Ahad, 1 Julai 2012

Pintu Gua Uhud Ditutupi Simen Oleh WAHHABI

Wahabi simen pintu Gua Uhud
Satu demi satu usaha puak ekstrem wahhabi melukai hati umat Islam di seluruh dunia. Terbaru, usaha wahhabi di Arab Saudi menutupi pintu Gua Uhud dengan simen dan batu. Kebiadaban apa yang telah meresap ke dalam jiwa mereka.
Ini merupakan satu usaha jahat wahhabi di Arab Saudi dalam menghakis kesan-kesan peninggalan sejarah dari Junjungan Mulia Sayiduna Muhammad
صلى الله عليه وآله وسلم. Usaha berterusan dalam melemahkan ingatan umat Islam terhadap Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Semoga ALLAH melindungi kita semua.

Saya tidak faham bagaimana tergamaknya mereka memusnahkan keulungan warisan kemuliaan ini. Tidakkah wahhabi-wahhabi ini merindui dan bercita-cita untuk duduk dimana duduknya tubuh mulia Nabi Muhammad
صلى الله عليه وآله وسلم. Berhajatkan menempatkan tapak tangan, kaki mereka dimana pernah Sayiduna Muhammad وآله وسلمصلى الله عليه  letakkan. Tidakkah hati-hati keras itu dapat merasai betapa kerasnya batu-batu gua yang melindungi tubuh mulia Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dari serangan tentera musyrik dalam Perang Uhud. ALLAH… betapa kelamnya hati-hati mereka ibarat ditutupi simen-simen yang dibina dari tangan-tangan hina mereka sendiri.

Apabila mendaki Gunung Uhud, tidak terasakah bagaimana perasaan Sayiduna Muhammad
صلى الله عليه وآله وسلم merasai kesedihan apabila melihatkan tentera memanah berpaling dari arahannya. ALLAHU ALLAH. Kerasukan apa yang menyentap jantung para pemuda di Saudi sehingga tergamak menodai tinggalan sejarah Nabi Muhammad  صلى الله عليه وآله وسلم . Tidakkah mereka terimbau bagaimana berlumba-lumbanya pemuda sebaya mereka merayu agar turut sama berjuang bersama Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dalam Perang Uhud. Ayah pemuda Rafi’ bin Khudaij merayu kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم Agar mengizinkan anaknya berjuang.

Tetapi belia-belia di Arab Saudi yang terjerut leher mereka dengan akidah wahhabi, tidak langsung merasai keheningan kecintaan terhadap Nabi Muhammad
صلى الله عليه وآله وسلم. Bapa-bapa di Saudi begitu tenang dengan kerosakan akhlak anak-anak muda mereka.

Tuan-Puan, Gunung Uhud menyaksikan bagaimana syahidnya bapa saudara Nabi Muhammad
صلى الله عليه وآله وسلم iaitu Sayidina Hamzah bin Abdul Muthalib.

Gunung Uhud turut menjadi saksi tubuh mulia Sayiduna Muhammad
صلى الله عليه وآله وسلم terjatuh apabila dibaling bertubi-tubi dengan batu oleh tentera musyrik ketika itu. Gigi mulia Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bahkan tertanggal dengan kepala yang terluka, darah mengalir di wajah mulia Baginda صلى الله عليه وآله وسلم hingga membasahi wajah beliau. ALLAH…..Seraya Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berkata dalam keadaan menahan pedih :
كيف يفلح قو م خضبو ا و جه نبيهم و هو يد عو هم إ لى ربهم

“Bagaimana mungkin suatu kaum memperolehi kejayaan, mereka mengalirkan darah di wajah Nabinya yang mengajak mereka ke jalan ALLAH” [Ibnu Hisyam, J:2]

Tuan-Puan, Uhud hari ini menyaksikan betapa kemusnahan akhlak di kalangan pemuka wahhabi. Mereka telah menyakiti Nabi Muhammad
صلى الله عليه وآله وسلم . Bahkan mereka menghalangi para pecinta Baginda dari menziarahi, merasai dan menghirup haruman syuhada Uhud. Maka tertutuplah hati mereka bagai disimen oleh tangan-tangan hina mereka. Perhatikanlah saudara mara terdekat kita agar tidak terpesong dengan keruntuhan akhlak sebegini. ALLAHU AKHBAR……
أ خف عنا يا الله

اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم

http://almukminun.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...