Soalan :
Ana pernah dengar waktu sekolah dulu tazkirah di mana kisahnya lebih kurang begini.
Rasulullah mengajar sahabat menjawab salam.Sekiranya diberi salam ‘assalamualaikum‘ dijawab ‘waalaikumussalam warahmatullah‘. Jika beri salam ‘assalamualaikum warahmatullah‘ maka dijawab‘ 'waalaikumussalam warahmatullahhi wabarakatuh‘. dan jika diberi salam ‘assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh‘ maka dijawab ‘ waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh‘ atau ‘waalaikumussalam’ sahaja. Maknanya memberi salam yang paling panjang adalah ‘assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh’ sahaja. Minta penjelasan ustaz mengenainya... Adakah ini hadis atau adakah hadis yang hampir dengan kisah di atas. ana hendak pastikan apa yang pernah ana dengar waktu di sekolah dahulu..... benar atau tidak .. sekian..
Jawapan :
Seringkas-ringkas ucapan salam itu ialah Assalamu’alaikum. Sepanjang-panjang ucapan salam itu pula ialah Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ini berdasarkan hadith Nabi saw :
عن عمران بن الحصين رضي الله عنهما قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: السلام عليكم، فرد عليه ثم جلس، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: “عشر” ثم جاء آخر، فقال: السلام عليكم ورحمة الله، فرد عليه فجلس، فقال: ”عشرون” ثم جاء آخر، فقال: السلام عليكم ورحمة الله وبركاته، فرد عليه فجلس، فقال: “ثلاثون”
Daripada ‘Imran bin Husain ra. katanya : “Datang seorang lelaki kepada Nabi saw lalu dia mengucapkan “Assalamu’alaikum.” Maka Baginda (saw) menjawab salamnya, lalu dia pun duduk. Sabda Nabi saw : “(untuknya) sepuluh.” Kemudian datang pula orang lain lalu mengucapkan “Assalamu’alaikum warahmatullah.” Maka Baginda (saw) menjawab salamnya, lalu dia pun duduk. Sabda Nabi saw : “(Untuknya) dua puluh.” Kemudian datang orang yang lain pula, dan mengucapkan “Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.” Maka Baginda (saw) menjawab salamnya, lalu dia pun duduk. Sabda Nabi saw : (Untuknya) tiga Puluh.”
(Al-Nawawi menyebut hadith ini di dalam kitabnya Riyadh al-Solihien dan berkata : “Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi dan beliau berkata : Hadith ini Hasan.)
wallahu a’lam. Abdul Kadir
al-qayyim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan