Khamis, 22 Disember 2016

DZIKIR, DZIKIR DAN TERUS BERDZIKIR TANPA HENTI

Muhammad Zahir

Rasulullah SAW bersabda, “Tiada suatu kaum yang duduk sambil berdzikir kepada Allah melainkan mereka akan dikelilingi oleh malaikat, diselimuti oleh rahmat dan Allah akan mengingat mereka di hadapan makhluk yang ada di sisi-Nya.” (HR. Bukhari).

Rasulullah juga bersabda, “Tiada suatu kaum yang berkumpul sambil mengingat Allah dimana dengan perbuatan itu mereka tidak menginginkan apa pun selain diri-Nya, melainkan penghuni langit akan berseru kepada mereka, ‘Bangkitlah, kalian telah diampuni. Keburukan-keburukan kalian telah diganti dengan kebaikan-kebaikan’.” (HR. Ahmad).

Sungguh luar biasa kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Manafaat dzikir yang sedemikian luar biasa bagi kehidupan dunia-akhirat kita senantiasa Allah ulang-ulang di dalam kitab-Nya agar kita terus menerus mengamalkannya.
“Hai orang-orang yang beriman, berdzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dengan dzikir yang sebanyak-banyaknya.” (QS. Al-Ahzab [33]: 41).

Bahkan saat kita selesai sholat pun, Allah tekankan agar kita terus berdzikir kepada-Nya.
 “Maka apabila kamu telah menyelesaikan shalat, ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring” (QS. An-Nisa [4]: 103).

Malah kalau saat lupa Allah swt, bahaya besar menanti...
Allah SWT berfirman:"Dan sesiapa yang hatinya tidak mengindahkan zikir kepada Yang maha Pengasih, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya."(QS. Az-Zukhruf: Ayat 36).

JANGAN GHAFLAH(LALAI)
Allah SWT berfirman: "Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati Allah (berdzikir); mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi."(QS. Al-Mujadilah: Ayat 19).

Marilah berdzikir... terus berdzikir... berdzikir hingga ke hembusan yang terakhir.



Selasa, 20 Disember 2016

WAHAi SaHaBATku

Gambar hiasan sahaja

Wahai sahabatku, 
pandanglah pemakaman nun di sana, 
dan saksikan betapa banyak pusara di dalamnya;
berapa ratus ribu manusia tidak berdaya berbaring di sana di dalam kegelapan.
setiap orang di antara mereka telah membanting tulang dan berjuang,
telah terbakar oleh harapan hampa dan ketamakan, dan
pakaian-pakaian gemerlap bertatahkan ratna mutu manikam.

Mereka mengumpulkan berguni guni emas dan perak,
merampas nafkah orang ramai , dan berlumba-lumba
dengan tipu muslihat , mencari wang banyak;
namun, akhirnya dengan penuh keluh penyesalanan
mereka dibaringkan untuk menghadaapi ajal.

Gudang harta kekayaan mereka penuhkan,
dan di dalam jiwa mereka
tertanam dalam benih-benih
ketamakan;
tetapi, akhirnya,
semua itu mereka tinggalkan.

Sungguh menyedihkan, dengan tidak terduga-duga
terjebaklah mereka di pintu kematian,
dan di sana cangkir takdirlah
yang akan mereka minum.

Wahai sahabatku, renungilah kebimbingan hatimu,
dan bergegaslah engkau ke pintu taubat;
jika tidak, ketahuilah olehmu,
engkau akan terseksa untuk selama-lamanya.

Petikan karya Al-Anshari dari Hirat kpw -xx


Ahad, 18 Disember 2016

Allah huma Solly Ala Syaiddina Muhammad...

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Kelahiran Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam berbeza, khusus dan tinggi di antara kelahiran-kelahiran lainnya. Maka itu adalah kelahiran tercegahnya syaitan mendekat dari langit dan mencuri pendengaran. Kelahiran yang membuat berhala merunduk dan tunduk.

Kelahiran yang menyebabkan api Kerajaan Persia padam yang sudah seribu tahun tak padam. Kelahiran yang menggoncang Kerajaan Kisra dan terjatuh kerananya 14 berhala yang di sembah. Cahaya menyebar luas bahkan Ibunya Rasul Shallallahu 'alaihi wa sallam melihat Kerajaan Basrah. Bahawa itu adalah cahaya Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam."

[Al-Allamah Sayyidi Habib Umar Bin Muhammad Bin Hafidz Hafizhahullah]

Rabu, 14 Disember 2016

*BIODATA RASULULLAH S.A.W*

Mahmud Gani,

*Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim_.

Tarikh lahir :* _Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571Masihi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)
Tempat lahir* : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa* : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW). *Ibu susu pertama* : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

*USIA 5 TAHUN*-_Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat_
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

*USIA 6 TAHUN*- _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

 *USIA 8 TAHUN*- _Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

*USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)-
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

 *USIA 20 TAHUN*
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

*USIA 25 TAHUN*
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

*USIA 35 TAHUN*
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

*USIA 40 TAHUN*
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

 *USIA 53 TAHUN*
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

*USIA 63 TAHUN*
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

*ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW*
💚 Khadijah Binti Khuwailid.
💚Saudah Binti Zam'ah.
💚Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
💚Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
💚Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
💚Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
💚Zainab Binti Jahsy.
💚 Maimunah Binti Harith.
💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

*ANAK-ANAK RASULULLAH SAW*
1. Qasim
2.Abdullah
3.Ibrahim
4. Zainab
5.Ruqaiyah
6.Ummi Kalthum
7.Fatimah Al-Zahra '

*ANAK TIRI RASULULLAH SAW*

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

*SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW*

*_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_*
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

*_SAUDARA SUSUAN_*
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

*BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW*
( ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

*Sabda Rasulullah SAW:*
💞  _"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku_.  _Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga"(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

🎯 *KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH*

💓Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

_Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_

💞 Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
💞Aku melihat cahaya dari lidahnya.
💞 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
💞 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
💞Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
💞 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
💞 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
💞 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
💞 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
💞 Wajahnya seperti bulan purnama.
💞 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
💞Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
💞 Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
💞 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
💞Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
💞Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
💞 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
💞Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
💞Janggutnya penuh dan tebal menawan.
💞Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
💞 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
💞Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
💞Rambutnya sedikit ikal.
💞 Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
💞 Rambutnya terbelah di tengah.
💞Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
💞Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
💞Seimbang antara kedua bahunya.
💞Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
💞Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
💞Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
💞 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
💞Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
💞Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
💞Warna putihnya lebih banyak.
💞Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
💞Warna kulitnya putih tapi sihat.
💞Kulitnya putih lagi bercahaya.
💞 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
💞 Badannya tidak gemuk.
💞Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
💞 Perutnya tidak buncit.
💞 Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

 *KESIMPULANNYA*:
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

*Nota Kaki :*
_Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk_
_mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencinta kita_

Khamis, 8 Disember 2016

S E L A L U C A R I

Muhammad Dzahir:
*Ceritalah baik orang dan jangan sekali-kali berdendam. Cakap yang baik saja. Yang elok saja.*
*PASTIKAN ANDA ADA SIFAT MENUTUP AIB SESEORANG DAN MEMAAFKAN SESEORANG*
*S E L A L U  C A R I  B A I K  O R A N G*JANGAN  C A R I  B U R U K  O R A N G*
_Suatu ketika Nabi saw hendak mandikan jenazah, maka Umar r.hu telah melarang Nabi saw untuk jadi imam pada solat jenazah itu kerana jenazah itu seorang yang jahat._
_Nabi saw telah tanya pada sahabat yang lain,_
*_"Pernah kamu semua lihat jenazah ini buat apa-apa kebaikan sepanjang hidupnya..?"_*
*_Maka seorang sahabat menjawab bahawa lelaki itu pernah mengawal keselamatan jemaah sepanjang malam dalam satu safar._*
_Maka Nabi saw kata pada Umar r.hu,_
*_"Mata yang berjaga malam di jalan Allah, maka Allah haramkan api neraka ke atasnya..!"_*
*_"Wahai Umar..! Orang yang api neraka diharamkan ke atasnya, kenapa kamu memandai-mandai tentukan hukum untuk dia..?"_*
*_Nabi saw palingkan wajah ke arah jenazah dan mula takbir._*
*_Semua Para Sahabat r.hum ada sifat untuk menutup aib seseorang dan memaafkan kesalahan seseorang._*

*_HOBI ANDA SUKA CAKAP BAIK ORANG? ATAU_*HOBI ANDA SUKA CAKAP BURUK ORANG?_*
*_ANDA SUKA CAKAP YANG BETUL..? ATAU..?_**_ANDA SUKA CAKAP YANG TAK BETUL?_*
*_B E L A J A R L A H_**_M E M B E T U L K A N_*
*_C A K A P  A N D A  D A L A M_*
*_K E R J A  D A K W A H  N A B I  S A W_*

 *_::✋😃 keluarkan jemaah ke negara jauh_*
[05/12 11:20 pm] Muhammad Dzahir: *_:: ✋😃 rumah anda suasana agama_*
 aaaku menangis membaca kisah seorang sahabat dari USA....
*_APABILA DATANG YANG HAK AKAN PERGI SEMUA YANG BATHIL_*
*_A N A K_*_P E R E M P U A N N Y A_**_B E R T A N Y A_**_K E N A P A  A Y A H_**_T A K  B A C A  H A D I S ?_*
*_A y a h n y a  m e n a n g i s  d a n_**_m e r e k a  b e r d u a  m e n a n g i s_*
*_Dia cuma tinggal bersama anak perempuannya yang kerja di club sebagai gro..!_*

*_A M A L  D A K W A H  M E N A R I K_*
*_H I D A Y A T  A L L A H  S W T_*
*_Hidup dia dan anaknya terlalu bebas. Satu hari dia terpikat dengan jemaah yang sedang buat dakwah di masjid._*
*_P E R K A T A A N  A L L A H,  R A S U L_*
*_A D A  N U R  P E L E M B U T  H A T I_*
*_Masuk saja ke masjid dan bila dia dengar cerita tentang kebesaran Allah, dia menangis teresak-esak seorang diri._*
_Dia tanya,_ *_"Ustaz..! Macamana anak saya gro..? Dia tahu perangai buruk saya yang degil dan jahat. Dia pasti tak dengar cakap saya..!"_*
*_B A W A  Y G  H A K  D I  R U M A H_*
*_"Cuba hidupkan Taklim dalam rumah..!"_* _Kata Ustaz tadi._
*_"Tapi anak saya tidak ada masa langsung di rumah. Tak sempat dan pasti dia tak akan dengar..!"_*
*_"Cuba awak fikir masa bila dia ada di rumah..!"_* _Kata Ustaz lagi._
*_"Oh ya, masa dia depan cermin make-up. Memang lama masa dia bersiap sebelum keluar ke club. Macam-macam lelaki datang rumah..!"_* _Dia sedih teringat keadaan anaknya..!_

*_B I L A  N U R  Q U R A N  H A D I S_*
*_M E R E S A P  D A L A M  J I W A_*
*_Dia mulakan bacaan Taklim sebelah anaknya. Tak terlalu kuat dan tak terlalu perlahan. Tapi anaknya buat tak tahu jer..!_*
*_Setelah beberapa minggu anaknya tetap sama. Buat tak tahu dan takde kesan. Tak dengar nasihatnya. Dia mula putus asa dan esoknya berhenti baca Taklim._*
_Tiba-tiba anaknya masa nak make-up tanya,_ *_"Kenapa ayah tak baca hadis..?"_*
*_"Kamu bukan nak dengar pun..!"_* _Jawabnya ringkas._
_Maka dijawab anaknya,_ *_"Setiap hari saya sedih. Hari ini saya dah buat keputusan untuk jumpa boss dan tidak mahu kerja ini lagi. Saya nak dekat dengan Allah..!"_*

*_A I R M A T A  Y A N G  L A R I S_*
*_D I  M A N A - M A N A  P A S A R A N_**_Itulah Nur Al-Quran dan kesan hadis Nabi saw. Ayahnya menangis dan mereka berdua menangis._**_Itulah bila hidayah menyapa. Lebih mahal dan bahagia dari segala perkara dalam dunia ini. Hidayat itu lebih mahal dari segalanya..!_*

Tk Ustaz Ebit Lew._



SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...