DOA -doa Ku... Ya Allah....

... اشهد ان لا إله إلا الله وأشهد ان محمد رسول الله .....YA ALLAH...AMPUNKAN AKU ....Bimbinglah Aku di jalan -MU.. TETAPKAN AKU DALAM KASIH SAYANGMU, ......AMPUNKAN SEGALA KESALAHAN dan DOSA-DOSAKU..DOSA DAN KESALAHAN KEDUA IBU BAPAKU..DAN SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT....KUMPULKAN AKU BERSAMA PARA NABI DAN RASUL...YA ALLAH ...KEKALKAN AKU DAN KETURUNANKU DALAM ISLAM DAN BERIMAN KEPADAMU....YA ALLAH.YA ALLAH, HIDUPKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI, MATIKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI DAN BANGKITKAN AKU (PADA HARI QIAMAT) DI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MERENDAH DIRI.. استغفر الله العظيم ASTAGFIRULLAHALAZZIM....سبحان الله...SUBHANALLAH ...الحمد لله..ALHAMDULILLAH...الله أكبر..ALLAHUAKHBAR.....ALLAHUMA SOLLIALA SAYIDINA MUHAMMAD....WAALA ALIMUHAMMAD..........

Khamis, 29 Jun 2017

TEKNIK MENGHAPUS BENCI

*_Berapa banyak kau MEMBERI VS berapa banyak kau DIBERI..!_*
*_SEMARAKKAN UKHUWAH DENGAN BERJABAT TANGAN DAN MEMBERI HADIAH_*
* J A D I K A N L A H_**D I R I  K I T A  O R A N G Y G  B A N Y A K  M E M B E R I
*_B U K A N_**_O R A N G  Y A N G B A N Y A K  M E N G A M B I L_*

_Dari 'Atha bin Abu Muslim Abdullah Al-Khurasani r.hu dia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda,_
*_“Hendaklah kamu saling BERJABAT TANGAN. Dengan begitu akan MENGHILANGKAN KEBENCIAN..!"_*
*_"Dan hendaklah kamu saling MEMBERI HADIAH nescaya kamu akan saling MENCINTAI dan MENGHILANGKAN PERASAAN DENDAM..!"_*_(HR Malik No 1413 Isnad Hasan)_
*_LAHIR RASA KASIH SAYANG_*_Berjabat tangan akan melahirkan perasaan kasih. Ia mengeratkan ukhuwah Islamiyah di antara sesama Muslim._
*_TAK RASA BERDENGKI LAGI_*_Berjabat tangan menghilangkan juga rasa permusuhan dan kedengkian di dalam hati. Ia menghilangkan rasa al-ghil atau perasaan tidak suka._
*_KITA YANG MENGHULUR DULU_*_Berusaha untuk memulai berjabat tangan terlebih dahulu ketika saling bertemu._
*_RASULULLAH MENCONTOHI_*_Rasulullah saw selalu merupakan orang yang terlebih dahulu memulai berjabat tangan apabila bertemu sahabat._
*_KITA YANG MENGHORMATI DULU_*_Bersalaman merupakan bentuk penghurmatan. Kita dianjurkan untuk membalas penghurmatan dengan cara yang lebih baik dari penghurmatan yang dilakukan oleh saudara kita._
*_JAWABLAH SALAM_*_Apabila saudara kita mengucapkan salam, maka hendaknya kita balas dengan salam serupa atau yang lebih baik, lebih sempurna dari salamnya._
*_BERJABATLAH DENGAN ERAT_*_Dan jika ia menjabat tangan, maka hendaknya kita membalasnya dengan jabat tangan yang lebih erat dan lebih hangat kepadanya._
_Dari Abdullah bin Mas’ud r.hu katanya bahawa Rasulullah saw bersabda,_*_“Di antara bentuk PENGHURMATAN yang paling SEMPURNA adalah BERJABAT TANGAN..!"_*_(HR Tirmizi)_
*_BAWALAH HADIAH_*
_Inilah bentuk pengorbanan harta untuk meningkatkan persaudaraan di antara kita._
_Saling memberi hadiah akan melahirkan perasaan kasih dan sayang sesama kita._
*_GEMBIRAKAN KANAK-KANAK_*_Memberi duit raya kepada kanak-kanak akan melahirkan rasa kegembiraan dan kasih-sayang. Saling memberi hadiah menghilangkan perasaan dendam dan marah._

*_ANAK MUDA & ORANG TUA_*_Alangkah elok bagi yang muda menziarahi orang tua di musim perayaan dengan memberi hadiah kepada mereka sama ada berbentuk wang ringgit mahupun yang lainnya._
*_UKHUWAH MEMACU PERUBAHAN. IA MENGUATKAN PERSAUDARAAN. IA MENYATUKAN UMAT_*
_Tk Hj Zainal_
*_T E R U S K A N_**_A M A L A N  Z I A R A H_*
*_M E N Z I A R A H I,_**_M E M B E R I  S A L A M,_*
*_B E R J A B A T  T A N G A N_**_H I N G G A  A K H I R  Z A M A N_*
*_Semua umat bergerak berjabat tangan dari rumah ke rumah, pintu ke pintu, lorong ke lorong._*
*_Juga kampung ke kampung, bandar ke bandar, negara jauh ke negara dekat, benua ke benua di seluruh dunia._*

*_ kita umat yang bergerak dan menggerakkan_*

Imam Mohammed diangkat sebagai hero

BantuanNya yg patut dihebahkan utk umat Melayu
BUAT 'RACIST' DAN PEMBULI DI MALAYSIA

Sebelum kalian meneruskan pembacaan... ucapkan Alhamdulillah. Bersyukur kerana 2 kejadian selepas 'ada perancangan provokasi' membangkitkan kebencian masyarakat barat kpd Islam di London telah berubah serta merta dari  negatif kpd positif.

Pertama kebakaran di Grenfell Tower, London. Ketika umat Islam sedang beribadat pada 10 malam terakhir Ramadhan dan sesetengahnya menunggu bersahur, berlaku kebakaran di apartment tersebut. Penghuni2 Islam bertungkus lumus mengejutkan penduduk dan telah berjaya menyelamatkan ratusan penghuni apartment tersebut.

Dgn kuasaNya, amaran kecemasan dari sistem kebakaran tidak berfungsi. Semuanya ada hikmah. Keesokan harinya media melaporkan, penduduk bukan Islam bukan sekadar mengucapkan terima kasih tetapi turut memberikan bunga tanda penghargaan mereka.

Cerita kedua pula yg berlaku sebelum umat Islam berhari raya. Cerita yg mendapat publisiti yg sgt meluas sehingga Putera Charles dtg menemui Imam Mohammed Mahmoud utk mengucapkan syabas dan menganggapnya sebagai hero.

Kejadian seorang lelaki yg melanggar umat Islam bersolat di Masjid Finsbury Park telah menggemparkan sekali lagi masyarakat England.  Umat Islam mendapat pujian ramai terutama Imam Mohammed Mahmoud yg telah menyelamatkan nyawa pembunuh.

Ketika pembunuh diserang hampir 100 org yg marah tindakannya melanggar umat Islam sambil mengeluarkan kata2 yg menyakitkan hati umat Islam, Imam Mohammed dtg menenangkan keadaan.

Pihak media dan org ramai menganggap tindakan itu sebagai hero. Malah mereka memohon maaf kpd umat Islam atas kejadian tersebut.

Seorang wanita dtg dgn sekuntum bunga memohon maaf kpd umat Islam atas kejadian tersebut... apa kata Imam Mohammed.." This criminal doesn't present you...."

Moralnya kpd umat Melayu di Malaysia kpd pembuli atau mereka yg suka menghukum pencuri atau penjenayah kecil yg lain, ambillah tindakan yg sama seperti Imam Mohammed. Walaupun ada  yg mati dlm kejadian tersebut, Imam Mohammed telah menyelamatkan nyawa pembunuh terbabit.

Impaknya ia kemenangan umat Islam. Tidak perlu provokasi atau serangan senjata, cukup sekadar dgn akhlak sudah mampu mengubah berjuta penduduk England dari persepsi negatif kpd positif.

Di Malaysia jika mahu Islam berkembang dgn pesat seperti di England bawalah Islam dgn akhlak... bukan dgn kebencian politik perkauman, bukan dgn membelasah org atau membuli org.

Di sekolah2 patut guru2 menanamkan semangat kpd anak2 murid, jika ada murid dibuli mereka mesti bertindak sebagai org tgh menenangkannya bukan sama2 membuli. Anugerahkan kpd mana2 murid yg bertindak demikian. Insyallah suatu hari nanti ramai anak2 Melayu menjadi 'hero'.

Petikan dari
Norman Liverpool

_TIGA PERKARA_

 _Pada suatu hari Rasulullah saw duduk bersama:  sahabatnya; bertanya kepada mereka._
 _bermulaIah di tanyakan kepada Saidina Abu Bakar:_

*"Apa yang kamu suka dari dunia ini?"*  _dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra_
*Aku suka dari dunia ini 3 perkara*

 _1.duduk duduk bersama rasulullah saw._
 _2.melihat wajah mu ya rasulullah saw._
 _3.aku korbankan harta ku untuk mu ya rasulullah saw "_

*lalu rasulullah saw bertanya dengan saidina umar ra.*  _"Bagaimana pula dengan mu ya Umar?"_
*jawab Saidina Umar ra. "ada 3 perkara juga yang aku suka:*

 _1.membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya._
 _2.mencegah kemungkaran wlaupun dalam keadaan terang-terangan_
 _3.berkata yg benar walaupun pahit"_

*"dan bagaimana pula denganmu wahai uthman?"*

*berkata Saidina Uthman ra.*
_"ada 3 perkara yang aku suka:_

 _1.memberi makan_ 
 _2.memberi salam_
 _3.bersolat malam di waktu manusia tidur"_

*"bagaimana pula dengan kamu wahai ali ra ?"*

*"aku juga cintakan 3 perkara:*

 _1.memuliakan tetamu_
 _2.berpuasa di musim panas_
 _3.dan memukul musuh dengan pedang"_

*kemudian bertanya rasulullah saw pada Abu Dzar. ra*

*"apa yg kamu suka di dunia ini?"* _berkata Saidina Abu Dzar ra_ *"aku suka 3 perkara di dunia ini:*

 _1.lapar_
 _2.sakit_
 _3.mati"_

*kemudian rasulullah bertanya, "kenapa wahai Abu Dzar?"*

_berkata saidina Abu Dzar ra,_
 1. _"aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati._
2. _aku sukakan sakit kerana untuk mngurangkan dosaku._
3 _aku sukakan maut kerana untuk bertemu tuhanku"_

*kemudian bersabdalah rasulullah saw "aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:*

 _1.wangian_
 _2.wanita yang solehah_
 _3.solat menjadi penyejuk mata ku"_

*kemudian di waktu itu turunlah malaikat jibril as memberi salam pada rasulullah saw & para sahabat.*

*kemudian malaikat Jibril mengatakan "aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara" :*

 _1.menyampaikan risalah_
 _2.menunaikan amanah_
 _3.cinta terhadap orang miskin"_

*kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata "Sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah swt berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:*

 _1.lidah yang sentiasa berzikir_
 _2.hati yang sentiasa khusyuk_
 _3.jasad yang sabar menanggung ujian"_

*AllahuAkbar..

 _Apa yang kita dengar dapat kita amalkan, kita sampaikan dan kita ambil ikhtibar_ 

Wahai sekalian yang membaca ....

Maka, alangkah baiknya, jika kita dapat sebarkan maklumat ini kepada insan-insan yang kita kenali.

Moga2 bermanfaat & agar ada hati-hati insan yang Allah izinkan bergerak untuk menjadi lebih baik.
In Shaa Allah...
Wallahualam Bissawab.
[6/23, 12:14 AM] ADK - Jasni: Penyakit *UJUB* ialah perasaan kagum dan bangga diri dengan kelebihan dan kebaikan yang dimiliki. 

Ia adalah muqaddimah kepada *takabbur* _(sombong/angkuh)_ apabila dia mula membandingkan dirinya dengan org lain.

_*Imam Ibnu Qoyyim al-Jauziyah rahimahullah*_  (691H1270M) _berkata dalam nasihatnya..._
                                                
"Jika Allah mudahkan bagimu mengerjakan *solat malam*, maka janganlah memandang rendah orang-orang yang tidur."

"Jika Allah mudahkan bagimu melaksanakan *puasa*, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berpuasa dengan tatapan menghinakan."

"Jika Allah memudahkan bagimu pintu untuk *berjihad*, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berjihad dengan pandangan meremehkan."

"Jika Allah mudahkan pintu *rezeki* bagimu, maka janganlah memandang orang-orang yang *berhutang* dan kurang rezekinya dengan pandangan yang mengejek dan mencela kerana itu adalah titipan Allah yang kelak akan dipertanggungjawabkan."

"Jika Allah mudahkan *pemahaman agama* bagimu, janganlah meremehkan orang lain yang belum faham agama dengan pandangan hina."

"Jika Allah mudahkan *ilmu* bagimu, janganlah *sombong* dan *bangga diri* kerananya, sebab Allah lah yang memberimu pemahaman itu."

"Dan boleh jadi orang yang tidak mengerjakan qiyamullail, puasa (sunnah), tidak berjihad dan sepertinya *lebih dekat* kepada Allah darimu."

"Sesungguhnya jika engkau terlelap tidur semalaman dan pagi harinya menyesal... 
lebih baik bagimu daripada qiyamul lail semalaman namun pagi harinya engkau merasa *TAKJUB* dan *BANGGA* dengan amalmu."

Sebab tidak layak orang merasa bangga dengan amalnya kerana sesungguhnya dia tidak tahu amal yang mana yang Allah akan terima."

_*SAMA-SAMA KITA INGAT MENGINGATI.*_

Juga Peringatan Diri sendiri


Sabtu, 17 Jun 2017

HATI YANG MATI

Gambar hiasan sahaja
Bahagian ini yang paling ditakuti, iaitu ketika hati sudah MATI, maka mereka tidak akan menerima nasihat lagi. Segala perbuatan haram dan maksiat akan dipandang sebagai kebaikan. Bagi mereka maksiat bagaikan minum air….! Mereka akan berani menentang segala perintah Allah dan RasulNya. Mereka juga tiada sifat belas ihsan sesama manusia. Sanggup memfitnah dan membunuh. Hidup mereka bagaikan binatang ternakan bahkan lebih buruk daripada itu…..!!! Ini adalah hati yang sudah di khatamkan seperti Firman Allah :

خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَـرِهِمْ غِشَـوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عظِيمٌ
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. (Al-Baqarah 2 : 7)

Di antara punca terjadinya hati berpenyakit, kemudian menjadi keras dan MATI sangat banyak sekali. Tetapi secara umumnya semua jenis pelanggaran terhadap hukum Allah berterusan tanpa bertaubat adalah menjadi punca kegelapan hati ….!

Dosa yang dikerjakan akan menjadi titik hitam di dalam hati yang akan bertambah setiap hari sehingga menutup matahati  sedikit demi sedikit, akhirnya seluruh matahatinya akan tertutup.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :
“Sesungguhnya seorang mukmin, jika ia mengerjakan suatu perbuatan dosa, maka akan timbul noda hitam dalam hatinya. Jika ia bertobat, menarik diri dari dosa itu, dan mencari rida Allah, maka hatinya menjadi jernih. Jika dosanya bertambah, maka bertambah pula nodanya sehingga memenuhi hatinya. Itulah yang disebut ar-ran (penutup), yang disebut oleh Allah Ta’ala dalam firman-Nya, ‘Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang telah mereka usahakan itu menutupi hati mereka’.”

Mentafsirkan Firman Allah ayat 7 surah Al-Baqarah di atas Ibnu Kathir menyatakan,
Mengenai firman-Nya, Khatamallahu, As-Suddi mengatakan, artinya bahwa Allah Tabaraka wa Ta’ala telah mengunci mati. (hati mereka).

Qatadah mengatakan, “Syaitan telah menguasai mereka kerana mereka telah mentaatinya. Maka, Allah mengunci mati hati dan pendengaran serta pandangan mereka ditutup, sehingga mereka tidak dapat melihat petunjuk, tidak dapat mendengarkan, memahami, dan berfikir.”

Ibnu Juraij menceritakan, Mujahid mengatakan, Allah mengunci mati hati mereka. Dia berkata aththab’u artinya melekatnya dosa di hati, maka dosa-dosa itu senantiasa mengelilinginya dari segala arah sehingga berhasil menemui hati tersebut. Pertemuan dosa dengan hati tersebut merupakan kunci mati.

Wallahuaklam...

Ahad, 11 Jun 2017

8 RANGKAIAN KATA INDAH - RABIATUL ADAWIYAH

Gambar hiasan sahaja

  1.  "Barang siapa yang menyukai sesuatu, nescaya banyak menyebutnya".
  2.  "Mencari rumah untuk dijadikan tempat tinggal amat mudah, tetapi mencari jiran amatlah sukar".
  3.  "Apabila ada kegembiraan dengan musibah seperti kegembiraannya dengan nikmat, itulah tanda keredhaan Allah".
  4.  " Tuhanku, tidakku dengar suara binatang mengaum, tidakku dengar desiran pohon bergeser, tidak ada air yang mengalir, tidak ada siulan burung yang menyanyi, tidak ada nikmatnya teduhan yang melindungi, tidak ada tiupan bayu yang bertiup nyaman daan tidak ada dentuman guruh yang menakutkan, melainkan ia menjadi bukti keEsaan-Mu, serta tidak satu pun yang sama dengan-Mu".
  5. "Biar waktu yang akan membuktikan bahawa tiap langkah yang dipijak, tiap titisan darah dan keringat yang mengalir, tiap jiwa yang melayang, akan sampai pada satu keadaan di mana keadilan adalah nadinya, kesejahteraan adalah nafasnya, kebijaksanaan adalah sifatnya, dan redha Allah adalah tujuannya."
  6. "Ya Allah ya Tuhanku. Aku berlindung kepada Engkau daripada segala yang boleh memesongkan aku daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!".
  7. "Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan menganugerahkan sekeping hati? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah yang dinamakan cinta."
  8. "Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jikaaku menyembah-Mu kerana tamak pada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar dan berilah aku peluang untuk melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu."


Sabtu, 10 Jun 2017

Tak akan mampu..

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Engkau takkan mampu menyenangkan semua orang. Kerana itu, cukup bagimu memperbaiki hubunganmu dengan Allah, dan jangan terlalu peduli dengan penilaian manusia.” [Imam Syafi’i رحمة الله تعالى ]

Wahai Rasulullah

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Ketika Sayyidina Ali كرم الله وجهه memandikan jenazah Habibuna Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata sambil menangis: "Engkau wangi di masa hidup dan ketika wafat wahai Rasulullah". Kerana air yang digunakan untuk memandikan  Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjadi wangi, bukan air yang mewangikan jenazah Baginda, bahkan air itu menjadi wangi setelah dipakai untuk memandikan Rasulullah صلى الله عليه وسلم".

[Almarhum Habib Munzir Al-Musawa]

Follow by Email