Selasa, 31 Julai 2012

Orang Zuhud Dikasihi Allah

Gambar hiasan
Rasulullah bersabda lebih kurang maksudnya,
“Jika kamu hendak dikasihi Allah, maka hendaklah kamu zuhud dengan dunia”.
Hadis ini menerangkan kepada kita bahawa untuk mendapat kasih sayang Tuhan, maka yang perlu kita perbuat di dunia ini ialah zuhud kepada dunia. Yang dikatakan zuhud itu bukanlah boleh diukur kepada miskin atau kaya. Sesetengah orang berpendapat miskin itu zuhud dan kaya itu tidak zuhud. Tidak sebegitu dan tidak semestinya. Malah ada juga yang menyatakan zuhud itu menolak atau membuang dunia. Salah tafsir ini perlu diperbetulkan.

Zuhud itu letaknya di hati. Dikatakan zuhud bila hati tidak cinta dunia. Hanya sanya dunia itu dijadikan sebagai saluran untuk membesar dan mengagungkan Tuhan. Biarpun kaya, kaya digunakan untuk jalan Tuhan. Biarpun miskin, hatinya tetap dengan Tuhan dan tak terikat dengan dunia. Maksudnya di sini, orang zuhud bukanlah menolak dunia. Dunia itu diambil sekadar keperluan. Selebihnya digunakan di jalan Tuhan.

Diceritakan bahawa pernah Sayyidina Ali, pergi melihat sebuah masjid dan dilihatnya di situ ada halaqah pengajian. Yang mengajar itu adalah Hasan Basri, seorang remaja belasan tahun umurnya walhal orang-orang yang mendengar itu kebanyakannya orang dewasa. Timbullah niat di hati Sayyidina Ali untuk menguji apakah Hasan Basri benar-benar layak mengajar. Ditanya kepada Hasan Basri, “Apakah yang boleh menyelamatkan manusia?” “Zuhud”, jawab Hasan Basri secara spontan. Maka, yakinlah Sayyidina Ali yang Hasan Basri itu mempunyai kelayakan untuk mengajar hanya kerana dapat menjawab dengan tepat soalan beliau. 

Pengajaran daripada kisah ini dapatlah kita ketahui bahawa zuhud adalah kunci kepada keselamatan manusia. Manakan tidak, hadis di atas juga telah meletakkan orang zuhud sebagai orang kesayangan Allah. Sudah pasti orang kesayangan Allah itu akan terselamat di dunia juga di Akhirat. Selama mana seseorang itu boleh zuhud, selagi itulah dia akan terselamat.

Tuhan ada berfirman, “Tidak ada dua hati dalam diri anak Adam” (Al-Ahzab:4) . 
Hati manusia ini kalaulah tanpa zuhud, nescaya akan diisi dengan cinta dunia. Seolah-olah hati manusia itu menjadi rebutan, bertarik-tarik antara zuhud dan cinta dunia. Amat malang, jika hati terarah kepada cinta dunia, maka tiadalah lagi keselamatan kepada manusia itu. Benarlah sabda Nabi tentang dunia ini iaitu: “Cinta dunia adalah kepala bagi segala kejahatan.” 

Daripada cinta dunia, lahirlah berbagai kejahatan lain seperti hasad dengki, pemarah dan sombong. Semua ini bukan sahaja merosakkan empunya diri tetapi boleh juga merosakkan orang lain. Hakikat krisis dan perpecahan umat yang berlaku hari ini adalah disebabkan dengan penyakit cinta dunia ini. Selagi penyakit cinta dunia ini tidak diungkai daripada hati manusia, selagi itulah manusia akan terus berkrisis dan bersengketa. Tidak akan aman dunia ini dengan adanya manusia-manusia yang bersarang cinta dunianya.

Apabila kita kaji dan teliti hadis ini, orang zuhud itu disayangi Tuhan kerana hati orang zuhud itu sudah tidak terikat dengan dunia lagi. Apa maksudnya? Dunia bila sudah masuk hati, maka rasa-rasa dengan Tuhan akan menjauhi. Tapi bila dunia itu sudah dibuangkan daripada merajai hati, maka mudahlah rasa-rasa dengan Tuhan itu masuk dan menguasai hati. Justeru, selarilah rasa hati seseorang itu dengan kehendak-kehendak Tuhan. Jadilah, dia itu orang yang memahami kehendak dan peranan Tuhan dalam kehidupan.

Disebut tadi, zuhud itu mengambil dunia sekadar perlu. Dan selebihnya digunakan untuk jalan Tuhan. Itu ilmunya. Nak berbuat, tidaklah semudah yang diceritakan. Ianya perlukan mujahadah. Kena benar-benar mengekang nafsu daripada berkehendak kepada yang tidak perlu. Kena benar-benar merasai kesusahan orang lain agar mudah harta dunia itu dialihkan kepada orang yang susah. Kena benar-benar ada jiwa untuk memperjuangkan Tuhan, barulah dunia itu disalurkan untuk perjuangan fisabilillah. Kuat mujahadah, maka lemahlah nafsu mencintai dunia, Sebaliknya, bila lemah mujahadah, jadilah nafsu itu kuat dalam mencintai dunia.

Moga-moga tulisan ini dapat membantu kita untuk memahami tentang zuhud. Sekian.

Orang Mukmin Yang Tenang


Gambar hiasan

Riwayat: Bukhari Hadith:
Daripada Ibnu Umar R.huma katanya, bersabda Rasulullah SAW, "Orang mukmin sentiasa berada di dalam ketenangan agamanya (dengan mengharapkan rahmat Allah) selagi dia tidak menumpahkan darah secara haram (tidak pernah membunuh melainkan dengan kebenaran yang hak)".

Huraian Hadith: Orang mukmin yang tenteram ialah orang mukmin yang sentiasa menjaga haknya dan menjaga hak orang lain serta tidak menganiaya. Manusia itu sentiasa di dalam keadaan keluh kesah apabila menghadapi suatu ujian melainkan orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan menjaga hak-hak yang disuruh oleh Islam. Hendaklah dijauhi daripada perbuatan aniaya sesama mukmin kerana perbuatan tersebut akan merugikan agama Islam. Membunuh tanpa hak adalah dosa besar yang menutup harapan rahmat Allah dan menyebabkan pelakunya termasuk golongan orang yang putus asa daripada rahmat sekiranya dia tidak bertaubat. 

Isnin, 30 Julai 2012

Jangan Mendedahkan Aib Orang lain


Daripada Ibnu Umar r.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,
“Orang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh dia menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan sesiapa menolong seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan nescaya Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya dihari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat”.

Huraian Hadith:
Setiap orang Islam adalah bersaudara antara satu dengan yang lain. Setiap orang Islam berkewajipan menolong saudara seagamanya yang ditimpa kesusahan. Seorang Islam tidak boleh mendedahkan keburukan saudaranya kepada orang lain bahkan dia wajib merahsiakannya. Islam ialah agama yang mengutamakan persaudaraan, tolong-menolong dan lindung-melindungi daripada kemungkaran. Islam memelihara hak masyarakat dan menyeru umatnya merealisasikan jaminan sosial dalam semua bentuk kehidupan bermasyarakat sama ada kebendaan atau rohani.

Haram Mengkhianati Sesama Islam


Gambar hiasan


Riwayat: at-Tirmizi, katanya hadis hasan Hadith: 
Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW, ”Seorang Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak harus mengkhianatinya, mendustakan atau mendustainya, tidak juga membiarkannya (tanpa menolong atau melindunginya). Menjadi kewajipan antara orang Islam menjaga kehormatan, harta dan darahnya. Taqwa adalah di sini (sambil mengisyaratkan kedadanya). Sudah cukup seseorang itu untuk dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam.”

Huraian Hadith: 
Haram bagi orang Islam mengkhianati dan mendustakan orang Islam yang lain. Menjadi kewajipan orang Islam untuk memelihara dan menjaga maruah dan harta benda orang Islam yang lain. Haram menumpahkan darah Islam sesama. Menghina seorang muslim adalah dosa besar kerana muslim ada penghormatannya di sisi Allah SWT. Taqwa bukan perbuatan yang boleh dilihat atau perkataan yang boleh didengar, taqwa adalah sifat yang tersemat dihati sanubari, jika suatu perbuatan atau perkataan didorong oleh sifat itu maka perbuatan dan perkataan itu adalah dalil taqwa yang tersemat dalam hati, tetapi kadang-kadang perbuatan atau perkataan itu didorong oleh faktor luaran seperti riya’ dan ‘ujub.

     

Hasad Dengki Adalah Haram


Gambar hiasan

Riwayat: Muslim Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: 

“Jangan dengki-mendengki, jangan tawar-menawar untuk mengelirukan orang lain, jangan benci-membenci, jangan pulau-memulau dan jangan kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah bersaudara dengan orang Islam yang lain. Tidak boleh menzalimi, merendah-rendah dan menghinanya. Takwa adalah di sini, nabi mengisyarat tiga kali. Cukup seseorang itu dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam. Setiap orang Islam ke atas orang Islam diharamkan darahnya, haratanya dan maruahnya (hak kemuliaannya).”


Huraian Hadith: 
Orang Islam tidak boleh bersifat dengki-mendengki, benci-membenci dan pulau memulau antara satu dengan lain. Orang islam tidak boleh membuat spekulasi harga yang bertujuan menipu orang ramai dalam urusan perniagaan. Orang Islam berkewajipan menjaga kepentingan orang Islam yang lain. Hasad dengki adalah haram kerana seolah-oleh menentang ketentuan Allah SWT. Memulaukan saudara seagama dengan tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari adalah haram kecuali kerana sebab-sebab yang diharuskan. Islam ialah agama yang sempurna merangkumi aqidah, syariah (muamalah dan ibadah) dan akhlak, tidak sempurna salah satunya tanpa yang lain, kesemuanya terkumpul dalam satu kalimat iaitu “takwa” yang tempatnya ialah jantung hati.



Ahad, 29 Julai 2012

JAGA ADAB BERPUASA


Gambar hiasan

Oleh IBRAHIM ABDULLAH

HABIB Abdullah bin Alwi al-Haddad, dalam kitabnya Nashaihud Diniyyah wal Washaayal Imaniyyah berkata: “Orang yang berpuasa mempunyai adab-adab yang puasanya tidak menjadi sempurna, kecuali dengan adanya adab-adab itu. Yang terpenting daripadanya ialah menjaga lidahnya daripada dusta dan ghibah serta membicarakan sesuatu yang tidak perlu baginya. Ia menjaga kedua mata dan telinganya daripada mendengarkan dan memandang sesuatu yang tidak halal baginya serta sesuatu yang dianggap berlebihan.”

Seterusnya, ia menjaga pula dirinya daripada memakan makanan haram dan subahat, khususnya ketika berbuka puasa. Ia berusaha dengan sangat berhati-hati untuk tidak berbuka puasa, kecuali dengan memakan makanan halal lagi tayyibah.

Ulama Salaf berkata: “Apabila engkau berpuasa, lihatlah makanan apa yang engkau makan ketika berbuka dan di tempat mana engkau berbuka. Hal itu merupakan dorongan agar berhati-hati mengenai makanan berbuka puasa.”

Begitu pula orang yang berpuasa harus menjaga semua anggota tubuhnya daripada perbuatan yang tidak perlu. Dengan itu puasanya menjadi sempurna dan bersih.
Banyak orang yang berpuasa memayahkan dirinya dengan lapar dan dahaga. Namun membiarkan anggota tubuhnya berbuat maksiat sehingga merosakkan puasanya dan mensia-siakan kepayahannya.
Nabi SAW bersabda bermaksud: Banyak orang yang berpuasa tetapi puasanya hanya menghasilkan lapar dan dahaga. (Riwayat Muslim).

Meninggalkan maksiat adalah wajib bagi orang yang berpuasa mahupun yang tidak berpuasa. Tetapi orang yang berpuasa lebih utama untuk berhati-hati dan lebih wajib.

Nabi SAW bersabda bermaksud: Puasa itu perisai. Maka pada hari kamu berpuasa, janganlah ia berkata-kata dan jangan berbuat kefasikan serta jangan menganggu orang lain. Jika ada orang memakinya atau memusuhinya, maka katakanlah, sesungguhnya aku berpuasa.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Termasuk adab orang berpuasa ialah tidak banyak tidur di siang hari dan tidak banyak makan di waktu malam. Hendaklah ia makan sekadarnya sehingga ia merasakan sentuhan lapar dan dahaga supaya jiwanya menjadi baik dan nafsunya menjadi lemah serta hatinya menjadi terang. Itu rahsia puasa dan tujuannya.

Hendaknya orang yang berpuasa menjauhi kesenangan hawa nafsunya serta kenikmatan melampau. Latihan dan menjauhi keinginan nafsu menimbulkan pengaruh besar dalam menerangi hati dan secara khusus dituntut di bulan Ramadan.

Adapun orang -orang yang menjadikan bersenang-senang dan hidup mewah di bulan Ramadan, hal itu merupakan tipu daya syaitan agar mereka tidak merasakan keberkatan puasa mereka.

Tanpa Judul…

Saudaraku !
kiranya ada hati yang menyayangimu
sebagai saudara seagama
terimalah ia seadanya.. 
kiranya ada hati yang ingin menyayangimu…
sebagai kekasih..
sebaliknya
engkau tidak sedemikian…
tolaklah dengan berhemah…
nafilah dengan bermaruah… 
janganlah engkau biarkan….
dia tanpa suara
janganlah engkau biarkan….
dia tanpa rasa
janganlah engkau biarkan….
dia tanpa cahaya 
buanglah sejauh mungkin
egomu
hindarlah sejarak mungkin
sombongmu 
kerana ego dan sombong itu
bukan pakaian kita
kerana ego dan sombong itu
bukan selayaknya untuk kita
makhluk dan hamba.
 khabarkan
dengan baik
khabarkan
dengan molek 
berilah peluang kepadanya
untuk merasa aman
tanpa persoalan 
biarkanlah dia
sunyi dan sungi
agar dapat dia kembali
ke fitrah
memperhamba diri dengan aman
kepada-Nya

berilah peluang kepadanya
pulang ke fitrah
kepada kekasih yang sebenar,
Allah.
 Ingatlah saudaraku
kasih sayang itu pakaian muslim
kasih sayang itu tuntutan Tuhan
kasihilah sesama saudara di bumi
sayangi kasihilah makhluk di bumi
Agar,
masyarakat di langit menyayangimu.
saudaraku
kasih itu
sayang itu
bukannya hak kita
tapi hak Yang Maha Esa

dari dalam aku


Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani : Nasihat – 34


Gambar hiasan


Terimalah nasib dengan zuhud, tidak dengan kebencian. Orang yang makan sambil menangis tidak sama dengan orang yang makan sambil ketawa, dalam menerima segala ketentuanNya. Sentiasalah hatimu dengan Allah Azza Wajalla. Berserah dirilah atas keburukan nasib. Kamu makan sesuatu yang diberikan oleh tabib dan sesuai dengan ubatnya adalah lebih baik daripada makan sesuatu yang kamu sendiri tidak mengetahui asal usulnya. Selama hatimu keras terhadap amanat, maka hilanglah rahmat darimu, dan hilanglah pula segala yang ada padamu. Hukum2 syariat itu amanat yang dibebankan kepadamu, sedangkan kamu meninggalkan dan mengkhianatinya. Tidak guna lagi jika amanat telah lenyap dari hatimu.”

Petikan Buku: Al-Fath Ar-Rabbani (Hakikat Pengabdian)

Sabtu, 28 Julai 2012

KELUARGA RASULULLAH S.A.W.

Gambar hiasan
Isteri-isteri Rasulullah saw
Khadijah bintu Khuwailid ( Wafat 3 H )

Khadijah binti Khuwaild adalah sebaik-baik wanita ahli surga. Ini sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w “Sebaik-baik wanita ahli surga adalah Maryam binti Imran dan Khadijah binti Khuwailid.”

Khadijah adalah wanita pertama yang hatinya tersirami keimanan dan dikhususkan Allah untuk memberikan keturunan bagi Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam., menjadi wanita pertama yang menjadi Ummahatul Mukminin, serta turut merasakan berbagai kesusahan pada fase awal jihad pcnyebaran agarna Allah kepada seluruh umat manusia.

Khadijah adalah wanita yang hidup dan membesar di lingkungan Suku Quraisy dan lahir dari keluarga terhormat pada lima belas tahun sebelum Tahun Gajah, sehingga banyak pemuda Quraisy yang ingin mempersuntingnya. Sebelum menikah dengan Rasulullah s.a.w, Khadijah pernah dua kali menikah. Suami pertama Khadijah adalah Abu Halah at-Tamimi, yang wafat dengan meninggalkan kekayaan yang banyak, juga jaringan perniagaan yang luas dan berkembang. Pernikahan kedua Khadijah adalah dengan Atiq bin Aidz bin Makhzum, yang juga wafat dengan meninggalkan harta dan perniagaan. Dengan demikian, Khadijah menjadi orang terkaya di kalangan suku Quraisy.

 Wanita SuciSayyidah Khadijah dikenal dengan julukan wanita suci sejak perkawinannya dengan Abu Halah dan Atiq bin Aidz kerana keutamaan ? Akhlak dan sifat terpujinya. Kerana itu, tidak hairan jika kalangan Quraisy memberikan penghargaan dan berupa penghormatan yang tinggi kepadanya.

Kekayaan yang berlimpahlah yang menjadikan Khadijah tetap berdagang. Akan tetapi, Khadijah merasa tidak mungkin jika semua dilakukan tanpa bantuan orang lain. Tidak mungkin jika dia harus terlibat secara langsung dalam berniaga dan berpergian membawa barang dagangan ke Yaman pada musim dingin dan ke Syam pada musim panas. Keadaan itulah yang menyebabkan Khadijah mulai mengupah beberapa pembantu yang dapat menjaga amanah atas harta dan dagangannya. Untuk itu, para pembantunya menerima upah dan bahagian keuntungan sesuai dengan persetujuan . Walaupun pekerjaan itu cukup sulit, bermodalkan kemampuan intelektual dan kecemerlangan fikiran yang didukung oleh pengetahuan dasar tentang perniagaan dan bekerja sama, Khadijah mampu bekerjasama dengan mereka untuk membuat hubungan perniagaan. Itulah yang membawa kecemerlangan perniagaan yang dijalankannya .

Pemuda yang Jujur Khadijah memiliki seorang pegawai yang dapat dipercaya dan dikenal dengan nama Maisarah. Dia dikenal sebagai pemuda yang ikhlas dan berani, sehingga Khadijah pun berani menyerahkan tanggung-jawab untuk melantik pegawai baru yang akan mengiring dan menyiapkan kafilah, menentukan harga, dan memilih barang dagangan. Sebenarnya itu adalah pekerjaan berat, namun kepercayaan yang diberikan kepada Maisarah tidaklah sia-sia.

Pemuda Pemegang Amanah
Kaum Quraisy tidak mengenal pemuda mana pun yang warak, takwa, dan jujur selain Muhammad bin Abdullah, yang sejak usia lima belas tahun telah diajak oleh Maisarah untuk menyertainya berdagang. Seperti biasanya, Maisarah menyertai Muhammad ke Syam untuk membawa dagangan Khadijah, kerana memang kedua-duanya telah sepakat untuk bekerjasama.

Perniagaan mereka ketika itu memberikan keuntungan yang sangat banyak sehingga Maisarah kembali membawa keuntungan yang berlipat ganda. Maisarah mengatakan bahawa keuntungan yang mereka peroleh itu berkat Muhammad yang berniaga dengan penuh kejujuran. Maisarah menceritakan kejadian aneh selama melakukan perjalanan ke Syam dengan Muhammad. Selama perjalanan, dia melihat gulungan awan tebal yang senantiasa mengiringi Muhammad yang seolah-olah melindungi beliau dari sengatan matahari. Dia pun mendengar seorang rahib yang bernama Buhairah, yang mengatakan bahawa Muhammad adalah laki-laki yang akan menjadi nabi yang ditunggu-tunggu oleh orang Arab sebgaimana telah tertulis di dalam Taurat dan Injil.

Cerita-cerita tentang Muhammad itu meresap ke dalam jiwa Khadijah, dan pada dasarnya Khadijah pun telah merasakan adanya kejujuran, amanah, dan cahaya yang sentiasa menerangi wajah Muhammad. Perasaan Khadijah itu menimbulkan kecenderungan terhadap Muhammad di dalam hati dan fikirannya, sehingga dia menemui anak bapa saudaranya, Waraqah bin Naufal, yang dikenal dengan pengetahuannya tentang orang- orang terdahulu. Waraqah mengatakan bahawa akan muncul nabi besar yang dinanti-nantikan manusia dan akan mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya Allah. Penuturan Waraqah itu menjadikan niat dan kecenderungan Khadijah terhadap Muhammad semakin bertambah, sehingga dia ingin menikah dengan Muhammad. Setelah itu dia mengutus Nafisah, saudara perempuan Ya’la bin Umayyah untuk meneliti lebih jauh tentang Muhammad, sehingga akhirnya Muhammad diminta menikahi dirinya.

Ketika itu Khadijah berusia empat puluh tahun, namun dia adalah wanita dari golongan keluarga terhormat dan kaya raya, sehingga banyak pemuda Quraisy yang ingin menikahinya. Muhammad pun menyetujui permohonan Khadijah tersebut. Maka, dengan salah seorang bapa saudaranya, Muhammad pergi menemui bapa saudara Khadijah yang bernama Amru bin As’ad untuk meminang Khadijah.

Isteri Pertama Rasulullah s.a.w
Allah menghendaki pernikahan hamba pilihan-Nya itu dengan Khadijah. Ketika itu, usia Muhammad baru menginjak dua puluh lima tahun, sementara Khadijah empat puluh tahun. Walaupun jarak usia mereka sangat jauh dan harta kekayaan mereka pun tidak sepadan, pernikahan mereka bukanlah pernikahan yang aneh, karena Allah Subhanahu wa ta’ala telah memberikan keberkahan dan kemuliaan kepada mereka.

Khadijah adalah isteri Nabi yang pertama dan menjadi isteri satu-satunya sebelum dia rneninggal. Allah menganugerahi Nabi Shallallahu alaihi wassalam. melalui rahim Khadijah beberapa orang anak. Dia telah memberikan cinta dan kasih sayang kepada Rasululah Shallallahu alaihi wassalam. Pada ketika  kesulitan dan tindakan kekerasan serta kekejaman datang dari masyarakat Arab serta kerabat dekat. Bersama Khadijah, Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. mernperoleh perlakuan yang baik serta rumah tangga yang tenteram damai, dan penuh cinta kasih, setelah sekian lama baginda merasakan pahitnya menjadi anak yatim piatu dan miskin.

Putera-puteri Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam
Khadijah melahirkan dua orang anak laki-laki, iaitu Qasim dan Abdullah serta empat orang anak perempuan, iaitu Zainab, Ruqayah, Ummu Kultsum dan Fathimah. Seluruh putra dan puterinya lahir sebelum masa kenabian, kecuali Abdullah. Kerana itulah, Abdullah kemudian digelar ath-Thayyib (yang baik) dan ath-Thahir (yang suci).

Zainab banyak rnenyerupai ibunya. Setelah besar, Zainab dinikahkan dengan anak ibu saudaranya, Abul Ash ibnur Rabi’. Pernikahan Zainab ini merupakan peristiwa pertama Rasulullah rnenikahkan puterinya, dan yang terakhir baginda menikahkan Ummu Kultsum dan Ruqayah dengan dua putera Abu Lahab, iaitu Atabah dan Utaibah. Ketika Nabi Shallallahu alaihi wassalam. diutus menjadi Rasul, Fathimah az-Zahra, puteri bongsu baginda masih kecil.

Selain mereka ada juga Zaid bin Haritsah yang sering disebut putera Muhammad. Semula, Zaid dibeli oleh Khadijah dari pasar Mekah yang kemudian dijadikan pembantunya. Ketika Khadijah menikah dengan Muhammad, Khadijah memberikan Zaid kepada Muhammad sebagai hadiah. Rasulullah sangat mencintai Zaid kerana dia memiliki sifat-sifat yang terpuji. Zaid pun sangat mencintai Rasulullah. Akan tetapi di sudut yang lain, ayah kandung Zaid selalu mencari anaknya dan akhirnya dia mendapat kabar bahawa Zaid berada bersama Muhammad dan Khadijah. Dia menemui Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam untuk memohon agar baginda mengembalikan Zaid kepadanya walaupun dia harus membayar mahal. Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam memberikan kebebasan penuh kepada Zaid untuk memilih antara bapanya dan baginda. Zaid tetap memilih hidup bersama Rasulullah, dan sinilah kita dapat mengetahui sifat mulia Zaid.

Bagi menggelakkan masalah pada kemudian hari, Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam  dan Zaid bin Haritsah menuju halaman Ka’bah untuk mengumumkan kebebasan Zaid dan pengangkatan Zaid sebagai anak baginda Setelah itu, ayahnya merelakan anaknya dan merasa tenang. Dari situlah mengapa banyak yang mengelar  Zaid dengan sebutan Zaid bin Muhammad.

Pada Masa Kenabian Muhammad Shallallahu alaihi wassalam
Muhammad bin Abdullah hidup berumah-tangga dengan Khadijah binti
Khuwailid dengan tenterarn di bawah naungan akhlak mulia dan jiwa suci baginda. Ketika itu, Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam menjadi tempat mengadu orang-orang Quraisy dalam menyelesaikan perselisihan dan pertentangan yang terjadi di antara mereka. Hal itu menunjukkan betapa tinggi kedudukan Rasulullah di hadapan mereka pada masa prakenabian. Baginda menyendiri di Gua Hira, menghambakan din kepada Allah yang Maha Esa, sesuai dengan ajaran Nabi Ibrahim.

Khadijah sangat ikhlas dengan segala sesuatu yang dilakukan suaminya dan tidak khuatir selama ditinggal suaminya. Bahkan dia menjenguk serta menyiapkan makanan dan minuman selama baginda di dalam gua, kerana dia yakin bahawa apa pun yang dilakukan suaminya merupakan amanah penting yang akan mengubah dunia. Ketika itu, Nabi Muhammad berusia empat puluh tahun.

Suatu ketika, seperti biasanya baginda menyendiri di Gua Hira waktu itu bulan Ramadhan. Baginda sangat gemetar ketika mendengar suara gaib Malaikat Jibril memanggil baginda. Malaikat Jibril menyuruh baginda membaca, namun baginda hanya menjawab, “Aku tidak dapat membaca.”

Akhirnya, Malaikat Jibril mendekati dan mendakap baginda ke dadanya, seraya berkata, “Bacalah, wahai Muhammad!” Ketika itu Muhammad sangat bingung dan ketakutan, seraya menjawab, “Aku tidak dapat membaca.” Mendengar itu, Malaikat Jibril mempererat dekapannya, dan berkata, “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Dia mengajari manusia dengan perantaraan pena. Dia mengajarkan segala sesuatu yang belum mereka ketahui.” Rasulullah Muhammad mengikuti bacaan tersebut. Keringat deras mengucur dari seluruh tubuhnya sehingga baginda kepayahan dan tidak menemukan jalan menuju rumah.

Khadijah melihat Baginda dalam keadaan kebingungan seperti itu, kemudian memapahnya ke rumah, serta berusaha menghilangkan ketakutan dan kekhawatiran yang memenuhi dadanya. “Berilah aku selimut, Khadijah!” Beberapa kali baginda meminta istrinya menyelimuti tubuhnya. Khadijah memberikan ketenteraman kepada Rasulullah dengan segala kelembutan dan kasih sayang sehingga beliau merasa tenteram dan aman. Baginda ridak langsung menceritakan kejadian yang menimpa dirinya kepada Khadijah kerana khawatir Khadijah menganggapnya sebagai ilusi atau khayalan baginda belaka.

Peribadi yang Agung Setelah rasa takut baginda hilang, Khadilah berupaya agar Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. mengutarakan apa yang telah dialaminya, dan akhirnya baginda pun menceritakan peristiwa yang baru dialaminya. Khadijah mendengarkan cerita suaminya dengan penuh minat dan mempercayai semuanya, sehingga Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. merasa bahwa isterinya pun menduga akan terjadinya hal-hal seperti itu.

Sejak semula Khadijah telah yakin bahwa suaminya akan menerima amanat Allah Yang Maha Besar untuk seluruh alam semesta. Kejadian tersebut merupakan awal kenabian dan tugas Muhammad menyampaikan amanat Allah kepada manusia. Hal itu pun merupakan babak baru dalam kehidupan Khadijah yang dengannya dia harus mempercayai dan meyakini ajaran Rasulullah Muhammad, sehingga Rasulullah mengatakan, “Aku rnengharapkannya menjadi benteng yang kuat bagi diriku.”

Di sinilah tampak kebesaran pribadi serta kematangan dan kebijaksanaan pemikiran Khadijah. Khadijah telah mencapai darjat yang tinggi dan sempurna, yang belum pernah dicapai oleh wanita mana pun. Dia telah berkata kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam, “Demi Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakanmu Engkau selalu menghubungkan silaturahim, berbicara benar, memikul beban orang lain, menolong orang papa, menghorrnati tamu, dan membantu meringankan derita dan musibah orang lain.”

Setelah Rasulullah merasa tenteram dan dapat tidur dengan tenang, Khadijah mendatangi anak pamannya, Waraqah bin Naufal, yang tidak terpengaruhi tradisi jahiliah. Khadijah menceritakan kejadian yang dialami suaminya. Mendengar cerita mengenai Rasulullah, Waraqah berseru, “Maha Mulia…Maha Mulia…. Demi yang jiwa Waraqah dalam genggaman-Nya, kalau kau percaya pada ucapanku, maka apa yang diihat Muhammad di Gua Hira itu merupakan suratan yang turun kepada Musa dan Isa sebelumnya, dan Muhammad adalah nabi akhir zaman, dan namanya tertulis dalam Taurat dan Injil.” Mendengar kabar itu, Khadijah segera menemui suaminya (Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam) dan menyampaikan apa yang dikatakan oleh Waraqah.

Awal Masa Jihad di Jalan Allah
Khadijah meyakini seruan suaminya dan menganut agarna yang dibawanya sebelum diumumkan kepada rnasyarakat. Itulah langkah awal Khadijah dalam menyertai suaminya berjihad di jalan Allah dan turut menanggung pahit getirnya gangguan dalam menyebarkan agama Allah.
Beberapa waktu kemudian Jibril kembali mendatangi Muhammad Shallallahu alaihi wassalam. untuk membawa wahyu kedua dari Allah :

Hai orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan dan Tuhanmu agungkanlah dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa (menyembah berhala) tinggalkanlah, dan janganlab kamu memberi (dengan maksud) memperoleb (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah” (QS. Al-Muddatstir : 1-7)

Ayat di atas merupakan perintah bagi Rasulullah untuk mulai berdakwah kepada kalangan kerabat dekat dan ahlulbait beliau. Khadijah adalah orang pertama yang menyatakan beriman pada risalah Rasulullah Muhammad dan menyatakan kesediaannya menjadi pembela setia Nabi. Kemudian menyusul Ali bin Abi Thalib, anak paman Rasulullah yang sejak kecil diasuh dalam rumah tangga beliau. Ali bin Abi Thalib adalah orang pertama yang masuk Islam dari kalangan anak-anak, kemudian Zaid bin Haritsah, hamba sahaya Rasulullah yang ketika itu dijuluki Zaid bin Muhammad. Dari kalangan laki-laki dewasa, mulailah Abu Bakar masuk Islam, diikuti Utsman bin Affan, Abdurrahman bin Auf, Sa’ad bin Abi Waqash, az-Zubair ibnu Awam, Thalhah bin Ubaidilah, dan sahabat-sahat lainnya. Mereka masuk menyatakan Islam secara sembunyi-sembunyi sehingga harus melaksanakan shalat di pinggiran kota Mekah.

Masa Berdakwah Terang-teranganSetelah berdakwah secara sembunyi- sembunyi, turunlah perintah Allah kepada Rasulullah untuk memulai dakwah secara terang-terangan. Kerana itu, datanglah baginda ke tengah-tengah umat seraya berseru lantang, “Allahu Akbar, Allahu Akbar… Tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya, Dia tidak melahirkan, juga tidak dilahirkan.” Seruan baginda sangat aneh terdengar di telinga orang-orang Quraisy. Rasulullah Muhammad memanggil manusia untuk beribadah kepada Tuhan yang satu, bukan Laata, Uzza, Hubal, Manat, serta tuhan-tuhan lain yang mernenuhi pelataran Ka’bah. Tentu saja mereka menolak, mencaci maki, bahkan tidak segan-segan menyiksa Rasulullah. Setiap jalan yang baginda lalui ditaburi najis haiwan dan duri.

Khadijah tampil mendampingi Rasulullah dengan penuh kasih sayang, cinta, dan kelembutan. Wajahnya senantiasa membiaskan keceriaan, dan bibirnya meluncur kata-kata jujur. Setiap kegundahan yang Rasulullah lontarkan atas perlakuan orang-orang Quraisy selalu didengarkan oleh Khadijah dengan penuh perhatian untuk kemudian dia memotivasi dan menguatkan hati Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wassalam. Bersama Rasulullah, Khadijah turut menanggung kesulitan dan kesedihan, sehingga tidak jarang dia harus menyembunyikan perasaan sendiri agar tidak tergambar pada wajahnya dan mengganggu perasaan suaminya. Sebaliknya yang keluar adalah tutur kata yang lemah lembut sebagai penyejuk dan penawar hati.

Orang yang paling keras menyakiti Rasulullah adalah bapa saudara baginda sendiri, Abdul Uzza bin Abdul Muthalib, yang lebih dikenal dengan sebutan Abu Lahab, beserta isterinya, Ummu Jamil. Mereka memerintah anak-anaknya untuk memutuskan pertunangan dengan kedua puteri Rasulullah, Ruqayah dan Ummu Kultsum. Walaupun begitu, Allah telah menyediakan pengganti yang lebih mulia, iaitu Utsman bin Affan bagi Ruqayah. Allah mengutuk Abu Lahab melalui firman-Nya :
Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar. Yang di lehernya ada tali dan sabut. “ (QS. Al-Lahab : 1-5)

Khadijah adalah tempat berlindung bagi Rasulullah. Dari Khadijah, beliau memperoleh keteduhan hati dan keceriaan wajah isterinya yang senantiasa menambah semangat dan kesabaran untuk terus berjuang menyebarluaskan agama Allah ke seluruh penjuru. Khadijah pun tidak memperhitungkan harta bendanya yang habis digunakan dalam perjuangan ini. Sementara itu, Abu Thalib, bapa saudara Rasulullah, menjadi benteng pertahanan baginda dan menjaga baginda dari siksaan orang-orang Quraisy, sebab Abu Thalib adalah individu yang sangat disegani dan dihormati oleh kaum Quraisy.

Pemboikotan Kaum Quraisy terhadap Kaum Muslimin
Setelah berbagai usaha gagal dilakukan untuk menghentikan dakwah Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam, baik itu berupa rayuan, ugutan, paksaan dan penyiksaan, kaum Quraisy memutuskan untuk memboikot dan mengepung kaum muslimin dan menulis deklarasi yang kemudian digantung di pintu Ka’bah agar orang-orang Quraisy memboikot kaum muslimin, termasuk Rasulullah, isteri baginda, dan juga bapa saudaranya. Mereka terasing di pinggiran kota Mekah dan diboikot oleh kaum Quraisy dalam bentuk sekatan perhubungan ( pengangkutan ), komunikasi, dan keperluan seharian.

Dalam keadaan  seperti itu, Rasulullah dan isterinya dapat bertahan, walaupun keadaan fizikalnya sudah tua dan lemah. Ketika itu kehidupan Khadijah sangat jauh dari kehidupan sebelumnya yang di kelilingi dengan kekayaan, kemakmuran, dan ketinggian kedudukan. Khadijah rela didera rasa haus dan lapar dalam mendampingi Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam berserta kaum muslimin yang lain. Dia sangat yakin bahawa tidak lama lagi pertolongan Allah akan datang. Keluarga mereka yang lain, secara sembunyi-sembunyi ada mengirimkan makanan dan minuman untuk mereka meneruskan hidup. Pemboikotan itu berlangsung selama tiga tahun, tetapi tidak sedikit pun menggoyahkan akidah mereka, bahkan yang mereka rasakan adalah bertambah kukuhnya keimanan dalam hati. Dengan demikian, usaha kaum Quraisy telah gagal, sehingga mereka mengakhiri pemboikotan dan membiarkan kaum muslimin kembali ke Mekah. Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam  pun kembali menyeru nama Allah Yang Mulia dan melanjutkan jihad baginda.

Wafatnya Khadijah Beberapa hari setelah pemboikotan, Abu Thalib jatuh sakit, dan semua orang meyakini bahawa sakit kali ini merupakan akhir dan hidupnva. Dalam keadaan seperti itu, Abu Sufyan dan Abu Jahal memujuk Abu Thalib untuk menasihati Muhammad agar menghentikan dakwahnya, dan sebagai gantinya adalah harta dan pangkat. Akan tetapi, Abu Thalib tidak bersedia, dan dia mengetahui bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam tidak akan bersedia menukar dakwahnya dengan pangkat dan harta sepenuh dunia.

Abu Thalib meninggal pada tahun itu pula, maka tahun itu disebut sebagai ‘Aamul Huzni ( tahun kesedihan ) dalam kehidupan Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. Sebaliknya, orang-orang Quraisy sangat gembira atas kematian Abu Thalib itu, kerana mereka akan lebih berleluasa menindas Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam dan pengikutnya. Pada saat kritikal ( sukar ) menjelang kematian pak ciknya, Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam membisikkan sesuatu, Secepat ini aku kehilangan engkau?

Pada tahun yang sama, Sayyidah Khadijah sakit keras akibat beberapa tahun menderita kelaparan dan kehausan kerana pemboikotan itu. Semakin hari, keadaan kesihatan badannya semakin menurun, sehingga Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. semakin sedih. Bersama Khadijahlah Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam  membangun kehidupan rumah tangga yang bahagia. Dalam sakit yang tidak terlalu lama, dalam usia enam puluh lima tahun, Khadijah meninggal, menyusul Abu Thalib. Khadijah dikuburkan di dataran tinggi Mekah, yang dikenal dengan sebutan al-Hajun. Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. sendiri yang mengurus jenazah isterinya, dan kalimat terakhir yang beliau ucapkan ketika melepas kepergiannya adalah : “Sebaik-baik wanita penghuni syurga adalab Maryam binti Imran dan Khadijah binti Khuwailid.”

Khadijah meninggal setelah mendapatkan kemuliaan yang tidak pernah dimiliki oleh wanita lain, Dia adalah Ummul Mukminin isteri Rasulullah yang pertama, wanita pertama yang mempercayai risalah Rasulullah, dan wanita pertama yang melahirkan putra-putri Rasulullah. Dia merelakan harta benda yang dimilikinya untuk kepentingan jihad di jalan Allah. Dialah orang pertama yang mendapat kabar gembira bahawa dirinya adalah ahli syurga. Kenangan terhadap Khadijah senantiasa lekat dalam hati Rasulullah sampai baginda wafat. Semoga rahmat Allah senantiasa menyertai Sayyidah Khadijah binti Khuwailid dan semoga Allah memberinya tempat yang layak di sisi-Nya. Amin.

Sumber :
Buku Dzaujatur-Rasulullah, karya Amru Yusuf, Penerbit Darus-Sa’abu, Riyadh.

Selasa, 24 Julai 2012

Keindahan Senda Gurau Rasulullah s.a.w.

Gambar hiasan

Cuba anda perhatikan bagaimana indahnya senda gurauan Rasulullah s.a.w. iaitu seperti diriwayatkan bahawa seorang tua perempuan telah mendatangi Rasulullah s.a.w. Maka baginda telah bergurau dengannya dengan berkata: Orang tua tidak boleh masuk syurga. Lalu menangislah si perempuan tua itu, tetapi segera pula Rasulullah s.a.w. berkata lagi: Anda tidak lagi menjadi tua bangka pada ketika itu! Lalu dibacakan kepadanya firman Allah Ta’ala.

“Kami (Allah) pertumbuhkan mereka itu (kaum wanita) suatu tumbuhan. Maka Kami tukarkan mereka itu menjadi dara-dara.”  (al-Waqi’ah: 35-36)

Dalam sesuatu peristiwa yang lain, diceritakan bahawa ada seorang perempuan datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: Suamiku menjemputmu ke rumah! Baginda lalu berkata: Siapa dia suamimu itu? Apakah ia yang matanya ada putih-putih itu? Perempuan itu menjawab: Demi Allah, mata suami saya tidak ada putih-putih. Kemudian baginda berkata lagi: Bahkan di matanya ada putih-putih. Perempuan itu tetap menolak dengan berkata: Demi Allah, tidak. Maka barulah Rasulullah s.a.w. menerangkan lagi: Malah setiap orang memang ada pada matanya putih-putih. Maksud baginda ialah putih yang mengelilingi mata yang hitam itu.

Ada seorang perempuan lain yang datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: Wahai Rasulullah! Berikanlah saya seekor unta yang boleh mengenderainya. Baginda berkata: Bahkan kita akan berikan untukmu anak unta supaya engkau mengenderainya. Kata perempuan itu pula: Apa yang akan saya buat dengan anak unta, jika ia tidak boleh mengangkat saya? Jawab Rasulullah s.a.w. Tiada ada seekor unta, melainkan ia dulunya anak unta.

Berkata Anas: Abu Talhah mempunyai seorang putera yang dipanggil dengan nama Abu Umair. Rasulullah s.a.w sering datang kepada mereka dengan berkata: Wahai Abu Umair! Apa khabar anak burung engkau? Kerana Abu Umair memang suka sangat bermain-main dengan anak burung tersebut.

Berkata Siti Aisyah radhiallahu-anha: Saya ikut bersama-sama Rasulullah s.a.w. dalam ghazwah (peperangan) Badar, lalu baginda berkata kepada saya: Mari kita berlumba lari! Maka saya pun menyingsing lengan dan menggariskan satu garisan tanda di tanah, dan dari situ kami pun berlumba lari? Maka saya pun menyingsing lengan dan menggariskan satu garisan tanda di tanah, dan dari situ kami pun berlumba lari, tetapi dia (baginda) telah mendahului saya. Kemudian baginda berkata pula: Ini ganti yang dulu di Dzul-Majaz. Dia mengingatkan saya suatu hari dulu, bila kami sedang berada di Dzul-Majz dan pada ketika itu saya masih kecil lagi. Bapa saya telah memberi saya suatu barang, lalu baginda berkata kepada saya: Berikanlah saya barang itu. Saya enggan memberikan kepadanya, dan saya pun lari. Tiba-tiba baginda berlari di belakang saya, tetapi ia tidak dapat mengejar saya.

Siti Aisyah bercerita lagi: Pada suatu hari isteri baginda Saudah binti Zam’ah berada bersama-sama Rasulullah s.a.w., maka saya pun buatkan makanan khazir, dan bawa makanan itu seraya berkata kepada Saudah: Makan! Saudah menjawab: Saya tak suka makanan ini! Maka saya berkata kepadanya: Demi Allah engkau mesti makan makanan ini, kalau tidak aku akan lumurkan mukamu dengannya. Saudah masih enggan memakannya seraya berkata: Saya tidak ingin memakannya. Maka saya ambil sedikit makanan itu dari dalam piring lalu saya tonyohkan ke muka Saudah, padahal Rasulullah s.a.w. sedang duduk di antara saya dengan Saudah, kemudian baginda merendahkan lututnya untuk Saudah supaya ia boleh membalas. Saudah terus mengambil sedikit makanan itu dari piring, lalu melumurkan muka saya pula. Melihat kejadian itu, Rasulullah s.a.w. hanya ketawa saja.

Dari Abu Salamah pula: Rasulullah s.a.w. sering memanjakan cucuandanya al-Hasan bin Ali r.a dengan menjelirkan lidah kepadanya. Apabila al-Hasan melihat keadaan itu ia ketawa gembira.

Berkata Uyainah al-Fizari: Demi Allah, saya mempunyai seorang anak saja, sekarang ia telah berkahwin dan telah tumbuh rambut mukanya, tetapi saya tak pernah menciumnya sama sekali. Maka baginda pun bersabda:

Siapa yang tak mempunyai belas kasihan, tak akan dibelas kasihani.”

Semua sifat-sifat kelemah-lembutan ini berlaku pada golongan kaum wanita dan kanak-kanak kecil. Rasulullah s.a.w telah memperlakukan yang demikian kepada mereka kerana memandangkan lemahnya hati mereka, bukan kerana kecenderungannya kepada senda gurau semata-mata.

Pernah sekali Rasulullah s.a.w. berkata kepada Suhaib yang sedang makan korma, padahal ia terkena sakit mata. Kata baginda: Boleh makan korma juga? Bukankah matamu sakit? Jawab Suhaib: Saya makan dengan sebelah mata saja, wahai Rasulullah! Mendengar jawapannya Rasulullah s.a.w. tersenyum saja. Dalam setengah riwayat pula sehingga kelihatan gigi serinya.

Nu’aiman al-Ansari adalah seorang yang suka bergurau. Tiap-tiap kali ia datang ke Madinah ia membeli sesuatu barang di pasarnya, lalu membawanya sebagai hadiah kepada Rasulullah s.a.w. dengan berkata: Wahai Rasulullah! Saya telah membeli ini dan saya hadiahkan untukmu. Sekejap lagi datanglah tuan punya barang itu menuntut harga barang yang dibelinya tadi, maka ia membawa orang itu menghadap Rasulullah s.a.w. dengan berkata pula kepada baginda: Wahai Rasulullah, bayarkanlah harga barang tadi. Baginda pun bertanya kepada Nu’aiman: Bukankah barang itu engkau berikan kepada aku sebagai hadiah? Nu’aiman menjawab: Benar, wahai Rasulullah! Tetapi saya tak punya wang dan saya suka tuan hamba memakannya. Mendengar yang demikian Rasulullah s.a.w. hanya ketawa, dan segeralah Baginda membayar harganya.

Bersenda gurau semacam ini tidaklah salah dilakukan sekali-sekala tetapi tidak boleh dilakukan selalu sangat.

http://pondokhabib.wordpress.com

Isnin, 23 Julai 2012

TIADA PAKSAAN

Gambar hiasan
Ayat tidak ada paksaan memeluk Islam
 [2:256] Tidak ada paksaan untuk agama ; sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. [/b]Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Sabtu, 21 Julai 2012

PERSOALAN AGAMA - SOLAT


http://tanbihul_ghafilin.tripod.com
Solatlah di mana jua pun kita berada

1. SOLAT TERAWIKH 

Soalan : Saya ada satu soalan mengenai solat terawih, soalannya ialah setiap kali saya solat terawih, saya tidak sempat membaca Al-Fatihah disebabkan imam terlalu cepat. Adakah sah solat saya itu.

Jawapan: Solat  tersebut dikira sah di mana Al-Fatihah makmum ditanggung oleh imam. Ini hanya dipakai pada solat sunat sahaja, jika solat fardu, Al-Fatihah adalah menjadi wajib ke atas makmum kecuali yang masbu' (ketinggalan). Sila rujuk kitab solat untuk keterangan lanjut.


2. ISTERI DEGIL
Soalan : Seorang isteri enggan solat. Berbuih mulut suami beliau menyuruhnya solat. Kadangkala mereka bergaduh mengenai hal ini. Isteri beliau hanya kata, "Kubur aku, aku jaga Kubur engkau engkau jaga" !!!Apakah hukum perkahwinan mereka ?

Jawapan: Perkahwinan mereka adalah sah kerana pendapat ulamak tidak menghukum mereka yang meninggalkan solat sebagai murtad. Tetapi isteri tersebut dikira fasik di mana beliau tidak boleh menjadi wali atau saksi. Pihak suami perlu menangani hal ini dengan penuh hikmah dan kesabaran. Cuba elakkan dari membuat ugutan kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan. Berikut diberikan beberapa tektik dan teknik yang boleh dicuba :-
  • Ajak solat jemaah bersama keluarga - anak-anak, ayah, mertua dsb.
  • Bawa ke majlis ilmu yang ada mendirikan solat jemaah.
  • Bawa Tok Alim ke rumah untuk mengajar agama kepada keluarga.
  • Guna orang ketiga, (yang disegani oleh isteri) untuk memberi nasihat.
  • Guna khidmat kaunseling yang kini ada di mana-mana.
  • Tingkatkan ibadat sendiri supaya menjadi contoh kepada isteri.

3. SOLAT TAHIYYATUL MASJID


Soalan : Sebuah surau diberi kebenaran untuk didirikan solat Jumaat - contoh surau Tabung Haji. Apakah boleh kita melakukan sunat Tahiyyatul masjid dan berniat iktikaf di sana sedangkan status surau itu masih bukan masjid?

Jawapan: Solat  sunat tahiyyatulmasjid ialah solat sunat untuk menghormati masjid. Jika dikaji istilah masjid di sini bermakna tempat solat berjamaah. Secara mudah, anggaplah surau yang diberikan taraf masjid sementara itu tergolong dalam istilah masjid dan sunat berniat ikhtikaf dan solat tahiyyatul masjid. Tidak menjadi dosa jika bersolat sunat tahiyyatul masjid di surau.


4. SOLAT JUMAAT DAN JAMAK

Untuk makluman Ustaz saya sedang menuntut di Jepun .


Soalannya: Di sini ada 4 orang muslim.Jadi mengikut mazhab Syafi`i Fardhu Jumaat adalah gugur. Tetapi pelajar dari Indonesia cenderung untuk melakukan fardhu Jumaat.

Jawapan: Menurut mazhab Shafii antara syarat sah solat Jumaat adalah mempunyai jumlah jemaah sebanyak 40 orang. Maka jika tidak cukup maka gugurlah kewajiban Jumaat itu dan wajiblah dikerjakan solat zuhur. Walaupun begitu ada mazhab lain yang berpendapat bahawa jumlah jemaah tidak perlu 40 orang. Jika sahabat anda bermazhab lain maka mungkin mereka masih boleh mengerjakan solat Jumaat tersebut.


Soalan : Adakah sah solat Jumaat sebelum masuk waktu Zohor?.. dan apakah hukumnya jika saya cuma bersolat Zohor kerana was-was akan sahnya solat Jumaat tersebut.

Jawapan: Solat Jumaat tidak sah dilakukan di luar waktu zuhur. Hukum mengerjakan solat zuhur pada hari Jumaat adalah sah sekiranya terdapat halangan untuk mengerjakan solat Jumaat.



5. SOLAT MUSAFIR


Soalan :  Saya telah berniat melakukan Jamak Takhir (menghimpunkan solat Zohor ke Asar) dalam perjalanan yang melebihi 2 marhalah. Bagaimanapun, saya telah sampai ke rumah dalam waktu Asar tanpa sempat menunaikan Jamak Takhir semasa dalam perjalanan. Apakah yang perlu dilakukan? Perlukah saya solat Asar and qadho solat Zohor?

Jawapan: Setelah sampai ke tempat bermastautin, maka musafir kita tamat. Dengan itu tidak boleh kita ber solat Jamak lagi. Maka perlulah kita ber solat Asar dan mengqadho solat zuhur yang tertinggal.

Soalan :  Semasa dalam perjalanan jauh, sewaktu masuk waktu Zohor saya telah berniat untuk menjamak solat Zohor dengan Asar di waktu Asar. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, sewaktu waktu Zohor masih ada, sebahagian dari penumpang kenderaan ingin membuat jamak taqdim iaitu menjamak Zohor dengan Asar di waktu Zohor. Bolehkah saya bertukar niat dan bersolat bersama mereka?

Jawapan: Tidak menjadi masalah.


Pernah juga saya terpaksa memulakan suatu perjalanan jauh sebelum masuk waktu Subuh. Perjalanan saya mengambil masa yang lama dan adalah sukar bagi saya mengerjakan solat subuh kerana waktu Subuh yang agak pendek dan perjalanan juga agak baru dimulakan. Solat jamak tidak terdapat untuk solat Subuh, maka saya dalam keadaan sukar berhenti juga untuk solat. Adakah terdapat sebarang kemudahan di dalam Islam untuk musafir di dalam keaadan begini?

Jawapan : Solat Subuh tetap wajib dikerjakan dalam waktunya. Maka jika keadaan diluar kawalan kita, seperti dalam bas dan sebagainya, hendaklah kita ber solat dengan kekurangan tersebut, seperti solat duduk dan sebagainya.

Terdapat pelajar di sini (soalan dari Jepun) yang melakukan solat Jama` dan Qasar dengan alasan dia di sini datang untuk sementara sahaja (4 tahun )dan bukan untuk terus tinggal di sini (bermastautin).


Jawapan :Menurut mazhab Shafii, istilah musafir ialah menetap tidak lebih dari tiga hari tiga malam. Selebih dari itu tidak dikira musafir dan tidak boleh mengerjakan solat Qasar dan Jama'. Pengkecualian diberi juga kepada musafir yang tidak tentu tempoh menetapnya mereka disatu-satu tempat tersebut. Contohnya, jika seseorang musafir itu menjangka bahawa beliau akan menetap di suatu tempat itu tidak lebih dari tiga hari, akan tetapi kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan, beliau terpaksa tinggal lebih lama tanpa tahu bila boleh beredar. Maka beliau dibolehkan menjamakkan solat nya sehingga 15 hari.

6. TERBUKA AURAT KETIKA SOLAT
Soalan : Apakah batal solat sekiranya kain telekung terselak hingga menampakkan jari kaki sedangkan ketika itu saya tinggal seorang diri dan tidak ada sesiapa pun yang melihatnya?


Jawapan: Batal. Kerana menutup aurat adalah antara syarat-syarat sah solat. Solat itu wajib dilakukan semula tanpa perlu membaharui wudhu'.

DATANG AKAN IA..


Gambar hiasan

berbekalkan pelita tua itu
terlepuk aku menginsafi diri
menyelak helaian catatan hidup
membelek-belek pudarnya warna pelangi
menyingkap rahsia diselubungi misteri
terselindung berselindung menyendiri

sinar pelita tua itu
bersilang liuk dibuai bayu
mengingat akan roda kehidupanku
berputaran entah sampai bila
hidup berkejaran di mana destinasinya
hilang arah mengejar palsu janji bahagia

alunan indah hening pagi mendamaikan
marilah menuju kejayaan satu panggilan
membangkit akan rasa penuh kesesalan
terpesong jauh dari landasan rahmatMu
khilaf alpa sombong penuh keegoan
nikmat dunia digarap penuh rakus
nilai syukur hilang terhapus terus

warna kehidupan seakan kembali kini
saduran inspirasi ilham sang penyeri
susunan kata sesantun bicara
semanis wajah selembut nurani
satu kurniaan tidak terperi 
sentuhan hikmah dari Ilahi
tangan ditadah luahan syukur
dahi bersentuh sujud memohon
mata terpejam hasrat diyakini
untuk datang akan dia
rahmat-nikmat-ceria-bahagia


Khamis, 19 Julai 2012

KISAH PERBUALAN ANTARA JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W DENGAN IBLIS




SOALAN Rasulullah s.a.w : "Siapa yang mencahayakan muka engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

SOALAN Rasulullah s.a.w : "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis: "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta TIDAK membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."

SOALAN Rasulullah s.a.w : "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis: "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

SOALAN Rasulullah s.a.w : "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab Iblis: "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

SOALAN Rasulullah s.a.w: "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis: "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

SOALAN Rasulullah s.a.w: "Hai Iblis! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau?”

Jawab Iblis: "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu. Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga
bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya ( kemaluannya ). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".

SOALAN Rasulullah s.a.w:"Hai Iblis ! Di mana tempat engkau diam ?"

Jawab Iblis: "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka".

SOALAN Rasulullah s.a.w :"Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?"

Jawab Iblis: " Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap LA ILLAHAILLALLAH dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu". "Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan".

SOALAN Rasulullah s.a.w : "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana aku telah dibangkitkan ke dunia ini bagi menyelamatkan sekelian Bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang".

Jawab Iblis: "Maka Iblispun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya : "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"

Maka firman Allah SWT : "Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaranKu dan ketinggianKu ! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepadaKu".

Maka kata Iblis : "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan melihat dua macam hal sekalian hamba Allah.
1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu taat kepada hamba dengan berbuat maksiat.
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku. Maka datang firman Allah : "Hai Malaun ! Demi kemulaiaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;
Kasih mereka kepadaKu, aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kerana perdayaan mereka marah mereka kepada engkau (IBLIS) aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"

Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi dengan hati yang sangat dukacita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW.

·      Sumber: http://tazkirah.yolasite.com/tazkirah-2.php

SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...