DOA -doa Ku... Ya Allah....

... اشهد ان لا إله إلا الله وأشهد ان محمد رسول الله .....YA ALLAH...AMPUNKAN AKU ....Bimbinglah Aku di jalan -MU.. TETAPKAN AKU DALAM KASIH SAYANGMU, ......AMPUNKAN SEGALA KESALAHAN dan DOSA-DOSAKU..DOSA DAN KESALAHAN KEDUA IBU BAPAKU..DAN SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT....KUMPULKAN AKU BERSAMA PARA NABI DAN RASUL...YA ALLAH ...KEKALKAN AKU DAN KETURUNANKU DALAM ISLAM DAN BERIMAN KEPADAMU....YA ALLAH.YA ALLAH, HIDUPKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI, MATIKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI DAN BANGKITKAN AKU (PADA HARI QIAMAT) DI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MERENDAH DIRI.. استغفر الله العظيم ASTAGFIRULLAHALAZZIM....سبحان الله...SUBHANALLAH ...الحمد لله..ALHAMDULILLAH...الله أكبر..ALLAHUAKHBAR.....ALLAHUMA SOLLIALA SAYIDINA MUHAMMAD....WAALA ALIMUHAMMAD..........

Selasa, 31 Januari 2012

SEBAIK-BAIK ORANG YANG BERHIJRAH


Kategori : AKIDAH Akhlak   

Tajuk :  Sebaik-baik Orang Yang Berhijrah

Hadith :  
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya:” Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT."  (al-Bukhari)


Huraian:



Hijrah mengandungi hikmah yang besar sekali peranannya dalam pembangunan ummah. Suatu kumpulan masyarakat tidak akan menjadi baik jika setiap individu yang ada di dalamnya telah rosak kerana kumpulan masyarakat itu bergantung kepada individu itu sendiri. Oleh itu hijrah amat ditekankan di dalam al-Quran dan disebutkan sebanyak lebih 28 kali di dalam berbagai bentuk dan makna. 


Dengan hijrah, hati, perkataan dan perbuatan kita akan menjadi bersih dari segala maksiat, dosa dan syirik seperti kisah khalifah Umar bin al-Khathab r.a yang menarik untuk kita renungkan bahawa beliau sebelum memeluk Islam dikenali dengan julukan “penghulu para pelaku kejahatan”, namun setelah berhijrah, beliau menjadi pemimpin yang disegani, tawaddhu’ dan suka menolong orang miskin, menjadi tonggak bagi berkembangnya agama Islam. 

Hakikatnya hijrah sangatlah berat, kerana di samping harus memiliki kesabaran, kita juga dituntut memiliki keteguhan aqidah dan keyakinan agar tidak mudah termakan dengan pujuk rayu dan godaan dari kenikmatan dunia yang fana.


Sumber : http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1


WUDHUK


Kategori : IBADAH Solat   Tajuk :  Wudhuk

Dari Umar bin al-Khattab r.a katanya:

” Ada seorang lelaki berwudhuk tetapi ada kakinya yang tidak terkena air selebar kuku. Dan hal itu dilihat oleh Nabi s.a.w. Disebabkannya baginda bersabda:”Ulang kembali wudhukmu dengan sempurna dan sebagus-bagusnya!” Orang itu pun berwudhuk kembali dan sesudah itu dia solat.”

(Muslim)

  
Huraian

Wudhuk mempunyai enam rukun dan syarat sah wudhuk bergantung kepada enam rukun tersebut. Jika tertinggal atau sengaja meninggalkan salah satu daripada rukun itu, maka wudhuk dikira tidak sah. Rukun-rukun wudhuk ialah:-

1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengambil wudhuk yang ertinya "Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala". 

2. MEMBASUH MUKA, mengalirkan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri- disunatkan sebanyak 3 kali.

3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA KE SIKU, mengalir dan meratakan air dari bahagian siku hingga ke hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, juga dilakukan sebanyak - 3 kali.

4. MENYAPU AIR DI KEPALA iaitu menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 kali.

5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan meratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga buku lali, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 kali.

6. TERTIB iaitu mengikut turutan, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.



Sumber: http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith

ALLAH TIDAK PERNAH PENAT


Kategori : IBADAH Akidah  

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a :

” Ketika saya sedang duduk dengan seorang perempuan, datang rasulullah SAW dan bertanya kepada ku :”Siapa dia?” Aku menjawab :” Si fulanah” dan aku ceritakan kepada nabi SAW bahawa dia beribadah dengan berlebihan. Nabi SAW bersabda dengan memperlihatkan tanda tidak bersetujunya. “Perbuatan baik yang dilakukan secara berlebihan tidak akan membuat Allah letih (untuk memberi pahala) namun engkaulah yang akan letih dan ad-din (perbuatan baik-ibadah yang paling dicintai Allah SWT) adalah yang dikerjakan secara tetap.”

(al-Bukhari)

  
HuraianWasatiyyah atau sikap bersederhana merupakan salah satu daripada ajaran yang diterapkan kepada umat Islam seluruhnya yang merangkumi segenap aspek kehidupan. Tidak terlalu melampau dan tidak pula terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan. Oleh itu Islam merupakan satu agama yang sederhana dan memerintahkan agar umat Islam juga turut bersederhana dalam kehidupan seharian mereka termasuk hal-hal ibadat. Ini bersesuaian dengan maksud firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah 185 yang berbunyi : “Allah menghendaki untuk kamu kemudahan dan tidak menginginkan kesukaran…“ Melakukan sesuatu ibadah atau perintah Allah dan Rasul-Nya secara melampaui batas akan melahirkan satu ibadah yang boleh memberatkan seseorang individu hingga menjadi satu bid’ah manakala terlalu meringankannya pula akan menjerumuskan kepada meninggalkan terus ibadah tersebut. Yakinlah dengan ganjaran dan janji Allah yang tidak pernah memungkiri janji-Nya.



Sumber : http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith

Isnin, 30 Januari 2012

MENJAUHI PERBUATAN YANG MENDATANGKAN BAHAYA


KATEGORI: AKIDAH Akhlak   

Tajuk :  Menjauhi Perbuatan Yang Mendatangkan Bahaya 
  
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan."

Ibn Mas'ud r.a



Huraian:

i- Setiap manusia mempunyai lintasan hati yang berlainan kerana berlainan sebabnya.

ii- Satu daripada jenis lintasan itu adalah lintasan yang dibawa oleh malaikat yang bertugas memancarkan ke dalam hati manusia perasaan suka berbuat kebajikan dan menerima kebenaran; sementara satu lagi lintasan adalah lintasan syaitan iaitu lintasan untuk melakukan kejahatan dan menolak kebenaran.

iii- Lintasan malaikat ini dinamakan sebagai “ilham” dan lintasan jahat syaitan itu sebenarnya adalah “was-was” di mana kita diperintahkan memohon perlindungan Allah daripadanya sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Quran, surah an-Nas.

iv- Oleh yang demikian selaku manusia biasa, apabila datang sesuatu lintasan hati, maka hendaklah kita mempertimbangkannya terlebih dahulu dengan neraca syarak; jika bersesuaian kerjakanlah, jika sebaliknya jauhkanlah.


KELEBIHAN SAYIDINA UMAR DALAM ILMU AGAMA

Kategori : AKIDAH TauhidIman  
Tajuk :  Kelebihan Sayidina umar Dalam Ilmu Agama! Hadith
  
Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a:” Rasulullah SAW pernah bersabda:” Di dalam tidur ku, aku melihat mangkuk penuh susu diberikan kepada ku dan aku meminumnya hingga membasahi sebahagian jemari ku. Kemudian aku memberikan sisanya kepada Umar bin al-Khattab.” (Para sahabat nabi SAW bertanya:” Apakah tafsiran anda (terhadap mimpi itu) ya Rasulullah SAW? Nabi SAW menjawab:” Itulah ilmu (agama).”
 

 
HuraianOrang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang tafaqquh (mendalam ilmu agamanya). Dalam hal ini cuba kita renung sejenak tentang kisah Sayidina Umar Al Khattab RA. Beliau adalah orang yang paling disegani dan paling digeruni semasa zaman jahiliah. Demikian juga setelah beliau memeluk Islam, beliau tetap disegani dan ditakuti termasuk syaitan sendiri. Apakah rahsianya Sayidina Umar boleh mencapai tahap tersebut? Jawapannya tidak lain ialah kerana beliau benar-benar mendalami ilmu agama. Sungguh banyak pengajaran yang dapat diambil daripada kisah beliau. Di antaranya, kisah tentang beliau berkata dengan Hajar Al Aswad, kisah beliau tidak memotong tangan pencuri kerana terlalu fakir, kisah beliau memotong kedua-dua tangan pencuri kerana telah berdusta atas nama Allah, kisah beliau mengubah destinasi setelah mendapat berita wabak taun di negeri yang akan dituju, kisah tentang beliau berhijrah dan lain-lain. Beliau dikenal sebagai khalifah yang paling adil. Mukmin yang mendalam ilmu agamanya memang lebih ditakuti oleh syaitan berbanding dengan orang yang banyak beribadah tetapi jahil tentang seluk-belok agama. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW bermaksud: Seorang Faqih adalah lebih digeruni oleh syaitan daripada seribu orang 'Abid (orang yang banyak beribadat)”(at- Tirmidzi dan Ibnu Majaah) 



Sumber : http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp

KEISTIMEWAAN MEMELUK ISLAM

Kategori : AKIDAH Akhlak   Tajuk :  Keistimewaan Memeluk Islam ! Hadith : 

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :
” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya;
” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”
 
(al-Bukahri)

 
HuraianMualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. 
Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf. Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan. Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad. Contohnya menziarahi mereka supaya tidak terabai dan memantau perkembangan mereka. 

Kebanyakan kes yang berlaku hari ini, orang memeluk Islam sekadar untuk mencukupkan syarat membolehkannya berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Bukan dengan niat yang benar-benar ikhlas mahu mentauhidkan Allah SWT. Bagi mualaf yang ikhlas ingin memeluk Islam pula, mereka akan melaksanakan ajaran Islam secara bertahap. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ada antara golongan mualaf ini yang jauh lebih taat daripada mereka yang sejak lahir memeluk Islam. Golongan inilah yang disebutkan di dalam hadis di atas. 



Sumber: http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp

Rabu, 18 Januari 2012

RENUNGAN..



Apabila rohani seseorang bertambah teguh dia melihat amal itu sebagai jalan untuknya mendekatkan diri dengan Tuhan. Hatinya tidak lagi cenderung kepada faedah duniawi dan ukhrawi tetapi dia berharap untuk mendapatkan kurniaan Allah s.w.t seperti terbuka hijab-hijab yang menutupi hatinya.

Jumaat, 13 Januari 2012

ANTARA BAKHIL, KEDEKUT, BOROS DAN PEMURAH

http://aburedza.wordpress.com


Abdullah bin Jaafar r.a berjalan melintasi sebuah kebun kurma. Ia terpandang seorang budak lelaki anak seorang hamba penjaga kebun tersebut. Budak itu membawa sedikit bekalan roti bagi bekalan kerjanya hari itu.
Kemudian tiba-tiba datang  pula seekor anjing kepada budak itu ketika budak itu sedang memakan roti. Maka diberikan sebahagian roti itu kepada anjing tersebut berkali-kali. Semuanya habis dimakan anjing itu.
Abdullah bertanya budak itu, berapa banyak roti yang engkau ada sehingga anjing itu lebih engkau utamakan?
Jawab budak itu, itu sahaja yang saya ada. Anjng itu bukan dari sini. Di sini tidak ada anjng. Anjing ini dari perjalanan yang jauh dan ia lapar. Saya tidak boleh lihat ia lapar sedang saya kekenyangan.
Maka Abdullah terfikir, rasanya aku ini telah ada sifat pemurah, tetapi ternyata budak sihamba itu jauh lebih pemurah dari aku sendiri.
Lalu Abdullah membeli kebun tersebut bersama hambanya sekali dan memerdekan budak itu. Kemudianya kebun itu diserahkan kepada budak itu.
Kisah ini diceritakan oleh Imam al Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin pada memperkatakan sifat pemurah.
Al Ghazali berkata harta boleh dibelanjakan secara sederhana, adil, teratur dan bijaksana. Caranya ialah dipelihara, iaitu tidak dikeluarkan apabila perlu disimpan, tetapi dikeluarkan sewaktu diperlukan untuk dibelanjakan. Hal inilah yang terbaik, kerana menahan harta, padahal perlu dikeluarkan  adalah merupakan sifat bakhil. Sedangkan mengeluarkan harta, padahal sepatutnya ditahan, maka ini adalah sifat boros. Yang terbaik dan terpuji ialah bersederhana. Itulah yang dikatakan pemurah.
Rasullullah saw sendiri tidaklah diperintahkan melainkan sebagai seorang yang pemurah sahaja, tidak lebih dan kurang.
Maksud firman Allah:
” Dan juga mereka apabila membelanjakan hartanya, tidaklah melampaui batas dan tidak bakhil dan kedekut, dan perbelanjaan mereka  adalah betul sederhana  di antara kedua-dua cara” – al Furqan 67

KIRIM SEAYAT DUA

CUBAlah  pejamkan mata seketika. Seusai solat.
BAYANGKAN ............................

SAHABAT RAKAN kita semasa di sekolah dahulu,
atau di kolej, atau di universiti....
atau  yang bekerja di tempat yang sama.

SAHABAT RAKAN yang rapat, bagai saudara sendiri.
Yang belajar berbahagi buku.
Berkongsi pensel pen.
Yang makan semeja atau sepinggan.
Atau yang dalam tugasan berjaga sehingga pagi – untuk menghantar assignment saat akhir.

SAHABAT RAKAN yang tidur sebantal.
Yang makan sepinggan.
Kadangkala menumpang minum seteguk dua pada gelas yang sama.

SAHABAT RAKAN yang sering memberi meminta.
Meminjam wang ketika kita KEKERINGAN.
YANG MEMBELANJA ketika kita kelaparan.
Yang menghulur ketika kita kesesakkan.

SAHABAT RAKAN yang kekadang bertengkar bermasam muka..
tidak bertegur sapa…disebabkan remeh temeh seperkara dua

SAHABAT RAKAN yang kita suka melihat wajahnya..
yang kita ada menyimpan rasa…CINta

YANG menghiburkan……….. atau menjengkelkan………….

ATAU SAHABAT RAKAN yang sering menjadi mangsa kutukan ………
ATAU BERBAKAT membuat LELUCON ketika kita ..rungsing..dan sedih……..

SAHABAT RAKAN yang sering mengingatkan..
TIKA kita lalai bersolat awal…
YANG SERING mengingatkan agar MENJAUHI KEMUNGKARAN..
MENDEKATKAN KEBAIKAAN.

SAHABAT DAN RAKAN kita itu…kini…sudah pergi dari sisi kita
BERPINDAH sudah ke alam lain
BERHIJRAH TIDAK AKAN KEMBALI untuk mengenang kisah cerita lucu
sedih
gembira
 duka
 sengsara…
SAHABAT RAKAN KITA ITU SUDAH TIDAK PUNYA PELUANG MELAKUKAN
sesuatu yang kita masih diberi peluang melakukan..
APAKAH kita tidak mengenangnya….

APAKAH pemergian mereka TIDAK menginsafkan KITA
BAHAWA kita MASIH BERPELUANG MELAKUKAN KEBAIKAN…MEMUHASABAH DIRI
MENGIRA UNTUNG RUGI DETIK MASA YANG DILALUI….
Titipkanlah SEAYAT DUA…UNTUK MEREKA …SAHABAT RAKAN YANG TELAH PERGI…

TITIPKAN SEIKHLAS untuk mereka satu ayat sebaris dua…

PEJAMKAN MATAMU…Ingatkan kembali wajah-wajah mereka…




Selasa, 10 Januari 2012

KEAJAIBAN ANGKA DALAM AL QURAN


SOLAT 5 KALI

DUNIA
115 KALI
AKHIRAT
115 KALI
MAAIKAT
88 KALI
SYAITAN
88 KALI
HIDUP
145 KALI
MATI
145 KALI
FAEDAH
50 KALI
KERUGIAN
50 KALI
UMMAH
50 KALI
PENYAMPAI
50 KALI
BALA / MUSIBAH
75 KALI
BERSYUKUR
75 KALI
BERSEDEKAH
73 KALI
BERPUAS HATI
73 KALI
ORANG SESAT
17 KALI
ORANG  MENINGGAL DUNIA
17 KALI
MUSLIMIN
41 KALI
JIHAD
41 KALI
EMAS
8 KALI
KEMURAHAN HIDUP
8 KALI
KEAJAIBAN
60 KALI
FITNAH
60 KALI
ZAKAT
32 KALI
BERKAT
32 KALI
MINDA
49 KALI
NUR
49 KALI
LIDAH
25 KALI
SUMPAH
25 KALI
NAFSU
8 KALI
KETAKUTAN
8 KALI
KESUSAHAN
114 KALI
KESABARAN
114 KALI
MUHAMMAD
4 KALI
SYARIAT
4 KALI
LELAKI
24 KALI
PEREMPUAN
24 KALI
BULAN
12 KALI
HARI
365 KALI
LAUTAN
32 KALI
DARATAN
32 KALI
IBLIS (PENGHULU SYAITAN)
11 KAI
MOHON BERLINDUNG DARI IBLIS
11 KALI
BERCAKAP DI KHALAYAK
18 KALI
BERDAKWAH
18 KALI

v           LAUT DAN DARAT : 32 + 13 = 45

           JUSTERU ITU PERATUSAN LAUT : 32/45 x 100 = 71.1111111 PERATUS
           PERATUSAN DARATAN : 13/45 X100 = 28.8888889 PERATUS
           JUMLAH DARATAN DAN LAUTAN = 100 %

v       KAJIAN SAINS PULA OLEH MANUSIA TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA AIR MELIPUTI 71.111 PERATUS DARIPADA BUMI MANAKALA TANAH MELIPUTI 28.889 PERATUS.
BEGITU KEBESARAN DAN KEAGUNGAN CIPTAAN ALLAH

AYAT-AYAT PENYEMBUH


AYAT-AYAT SYIFA ini amat bertepatan dijadikan amalan sebagai IKHTIAR PENYEMBUH PENYAKIT.

Enam ayat Al-Qur’an ini boleh dijadikan amalan sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit. Rahsia ayat ini diperolehi oleh Syeikh Abu Qasim al-Qusairi r.a. daripada Rasulullah SAW. Ayat-ayatnya ialah : (Sila rujuk Al-Qur’anuntuk ayatnya )

     




 Ø  SURAH AL-TAWBAH : 14  ” Dan (Allah) melegakan (menyembuhkan) hati orang yang beriman.”

Ø  Surah YUNUS: 57 “DAN PENYEMBUH (PENAWAR) BAGI PENYAKIT-PENYAKIT (YANG BERADA) DI DALAM DADA.”

Ø  SURAH AN-NAHL : 69“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi MANUSIA.”

Ø  SURAH AL –ISRA’ :…….Dan Kami turunkan daripada al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang BERIMAN.”

Ø  SURAH Syu’ara : 80: “Dan apabila aku sakit, Dia lah yang menyembuhkan aku.”

Ø  SURAH al-FUSSILAT : 44 “al-Fussilat : 44 “Katakanlah : Al-Qur’an itu ialah petunjuk dan penawar.”

Ø  SELAWAT SYIFA : : Maksudnya ” Ya Allah limpahkanlah rahmat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang menjadi perawat (tabib) segala hatinya dan ubatnya, yang menjadi penawar semua badan dan penyembuhnya, yang menjadi penerang segala pandangan (mata). Juga limpahkanlah rahmat kepada kaum keluarganya dan para sahabatnya SEKALIAN.”
Petikan : Ismail Kamus: INDAH HIDUP BERSYARIAT oleh Dato’Ismail Kamus.

Isnin, 9 Januari 2012

JADILAH ORANG YANG TERBAIK AKHLAKNYA


Abdullah bin Amru berkata:

“Nabi s.a.w. tidak pernah berkata keji dan tidak pernah memaksakan diri untuk berkata keji, dan baginda pernah bersabda, “Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya di antara kalian.”

TINGGALKANLAH ORANG-ORANG YANG BODOH ITU…

Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata: “Jika anda diuji dengan orang-orang yang dungu, maka serahlah jasadmu dan pergilah bersama rohmu, jauhi dan pergi, pasang telinga tuli dan mata buta, hingga ALLAH memberikan  jarak antara dirimu dengan dirinya.”
Ingatlah firman ALLAH yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batasan.
                                                                                                                                               ( Al-Kahfi :28 )

JADILAH ORANG YANG TERBAIK AKHLAKNYA



Abdullah bin Amru berkata: “Nabi s.a.w. tidak pernah berkata keji dan tidak pernah memaksakan diri untuk berkata keji, dan baginda pernah bersabda, “Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya di antara kalian.”


Rabu, 4 Januari 2012

TINGKATKAN KUALITI HATI



Kita harus memperbaiki kualiti hati sebagaimana kita menjaga jasad kita keseluruhannya. Kita mungkin prihatin dalam soal menjaga kesihatan fizikal dengan memastikan pengambilan makanan kesihatan, beriadah dan sebagainya. Namun begitu mungkin kita kurang memberi perhatian kepada anggota yang dominan dalam menentukan tindak tanduk kita iaitu hati.

Peranan hati digambarkan dalam potongan hadis bermaksud: “ .........apabila segumpal daging ( hati ) itu baik, maka menjadi baik pula seluruh tubuhnya..”.
 (HR Bukhari)

Oleh itu, adalah menjadi perkara utama dalam kehidupan kita unbtuk mempastikan hati kita berkualiti. Hanya hati yang berkualiti sahaja yang mampu melahirkan amal kebaikan mengajak kepada makruf dan menghalang melakukan kemungkaran.

Untuk tujuan itu perlulah kita mengenali kaedah memperbaiki kualiti hati , iaitu;

1-    BERZIKIR – Manfaat zikir bagi hati sangatlah besar. Umpama ikan memerlukan air untuk hidup. Begitu juga hati akan hidup bila diberikan makanan berupa zikir kepada Allah. Orang yang berzikir dengan penuh kekhusyukan akan menghidupkan hatinya. Hati akan bercahaya, selamat daripada kerosakan dan kematian.

Amat malang sekali bila hati sudah mati, walaupun jasad pada hakikatnya masih hidup tetapi ia tidak berguna di sisi Allah. Tidak berupaya melihat kebenaran. Tidak mampu melihat kebesaran Allah. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang berzikir (menyebut dan mengingati) Tuhannya dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati.
(HR : Bukhari)

2-    MENGINGAT MATI Barangkali kita malas untuk mengingat kematian kerana kematian akan menurunkan keghairahan kita untuk merebut kemewahan dunia. Mungkin ramai yang melihat kematian ini merupakan satu takdir yang akan tetap dihadapi. Tidak perlu fikir. Hidup ini perlu diteruskan.

Kalau kita renung kehidupan kita ini, berapa lamakah kita boleh bertahan. Paling panjangpun mungkin umur kita menjangkau 80 tahun…? Tetapi selepas itu kita akan menghadapi suatu kehidupan di akhirat yang berkekalan. Wajarkah atau berbaloikah kita hanya senang, mewah, seronok, bahagia hanya dalam jangkamasa yang singkat sahaja di dunia ini? Sedangkan dalam kehidupan kita yang berkekalan di akhirat kita terpaksa bergelumang di dalam azab ALLAH.

Orang yang mengingat kematian akan sedikit berangan-angan, banyak beramal kebaikan dan memiliki rasa takut yang besar untuk berbuat dosa. Rasulullah S.A.W. memerintahkan kita mengingatkan kematian dengan bersabda yang bermaksud: “Perbanyakkanlah mengingati penghancur kenikmatan iaitu kematian.
(HR Tirmidzi)

Said bin Jubair berkata: “Sekiranya hatiku berpisah dari mengingat kematian, maka aku benar-benar khuatir hal itu dapat merosak hatiku.”

3-    ZIARAH KUBUR – Ziarah kubur akan mengingatkan kita perjalanan hidup ini. Satu proses kehidupan bermula dari alam ruh. Kemudian berpindah ke alam rahim di dalam perut ibu kita. Seterusnya kita menghirup kehidupan dunia dalam jangka waktu yang telah ditetapkan ALLAH.

Dalam kehidupan dunia ini kita akan mencari bekalan sebanyak-banyaknya untuk menghadapi satu kehidupan yang berkekalan. kIta perlu selalu ‘bersoal jawab’ dengan diri kita. Melihat ‘penyata untung (pahala) dan rugi (dosa)’ berkaitan amalan harian,bulanan dan tahunan kita.

Aktiviti ziarah kubur ini akan menyuntik semangat untuk meningkatkan amal kebaikan yang akan menerangi dan menghidupkan hati. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Dulu aku pernah melarangmu ziarah kubur. Sekarang berziarahlah ke kubur, kerana ia akan melembutkan hati, menitiskan air mata, mengingatkan akhirat, dan membuatkan kamu tidak mengucapkan perkataan yang buruk.”
(HR Al Hakim)

Ada di kalangan orang-orang yang soleh seperti Shafwan bin Sulaim yang sering mengunjungi perkuburan Baqi’ apabila merasakan hatinya mulai keras. Ia bukan hanya mengunjugi kubur saudara atau keluarga sendiri sahaja.

4-    MENGUNJUNGI ORANG SOLEH – Mengunjungi orang yang soleh dan melihat amal kebaikan mereka sangatlah memberi manfaat kepada hati kita. Jaafar bin Sulaiman berkata, “Apabila aku mendapati hatiku mulai mengeras, aku pergi melihat wajah Muhammad bin Wasi’. Ia seolah-olah menjadi pelipur lara bagiku.” Rasulullah S.A.W. bersabda: ” Perumpamaan teman duduk yang soleh itu seperti penjual minyak wangi. Jika ia tidak memberimu sebahagian dari minyak wanginya, maka kamu sudah mendapatkan bau yang wangi darinya.”
(HR Abu Dawud)

5-    MENGASIHI ORANG MISKIN DAN MENYAYANGI ANAK YATIM
Apabila mengasihi orang miskin dan menyayangi anak yatim, hati kita akan menjadi lembut, tawadhu’; jauh dari keangkuhan, kesombongan dan kekesatan hati. Rasulullah S.A.W. bersabda: “Apakah kamu ingin hatimu menjadi lembut dan dapat memenuhi hajatmu? Sayangilah anak yatim, usaplah kepala mereka, dan berikan kepada mereka sebahagian dari makananmu, nescaya hatimu akan menjadi lembut dan dapat memenuhi hajatmu.”
( HR Thabrani)

Rujukan: Fakhruddin Nursyam .LC, Syarah Lengkap Arba’in Ruhiyah Refleksi 40 hadis Rasulullah saw, Bina Insani Press Solo, Solo. 2007.





Follow by Email