Sabtu, 5 Mac 2011

SINGA TIDAK MAHU MENGGANGGU

KisaH 1
Seorang Soleh bercerita, bahawa pada suatu hari dia marah pada dirinya sendiri, mungkin kerana terlanjur membuat kesilapan. Maka dengan marah dia berkata pada dirinya: “Akan aku campakkan engkau pada kebinasaan, wahai diri!”

Lalu dia pergi ke hutan berhampiran rumahnya yang banyak terdapat singa di dalamnya. Di situ dia melihat dua ekor anak singa yang masih kecil-kecil sedang tidur, sedang ibu dan bapanya pergi mencari makanan. Orang soleh itu menghampiri anak singa itu dan berbaring di antara kedua-duanya. Dia berbuat nekad agar bila ibubapa singa itu dating dan terus menyerangnya. Inilah yang dia harapkan.

Kemudian datanglah bapa singa itu dengan membawa daging di mulutnya. Apabila di lihat ada orang tidur dekat anaknya, ia berhenti dan melepaskan daging dari mulutnya. Singa itu tidak menyerang atau marah, sebaliknya hanya duduk melihat saja kepada anak-anaknya dari jauh. Kemudian datang pula ibunya dengan membawa daging di mulutnya. Apabila melihat ada manusia berhampiran anaknya, ia melepaskan daging yang ada di mulutnya lalu meraung kuat sambil lari untuk menyerang orang soleh itu. Tetapi bapa singa segera menghalangnya, maka duduklah ibubapa singa itu di tempat yang jauh. Kedua-duanya tidak bergerak-gerak sehingga beberapa jam.

Tiba-tiba bapa singa itu bangun dari duduknya dan berjalan perlahan-lahan menghampiri anaknya yang berada di sisi orang soleh. Kemudian dengan hati-hati diambilnya seekor anaknya lalu diberikannya kepada ibunya. Lepas itu diambilnya pula yang seekor lagi dan dibawanya pergi. Seolah-olah singa itu bertindak lembut kerana tidak mahu menganggu atau menyakiti orang soleh itu. Ini adalah sebahagian keajaiban Allah yang diberikan kepada para wali-Nya.




KisaH 2
Diceritakan bahawa ada seorang soleh yang dimarahi oleh seorang penguasa. Diperintahkannya agar orang soleh itu dicampakkan ke hadapan singa yang buas, dengan tujuan agar dibaham olehnya. Tetapi apabila dia telah berada di hadapan singa, binatang itu tidak menyakiti orang soleh tersebut, malah sebaliknya ia mencium-cium badan orang soleh itu. Orang yang melihat kejadian tersebut kehairanan.

“Bagaimana fikiranmu ketika berada di hadapan singa itu.?” tanya seseorang.
“Aku berfikir seolah-olah aku memberi singa itu makanan dan bermain-main dengannya.

Seorang soleh lagi pernah tersesat di hutan belantara yang banyak binatang buasnya, termasuk singa. “Bagaimana tuan menghadapi singa-singa di hutan itu?.” tanya seseorang kepadanya.

“Aku memakai baju kebesaran Allah. Maka apabila ada singa yang melihat kepada ku, dia lari menjauh”, jawabnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAM ULAMA - HABIB ALI ALHABSYI

Part 1 1. Ibu saya membiasakan saya dari kecil untuk berdoa sebelum tidur , " ya Allah... ampunilah kesalahan orang-orang yang hari ini...