Khamis, 3 Mac 2011
Kalau sedih ... rawati dengan tiga perkara...
Ibrahim bin Adham terpandang seorang lelaki yang kelihatan berada dalam kesedihan lalu ia berkata kepadanya :
Ingin aku bertanya kepadamu tiga soalan bolehkah kamu tolong jawabkan?
Lelaki itu berkata : Silakan.
Ibrahim bin Adham terus bertanya :
Soalan Pertama :
Adakah ada di dalam alam semesta ini sesuatu yang berlaku tanpa kemahuan Allah?'
Lelaki itu menjawab : Tidak akan terjadi sedemikian sama sekali.
Soalan Kedua :
Adakah terjadi kekurangan rezeki kamu dari sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah?
Lelaki menjawab : Tidak akan terkurang sedikit pun sama sekali.
Soalan Ketiga :
Adakah ada kekurangan satu detik kehidupan kamu dari masa yang telah ditulis oleh Allah?
Jawab lelaki itu : Tidak akan ada kekurangan juga.
Maka Ibrahim berkata : Kalau begitu, kenapa kamu bersedih!?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI
Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...
-
Surah Yasin Ayat 1 hingga 9 Keistimewaan surah Yasin Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMED ALBAKRI Sebahagian ulama berpendapat bahawa sentia...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan