguhnya dunia ini adalah manis dan hijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu semua sebagai khilafah iaitu penghuni di situ, maka akan diperiksalah bagaimana kamu semua beramal.(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)
Dunia hamparan perjalanan yang sebentar Cuma. Berhenti menghilang lelah di bawah pohon. Perjalanan seterusnya amat panjang dan jauh. Tidak terjangkau fikiran kita.
Dunia sementara…akhirat kekal abadi.
Nurfeb04
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI
Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...
-
Surah Yasin Ayat 1 hingga 9 Keistimewaan surah Yasin Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMED ALBAKRI Sebahagian ulama berpendapat bahawa sentia...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan