Rabu, 31 Disember 2014

TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V

Sultam Muhammad V
PERKEMBANGAN MUKTAAKHIR INI, NEGARA PADA AMNYA, DAN NEGERI KELANTAN KHASNYA TELAH DITIMPA MUSIBAH BANJIR YANG AGAK LUAR BIASA. BANJIR YANG MENIMPA RAKYAT BETA ADALAH SEBAHAGIAN DARI QADA DAN TAQDIR ALLAH. HAL INI HARUS DI YAKINI DAN DI IMANI.

ATAS DASAR KEIMANAN, MUSIBAH PERLU DITERIMA DENGAN PENUH BERLAPANG DADA, BERSABAR BERTAWWAKAL KEPADA ALLAH YANG MAHA KUASA.

EKORAN MUSIBAH BANJIR YANG MELANDA INI RAKYAT BETA, BERHADAPAN DENGAN KETAKUTAN, KELAPARAN, KERUSAKAN HARTA BENDA, KEMATIAN, DAN KEKURANGAN HASIL MAHSUL.

BETA BERHARAP RAKYAT DAPAT MENGHADAPI MUSIBAH INI DENGAN BANYAK BERFIKIR DAN BERZIKIR KE HADRAT ALLAH.

BETA MERAKAMKAN UCAPAN TAKZIAH KEPADA MANGSA BANJIR. BETA AMAT DUKACITA DAN BERKONGSI RASA SIMPATI ATAS KEROSAKAN HARTA BENDA, KEHILANGAN NYAWA, RASA KETAKUTAN DAN GUNDAH GULANA.

BETA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA JABATAN DAN AGENSI NEGERI, PERSEKUTUAN, PIHAK NGO, SWASTA, INDIVIDU, SELURUH MASYARAKAT YANG TELAH BERSATU HATI DALAM USAHA MEMBANTU, MEMBERI PERTOLONGAN KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR.

KEPADA SEMUA AHLI MASYARAKAT, HARUS BERSIKAP PEKA DAN SENSITIF TERHADAP MUSIBAH INI. JANGANLAH ADA DIKALANGAN AHLI MASYARAKAT YANG TIDAK SENSITIF, INGIN MENANGGUK DI AIR KERUH, DENGAN MENYEBARKAN BERITA-BERITA YANG MENAMBAHKAN KEKERUHAN DAN KEKUSUTAN DALAM MASYARAKAT. UJIAN SEBEGINI RUPA, BUKAN MASA UNTUK MANA-MANA PIHAK MENUNDING JARI, MENELANJANG, MENYALAHKAN PIHAK-PIHAK TERTENTU.

BETA BERHARAP KEPADA SELURUH ALIM ULAMA, DAN MASYARAKAT TERUS BERDOA, MENGADAKAN SEMBAHYANG HAJAT DIMASJID DAN SURAU AGAR UJIAN DAN MUSIBAH INI TIDAK BERTAMBAH BURUK, MALAH SEGERA PULIH.

MARILAH KITA SEGERA MENEROPONG DIRI, MOHON KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH, SERTA MEMPERBAIKI LANGKAH-LANGKAH KITA, YANG MUNGKIN TELAH BANYAK MEMBUAT KESILAPAN.

MARILAH KITA MENGHULURKAN TANGAN PERSAHABATAN DENGAN ALAM SEKITAR. MARILAH KITA SAMA-SAMA SEDAR BAHAWA SEGALA MACAM MUSIBAH BENCANA DAN MALAPETAKA YANG TERJADI SEMUA ITU AKIBAT DARI OLAHAN TANGAN-TANGAN KITA.

SEMOGA ALLAH MENGAMPUNI KITA SEMUA DAN MENJADIKAN MUSIBAH INI DENGAN KEBAIKAN YANG BANYAK.

SULTAN MUHAMMAD V

.
" Beliau datang tanpa wartawan, tanpa kamera, tanpa publisiti, drive sendiri mgharung bnjir utk melihat rakyatnya. Sewaktu banjir, beliau turut sama mmbntu kerja2 menyelamat shgga org x sdar itu sultan mereka. Beliau juga menerima arahan dr seorg Mejar. Sewaktu berhenti rehat beliau turut minum dlm cawan polisterin dgn petugas2. Tiba2 beliau disapa..

"abg dr mana?"
"org sini jgk"
"mcm muka tuanku la abg ni"

Beliau hanya trsenyum
setelah menyedari yg disapa td adalah sultan mereka, kecut perut org td minta maaf krn tdk tahu yg itu adalah sultan. Beliau hanya trsenyum malah memeluk org td. Tergamam Mejar yg ada kt situ, langsung x reti nk bg arahan mcm mula2 td.

Ciri2 pemimpin begini kita mahukn. Menyusup keluar dr istana, mmbntu rakyat tnpa mmprkenalkn diri. Moga Tuanku mnjd cth pd sultan dan bakal2 sultan. Allahhu Akbar!

Sent from Samsung Mobile

Sabtu, 27 Disember 2014

Ya Allah..Ya Rabb


Ya Allah, jika bencana yang melanda negara dan rakyat kami adalah kemurkaanMu terhadap dosa-dosa kami, Engkau ampunilah kami dan terimalah taubat kami. 

Ya Allah, jika bencana yg melanda negara dan rakyat kami adalah peringatanMu terhadap kesalahan kami yang lalai dari mengerjakan suruhanMu dan derhaka serta engkar melanggar larangan-larangan-Mu, Engkau bukalah pintu hati rakyat kami untuk insaf dan berubah memperbaiki diri seperti kaum Niwawa yang bertaubat dan insaf kembali kepada jalan NabiMu Yunus a.s.

Ya Allah, kami pohon janganlah jadikan kaum kami umat yang degil dan sentiasa memberi alasan dari kesalahan-kesalahan kami sehingga kemuncak kemurkaan-Mu seperti sikap kaum Ad, Thamud serta kaum Lut yang telah Engkau binasakan.

Ya Allah, jika semua bencana yg melanda rakyat dan negeri kami adalah musibah ujian bagi menguji kami, maka Engkau tabahkanlah hati kami, tetapkanlah iman dan agama  kami, jauhilah kalimat kufur dari lidah kami, jauhilah lintasan hati dari bisikan iblis dan perbuatan jahat anggota kami.

Ya Allah, amat benarlah kekuasaanMu.

Kami ini dari Mu Ya Allah dan kepada Mu lah tempat kami kembali.

Ya Allah, Engkau gantikanlah semua kesedihan kami dgn kegembiraan dari pengampunanMu. Segala kerugian dgn keberuntungan dan segala yg hilang dengan balasan dan ganti yang lebih baik.

Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa, Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz,
Engkau lindungilah kedua Ibu bapa kami,
Adik beradik kami,
Sanak saudara kami,
Sahabat2 kami,
Dan semua penduduk di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis & Perak yang terkena musibbah banjir ini....

Ya Mutakabbir, Ya Sami', Ya Bashir,
Sesungguhnya kami semua hamba2 Mu yang lemah,
Kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripadaMu,
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu...
Ya Malikul Mulk,

Ya Malik, Ya Muhaimin, Ya Matin, 
Engkau perintahkanlah bumiMu menelan airnya,
Engkau perintahkanlah langitMu berhenti mencurahkan airnya,
Sesungguhnya kami amat lemah untuk menanggung ujian daripada Mu,
Ya Waaliy....

Ya Rahim, Ya Basith, Ya Rofi, 
Kasihilah kami semua,  
Kami mohon kepadaMu,
Redakanlah bencana ini,
Ya Mani'...
Dan lindungilah kami semua,
Ya Qowiy, Ya Qodir,
Daripada perkara2 yang buruk...

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tidak akan menimpakan sesuatu,
kepada kami melainkan sebagai peringatan kepada kami,
Di atas segala dosa2 dan kelalaian kami kepadaMu,

Ya Allah, Ya Tawwab, 
Sesungguhnya kami telah mezalimi diri kami,
Ampunkanlah kami,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Ya Allah, Ya Hafidz,
Jangan Engkau biarkan hati, iman kami terpesong,
dan lalai sehingga melupakan tanggungjawab kami kepadaMu,
Rahmatilah kami semua Ya Allah,

Ya Allah,
Tiada tuhan melainkan Engkau,
Dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Mu,
Ya Allah, Ya Ghofur, Ya Mujib,
Perkenankan dan kabulkanlah doa kami....

Amin....

DOA - Ustaz Mohd Kazim Elias

Ustaz Kazim
Terima kasih kepada semua petugas dr agensi kerajaan, swasta, ngo, petugas dr parti politik, sukarelawan yg bertungkus lumus membantu saudara2 kita yg terlibat dgn banjir sekarang. Kita yg lain bantulah dgn apa yg ada, kita adalah bersaudara.Saya fikir apa jua pesta, konsert perayaan atau juga sambutan tahun baharu jgn diadakan dan diganti dgn solat hajat di seluruh negara.Jgn lagi di hina kalimah Allah, jgn lg dibenarkan lelaki berpakaian wanita, jgn lg menghina hukum hudud, malah carilah jalan spy ummat Islam bersatu,tolak lah ajaran plural n liberalisme, jgn dibuat lg pesta minum arak pd bulan okt.n mana2 bulan sekalipun.Tegaslah dgn yg mghina Islam, mghina azan n sekolah agama.Apa salahnya perarakan maulidurrsul, berkatalah tidak kpd golongan bukan Islam yg membenarkan org bukan Islam guna kalimah Allah. Minta kpd stesen tv agar menjadi penyumbang kebangkitan akhlak yg baik bukan dgn pganjuran pgram yg bukan2. Jumaat, isytiharkan seluruh negara buat solat hajat.Bg pemimpin politik, cukup2lah berpolitik 24jam x habis2.. bawak2 lah utk bincang elok2, xkan nak bertelingkah sampai mati? Rakyat bawahan letih dah dgn x habis2 isu... Buat mangsa banjir anda hebat, sbb sabar, sy pun belum tentu boleh sabar jika diuji begini.. Allahu akbar..Doa sy sentiasa buat anda.. Ya Allah bantulah kami semua Ya Allah.

Dari Pantai timur ke Perak, sekarang Johor, K.L , Shah Alam pula banjir. Allah tegur satu per satu. Bumi dah x kuat nk tanggung dosa  manusia. Hari ni jumaat terakhir dlm tahun 2014, tahun yg melakar pelbagai memori pahit negara. MH17 ditembak jatuh, MH 370 masih hilang, kemarau di beberapa buah negeri, banjir, waktu solat yg semakin cepat, .. itu petanda.. Ayuh sahabat, hafalkan surah al-kahfi. Dajjal on the way.. Allahuakbar.

Ya Allah . Matahari dah senget ke arah barat . Hampir2 terbit di barat . Ya Allah . Ampunkanla dosa2 kuu ,  kedua org tua ku , keluarga ku , Kawan-Kawan, saudara mara ku .  Haramkanlah badan kami semua di seksa di api neraka ya Allah .  Sesungguhnya aku tak mahu mati dalam keadaan jahil . Aku mahu mati dalam keadaan Khusnul Khotimah yaAllah . amin.
        

Jumaat, 26 Disember 2014

Mereka Tetap Tidak Beriman Walau Diturunkan Malaikat, Kitab dan Rasul


Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka dan orang-orang yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka dan Kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar). (Al-Anaam:111)

Orang yang tidak menyembah Allah ialah orang yang sombong, takabbur, besarkan diri. Kerana itu mereka tidak sanggup menyembah Allah, seperti orang kafir dan orang Islam yang tidak sembahyang. Mereka dicop sombong kerana tidak mahu sembah Allah sedangkan Allah yang memberi mereka makan.

Furqan [21] Dan berkatalah pula orang-orang yang tidak percaya akan menemui Kami: Mengapa tidak diturunkan malaikat kepada kita atau kita dapat melihat Tuhan kita? Demi sesungguhnya, mereka telah bersikap sombong angkuh dalam diri mereka sendiri, dan telah melampaui batas dengan cara yang sebesar-besarnya.

An-Nisaa [153] Ahli Kitab (kaum yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah engkau merasa pelik), kerana sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. Mereka berkata: (Wahai musa) perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata (supaya kami dapat melihatNya dan percaya kepadaNya). Lalu mereka disambar oleh petir dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat) dan Kami telah memberi kepada Nabi musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu).

Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad s.a.w), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya). (Baqarah: 101).

Kafir Quraisy pula meminta agar diturunkan seorang Rasul dari kalangan bangsa mereka sendiri agar mereka dapat memahami ajaran Allah SWT. Namun setelah diturunkan Al-Quran dan diutuskan Nabi Muhammad s.a.w., mereka tetap tidak mahu beriman kepada Allah SWT.

Mereka sukar memahami Islam seumpama sukarnya memanjat atau mendaki ke langit.

Al-Anam [125] : Maka sesiapa yang Allah Subhanahuwata’ala kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah Subhanahuwata’ala kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah Subhanahuwata’ala menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

http://pondokhabib.wordpress.com/2014/12/24/mereka-tetap-tidak-beriman-walau-diturunkan-malaikat-kitab-dan-rasul/

Selasa, 9 Disember 2014

SEJENAK- Tazkirah hari ini


Numan bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Abu Hanifah, atau popular disebut Imam Hanafi, pernah berselisih atau terserempak dengan anak kecil yang berjalan mengenakan sepatu kayu.

"Sang imam berkata, "Hati-hati nak dengan sepatu kayumu itu! Jangan sampai kau tergelincir."

Anak kecil ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.
"Bolehkah saya tahu namamu, tuan?", tanya si anak kecil.

"Nu'man namaku.", jawab sang imam.
"Jadi, tuan lah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'dhom (Imam Agung) itu..?", tanya si anak kecil.

"Bukan aku yang memberi gelaran itu, masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku."

"Wahai Imam, hati-hati dengan gelaran mu itu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran."

"Sepatu kayuku ini mungkin hanya menggelincirkan aku di dunia. Tapi gelaran mu itu dapat menjerumuskan mu ke dalam api yang kekal jika kesombongan dan keangkuhan menyertainya."
Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itu pun tersungkur menangis. Imam Abu Hanifah (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan datang dari lidah seorang anak kecil.

Betapa banyak manusia tertipu kerana pangkat, jawatan, jabatan, tertipu kerana kedudukan dan tertipu kerana kemaqamannya. Jangan kita jadikan gelaran di dunia untuk keangkuhan.
Ya Karim!

Semoga kita menjadi seseorang yang lebih bertanggung jawab lagi.

اِ نْشَآ ءَ اللّهُ 

آمِين آمِين آمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Sabtu, 6 Disember 2014

Solat Dari Perspektif Sains : Fadhilat pergerakan dalam solat


Apakah pergerakkan solat ( Qiyam - berdiri tegak , Rukuk, Sujud, Duduk antara Dua Sujud, Duduk Tahiyat Awal dan Duduk Tahiyat Akhir) hanya sekadar pergerakkan yang dituntut tanpa apa-apa kebaikan pada jasad manusia ?

Pernahkah kita sebagai umat Islam terfikir apakah kesannya pada diri kita dari segi fizikal dan mental apabila kita Qiyam (berdiri tegak), Rukuk, Sujud, Duduk antara Dua Sujud, Duduk Tahiyat Awal dan Dudul Tahiyat Akhir semasa bersolat ?

Kenapakah kita dituntut mengerjakan solat tahajud (dikerjakan pada waktu duapertiga malam) selain dari sujud menyembah Allah s.w.t ? Apakah kebaikan solat tahajud dari segi perspektif sains ?

Untuk mengetahui kebaikkan solat dari sudut kacamata sains, kajian saintifik seharusnya diadakan dan dikompilikasikan untuk membuktikan dan mengesahkan bahawanya solat sememangnya memberi manfaat fizikal dan mental kepada yang mengerjakannya.

Kajian pergerakan otot-otot kita ketika solat secara kasar pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat , kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.

Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.

Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi.

Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk – pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.

Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : ” Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar.” Moga Ada Manfaat

Apakah yang boleh disimpulkan secara ringkas ?

Secara amnya boleh disimpulkan seperti berikut :-

a. Komposisi Badan 

Kajian Pertama

solat dapat mengurangkan lemak dalam badan

tabiat rukuk yang sempurna dalam melambatkan proses penuaan dan melancarkan fungsi buah pinggang.

tabiat membengkokkan jari kaki ketika sujuk, duduk di antara dua sujud dan tahiyat akhir meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan dan merendahkan risiko penyakit jantung.

Kajian Kedua


b. Sistem Kardiovaskular (Denyutan Jantung)

Kajian menunjukkan posisi sujud adalah yang terbaik untuk kesihatan jantung. Sesorang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi amat digalakkan untuk sujud dengan lebih kerap dan lebih lama agar dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan.


c. Otak
Secara amnya ibadat solat dapat menghasilkan keadaan yang tenang pada otak manusia dan dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.

Solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas pemikiran yang lebih mencabar.

d. Otot
Solat ibarat senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakkan badan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud disamping memberi kesan kesan pada psikologi, tulang, otot dan serebral. Semasa solat kebanyakan otot dan sendi akan bergerak dan mampu memberi kekuatan kepada sistem otot dan tubuh.

e. Disfungsi Ereksi (Mati Pucuk)
Hasil kajian saintifik pergerakan solat dapat mengaktifkan otot lantai pelvik. Pengaktifan otot lantai pelvik juga dapat memperbaiki darah bagi mereka yang menghidap mati pucuk. Setelah melakukan solat sunat selama 30 minit (12 rakaat) 3 kali seminggu didapati ada perubahan pada ereksi, jangkamasa ereksi dan perubahan isipadu zakar semasa ereksi.


http://nissaonisaa.blogspot.com/2013/03/solat-dari-perspektif-sains-fadhilat.html






Rahsia Sujud Di Dalam Solat

Sujud yang betul
Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.

Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?

Sebenarnya:-

1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)

Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:-” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.

P/S: Islam itu kan indah.. solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan ) Konsep GIVE AND TAKE…



Rabu, 3 Disember 2014

15 Sumber Haram Dalam Rumah tangga

Gambar hiasan sahaja
Posted by epondok  - Oleh Mazlina Ismail

Artikel kali ini akan memperincikan berkenaan tajuk “Mengenal Yang Haram Dalam Rumah tangga.
Mencari rezeki yang halal adalah kewajipan setiap Mukmin. Oleh itu, Islam menuntut supaya umatnya berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada Allah serta banyak bersabar dalam mencari rezeki kerana rahmat Allah adalah sangat luas dan Dia tidak akan mensia-siakan doa dan usaha hamba-Nya.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah, ayat 188).

Firman Allah bermaksud: “Hai para Rasul, makanlah daripada makanan yang baik dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (Surah Al-Mu’minun, ayat 51).

Jika seseorang mengambil makanan daripada sumber halal, adalah diyakini keimanan serta ketakwaannya akan bertambah kukuh, mantap dan kuat. Sebaliknya, jika seseorang itu memakan makanan haram, maka diyakini imannya akan lemah dan akhirnya terhakis daripada hatinya.

Rasulullah SAW menjelaskan orang yang mencari rezeki halal untuk memenuhi keperluan keluarganya sama seperti mujahid dan syuhada. Baginda bersabda bermaksud: “Barang siapa mencari rezeki halal untuk menafkahi keluarganya, ia laksana mujahid (pejuang) di jalan Allah. Barang siapa mencari harta halal untuk menjaga diri daripada keharaman, ia berada pada darjat syuhada (orang yang mati syahid).” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam mencari rezeki dan kekayaan, ada ketikanya kita lupa untuk menyemak sama ada cara kita itu betul atau tidak berpandukan al-Quran dan Sunah. Pentingnya keberkatan rezeki adalah ia menentukan kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah kepadanya. Maka takutlah kepada Allah dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah tidak akan dapat diperoleh melainkan dengan cara ketaatan.” (Riwayat Ibn Majah dan at-Tabrani)

Makanan pengaruhi sikap

Di sini disentuh berkenaan tajuk “Mengenal Yang Haram Dalam Rumah tangga.”

Memulakan bicara,  makanan dan rezeki yang menjadi sajian kita akan mempengaruhi sikap, perangai, air muka, hati, dan keseluruhan kehidupan. Sesungguhnya haram itu jelas, halal itu jelas dan antara kedua-duanya ada benda-benda yang syubahah.

Seterusnya mengupas 14 perkara haram yang harus dihindarkan dalam rumah tangga bagi menjaga kesucian hati ahlinya serta keharmonian sesebuah keluarga.

Pertama, riba. Allah SWT berfirman di dalam Surah Al Baqarah ayat 275 yang bermaksud, “Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama saja seperti riba”. Pada hal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”

Kedatangan Nabi Muhamad SAW menghapuskan amalan riba yang berleluasa. Namun sistem riba kembali berleluasa pada kurun-18 akibat tabiat berbelanja di luar kemampuan yang menyebabkan hutang.

Wujudnya sistem hutang itulah yang mengakibatkan amalan riba. Justeru jauhilah amalan membazir yang menyebabkan seseorang itu jatuh ke dalam beban hutang.

Berbelanja ikut kemampuan

Berbelanjalah mengikut kemampuan atau berusahalah mencari pendapatan tambahan seperti berniaga bagi memenuhi keperluan dan kehendak.

Kedua-Seterusnya yang kedua, judi. Menurut pandangan Islam, judi adalah perbuatan yang dilarang dan haram dilakukan. Judi mengakibatkan banyak permusuhan dan kebencian disebabkan seperti pemain yang menang mendapat rezeki dan ganjaran tanpa berusaha, menimbulkan permusuhan antara pemain judi, mensia-siakan harta dan kekayaan dan menyebabkan peningkatan pencuri, penipu dan perompak kerana mencari jalan singkat untuk mendapatkan wang untuk berjudi.

Demikian itulah Islam mengharamkan perjudian yang merosakkan diri, keluarga dan masyarakat. Walaupun nilainya sedikit ia adalah perkara yang mesti dijauhi.

Ketiga, memperoleh harta atau rezeki daripada penjualan atau perniagaan yang benda tak pasti (kharar), contohnya, memajak kebun durian ketika berbunga, sedangkan belum pasti ia menghasilkan buah atau sebaliknya.

Keempat, tipu daya. Islam yang suci menganjurkan supaya segala kegiatan urus niaga serta jual beli hendaklah dilakukan tidak hanya dengan niat semata-mata untuk memburu keuntungan komersial saja, tetapi apa yang ditekankan ialah dunia perniagaan mengambil kira kepentingan pengguna melalui kejujuran peniaga. Peniaga yang adil, jujur dan ikhlas akan diberi keberkatan serta hikmah. Sabda Nabi Muhammad SAW: “Adapun sebahagian daripada isi neraka wail di akhirat kelak adalah terdiri daripada peniaga yang menipu atau mengurangi timbangan.” (Hadis riwayat Muslim)

Kelima, Seterusnya, berlaku zalim yang bererti menahan hak. Contohnya menahan nafkah yang sepatutnya adalah hak isteri dan anak-anak. Allah SWT telah memberikan pesanan, agar manusia tidak menjadi kedekut dalam kehidupannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka daripada kemurahan-Nya menyangka, bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka; bahkan ia adalah buruk bagi mereka. (Kelak) Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat.” (Ali Imran: 180).

Keenam, amalan monopoli. Muhammad memetik contoh peniaga yang menyimpan atau menyorok barangan keperluan asas seperti gula, beras dan lain-lain dengan tujuan menunggu harga barangan tersebut naik barulah dijual semula untuk keuntungan berganda-ganda.

KeTujuh, mencuri. Muhasabahlah sesekali dalam kita mengenal pasti rezeki atau harta yang berkemungkinan datang dalam bentuk mencuri atas hak orang lain. Walaupun nampak mudah, tetapi contoh seperti mengambil sesuatu tanpa kebenaran tuannya juga dikira mencuri yang dikira haram. Umpamanya meminjam selipar untuk mengambil wuduk tanpa kebenaran tuannya.

KeLapan, penipuan. Umpamanya, menawar benda lain tapi menjual benda lain.

Pemberi, penerima rasuah dilaknat

Ke Sembilan- Seterusnya rasuah yang juga satu dosa besar dalam Islam yang kerap berlaku dalam pelbagai bentuk termasuklah dalam perniagaan. Sesetengah orang beranggapan dengan adanya rasuah dapat membantu mereka mendapatkan projek dan peluang perniagaan yang lebih luas dan memudahkan perjalanan projek mereka.

Rasuah adalah pemberian yang dibuat bertujuan untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang salah atau bukan dengan cara yang sebenar. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, “Dari Abdullah bin Amru katanya, Rasulullah bersabda Allah SWT melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.”

Ke-SePuLuH-Harta jumpaan atau barang yang dijumpai yang dipercayai tercicir atau hilang dan tidak diketahui pemiliknya adalah disebut sebagai luqathah.

Antara hadis yang diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhani apabila Rasulullah SAW ditanya mengenai barang luqathah, baginda bersabda, “Ketahui (amati) bekas dan pengikatnya, kemudian hebahkanlah dalam tempoh setahun, sekiranya kamu masih tidak mengetahui pemiliknya maka kamu boleh gunakan dan ia menjadi barang wadi’ah padamu. Apabila datang pemilik untuk menuntutnya pada suatu hari setelah berlalu suatu jangka masa, maka berikanlah kepadanya.” (Riwayat Muslim).

Ke-11, perniagaan yang membabitkan secara jelas urus niaga yang haram. Contohnya menjual atau membeli makanan yang sah haram seperti babi dan arak. Hasil perolehannya juga adalah haram di sisi Allah.

Ke-12, juga disebutkan rezeki yang haram oleh Muhamad adalah harta yang diperoleh daripada upah hasil haram dari perbuatan atau perniagaan yang jelas maksiat dan terhina. Contohnya upah dari hasil melacur, memukul dan menganiaya orang serta yang berkaitan dengannya. Ia hendaklah dijauhkan sama sekali oleh umat Islam.

Ke-13, pelaburan haram. Dalam mencari harta, seseorang Muslim itu wajib melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebelum memulakan sesuatu usaha sama ada usaha untuk kehidupan di dunia mahupun usaha untuk akhirat.

Ke 14-Terakhir, perkara yang memudaratkan iaitu hasilnya boleh memudaratkan diri dan mereka yang terbabit dalam perolehannya.

https://epondok.wordpress.com/2014/12/03/makanan-pengaruhi-sikap-kehidupan/

Selasa, 2 Disember 2014

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Gambar hiasan cuma..
Assalammualaikum....
Jom kita buat check list harian

Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan sekolah.

Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.

Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH..Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.

Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezek, tapi kita tak penat untuk menjemput rezeki.
Formula yang saya dapat:

1.Networking pertama adalah DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah lebih rakaat..makin lama makin meningkat.

Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT

2.Tahajjud. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3.Membaca Al-Quran. Apa yang di cerita,bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu..mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".

4. Berzikir..Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5.Solat Berjemaah. Terutama lelaki,,solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. Bersilaturrahim..Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang.

7.Bersedekah. Ini amalan yang sangat dititikberatkan oleh pn.areena kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh,nak anak dengar cakap kita,nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi..Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

Contoh yang dia beri semalam..Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000..10% daripada RM5000 yang kita inginkan..RM500 perlu kita sedekahkan pada bulan ini.

Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah.
Testimoni beliau tentang sedekah..seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000. Pendapatan setiap bulan RM600,000.

Testimoni beliau lagi..seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation..kawan dia pergi bayar 'INSURANS'..bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Dijadikan cerita..iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH.

8.Solatlah di awal waktu. Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya. Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan berkemandang,agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak??

Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat..

9.Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.


10.Tawakal dan Usaha. Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak ?? Tapi Pn.Rina kata ..tawakal dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.


EMPAT Amalan Surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.

Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki. Ini kerana mak dia adalah pesakit KANSER..Tapi dia tak. Sebab dia tidak beremosi seperti mak,Sselalu minum air. Mak dia jarang minum air.

Yang ikut adalah adik dia pesakit KANSER. Ini kerana adik dia seperti mak yang selalu beremosi dan kurang minum air.

BILA ANDA CUKUP AMALAN...BARULAH SEMUA AKAN BERUBAH. SEKARANG SEMUA TERLETAK PADA DIRI KITA SAMA ADA INGIN BERUBAH ATAU TIDAK.

BERPEGANG TEGUH PADA AL-QURAN & AS-SUNNAh...jom beramal. Tak boleh banyak .. sikit2. Asalkan jangan tinggal langsung

Perkongsian dari Ukhti Wawa
utk dimanfaatkan.
Sent from Samsung Mobile

Sabtu, 29 November 2014

FADHILAT SURAH AL- MULK


SURAH AL MULK (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat.

Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci. SURAH AL MULK adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.

SURAH AL MULK hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan SURAH AL MULK.” ..Kandungan SURAH AL MULK Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’.

Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya. Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.

Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia dicampakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.

Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak. Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.

Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?” ..

KELEBIHAN SURAH AL MULK

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan SURAH AL MULK.

”Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik. ..Fadhilat Dari Hadis.

Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam SURAH AL MULK, iaitu:.1. Mendapat Syafaat Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu SURAH AL MULK.

”Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah SURAH AL MULK.”

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu SURAH AL MULK.

1.Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” Ulama berkata: “Sesungguhnya SURAH AL MULK itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”

2. Menyelamatkan daripada seksa kubur. Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca SURAH AL MULK”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.

Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca SURAH AL MULK”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur..Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “SURAH AL MULK itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Sesiapa membaca SURAH AL MULK setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.” Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah SURAH AL MULK. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”

Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca SURAH AL MULK sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada SURAH AL MULK.

”Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan SURAH AL MULK sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kubur dan saya terdengar seorang manusia sedang membaca SURAH AL MULK sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.”  (HR At-Tarmizi) . .

3. Hati BerimanRasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.” . .

4.  Mendapat KeistimewaanSaiyidina ‘Ali berkata: “Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.” Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”

Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk

Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Di antaranya: .

1.  Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulkأَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ‌ ﴿١٤Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.

7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan :
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan...

2. Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulkقُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ‌ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُ‌ونَ ﴿٢٣Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”..

- Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya...Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan...

Wallahua’lam bish showab.والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Sabtu, 22 November 2014

SURAH ADH DHUHA



MAKSUD
1-Demi waktu dhuha,
2-Dan malam apabila ia sunyi - sepi
3-(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh  oleh kaum musyrik).
4-Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
5-Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati
6-Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
7-Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu -    Al-Quran)?
8-Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
9-Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
10-Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking
11-Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

KELEBIHAN
Surah adh dhuha yang bererti waktu dhuha adalah merupakan surah yang ke 93 di dalam Al Quran, mengandungi 11 ayat,ia dinamakan adh dhuha kerana diawal surah ini Allah swt bersumpah dengan waktu dhuha dan juga dengan waktu malam bahawa ia tidak meninggalkan atau membenci nabi Muhammad saw sebagaimana yang diperkatakan oleh kaum kafir musyrik. Allah swt memberi semangat kepada baginda agar jangan menghiraukan tuduhan dan fitnah musuh musuh islam.

Banyak yang kita boleh ambil darinya mengenai fadhilat dan juga faedahnya, antaranya menurut ulama apabila surah ini diamalkan membacanya menjadi wirid 7 kali pada setiap pagi ketika matahari terbit dan 7 kali setiap matahari terbenam,Insya allah akan terselamat dari kecurian atau kehilangan.

Sekiranya terjadi kehilangan atau kecurian maka kerjakanlah solat dhuha 3 kali yakni 6 rakaat pada setiap pagi jumaat sehinggalah yang hilang itu dapat kembali,selepas memberi salam maka berdoalah memohon kepada-Nya.

Selain dari itu sesiapa yang mengamalkan membaca surah adh dhuha 40 kali setiap hari,selama 40 hari dan berdoa memohon kepadanya,insya Allah hidupnya akan terjauh dari keadaan fakir.

Wallahua'lam 

AL-QURAN IBARAT MESIN MASA MINDA

Posted by epondok

MEMBACA dan menghayati al-Quran seumpama pulang ke masa lampau melihat keajaiban.

BERUNTUNGlah orang yang berdamping dengan al-Quran.  

 JUNJUNGAN Nabi Muhammad SAW adalah Rasul utusan Allah SWT. Walau tidak pernah menelaah atau talaqqi kitab umat terdahulu, baginda mengetahui sejarah lampau yang mencecah ribuan tahun usianya secara terperinci seolah-olah baginda hadir di situ.

Apabila ditanya kepada Ahli Kitab yang soleh, mereka mengakui kebenaran kisah yang dibawa baginda. Sesetengah mereka langsung bersaksi akan kebenaran baginda dan beriman kerana hanya seorang rasul yang mendapat wahyu mampu mengetahuinya.

Firman-Nya yang bermaksud: Dan orang-orang yang kafir itu berkata: “Engkau bukanlah seorang Rasul daripada Allah”. Katakanlah (kepada mereka): “Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu, dan juga disaksikan oleh orang-orang yang ada ilmu pengetahuan mengenai Kitab Allah. (al-Ra’d [13:43]).

“Umpamanya anda baru bertemu seorang lelaki yang kelihatan berkarisma, lalu lelaki tersebut mampu menceritakan kisah lampau anda secara terperinci. Lelaki itu tersebut, pada tarikh sekian, anda terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan kereta sekian. Nombor kenderaan anda dan kenderaan yang melanggar anda juga dinyatakan secara terperinci.

“Bukan setakat itu, disebut juga semasa kemalangan berlaku, anda memakai baju, seluar dan kasut sekian. Disebut juga nama dan no IC orang yang melanggar juga pegawai polis yang bertugas di tempat kejadian.

“Dinyatakan juga semasa kejadian terdapat berapa ramai pemerhati dan perincian mengenai identiti setiap yang hadir bersama warna pakaiannya. Kemudian disebut juga kos rawatan yang anda lalui di hospital sekian oleh doktor sekian. Disebut juga berapa lama anda mendapat cuti sakit dan kesan kemalangan yang anda rasai sehingga sekarang.”

Setelah mendengar penjelasan terperinci lelaki tersebut, anda pasti terus beriman dengan Kewalainnya.
Begitulah juga perihalnya Rasulullah SAW yang mendapat bimbingan wahyu. Lihat beberapa contoh dalam ayat berikut yang membuktikan dengan nyata bahawa baginda bukan manusia biasa tetapi seorang Rasul yang dibimbing Allah SWT.

1-Firman Allah pada perincian kisah Musa a.s menerima wahyu dan lokasinya.
irman-Nya yang bermaksud: Dan engkau (wahai Muhammad) tidak ada di sebelah barat (tempat Nabi Musa menerima wahyu) ketika Kami sempurnakan penyerahan Kitab Taurat kepadanya, dan engkau juga tidak termasuk dalam golongan yang menyaksikan peristiwa itu. Akan tetapi (engkau hanya mengetahui kisah itu dengan jalan Kami memberi wahyu kenabian kepadamu disebabkan) Kami telah mengadakan beberapa umat (dari zaman Nabi Musa hingga ke zamanmu) sampai berlanjutanlah masa yang mereka lalui (serta kucar-kacirlah ugama yang mereka anuti). Dan engkau pula tidak pernah tinggal bersama-sama penduduk negeri Madyan membaca dan mempelajari dari mereka ayat-ayat keterangan Kami (tentang hal Nabi Musa di sana), tetapi Kamilah yang mengutusmu (menjadi Rasul dan memberi wahyu kepadamu mengenai hal itu). Dan engkau juga tidak berada dekat Gunung Tursina ketika Kami menyeru (Nabi Musa dan memberi wahyu kepadanya dahulu), tetapi (diturunkan) rahmat (al-Quran) daripada Tuhanmu (menerangkan kisah itu) supaya engkau memberi amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang rasul pemberi amaran sebelummu, semoga mereka beroleh pengajaran (serta insaf mematuhinya). (al-Qasas:44-46)

2-Perincian perancangan 10 adik-beradik Yusuf ketika mereka merancang menzalimi Yusuf, seakan baginda SAW ada bersama mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: (Kisah Nabi Yusuf) yang demikian ialah daripada berita-berita yang ghaib yang kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka semasa mereka sekata mengambil keputusan (hendak membuang Yusuf ke dalam perigi) dan semasa mereka menjalankan rancangan jahat (terhadapnya untuk membinasakannya). (Yusuf: 102)

3-Perincian perselisihan para pendeta Bayt al-Maqdis dan Nabi Zakariyya a.s ketika mereka membuat undian tentang siapakah selayaknya mendapat hak jagaan Maryam, seakan baginda SAW juga ada bersama mereka.

Firman-Nya yang bermaksud: Peristiwa yang demikian ialah sebahagian daripada berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan kalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam). (Ali Imran:44)

4-Perincian kisah Nabi Nuh a.s dan kaumnya yang ditenggelami air.
Ertinya: (Kisah Nabi Nuh) itu adalah daripada perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Hud: 49)


Kesimpulannya, membaca dan menghayati al-Quran seumpama menaiki “mesin masa minda” yang pulang ke zaman lampau melihat keajaiban kisah manusia pilihan. “Mesin masa minda” ini pula dipandu oleh Rasulullah SAW. Beruntunglah orang yang berdamping dengan al-Quran.

http://epondok.wordpress.com/2014/11/12/al-quran-ibarat-mesin-masa-minda/

Jangan Menolak Takdir

JANGAN engkau menolak sesuatu takdir Allah s.w.t, kerana ia akan membuat engkau menjadi binasa, imanmu menjadi hilang , hatimu menjadi keruh dan batinmu menjadi mati.

Allah s.w.t berfirman di dalam sebahagian Kitab-Nya bermaksud:
"AKU adalah Allah yang tiada Tuhan selain AKU. Barangsiapa yang tunduk (berserah diri) terhadap ketentuan-Ku, bersabar terhadap ketentuan cubaan-Ku dan mensyukuri  nikmat-Ku,maka Aku menulisnya  di sisi-Ku sebagai orang-orang yang benar (al-siddiqin). Dan barangsiapa tidak tunduk terhadap keputusan-Ku. tidak bersabar terhadap  ujian-Ku dan tidak mensyukuri nikmat-Ku, maka hendaklah dia mencari Tuhan selain daripada Aku."

Menjadi Kekasih Allah 528

Rabu, 19 November 2014

Enam Jenis Ghibah yang Diperbolehkan

Gambar hiasan.
Tidak semua jenis ghibah dilarang dalam agama. Ada beberapa jenis ghibah yang diperbolehkan, iaitu yang dimaksudkan untuk mencapai tujuan yang benar. 

Tujuan tersebut tidak mungkin tercapai kecuali dengan ghibah. Setidaknya ada enam jenis ghibah yang diperbolehkan, iaitu yang dimaksudkan untuk mencapai tujuan yang benar, dan tidak mungkin tercapai kecuali dengan ghibah.

Pertama, melaporkan perbuatan aniaya. Orang yang teraniaya boleh melaporkan kepada hakim dengan mengatakan ia telah dianiaya oleh seseorang. Pada dasarnya ini adalah perbuatan ghibah, namun karena dimaksudkan untuk tujuan yang benar, maka hal ini diperbolehkan dalam agama.

Kedua, usaha untuk mengubah kemungkaran dan membantu seseorang keluar dari dari perbuatan maksiat, seperti mengutarakan kepada orang yang mempunyai kekuasaan untuk mengubah kemungkaran. “Si Fulan telah berbuat tidak benar, cegahlah dia!” 

Maksudnya adalah meminta orang lain untuk mengubah kemungkaran. Jika tidak bermaksud demikian, maka ucapan tadi adalah ghibah yang diharamkan.

Ketiga, untuk tujuan meminta nasihat. Misalnya dengan mengucapkan , “Ayah saya telah berbuat begini kepada saya, apakah perbuatannya itu diperbolehkan? Bagaimana caranya agar saya tidak diperlakukan demikian lagi? Bagaimana cara mendapatkan hak saya?”

Ungkapan demikian ini diperbolehkan. Tapi lebih selamat bila ia mengutarakannya dengan ungkapan misalnya, “Bagaimana hukumnya bila ada seseorang yang berbuat begini kepada anaknya, apakah hal itu diperbolehkan?” Ungkapan semacam ini lebih selamat karena tidak menyebut orang tertentu.

Keempat, untuk memperingatkan atau menasehati kaum Muslimin. Contoh dalam hal ini adalah jarh (menyebut cela perawi hadits) yang dilakukan para ulama hadis. Hal ini diperbolehkan menurut ijmak ulama, bahkan menjadi wajib karena mengandung maslahat untuk umat Islam.

Kelima, bila seseorang berterus terang dengan menunjukkan kefasikan dan kebid’ahan, seperti minum arak, berjudi dan lain sebagainya, maka boleh menyebut seseorang tersebut dengan sifat yang dimaksudkan, namun ia tidak boleh menyebutkan aibnya untuk umat Islam.

Keenam, untuk memberi penjelasan dengan suatu sebutan yang telah masyhur pada diri seseorang.

/1http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/khazanah

Sabtu, 15 November 2014

Iman dan Syirik. Apa itu ?

Tambah kapsyen

Iman ialah: ucapan hati dan lisan yang disertai dengan perbuatan, diiringi dengan ketulusan niat kerana Allah, dan dilandasi dengan berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah saw.

Syirik disebut kezhaliman kerana syirik adalah menempatkan suatu ibadah tidak pada tempatnya, dan memberikannya kepada yang tidak berhak menerimanya.

Syahadat ialah: persaksian dengan hati dan lisan, dengan mengerti maknanya dan mengamalkan apa yang menjadi tuntutannya, baik lahir mhaupun batin.
Gambar hiasan

Ibadah ialah penghambaan diri kepada Allah Ta’ala dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, sebagaimana yang telah disampaikan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Dan inilah hakikat agama Islam, kerana Islam maknanya ialah penyerahan diri kepada Allah semata, yang disertai dengan kepatuhan mutlak kepada-Nya, dengan penuh rasa rendah diri dan cinta.

Ibadah bererti juga segala perkataan dan perbuatan, baik lahir mahupun batin, yang dicintai dan diredhai oleh Allah. Dan suatu amal akan diterima oleh Allah sebagai ibadah apabila disertai dengan niat ikhlas kerana Allah semata; dan mengikuti tuntunan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam.

Khamis, 13 November 2014

Wasiat nasihat Kerohanian

".....Mereka mentaati semua perintah Allah swt, menjauhi semua larangan-Nya,
sabar menerima cubaan-Nya, mensyukuri pemberian-Nya, menyerahkan diri, harta, anak-anak 
dan
 harga diri mereka kepada-Nya, dan dalam masa yang sama hati mereka takut kepada-Nya".

Ahad, 2 November 2014

Soalan tentang Nabi Muhammad SAW

Cicit Rasulullah saw
1. Bilakah nabi Muhammad s.a.w dilahirkan?
Jawapan – 12 Rabiul Awal Tahun Gajah

2. Siapakah nama ibu dan bapa nabi?
Jawapan;ibu =Aminah bt Wahab bin Abdumanaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah
Bapa = Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdumanaf bin Qushai bin Kilab bin Murrah

3. Bilakah bapa nabi meninggal dunia?
Jawapan; ketika nabi berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya

4. Di manakah ibu nabi wafat dan dikebumikan?
Jawapan; Abwa’ (sebuah desa antara Madinah dan Juhfah)

5. Ibu Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?
Jawapan; 6 tahun

6. Nabi diberi nama oleh datuknya dengan nama MUHAMMAD, apakah maksud Muhammad?
Jawapan; yang terpuji

7. Siapakah nama datuk nabi yang memeliharanya setelah kematian ibunya?
Jawapan; Abdul Muthalib

8. Datuk Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?
Jawapan; 8 tahun

9. Nabi telah dihantar ke perkampungan Bani Saad untuk disusukan kepada wanita desa. Siapakah nama ibu susuan nabi s.a.w?
Jawapan; Suwaibah al-aslamiyah dan Halimatus Saadiah

10. Berapa lamakah nabi dijaga oleh ibu susuan di perkampungan bani Saad?
Jawapan; sehingga nabi berumur 5 tahun

11. Siapakah nama bapa saudara yang menjaga Nabi setelah kematian datuknya?
Jawapan; Abu Thalib

12. Ketika nabi masih remaja, baginda telah bekerja mengambil upah sebagai pengembala binatang ternakan. Apakah binatang tersebut?
Jawapan; kambing

13. Nabi pernah membawa barang dagangan Siti Khadijah untuk berniaga di Syam bersama dengan pembantu Siti Khadijah. Siapakah nama pembantu Siti Khadijah tersebut?
Jawapan; Maisarah

14. Pada usia berapakah Nabi dan Khadijah diijabkabulkan/berkahwin?
Jawapan; nabi =25 tahun , Khadijah = 40 tahun

15. Berapakah usia nabi ketika diangkat sebagai rasul?
Jawapan; 40 tahun

16. Apakah ayat al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; Iqra’

17. Di awal Islam, Nabi telah berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dimanakah markaz/pusat dakwah tersebut?
Jawapan; di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam

18. Berapa lamakah nabi berdakwah secara sembunyi-sembunyi?
Jawapan; 3 tahun

19. Siapakah orang yang mula-mula masuk Islam sepanjang dakwah nabi secara sembunyi-sembunyi?
Jawapan;
 Khadijah – isteri Nabi
Ali bin Abi Thalib – sepupu nabi
Zaid bin Harithah – hamba nabi kemudian jadi anak angkat nabi
Abu Bakar As-Siddiq – kawan karib nabi
Uthman bin Affan
Zubair bin Awwam
Sa’ad bin Abi Waqas
Abdul Rahman bin ‘Auf
Thalhah bin ‘Ubaidillah
Abu ‘ubaidillah bin Jarrah
Arqam bin Abi al-Arqam
Fatimah bt Khattab (adik Umar al-Khattab) dan suaminya Said bin Zaid al-‘Adawi

20. Berapakah usia nabi ketika wafat?
Jawapan; 63 tahun

21. Tentera bergajah telah dimusnahkan oleh Allah dengan dikirimkan burung apa?
Jawapan; Burung Ababil

Bahagian II

1. Bilakah tarikh nabi Muhammad s.a.w dilahirkan mengikut kalendar masehi?
-jawapan – 20 april 571M

2. Apakah peristiwa yang berlaku sebagai tanda sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; api sembahan Agama Majusi di Rom terpadam

3. Kenapakah tahun kelahiran nabi digelar sebagai tahun gajah?
Jawapan; kerana pada tahun berkenaan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah menyerang dan mahu meruntuhkan Kaabah. Tetapi tentera tersebut dihancurkan oleh Allah dengan burung Ababil..

4. Ketika Nabi berusia 12 tahun, Abu Thalib membawa nabi bersama dalam urusan perdagangan ke Syam. Ketika itu, Pendeta Nasrani yang alim, telah berjumpa dan menasihati Abu Thalib supaya menjaga dengan baik dan membawa pulang segera Nabi Muhammad s.a.w kerana dikhuatiri akan dibunuh oleh orang yahudi? Siapakah nama pendeta Nasrani tersebut?
Jawapan; Buhaira

5. Ketika Nabi berusia 15 tahun, peperangan antara Quraisy dan Qais ‘Ailan yang berlaku pada bulan Zulqaedah. Menurut pandangan bangsa Arab pada masa itu, peperangan adalah dilarang pada bulan zulqaedah kerana ia adalah bulan suci. Apakah nama peperangan tersebut?
Jawapan; Harbul Fijar (peperangan mencemar kesucian)

6. Semenjak kematian Abdul Muthalib, pemimpin-pemimpin Quraisy telah bersumpah akan bersatu dan bersama dalam menangani kes-kes di kota Mekah supaya tiada seorangpun yang akan teraniaya. Aku janji dan sumpah tersebut telah dilakukan di rumah Abdullah Bin Juda’an ketika nabi berusia belasan tahun. Mengikut sejarah, apakah nama sumpah tersebut?
Jawapan; Halful Fudhul

7. Seramai 13 orang yang telah menjadi isteri kepada nabi Muhammad s.a.w. Sebutkan empat sahaja daripada isteri baginda.
Jawapan;
1- Khadijah Bt Khuwailid
2- Saudah Bt Zam’ah
3- Aisyah
4- Zainab Bt Khuzaimah
5- Hafsah
6- Ummu Salamah
7- Zainab Bt Jahsyi
8- Raihanah
9- Juwairiyah
10- Syafiah
11- Ummu Habibah
12- Mariyah Qibtiyah
13- Maimunah

8. Nabi Muhammad s.a.w mempunyai tujuh orang anak. Sebutkan tiga sahaja nama anak Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummi Kalthum, Rukiyah,

9. Bilakah tarikh Nabi Muhammad s.a.w wafat?
Jawapan; Isnin, 12 Rabiul Awal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 Masehi – usia 63 tahun

10. Nabi semasa sejak kecil telah digelar al-Amin, apakah maksud al-amin?
Jawapan; seorang yang jujur dan amanah/orang yang dapat dipercayai

11. Sebelum diangkat sebagai rasul, Nabi ber’uzlah (bertahanus) untuk beribadat dan berzikir kepada Allah s.w.t selama sebulan. Dimanakah Nabi ber’uzlah?
Jawapan; Gua Hira (di Jabal Nur)

12. Pada tahun ke 10 baginda diutus sebagai rasul, ada dua musibah yang besar telah menimpa baginda. Dalam sejarah, tahun tersebut digelar sebagai ‘Aamul Huzni’ iaitu Tahun Kesedihan. Apakah dua musibah tersebut yang menimpa Nabi?
Jawapan; Kematian Abu Thalib
Kewafatan Isteri nabi; Siti Khadijah

13. Setahun selepas tahun kesedihan, nabi dihiburkan dengan mukjizat yang besar dan pada ketika itu, diwajibkan solat lima waktu sehari semalam. Apakah nama peristiwa tersebut?
Jawapan; Isra’ Mikraj.

https://irwan007.wordpress.com/2010/11/01/soalan-tentang-nabi-muhammad-saw/

SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...