Sabtu, 27 Mei 2017

MELIHAT NABI DALAM MIMPI DAN JAGA

Dinukil dari kitab Tahdzir al-Ikhwan karya al-'Allamah al-Imam al-Faqih Zen bin Ibrahim bin Sumaith hafidhahullah.

Melihat Rasulullah SAW baik dalam mimpi mahupun di saat terjaga benar adanya secara ilmiah. Banyak sekali orang yang memiliki hati dan jiwa bersih jernih melihat Rasulullah SAW dan sekelompok wali pilihan juga melihatnya dalam keadaan sedar sebagai bentuk karamah dari Allah SWT untuk mereka.

Karamah para wali benar adanya, hanya ahli bid’ah sesat saja yang memungkirinya. Disebutkan dalam Al-Jauharah; Akuilah karamah untuk para wali.

Siapapun yang menafikannya, campakkan kata-katanya.

Imam At-Tirmidzi, dalam kitabnya yang berjudul Asy-Syama`il Al-Muhammadiyyah menyebutkan salah satu bab tersendiri terkait karamah para wali. Imam Al-Bukhari dalam kitab shahihnya menyebutkan lima hadits, di antaranya sabda Rasulullah SAW “Barangsiapa bermimpi melihatku dalam tidur, ia akan melihatku dalam keadaan sadar, kerana syaitan tidak boleh meniru wujudku.”
Abu Abdullah menuturkan, “Ibnu Sirin berkata, ‘Saat melihat Rasulullah SAW dalam wujud sebenarnya’.”

Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab shahihnya, Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa bermimpi melihatku, mimpinya benar adanya.”

Imam As-Suyuthi menuturkan, “Dari sejumlah hadits tentang mimpi melihat Rasulullah SAW dapat disimpulkan bahawa baginda tetap hidup dengan jasad dan ruh. Beliau berkelana ke berbagai belahan bumi dan alam manapun seperti yang ia kehendaki. Rasulullah SAW. tetap berada dalam keadaan seperti sedia kala ketika sebelum wafat, baginda tidak terlihat oleh mata telanjang, seperti halnya malaikat yang tidak bisa dilihat secara kasat mata.

Ketika Allah SWT. berkehendak menyingkap tabir dari seorang hamba yang hendak diberi karamah untuk melihat sosok Rasulullah SAW., ia akan melihat baginda dalam wujud sebenarnya.
Dinukil dari Al-Hawi li Al-Fatawa.

Sebahagian ulama menjelaskan, kemungkinan melihat sosok Rasulullah SAW. dalam keadaan sadar adalah sebagai bentuk karamah bagi wali dan orang shalih. Karamah adalah kejadian luar biasa yang tidak lazim.

Faktor yang membuat orang mengingkari sosok Rasulullah SAW. bisa dilihat adalah ketidaktahuan akan kuasa Allah SWT. yang berkuasa atas segala-galanya. Abu Abbas Al-Mursi pernah menyatakan, “Andai Rasulullah SAW. terhalang dari pandangan mataku barang sekejap mata saja, tentu aku tidak menganggap diriku sebagai orang mukmin.”

Salah satu manfaat penting melihat sosok Rasulullah SAW. baik melalui mimpi ataupun saat sadar adalah rasa cinta yang sangat tinggi, sibuk memikirkan beliau dengan disertai mengikuti sunnahnya, banyak membaca shalawat secara rutin, menyebarkan dakwah dan syariatnya untuk seluruh manusia. Allah SWT akan menganugerahkan penutup usia yang baik melalui perantara wibawa Rasulullah SAW berteman dan melihat sosok baginda di syurga, negeri keselamatan.

Semoga shalawat dan salam terlimpah kepadanya, keluarga dan para sahabatnya, para pemimpin mulia.

Ahad, 21 Mei 2017

TANDA-TANDA ALLAH SAYANG KEPADA KITA

Muhammad Zahir

1. DIBERIKAN KESEDIHAN - Dengan kesedihan itu kita akan sering menyebut nama-Nya.
2. DIBERIKAN SAKIT - Dengan sakit itu kita akan senantiasa memohon kesembuhan dari Nya.
3. DIBERIKAN KEHILANGAN - Dengan kehilangan itu kita meminta pengganti yang terbaik dari Nya.
4. DIBERIKAN KESUSAHAN - Dengan kesusahan itu kita akan menjadi lebih sabar.
5. DIBERIKAN PENDERITAAN - Kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Nya.
6. DIBERIKAN KEMISKINAN - Kerana Allah berkehendak kita meminta kepada Nya.
7. DIBERIKAN KEHINAAN - Kerana Allah berkehendak kita mohon kemuliaan dari Nya.
OLEH KERANA ITU, JANGAN TERLALU KITA BANYAK KETAWA. KERANA ALLAH AKAN JAUH DARI KITA.

Selasa, 16 Mei 2017

SUNNAH NABI: KENAPA UMAT ISLAM DISURUH BELAJAR MEMANAH, BERENANG, BERMAIN PEDANG DAN BERKUDA?

Gambar hiasan
Setiap perbuatan yang disampaikan oleh Rasulullah, pasti ada sebabnya… Disebabkan itu Rasulullah S.A.W menyuruh kita sentiasa merujuk kepada Al-Quran dan Hadis untuk mencari jawapannya… Kerana baginda lebih mengetahui tentang apa yang akan berlaku di kemudian hari… 

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, bermain pedang, berenang dan memanah” [Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi ". (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hancurnya bangsa Yahudi merupakan salah satu daripada tanda-tanda datangnya hari kiamat. Bermula dengan sebuah peperangan besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk bangsa Yahudi. Sebelum berlaku peperangan ini, terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam.

Pertempuran dahsyat ini dikenali sebagai Armageddon, di mana lokasi utama perang ini adalah di lembah Megiddo atau Mageddon, Palestin. Mungkin ada yang menganggap Perang Armageddon hanyalah sebuah filem rekaan Hollywood belaka. Kenyataannya, Hollywood yang disokong oleh Yahudi memang mahu menyembunyikan fakta tentang Armageddon ini melalui propaganda filem. Padahal di kalangan para ahli kitab mereka telah mengkaji tentang peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.

Sebutan Armageddon sebenarnya tidak terdapat dalam mana-mana Hadis. Hanya disebut dalam kajian-kajian Kristian dan Ahli Kitab. Menurut bahasa Ibrani, Ar bermaksud gunung atau bukit. Mageddo pula adalah nama sebuah lembah di Palestin. Sebuah tempat yang cukup strategik dari segi peperangan. Perang ini juga dikatakan sebagai perang terakhir dengan menggunakan seluruh kekuatan pelbagai peralatan senjata moden yang canggih. Mungkin perang itu adalah Perang Dunia ketiga yang disebut-sebut sebagai Perang Nuklear.

Perang Dunia Ketiga, bom nuklear akan digunakan, dan diramal akan berlaku dalam tempoh yang singkat. Tetapi, kemusnahannya amat dahsyat. Sehingga dikatakan dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti Zaman Pertengahan di mana bala tentera hanya akan menunggang kuda dan bersenjatakan pedang seperti perang zaman dahulu.

"Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan berjuang dengan kayu,batu,pedang dan anak panah."

Ini disebabkan semua teknologi tidak boleh digunakan lagi pada masa itu kerana EMP (electromagnetic pulse) senjata nuklear itu sendiri berlaku ketika Perang Dunia Ketiga. Jadi, kekuatan bala tentera ketika Perang Dunia Keempat nanti adalah seimbang dan tidak berat sebelah kerana semuanya menggunakan peralatan perang yang sama, berjuang menggunakan kayu, batu, pedang dan anak panah.

ROTHSCHILD CIPTA EMP (ELECTRONIC MAGNETIC PULSE)

EMP BOMB
Adakah anda bersedia bergelap tanpa cahaya lampu,..wang elektronik atau wang kertas yang tidak dapat dikeluarkan dari bank..tiada air kerana mesin water pump tidak berfungi…memang menyeksakan…memang perit…huru-hara manusia di buatnya…itulah antara senjata rahsia yang sangat ampuh yang di miliki oleh tentera Dajjal..EMP..(electronic magnetic pulse).. 
Senjata HAARP, nuclear, senjata kimia@biology dan EMP adalah senjata baru alaf mellinium yang sangat merbahaya kepada manusia sejagat…senjata ini akan memusnahkan dan mengurangkan populasi manusia secara drastik..

Di akhir zaman nanti manusia akan berperang semula dengan hanya menggunakan besi batu dan kayu sahaja (saki baki perang)…ini adalah kerana penggunaan senjata EMP..senjata ini akan mematikan dan memusnahkan segala peralatan elektronik hingga ke wayarnya sekali…hanya 1 atau 2 butir bom EMP di lancarkan sudah untuk cukup menggelapkan sesebuah Negara jika bom tersebut di lancarkan pada aras ketinggian @ altitude yang lebih tinggi daripada struktur lapisan ionisfera bumi..

Konspirasi golongan elit atau Dajjal ini telah menjalankan banyak projek-projek rahsia yang dijalankan. Antara projeknya ialah Starwars Project, BlueBeam project, Pandora Project, Genom Project Phliphedia Project dan banyak lagi projek rahsia termasuk UFO project.

Pembinaan senjata EMP adalah di bawah kelolaan Starwars Project yang lebih dominan dan yang lainnya ada perkaitan antara satu sama lain..Bom EMP boleh dihantar samada dilancarkan dengan roket atau dibawa dengan pesawat canggih supersonik merentas angksa pada altitud yang tinggi.

B2 SPIRIT BOMBER
Bersediakah kita akan situasi ini…saya bukan ingin menakutkan anda semua…minta dijauhkan. Peperangan dunia ke-3 akan menggunakan senjata ini secara total selain nuclear, kimia dan biologi …Sebenarnya penggunaan senjata ini telah dihebahkan dalam permainan game strategi Command & Conquer General. Dalam siri Astro "Future Weapon" juga telah didedahkan akan keupayaan EMP..

http://www.youtube.com/watch?v=0odJKYTzXg8#t=54
Kini senjata ini juga turut dimajukan oleh Iran,Rusia,China dan Korea Utara..Ini bukan omongan kosong..perhatikan video ini.

http://www.youtube.com/watch?v=GHP6esViT9M
Jika direnungkan pada hadis bagaimana Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa, bagaimana Yaakjuj dan Makjuj menembak panahnya ke langit dan mengapa nabi menyuruh kita belajar berenang, berlari, menunggang kuda, belajar guna pedang dan memanah…semuanya seolah-olah zaman masa lampau. Bermakna kita akan Back to Ancient..tidak ada satu pun yang menyentuh tentang peralatan mekanikal dan eletronik…Ini bermaksud selepas perang dunia ketiga, bumi akan bergelap dan banyak kemusnahan yang berlaku kerana perang. Kuncu Iblis telah membuat persediaan akan peristiwa ini..bagaimana dengan orang islam? Penyelamat orang islam adalah melalui zikir kepada Allah dan akidah yang kental sahaja. 

Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik).


Hadis Nabi juga ada menyebut, Yahudi Zionis akan bersembunyi di balik-balik batu dan kayu dan hanya selamat di belakang pokok Yahudi iaitu pokok Gharqad, yang banyak ditanam di Israel sekarang ini.

Isnin, 15 Mei 2017

HARI INI DALAM SEJARAH (HIDS) | 15 MEI 1948 | AN-NAKBAH : MALAPETAKA BESAR

“Sebuah masyarakat yang telah menetap lebih 1,000 tahun di situ telah dimusnahkan, dihalau, dan dipaksa merempat di serata Timur Tengah. 

Rakyat Palestin lari atas sebab yang sama semua pelarian perang lari – untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi anak-anak mereka, juga kerana di sesetengah tempat Israel melakukan jenayah penghapusan etnik.” - Jeremy Bowen, Six Days

Mimpi indah Zionis Yahudi untuk memiliki sebuah negara khusus untuk orang-orang Yahudi akhirnya terlaksana pada malam 14 Mei 1948 setelah lebih setengah abad Theodore Hertzl mengilhamkan idea penubuhan negara Yahudi di Palestin. 

Bumi yang mendapat julukan ‘tanah yang diberkati’ itu kini beralih-tangan kepada Yahudi setelah hampir 1,300 tahun (1) berada di bawah naungan kerajaan Islam; pemerintahan paling lama dan paling cemerlang pernah direkodkan di Palestin.

Mimpi indah Zionis Yahudi ini tidak mungkin terlaksana tanpa operasi penghapusan etnik (ethnic cleansing) dan pembunuhan beramai-ramai (massacre)(2) rakyat awam Palestin oleh tentera gerila Zionis – Haganah, Irgun, Stern Gang (Lehi) dan Palmach melalui satu pelan yang dikenali sebagai ‘Pelan Dalet’. 

Dianggarkan sekurang-kurangnya 750,000 orang rakyat Palestin menjadi pelarian ekoran keganasan Zionis Yahudi ini. Jumlah sebenar korban an-Nakbah pula sehingga hari ini tidak dapat dipastikan (3).

Dengan kata lain, permulaan kegembiraan Zionis Yahudi adalah permulaan derita buat rakyat Palestin. Penderitaan ini setanding – jika tidak lebih teruk, dengan penderitaan masyarakat Yahudi yang hidup bertaburan di seluruh dunia kesan daripada rasisme (anti-semitisme) di Eropah dan holokos semasa Perang Dunia Kedua. Justeru, bagi memperingati penderitaan ini rakyat Palestin mengisytihar 15 Mei (sehari selepas penubuhan Israel) sebagai hari an-Nakba (malapetaka besar/catastrophe).

Malapetaka besar ini masih menghantui rakyat Palestin. Rakyat Palestin masih terus dibunuh dan dibelenggu penjajahan sehingga hari ini. Sejak Disember 2009, kita menyaksikan 3 'massacres' ke atas Gaza. Tebing Barat dikuasai tentera Zionis yang melaksanakan sistem pemerintahan apartheid versi Israel. Masjid al-Aqsa dicemari dan diceroboh hampir setiap hari. Gaza terus dikepung. Pelarian Palestin pula masih dinafikan hak untuk pulang ke kampung halaman. Jumlah mereka kini telah mencecah 7 juta orang!

Hari ini dunia sibuk memperkatakan tentang keperluan mengakhiri konflik Israel-Palestin. Malangnya pemimpin dunia dilihat tunduk kepada tuntutan Zionis supaya rakyat Palestin mengiktiraf kewujudan negara Israel sebagai salah satu daripada syarat perdamaian sedang dalam waktu yang sama tidak ramai yang bersedia menuntut Zionis Yahudi mengakui jenayah an-Nakbah yang ia dilakukan ketika menubuhkan negara mereka. Perbincangan tentang an-Nakbah sebaliknya dilihat sebagai tidak produktif dan ancaman kepada inisiatif damai. Malah, mereka yang membangkitkannya dituduh sebagai anti-semitik!

Perdamaian Israel-Palestin tidak akan dapat dicapai tanpa pengiktirafan ke atas an-Nakbah. An-Nakbah tidak lain dan tidak bukan menuntut kita semua mengiktiraf jenayah yang berlaku ke atas rakyat Palestin agar nasib mereka yang dizalimi benar-benar dapat dibela. An-Nakbah dapat menjelaskan dengan jujur dan komprehensif bentuk ganti-rugi yang berhak mereka peroleh. Hutang an-Nakbah perlu dilangsaikan sebelum sebarang usaha damai akan mendapat sokongan penuh rakyat Palestin. Jika tidak, usaha damai akan hanya tinggal omong kosong politikus populis.

FAKTA NOMBOR AN-NAKBAH
> 78% tanah Palestin dirampas.
> 750,000 penduduk Palestin menjadi pelarian.
> 34 tragedi pembunuhan beramai-ramai direkodkan termasuk di Deir Yassin, Naser al-Din, Beit Daras, Masjid Dahmash dan Dawayma.
> 426 terkorban dalam ‘massacre’ terbesar di Masjid Dahmash, Lydda-Ramlee.
> 530 (91%) perkampungan Arab dimusnahkan.
> 96,500 tentera Zionis menentang 25,000 tentera Arab.
> 20 bulan pertempuran antara tentera Zionis dan tentera Arab (Perang Arab-Israel 1948) pasca penubuhan Israel.

Nota kaki:
~ Pemerintahan Islam di Palestin terhenti sebentar selama 88 tahun (1099-1187) apabila Baitul Makdis dan beberapa kota utama di Palestin berada di bawah pemerintahan Kristian sebelum dikuasai semula oleh Salahuddin al-Ayyubi.
~ Rekod menunjukkan bahawa tentera Zionis telah melakukan sekurang-kurangnya 34 pembunuhan beramai-ramai (massacres) ke atas rakyat awam Palestin pada tahun 1948 sebagai persiapan kepada penubuhan negara Israel.
~ Rekod menunjukkan ‘massacre’ terbesar dilaporkan berlaku di Masjid Dahmash yang mengorbankan 426 rakyat Palestin termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Forwarded from MyCARE-#Nakba1948 #Remem

Ahad, 14 Mei 2017

BUKALAH...

Muhammad Zahir
Jika orang Mukmin hendak membaca Al-Quran, hendaklah dia membuka mata, telinga dan hatinya. Mereka wajar membaca secara tartil, berusaha memahami kalam ilahi kerana Allah SWT telah meletakkan rahsia dan hikmat di dalamnya. Al-Quran diturunkan agar diperhatikan isi kandungannya.

Firman Allah SWT:
كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

_(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (Surah Sad:29)_

(Dr Yusuf Al-Qaradhawiy - Nafahat Al-Jumaah)

Jumaat, 12 Mei 2017

Hatim Al-Ashamm menegaskan


Hatim Al-Ashamm menegaskan..
"JANGANlah kamu tertipu oleh tempat-tempat yang saleh, sebab tidak ada tempat yang lebih saleh daripada Syurga, dan fikirkanlah apa yang menimpa Adam di tempat yang begitu saleh!

JANGAN  pula kamu tertipu oleh banyaknya amal ibadah: Lihatlah apa yang menimpa Iblis setelah begitu banyak dia beribadah.

Juga, JANGANlah kamu tertipu oleh banyaknya ilmu, sebab Balaam pun mengetahui al-ismul a'zham (Nama Allah Yang Teragung), tapi lihatlah apa yang terjadi padanya!

JANGAN pula kamu tertipu kerana bertemu dengan  seorang yang saleh, sebab tidak ada orang yang takdirnya lebih agung daripada Al_Musthafa SAW, namun berjumpa dengannya sama sekali tidak memberi manfaat kepada (sebahagian dari ) karib kerabat dan musuh-musuhnya."

Sabtu, 6 Mei 2017

DOSA SESAMA MANUSIA LEBIH BERAT. SEBAB APA?

Allah sendiri tidak akan memaafkan seseorang atas kesalahan yang pernah diperbuatnya dengan sesama manusia, sebelum di antara mereka sendiri dapat saling memaafkan.

Apakah dosa kepada manusia?
1.Dosa kepada ibu bapa.
2.Dosa kepada adik-beradik.
3.Dosa kepada teman taulan.
4.Dosa kepada saudara mara.
5.Dosa kepada jiran.
6.Dosa kepada guru.
7.Dosa kepada pemimpin.
8.Dosa pemimpin kepada rakyat.
9. Dosa melanggar undang-undang negara
10.Dosa manusia yang memikul amanah.
11.Dosa kepada manusia seluruhnya sama ada dikenali atau tidak.

TAHUKAH KAMU SIAPAKAH ORANG YANG MUFLIS ?

Gambar hiasan
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kalian siapakah orang yang muflis itu?”
Mereka menjawab : “Orang yang muflis di kalangan kami adalah orang yang tidak memiliki dirham dan tidak pula memiliki harta/barang.”

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Namun ia juga datang dengan membawa dosa kezaliman. Ia pernah mencerca si ini, menuduh tanpa bukti terhadap si itu, memakan harta si anu, menumpahkan darah orang ini dan memukul orang itu. Maka sebagai tebusan atas kezalimannya tersebut, diberikanlah di antara kebaikannya kepada si ini, si anu dan si itu. Hingga apabila kebaikannya telah habis dibahagikan kepada orang-orang yang dizaliminya sementara belum semua kezalimannya tertebus, diambillah kejelekan/kesalahan yang dimiliki oleh orang yang dizaliminya lalu ditimpakan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka.” (HR Muslim no.6522)

Berhati-hatilah dengan fitnah, umpatan, hasad dengki, amarah, janji yang tidak ditepati, adu domba, namimah, menghina, menuduh dengan tuduhan-tuduhan yang tidak benar, hutang yang tidak dibayar, harta yang dicuri, dirampas, ditipu, mencabul kehormatannya serta berbagai-bagai lagi jenis kesalahan.

MAHUKAH KITA BERGELAR MUFLIS? AMALAN YANG DI LAKUKAN BELUM TENTU DI TERIMA INIKAN PULA MUDAH-MUDAH DI AMBIL ORANG

TAFSIR SURAH AL-BAQARAH AYAT 25-27

بسم الله الرحمن الرحيم


وَبَشِّرْ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقاً قَالُوا هَذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهاً وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ (25)

25. Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan : "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.

PENERANGAN AYAT
Sesungguhnya Allah menjanjikan syurga yang lengkap dengan kenikmatan kepada hamba-hambaNya. Dalam ayat ini Allah mengkhabarkan kepada rasulNya dan manusia yang beriman dan beramal soleh dengan janji yang akan menggembirakan mereka. Mereka diberikan syurga yang penuh kenikmatan, yang mana padanya ada sungai yang mengalir di bawah mahligai istana yang tinggi dan indah serta pepohonan yang menaungi. Kesemuanya Allah memberikan rezeki buahan yang lazat lalu ahlul iman berkata; kesemua buahan ini telah Allah jadikan dalam kehidupan sebelum ini iaitu kehidupan dunia, namun rasanya teramat sedap dan lazat berbanding dahulu.

Kemudian Allah ta’ala memberikan isteri-isteri yang suci daripada warna kekotoran dari segi zahirnya dan bebas dari akhlak buruk dari segi rohaninya. Mereka (ahli syurga) akan kekal didalamnya dan tidak akan mati atau keluar lagi darinya.

 إِنَّ اللَّهَ لا يَسْتَحْيِي أَنْ يَضْرِبَ مَثَلاً مَا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَا فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَيَقُولُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَذَا مَثَلاً يُضِلُّ بِهِ كَثِيراً وَيَهْدِي بِهِ كَثِيراً وَمَا يُضِلُّ بِهِ إِلاَّ الْفَاسِقِينَ (26)

26. Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu.[1] Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan: "Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?." Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah[2], dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberiNya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik.

PENERANGAN AYAT
Sesungguhnya Allah itu tidak malu untuk memberikan berita kebenaran dengan menyebut perumpamaan samada ianya besar atau kecil. Bahkan inilah sindirin yang diberikan Allah kepada manusia yang menyembah selain daripada Allah s.w.t. Adapun manusia yang beriman, mereka diajarkan hikmah oleh Allah Ta’ala daripada setiap perumpamaan yang diberikan oleh Allah samada ia besar atau kecil.

Namun bagi orang-orang kafir, mereka itu dalam kerugian dan berkata; apa yang Allah umpamakan ini hanya menyesatkan manusia. Sesungguhnya kesesatan itu kerana mereka telah mengingkari akan ayat-ayat Allah. Namun orang yang beriman itu bertambah imannya dengan perumpamaan ini. Allah tidak akan menzalimi seseorang pun kerana Dia ( Allah ) tidak menghilangkan kebenaran kecuali pada manusia yang keluar dari ketaatan kepada Allah.

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ketika Allah membuat dua contoh perumpamaan kaum munafiqin dalam firmanNya (Surat Al Baqarah 17 dan 19 iaitu tentang cahaya,bisu,tuli,pekak), berkatalah kaum munafiqin: "Mungkinkah Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Luhur membuat contoh seperti ini?" Maka Allah turunkan ayat tersebut di atas. Ayat ini menegaskan bahawa dengan perumpamaan-perumpamaan yang Allah kemukakan, orang yang beriman akan menjadi lebih tebal imannya. Dan hanya orang fasiq yang akan lebih sesat dari petunjuk Allah.[3]

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ayat 26 tersebut di atas  diturunkan sehubungan dengan  surah al-Haj ayat 73 dan surat al-Ankabut ayat 41. Dengan reaksi kaum munafiqin yang berkata: "Bagaimana pandanganmu tentang Allah yang menerangkan lalat dan laba-laba di dalam al-Quran yang diturunkan kepada Muhammad. Apakah ini bukan bikinan Muhammad?" [4]

Dalam riwayat lain dikemukakan, bahawa ketika Allah menerangkan laba-laba dan lalat dalam surah     al-Hajj 73 (ayat 73) dan al-Ankabut 41 (ayat 41) kaum musyrikin berkata: "Apa gunanya laba-laba dan lalat diterangkan dalam al-Qur'an?" Maka Allah turunkan ayat tersebut di atas (ayat 26). [5]

Dalam riwayat lain dikemukakan, bahawa ayat tersebut di atas (ayat 26) diturunkan sehubungan dengan surat al-Hajj 73 dan surat al-Ankabut 41, dengan reaksi kaum musyrikin yang berkata: "Contoh macam apakah ini yang tidak patut dibuat perumpamaan?"[6]

Keterangan:
Menurut as-Suyuthi: "Pendapat yang pertama (Ibnu Jarir) lebih shahih sanadnya dan lebih munasabah dengan permulaan surat. Sedangkan yang menerangkan kaum musyrikin, tidak sesuai dengan keadaan ayat Madaniyyah (yang diturunkan di Madinah)." Adapun yang diriwayatkan oleh al-Wahidi (sebagaimana telah kami kemukakan di atas) yang bersumber dari Qatadah dan Hasan, dengan tidak pakai isnad, munasabah apabila menggunakan kata: "Berkatalah kaum Yahudi."  

 الَّذِينَ يَنقُضُونَ عَهْدَ اللَّهِ مِنْ بَعْدِ مِيثَاقِهِ وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَنْ يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الأَرْضِ أُوْلَئِكَ هُمْ الْخَاسِرُونَ (27)

Iaitu orang-orang yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi.

Dalam ayat ini, Allah menyambung dari ayat sebelumnya yang menerangkan sikap dan perangai manusia yang fasik.

Mereka yang fasik adalah manusia yang mengingkari perjanjian dengan Allah, mengingkari utusanNya, meningkari penurunan Al-Quran, menyalahi agama Allah seperti memutuskan silatur rahim, dan membuat kerosakan di muka bumi. Mereka itulah manusia yang rugi di dunia dan di akhirat.

KESIMPULAN
Sesungguhnya janganlah kita menjadi hamba Allah yang ingkar dengan segala syariatnya. Sesungguhnya Allah membrikan perumpamaan yang buruk terhadap golongan yang ingkar dari mentaatiNya. Allah menyediakan pula jannah yang penuh kenikmatan bagi manusia yang melakukan kebaikan dan amal soleh. Wallahu a’lam.

[1] Diwaktu turunnya surat Al Hajj ayat 73 (Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah) yang di dalamnya Tuhan menerangkan bahawa berhala-berhala yang mereka sembah itu tidak dapat membuat lalat, sekalipun mereka kerjakan bersama-sama, dan turunnya surat Al Ankabuut ayat 41 yang di dalamnya Tuhan menggambarkan kelemahan berhala-berhala yang dijadikan oleh orang-orang musyrik itu sebagai pelindung sama dengan lemahnya sarang laba-laba.
[2] Disesatkan Allah bererti: bahawa orang itu sesat berhubung keingkarannya dan tidak mahu memahami petunjuk-petunjuk Allah. Dalam ayat ini, kerana mereka itu ingkar dan tidak mahu memahami apa sebabnya Allah menjadikan nyamuk sebagai perumpamaan, maka mereka itu menjadi sesat.
[3] Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dengan berbagai sanad yang bersumber dari as-Suddi
[4] Diriwatkan oleh al-Wahidi dari Abdul Ghani bin Said at-Tsaqafi, dari Musa bin Abdurrahman dari Ibnu Juraij dari Atha yang bersumber dari Ibnu Abbas. Abdul Ghani sangat dla'if.)
[5] Diriwayatkan oleh Abdurrazaq dalam tafsirnya, dari Ma'mar yang bersumber dari Qatadah
[6] Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Hasan.

TAFSIR SURAH AL-BAQARAH AYAT 25-27
OLEH : USTAZ MAT RAZALI BIN MAT LAZIN


http://matrazalimatlazin.blogspot.my/2011/11/tafsir-surah-al-baqarah-ayat-25-27.html

Khamis, 4 Mei 2017

DOSA DAN PERANGKAP- Muhammad Dzahir

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

HADITH: *Jangan ambil mudah dengan dosa-dosa kecil*
Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam pernah berkata kepada 'Aisyah radiallahu 'anha:

 يَا عَائِشَةُ ، إِيَّاكِ وَمُحَقِّرَاتِ الذُّنُوبِ ، فَإِنَّ لَهَا مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ طَالِبًا.
Wahai 'Aisyah, berhati-hatilah terhadap dosa-dosa kecil. Sesungguhnya Allah akan mempersoalkannya. [Musnad Ahmad, Musnad 'Aisyah radiallahu 'anha, hadis no: 25218, Shaikh al-Arnaouth berkata: Isnadnya hasan]

JAUHI DARI PERANGKAP SYAITAN
Syaitan telah bersumpah akan menggoda, menghasut dan menggelincirkan dari jalan yang benar agar manusia sesat dan menjadi teman kelak dalam neraka.

Cara-cara untuk melawan dan mengelak dari gangguan syaitan:
1. Sentiasa membaca Surah al-Mukminun ayat 97-98.
2. Mengamalkan membaca Ayat Qursy (ketika hendak tidur dan selepas solat fardhu).
Berdasarkan hadis Abu Hurairah tentang kisah yang diajar oleh Syaitan untuk membaca Ayat Qursy, Syaitan berkata: "Jika kamu membacanya (Ayat Qursy) maka Allah sentiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi" (HR al-Bukhari)

3. Membaca Bismillah (ketika masuk rumah dan makan).
"Apabila seseorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah (dengan membaca Bismillah) ketika memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan (kepada golongannya): “Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga makanan malam. Sebaliknya apabila seorang itu memasuki rumah dan tidak mengingati Allah ketika memasukinya, berkatalah syaitan (kepada golongannya): “Kalian telah mendapat tempat bermalam.” Apabila seorang tidak mengingati Allah ketika makan, berkatalah (syaitan kepada golongannya): “Kalian telah mendapat tempat bermalam dan makan malam.” (HR Muslim).

4. Membaca Bismillah ketika melakukan sesuatu (amal).
"Dan kuncilah pintu-pintu rumah kalian dan sebutlah nama Allah (dengan membaca Bismillah) kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu-pintu yang dikunci (dengan menyebut nama Allah). Ikatlah kantong-kantong air kalian dan sebutlah nama Allah, tutuplah bekas-bekas makanan kalian dan sebutlah nama Allah, walaupun (tutupan) itu sekadar meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu pelita kalian" (HR Muslim).

5. Membaca Ta'awwuz (A'uzubillahi minassyaitanirrajim).
“Allah menyukai bersin dan membenci menguap, maka jika salah seorang dari kamu bersin, maka hendaklah dia memuji Allah (Alhamdulillah), adalah menjadi hak kepada setiap orang Islam yang mendengarnya berkata: "Yarhamukallah". Berkenaan dengan menguap, ia adalah dari Syaitan, maka jika seseorang dari kamu ingin menguap, hendaklah dia menahan semampu mungkin, bagi sesiapa yang menguap, Syaitan akan ketawa keatasnya” [HR al-Bukhari dan Muslim]

*Berkata Dr.Abdullah al-Faqih:

فلم يرد نص بمشروعية الاستعاذة بالله من الشيطان عند التثاؤب، ولكن ورد ما يدل على أن التثاؤب من الشيطان، ولذا، فلا بأس بالاستعاذة بالله من الشيطان
“Tidak terdapat nas yang syara’ mengenai membaca zikir "A'uzubillah" ketika menguap, akan tetapi wujudnya nas yang mengatakan bahawa menguap adalah dari Syaitan, maka tidak ada masalah jika seseorang membaca A'uzubillah" [Islamweb, FatwaId]

6. Berwudhuk/Istinsyaq.
"Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya dan berwudhuk, maka beristinsyaqlah (sedutlah air ke dalam hidung) dan hembuslah air itu keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidung kamu" (HR al-Bukhari)

*Lawanlah sehabis mungkin syaitan Laknatullah.*

_*Ya Allah, bantulah hamba untuk melawan musuh yang telah menggelincirkan nenek moyang kami dari syurgaMu. Aameen*_

PESANAN UNTUK KiTA MUSLIMIN MUSLiMAT

Gambar hiasan
Inilah pesanan dari BHAI HAJI ABDUL WAHAB dari Raiwind Pakistan

*_I N G A T L A H_**_B A H A W A  K E P E R L U A N_**_A K H I R A T  I T U L A H_*
*_K E P E R L U A N  K I T A  Y A N G S E B E N A R N Y A_*
*_C a k a p k a n  p e r k a r a  i n i_**_p a d a  a n a k - a n a k  k i t a_*

*_Selepas salam dan doa, beliau berkata..!_**_Kehendak dan keperluan kita kepada AKHIRAT adalah kehendak dan keperluan kita yang SEBENARNYA._*

*_Jadi, sentiasalah letak perkara ini di depan dan teruslah maju dalam kehidupan kita._*
*_Nasihatlah anak-anak kita begitu juga dan bentuk perhatian mereka pada perkara AKHIRAT ini._*
*_Laluan hidup umat dan masyarakat juga perlu FOKUS pada perkara yang sama._*

*_Untuk semua ini menjadi kenyataan, kita kena bersama-sama dalam kerja dakwah dengan BERBANYAK-BANYAK ISTIGHFAR..!_*

*_Untuk diri kita, anak-anak kita, untuk seluruh umat dan seluruh makhluk Allah._*
*_Dan kita MENANGIS SUNGGUH-SUNGGUH untuk mereka dalam doa kita._*

*_M A R I L A H_**_K I T A  S A M A - S A M A_**_B A N G U N K A N  U S A H A_*
*_D A K W A H  I N I_*

*_The crux of the Message from Haji Abdul Wahab Saheb from Raiwind Murqus._*
*_After the customary salaams and duas Haji Saheb advises..!_*
*_Our needs and requirements of the Aakhirat are THE real needs and requirements..!_*
*_So always keep this in front of us and move ahead in life._*
*_Advise our children in this line as well and turn their attention towards this also._*
*_The path of the entire city and community must be on the same focus._*
*_For this to become a reality, we should all, together with the work of daawat, make EXCESSIVE ISTIGHFAAR..!_*

*_For ourselves, our children, the entire Ummah and for mankind at large and we cry excessively for them, in our duas..!_*

*_And always have Good expectations from Allah Taala that Allah Taala will forgive us and accept our duas..!_*

KARPET

Gambar hiasan
*_K a r p e t  r u m a h  k a r p e t  d i_**_m a s j i d  &  k a r p e t
 h o t e l  7_**_b i n t a n g !  A p a  b e z a nya ?_*

_Adik :_ *_"Bang..! Betul ke dengan agama ni kita mulia..? Tengok macam terhina je bang..!"_*
*_"Malu saya nak pergi masjid..! Ada orang kata orang bodoh je yang pergi masjid..! huhu..!"_*
_Abang :_ *_"Dik..! Karpet yang diletak kat masjid tu pun Allah dah muliakan..!"_*
*_"Takde sape berani pakai kasut jalan atas karpet..! Walaupun karpet murah je dik..!"_*
*_"Kalau sape pakai kasut jalan atas karpet masjid, tu mungkin kene kejar dengan parang dik..! Sebab ape..?Sebab karpet itu ADA HUBUNGAN dengan agama Allah..!"_*

*_"Cuba adik pergi hotel TUJUH star..! Karpet mahal tau dik..! TAPI orang pijak-pijak je dik..! Sebab takde KEMULIAAN..!"_*
*_"Kalau jalan atas karpet tu tak pakai kasut, confirm orang panggil ORANG GILA..!"_*
*_"Sebab ape..? Sebab karpet itu takde hubungan dengan agama Allah dik..!"_*
*_"Karpet yang ade kena-mengena dengan agama pun Allah muliakan dik..!"_*
*_"Tak kanlah manusia yang bawa agama Allah, orang yang datang ke RUMAH ALLAH jadi hina pulak..! Betul tak dik..?"_*

*_BANGUNKAN USAHA AGAMA DENGAN SUNGGUH-SUNGGUH_**_M E L A L U I_*
*_A G A M A  S A J A L A H_*
*_M A N U S I A_**_A K A N  B E R J A Y A_**_D I  D U N I A  &  A K H I R A T_*

*_Umat ini kena dihubungkan dengan RUMAH ALLAH sentiasa. Oleh itu gerakkan umat untuk mendatangi masjid-masjid._*

*_:: ✋️😃 anak aku minta dinikahkan di masjid_*

SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...