Isnin, 28 April 2014

GoLoNgAn KuFuR MeNeNTAnG KeBeNaRaN

Golongan kufur menentang kebenaran -Oleh Ahmad Shukri Posted by epondok  
Gambar hiasan

Kafir terbahagi dua, beriman selepas dapat petunjuk, ingkar peringatan demi kuasa

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang yang berjaya. Sesungguhnya orang kafir (yang tidak akan beriman), sama saja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.” (Surah al-Baqarah, ayat 5-7)

Pada ayat kelima surah al-Baqarah ini, Allah SWT menjelaskan, orang yang mempunyai sifat takwa seperti beriman dengan perkara ghaib, mendirikan solat, menafkahkan harta ke jalan-Nya, beriman dengan apa yang diturunkan ke atas rasul, percaya hari akhirat, mereka sentiasa mendapat petunjuk atau cahaya daripada Allah SWT dan termasuk dalam golongan orang yang mendapat kejayaan.
Dalam tafsir Jalallain, maksud orang yang berjaya itu ialah orang yang berjaya mendapatkan syurga dan terlepas daripada seksaan api neraka. Ungkapan ‘mereka itulah’ disebut dua kali dalam ayat bermaksud sama iaitu merangkumi orang Mukmin daripada golongan ahli kitab dan bukan ahli kitab.

Gambaran orang kafir
Pengulangan itu menunjukkan orang beriman yang berasal daripada kedua-dua golongan itu sama-sama memperoleh petunjuk di sisi Allah SWT. Setelah Allah SWT menceritakan sifat orang Mukmin dan pembalasan bakal diperoleh di akhirat, ayat berikutnya memberi gambaran sebaliknya bagi orang kafir.

Ungkapan orang kafir dalam ayat itu bermaksud orang yang mempunyai sifat kafir yang sebati dalam dirinya sehingga tidak mahu menerima keimanan. Justeru, mereka mengingkari segala ajaran dibawa oleh Nabi SAW meskipun mereka telah diberi penjelasan berdasarkan dalil yang rasional.
Malah, mereka menghadapi semua perdebatan itu dengan keingkaran dan penghinaan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah pada hal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepada-Nya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).” (Surah al-Baqarah, ayat 28)

Begitulah persoalan yang dilontarkan Allah SWT dan mereka tidak mampu memberi jawapan kerana Dialah Allah yang mencipta dan menjadikan manusia. Tiada manusia yang boleh mendakwa dia boleh mencipta dirinya dan mencipta orang lain.

Dua golongan kafir

Mereka yang dikatakan kafir ini terbahagi kepada dua golongan iaitu mereka yang kufur kepada Allah, tetapi apabila datang petunjuk, dia menggunakan pemikirannya dan mengetahui itu adalah kebenaran, lalu dia beriman.

Golongan kedua pula ialah yang mendapat faedah keduniaan daripada kekufurannya. Justeru, apa saja peringatan, dalil dan bukti yang jelas nyata, dia tetap berdegil untuk terus mengingkarinya kerana ingin menjaga kuasa, kedudukan serta pengaruh yang dibina atas kezaliman dan keangkuhan.

Mereka kufur bukan kerana dakwah tidak sampai atau rasul dan nabi tidak memimpin mereka ke jalan yang lurus, tetapi mereka menjadikan kekufuran sebagai manhaj kehidupan. Mereka inilah yang mendapat faedah daripada kekufuran yang menjadikan mereka pemimpin.

Bagi orang kufur, jika mereka menerima dakwah Rasul, sudah tentu mereka akan menjadi manusia biasa kerana Islam tidak membezakan manusia melainkan dengan takwa dan amal soleh. Lantaran itu, sama ada Rasulullah SAW mengingatkan ancaman seksa atau tidak, ia sama saja.

Sudah menjadi Sunnatullah, mereka yang terjebak dalam kekafiran, pasti hati, penglihatan dan pendengaran akan tertutup mati, sehingga tidak lagi mahu menerima keimanan. Justeru, Allah SWT telah menetapkan seksaan yang pedih bagi mereka pada hari pembalasan.

Sementara itu, di dunia ini pula mereka menerima penghinaan dan kelemahan seperti disebut dalam firman-Nya yang bermaksud: “Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.” (Surah al-Baqarah, ayat 114)

Apabila hati seseorang sudah menjadi buta untuk melihat keperluan beriman kepada Allah dan Rasul, maka tidak ada lagi mata yang boleh melihat ayat-ayat keimanan, tidak ada lagi telinga yang mampu mendengar ayat-ayat Allah SWT.

Antara faktor menyebabkan mereka kufur ialah menentang kebenaran walaupun mereka mengetahui.

Golongan dikategorikan dalam golongan ini ialah orang musyrik dan Yahudi yang hidup pada zaman Rasulullah SAW seperti Abu Lahab, Abu Jahal, Alwalid Ibnu Al-Mughirah dan pendeta Yahudi.

Bersikap sombong, abai kebenaran

Mereka bersikap sombong serta mengabaikan kebenaran, golongan ini sebenarnya terdapat di setiap tempat dan zaman. Antara keagungan Allah SWT ialah Dia Maha Mengetahui siapa yang beriman dan siapa sebaliknya tanpa Allah SWT masuk campur dalam pilihan mereka.

Ketika Allah SWT mengutus Nabi Nuh selama 950 tahun, sebelum datangnya taufan dan banjir besar, Allah SWT mengetahui tidak ramai akan beriman. Allah SWT memerintahkan Nabi Nuh untuk membina bahtera bagi menyelamatkan orang Mukmin daripada banjir besar itu.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita mengenai apa yang mereka sentiasa lakukan. Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (mengenai cara membuatnya).” (Surah Hud, ayat 36-37)

Allah SWT Maha Mengetahui siapa yang akan mati dalam keadaan kekufuran, tetapi mengapa Allah SWT meminta daripada Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW untuk menyampaikan Islam kepada mereka?

Jawapannya ialah supaya manusia yang enggan beriman itu tidak boleh berhujah di akhirat bahawa sewaktu mereka di dunia dulu, mereka tidak didatangi oleh Rasul untuk menyampaikan ajaran tauhid kepada mereka.

http://epondok.wordpress.com/2014/04/28/golongan-kufur-menentang-kebenaran/


Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Gambar hiasan sahaja
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani berkata :

“Tetaplah engkau untuk sentiasa redha dengan Allah, dalam keadaan petaka atau sengsara, dalam keadaan miskin atau kaya, dalam keadaan susah atau senang, dalam keadaan sihat atau sakit, dalam keadaan buruk atau baik, ketika memperoleh yang engkau kehendaki atau tidak. 

Aku tidak tahu ubat apa yang sesuai untukmu, selain daripada menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah yang Al-Haq. Jika Dia menetapkan sesuatu yang merugikan kamu, janganlah kamu benci kepada-NYA serta jangan pula kamu menjauhkan diri daripada-Nya.Kerana semua itu adalah ujian dan cubaan terhadapmu.

Opick - Dealova 2012 (+playlist)

Opick - Tiada Duka Yang Abadi | Official Video

Allahumma shalli 'ala Muhammad


Allahumma shalli 'ala Muhammad
Ya Rabbi shalli 'alaihi wa saliim

Shalu 'ala Muhammad
Shalu 'ala Muhammad
Shalu 'ala Muhammad
Shalu 'ala Muhammad

Pabila hati hilang cahaya iman
Langkahnya hidup hitam tanpa penerang
Pabila jiwa jauh dari Al-quran
Langkahnya hidup bagai tanpa pedoman

Pabila mulut jauh dari Asma-Nya
Langkahnya hidup bagai hilang berkah-Nya
Pabila dunia tak berlandaskan jiwa
Siap-siap akhirat meninggalkannya

Di bayang-bayang fatamorgana
Berharap hidup khusnul khotimah
Di bayang-bayang fatamorgana
Diri memohon selamatkan hamba

Shalu 'ala Muhammad
Shalu 'ala Muhammad
Shalu 'ala Muhammad
Shalu 'ala Muhammad

Pabila hati hilang cahaya iman
Langkahnya hidup hitam tanpa penerang
Pabila jiwa jauh dari Al-quran
Langkahnya hidup bagai tanpa pedoman

Di bayang-bayang fatamorgana
Berharap hidup khusnul khotimah
Di bayang-bayang fatamorgana
Diri memohon selamatkan hamba

Ya Rabbi Ya Rabbi Ya Rabbi...

Shalu 'ala Muhammad
Shalu 'ala Muhammad
Shalu 'ala Muhammad
Shalu 'ala Muhammad

Sholallah ala Muhammad
Shallallahu Alaihi Wa Salam
Sholallah ala Muhammad
Sholallah alai Wa sallim

Yaa Nabi salaam 'alaika
Yaa Rasul salaam 'alaika
Yaa Habiib salam 'alaika
Sholawattullah 'alaika

Sholallah ala Muhammad
Shallallahu Alaihi Wa Salam
Sholallah ala Muhammad
Sholallah alai Wa sallim

Yaa Nabi salaam 'alaika
Yaa Rasul salaam 'alaika
Yaa Habiib salam 'alaika
Sholawattullah 'alaika
Sholawattullah 'alaika
Sholawattullah 'alaika

Sabtu, 26 April 2014

jikalah


Jikalah hatimu tak tenang tak tenteram
hadaplah wajahmu padaNya
jika hatimu tak tenang tak tenteram
basahilah lidahmu untukNya

tundukkan pandanganmu di sekitaran
usah dibiar pandangan meliar
tundukkan hatimu bersemadilah
dalam telaga riuh getar zikrullah

                                                   tenteram itu kan menyapamu
                                                   tenang itu akan melambai mu


                                                              jai26042014


Rabu, 23 April 2014

Tanda-tanda Zuhud

Tidak terlalu gembira apabila mendapat sesuatu dan tidak pula terlalu sedih apabila kehilangan sesuatu.

Sentiasa memandang sama kepada orang yang memuji dan mencela.

Sentiasa berasa tenang ketika beribadat dan hati sentiasa terdorong untuk membuat amal taat.

Kata-KaTa HiKmAh


Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah SWT, maka lihatlah kedudukan Allah SWT di dalam hatinya.

Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Kata-Kata Hikmah :

Aku ingin melihat Allah SWT tetapi , keupayaan aku tidak mampu, namun aku mampu melihat keagungan Ciptaan dan Kejadian Allah SWT.

Aku rindu mendengar kata-kata Allah SWT tetapi aku dapat mendengar kata-kataNya dalam Al-Quran Al-Karim.

Aku ingin bersahabat dengan Allah SWT, maka aku hanya mampu bersahabat dengan Rasulullah SAW dan juga Hadis-Hadis yang Baginda wariskan pada ulamak-ulamak.

5 Ujian Allah SWT sebagai tanda Allah Mencintai kita


تبسم فإن الله ما أشقاك إلا ليسعدك
1- Senyumlah… Sesungguhnya apa yang bebankan atau menyusahkan kita, adalah untuk membahagiakan kita.

وما أخذ منك إلا ليعطيك
2- Apa yang Allah SWT ambil dari kita adalah akan dianugerahkan di Akhirat kelak.

وما أبكاك إلا ليضحكك
3- Apa yang Allah SWT menyebabkan kita menangis, adalah kerana Allah ingin melihat kita ketawa di akhirat kelak.
وما حرمك إلا ليتفضل عليك
4-Apa yang Allah SWT haramkan untuk kita adalah supaya kita mendapat kebaikkan daripadanya.

وما ابتلاك إلا لأنه يحبك
5-Apa yang Allah SWT turunkan atau timpakan bala adalah tanda Allah SWT mencintai kita.

جعلك الله ممن نادى بهم الملائكه قائلاً: إني أحب فلان فأحبوه
Semua mereka yang menerima  bala atau  ujian  Allah SWT,  Allah SWT  akan arahkan Malaikat untuk menjemput kita di Akhirat kelak dengan FirmanNya :

Sesungguhnya Daku mencintai si fulan kerana Si fulan telah terbukti mencintai Daku.

Jumaat, 18 April 2014

MuTiAra KaTa ..


*Seorang sahabat bertanya Ya Rasulullah pesankan sesuatu kepadaku yang akan berguna bagiku dari sisi Allah. Nabi Saw lalu bersabda: 
Perbanyaklah mengingat kematian maka kamu akan terhibur dari dunia dan hendaklah kamu bersyukur. Sesungguhnya bersyukur akan menambah keni’matan Allah dan perbanyaklah doa. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui bila doamu akan terkabul.*


Selasa, 8 April 2014

PerbeZaan Matlamat HidUp AnTaRa MusLim, bUkan Islam

Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
Gambar hiasan 

Manusia dipilih Allah SWT sebagai makhluk paling mulia di muka bumi ini menggalas amanah dan tanggungjawab getir iaitu beribadah kepada Allah SWT serta memakmurkan dunia ini. Justeru, tidak hairanlah setiap manusia memiliki matlamat dalam meneruskan kelangsungan hidup di dunia.

Al-Quran sebagai kitab panduan dan pedoman untuk umat manusia dari awal telah merakamkan pelbagai kisah rutin hidup yang mengiringi setiap langkah manusia. Namun, ada manusia menjadikan keseronokan dunia sebagai matlamat hidup.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (sebaliknya) orang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum seperti mana binatang ternakan makan minum sedangkan nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.” (Surah Muhammad, ayat 12)

Firman Allah SWT: Dirikanlah solat, berilah zakat dan berpegang teguhlah kamu kepada Allah. Dialah Pelindung kamu, maka (Allah yang sedemikian sifatnya) Dialah sebaik-baik pelindung dan pemberi pertolongan.” (Surah al-Hajj, ayat 77-78)

Di samping itu, al-Quran turut menyingkap kisah segolongan manusia yang mengejar kekayaan dan meraih sebanyak mungkin harta dunia yang mengasyikkan. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dihiaskan kepada manusia nafsu yang inginkan perempuan, anak pinak, harta benda emas dan perak, kuda, binatang ternakan serta kebun tanaman, semuanya itu kesenangan hidup dunia. Dan (ingatlah) di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga).” (Surah Ali-Imran, ayat 14)

Suka lakukan kerosakan

Selain itu, terdapat juga manusia suka melakukan kerosakan di muka bumi dengan menaburkan pelbagai fitnah dan kejahatan yang boleh mendatangkan mudarat kepada ummah sejagat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya) dan dia (bersumpah dengan mengatakan) Allah menjadi saksi atas apa yang ada di dalam hatinya pada hal dia orang yang keras permusuhannya (kepadamu). Kemudian apabila dia pergi (dengan mendapatkan hajatnya) berusahalah dia di bumi untuk melakukan bencana padanya dan membinasakan tanaman dan keturunan (binatang ternakan dan manusia) sedangkan Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 204-205)

Demikianlah gambaran al-Quran secara umum mengenai persepsi sebahagian besar manusia yang menghuni alam ini terhadap makna dan hakikat kehidupan. Ini berbeza dengan pandangan orang Islam terhadap erti kehidupan kerana Islam sebagai al-Din yang lengkap dalam semua lapangan.

Jambatan menuju akhirat

Orang Islam yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT menjadikan kehidupan dunia sebagai jambatan menuju alam akhirat yang kekal abadi. Setiap Muslim sepatutnya menyedari dia memikul tanggungjawab besar sebagai khalifah Allah SWT untuk menegakkan kalimah Islam.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Rukuk dan sujudlah (mengerjakan sembahyang) dan beribadatlah kepada Tuhanmu (dengan mentauhidkan-Nya) serta kerjakanlah amal kebajikan supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat). Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenarnya. Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agama) dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu orang Islam sejak dulu dan dalam (al-Quran) ini supaya Rasulullah menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (mengenai kebenaran dan kesalahan). Oleh itu, dirikanlah solat, berilah zakat dan berpegang teguhlah kamu kepada Allah. Dialah Pelindung kamu, maka (Allah yang sedemikian sifatnya) Dialah sebaik-baik pelindung dan pemberi pertolongan.” (Surah al-Hajj, ayat 77-78)

Demikianlah matlamat hidup manusia yang telah digariskan Allah SWT kepada manusia mengenai tujuan kehidupan di dunia bukanlah sia-sia atau permainan semata-mata. Sebaliknya, penciptaan manusia mempunyai hikmah sebagai khalifah menyampaikan Islam kepada ummah sejagat.

http://epondok.wordpress.com/2014/04/01/perbezaan-matlamat-hidup-antara-muslim-bukan-islam/

Adab Berdoa & Bermunajat;

Dr Abu Anas Madani

Larangan mengeraskan suara itu termasuk bacaan dalam urusan solat, berdo'a dan ketika berzikir. 
Bacaan yang dianjurkan ialah bacaan yang lembut dan sederhana dan tidak menganggu orang lain, 
memadai didengar oleh diri sendiri atau minima orang disebelah kita sahaja.
(Lihat: Imam Nawawi, alMajmu' 3/295)

Dalam Tafsir al-Jalalain (Jld. 1, ms. 226) oleh al-Suyuti rahimahullah, disebutkan:
“Wadzkur Rabbaka Fi Nafsika" 
(Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu...) ertinya secara rahsia atau sembunyi. 
Tadharru’an ertinya merendah diri. Khifatan ertinya rasa takut. 
Tingkatan di atas al-sirr ialah perkataan, tapi tidak nyaring dan tidak terdengar (bisikan).”

Isnin, 7 April 2014

BETAPA TINGGINYA KASIH SAYANG BAGINDA

Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.
Gambar hiasan

1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.

2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.

3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”

4. Rasulullah SAW sangat mengasihi Sahabat-sahabatnya. Jika seorang Sahabat sudah dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, “Ke mana perginya si polan si polan itu…”

5. Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akan ALLAH tunai 70 hajatnya.”

6. Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia menyelesaikan hajatnya…” Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah SAW sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam masjid.

7. Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, “Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya.” Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui.”

8. Pernah seorang Sahabat duduk secara menghimpit paha atas paha dengan Rasulullah SAW. Baginda membiarkannya sahaja untuk menjaga hati Sahabat tersebut supaya tidak menganggap yang Rasulullah SAW tidak sudi duduk bersamanya.

9. Sewaktu hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW telah dikejar dengan kuda oleh seorang bernama Suraqah yang bercita-cita merebut hadiah yang ditawarkan oleh kafir Quraisy Makkah jika berjaya membunuh Rasulullah SAW. Setiap kali kuda Suraqah mendekati Rasulullah SAW, setiap kali itulah kudanya tersungkur jatuh. Rasulullah SAW tidak bertindak apa-apa. Rasulullah memaafkannya. Akhirnya Suraqah menyerah dan berjanji tidak akan cuba membunuh Rasulullah SAW lagi.

10. Satu ketika seorang musuh bernama Da`thur mendapati Rasulullah SAW sedang berehat di satu batu. Dia terus melompat dan meletakkan pedangnya di leher Rasulullah SAW dan berkata, “Siapa yang akan menyelamatkan nyawa kamu dan tanganku?”

Rasulullah SAW spontan menjawab, “ALLAH!”

Mendengar jawapan Rasulullah itu, Da`thur menggeletar hingga pedangnya jatuh daripada tangan.

Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya, “Kali ini siapa yang akan menyelamatkan kamu dari tanganku?”

Da`thur tergamam dan menjawab, “Tiada siapa.”

Akhirnya Rasulullah SAW memaafkan Da`thur. Melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu, Da`thur pun mengucap dua kalimah syahadah (masuk Islam).

11. Rasulullah SAW sangat penyayang dengan anak-anaknya dan bertimbangrasa dengan isteri-isterinya. Pada kesilapan isteri-isterinya, baginda selalu memberi maaf. Baginda juga membantu kerja-kerja rumah dan menampung jubah dan kasutnya sendiri.

12. Rasulullah SAW selalu berjalan dengan fakir miskin dan sering menziarahi janda-janda, bertanya akan keperluan hidup mereka. Bahkan dengan orang-orang miskin dan melarat, baginda selalu duduk bersama mereka, berbual, makan minum dan bermesra dengan mereka.

13. Pernah di satu pagi Hari Raya, Rasulullah SAW bertemu seorang kanak-kanak yang menangis di tepi jalan. Baginda terharu dan bertanya, “Mengapa engkau menangis?” Kanak-kanak tersebut menjawab, “Ayah saya telah mati syahid sementara ibu saya sudah berkahwin lain. Nasib saya terbiar dan saya tidak ada baju barn dan lain-lain persediaan untuk berhari raya.” Rasulullah SAW mengalirkan air mata mengenangkan nasib kanak-kanak tersebut. Baginda berkata: “Sukakah kamu kalau aku menjadi ayahmu dan Aisyah (isteri Rasulullah) menjadi ibumu?” Sungguh tidak terkira gembiranya rasa hati kanak-kanak itu, bila mendengar Rasulullah SAW yang mulia menjadi ayahnya. Baginda pun membawa pulang kanak-kanak tersebut ke rumahnya. Kanak-kanak itu dimandikan, dipakaikan dengan baju raya dan dijamu makan. Betapa gembiranya hati kanak-kanak itu, begitulah gembiranya hati Rasulullah SAW kerana dapat menggembirakannya.

14. Pada ketika yang lain, dalam perjalanan menuju ke pasar, Rasulullah SAW melihat seorang budak (hamba sahaya) sedang menangis di tepi jalan. Bila baginda tanyakan mengapa menangis, budak itu menjawab bahawa dia menangis kerana duit yang diberi oleh tuannya telah hilang. Rasulullah SAW terus mengganti duit yang hilang itu dengan duit baginda sendiri. Tetapi apabila baginda balik dari pasar, dilihatnya budak yang sama masih menangis. “Kenapa kamu masih menangis?” tanya Rasulullah SAW. “Kali ini saya menangis kerana takut dimarahi dan dipukul oleh tuan saya kerana saya sudah terlambat pulang dan pasar,” jawab budak itu.

Untuk mengelakkan budak itu daripada dimarahi, Rasulullah SAW sendiri menemaninya pulang. Rupanya rumah itu dihuni oleh sekumpulan wanita. Rasulullah SAW terus memberi salam. Setelah tiga kali memberi salam, barulah salam Rasulullah SAW itu dijawab. Rasulullah SAW bertanya, “Apakah kamu tidak dengar salam saya sebelumnya?” Wanita-wanita itu menjawab, “Kami dengar, tetapi sengaja kami tidak jawab supaya kami mendapat doa daripada Rasulullah SAW banyak kali…”

Rasulullah SAW terus menerangkan mengapa budak itu lambat. Baginda meminta supaya budak itu tidak dirotan, tetapi sekiranya mereka tidak puas hati, Rasulullah menawarkan dirinya sebagai ganti untuk dirotan. Lantas Rasulullah SAW menyingsing lengan bajunya. Mendengar kata Rasulullah SAW itu, kumpulan wanita itu lantas berkata, ” Tidak, ya Rasulullah. Mulai sekarang, kami merdekakanlah budak ini.” Itulah kesan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

16. Rasulullah SAW berjiran dengan seorang Yahudi. Baginda sangat menjaga hak-hak jiran. Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang menyakiti hati jirannya malah baginda selalu menghadiahkan makanan dan lain-lain hadiah kepada jiran Yahudinya itu.

17. Rasulullah SAW juga sangat mengambil berat tentang hak-hak kafir zimmi. Baginda bersabda: “Siapa yang menzalimi kafir zimmi walaupun orang Islam sayalah pembelanya (penebusnya).”

18. Rasulullah SAW juga sangat mengasihi binatang. Baginda melarang kanak-kanak menyeksa binatang. Untuk menyembelih binatang, Rasulullah SAW berpesan supaya menggunakan pisau yang tajam, agar binatang tersebutcepat mati dan tidak lama dalam kesakitan. Rasulullah SAW sering mengingatkan supaya unta-unta dan himar tidak dibebani oleh muatan yang berlebihan daripada apa yang sanggup ditanggung. Pernah seekor kucing tidur atas serban Rasulullah SAW. Maka baginda menggunting bahagian tempat kucing itu tidur di atasnya kerana tidak mahu mengejutkan kucing tersebut. 

Ketika dalam perjalanan dan Madinah ke Makkah di tahun kemenangan, Rasulullah melihat seekor anjing di tepi jalan. Anjing itu mengeluarkan suara seakan-akan membujuk anaknya yang sedang mengerumuninya untuk menyusu. Maka Rasulullah meminta seorang Sahabat untuk menjaga jangan sampai ada dan kalangan anggota rombongan baginda yang mengganggu anjing itu dan anak-anaknya. Ketika Rasulullah melihat seekor himar yang telah diberi tanda dengan besi panas di mukanya, baginda menentangnya dan melarang haiwan diberi tanda dan dipukul di mukanya.

19. Ketika Rasulullah meninggalkan kabilah Saqif, ada seorang lelaki yang memohon kepada beliau, “Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kebinasaan mereka.” Rasulullah berkata, “Ya ALLAH, berilah petunjuk kepada kabilah Saqif dan bawalah mereka (ke jalan yang benar).”

20. Satu ketika Abu Zar keluar bersama hamba sahayanya yang berpakaian seperti apa yang beliau pakai, lalu ada orang bertanya, “Mengapa kamu berbuat demikian?” Abu Zar menjawab, beliau mendengar Rasulullah berkata: “Hamba sahaya itu adalah saudaramu, mereka di jadikan oleh ALLAH di bawah kekuasaanmu. Maka barangsiapa saudaranya di bawah kekuasaannya (di bawah jagaannya), hendaklah dia memberi makan dengan apa yang dia makan dan memberi pakaian dengan pakaian yang is pakai, dan janganlah hamba itu disuruh melakukan pekerjaan di luar batas kemampuannya. Apabila mereka diperintahkan bekerja maka bantulah mereka.”

INILAH sebahagian daripada cerita-cerita sebagai bukti betapa pengasih dan pemaafnya Rasulullah SAW, model agung kecintaan yang paling unggul dan patut dicontohi oleh manusia sepanjang zaman. Cerita-cerita itu menunjukkan betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW sama ada kepada manusia atau bintang, yang sepatutnya dicontohi oleh umat Islam.

http://indahnya-mimpi-ini.blogspot.com/2014/04/tingginya-sifat-kasih-sayang-rasulullah.html

Jumaat, 4 April 2014

Siapakah suami anda di Syurga nanti ?

Terkadang, dalam hidup ini, ada wanita sholihah yang berpisah dengan suaminya. Baik kerana bercerai atau suaminya meninggal dunia. Lalu, wanita sholihah tersebut menikah lagi. Ketika mereka semua masuk syurga, siapakah yang akan menjadi suaminya?

Imam Al Qurthuni di dalam kitab At Tadzkirah meriwayatkan bahawa Hudzaifah Ibnul Yaman radhiyallahu anhu mengatakan kepada isterinya, “Jika engkau ingin menjadi isteriku di syurga, janganlah engkau menikah lagi setelah aku. Kerana wanita adalah milik suaminya yang terakhir.”

Muawiyah bin Abi Sufyan radhiyallahu anhu pernah melamar Ummu Darda. Namun Ummu Darda menolak sambil mengatakan, “Aku pernah mendengar Abu Darda menceritakan sebuah hadits yang menyatakan ‘Sesungguhnya wanita akan menjadi isteri dari suami terakhirnya kelak di syurga.’”

“Begitu juga halnya dengan Ummahatul Mu’minin,” kata Abu Muhammad Jamal dalam buku Imra’atus Sami’in bi Aushafil Huril Iin, “kelak di syurga akan menjadi isetri-isteri Rasulullah, meskipun sebelum dinikahi Rasulullah mereka pernah dinikahi orang lain.”

Namun, ada pula pendapat bahawa wanita sholihah yang pernah menikah beberapa kali, kelak di syurga ia akan menjadi isteri dari suami yang paling baik akhlaknya.

Ummu Habibah pernah bertanya pada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, wanita yang pernah mempunyai dua suami di dunia, lalu kedua-duanya meninggal, lantas ketiganya bertemu di syurga, untuk siapa isteri itu, untuk suami pertama atau kedua?” Rasulullah menjawab, “Untuk suami yang paling baik akhlaknya kepada isterinya. Kerana akhlak akan membawa kebaikan dunia dan akhirat.” [IK/bersamadakwah]

*Sumber: Imra’atus Sami’in bi Aushafil Huril Iin, Bertemu Bidadari di Syurga karya Abu Muhammad Jamal Ismail

http://peribadirasulullah.wordpress.com/2014/04/02/siapakah-suami-anda-di-syurga-nanti/

Rabu, 2 April 2014

SUJUDKU...


Diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas Radhiallahu 'anhuma bahawa 
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya : "Aku diperintahkan untuk sujud di atas tujuh tulang (anggota sujud), iaitu: pada dahi - dan Baginda menunjuk dengan tangan Baginda kepada hidung Baginda -, dua tangan, dua lutut dan jari-jari dari dua telapak kaki..."
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Selasa, 1 April 2014

HAK MUTLAQ ALLAH


Tuhan Yang Sama.
Tuhan yang berselawat kepada Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam adalah Tuhan yang sama MEMERINTAHKAN untuk BERDOA KEPADA ALLAH TAALA.

Allah berfirman:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِين
"Dan Tuhan kamu berfirman: "BERDOALAH kamu KEPADAKU nescaya Aku PERKENANKAN doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong daripada beribadah (berdoa) kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina" . [Ghafir:60]

Berdoalah kepada ALLAH TAALA SAHAJA. Bukan kepada selain Allah.
Dan orang yang Allah taala berselawat kepadanya juga berdoa meminta dan menyeru kepada Allah.

Nabi shallallahu alaihi wa sallam banyak berdoa

يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
" Wahai (Allah) Yang Membolak Balikkan Hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu" [Lihat: Sunan Tirmizi (2140)]

Jangan berdoa kepada selain Allah taala. Mintalah kepada Allah taala kerana Allah lah sahaja yang akan memperkenankan doa.

Ikutlah perintah Allah taala. Ikutlah Sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang sombong dan dihinakan di akhirat kelak.

SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...