Sabtu, 24 Februari 2018

RENUNGAN ...Dari Sahabat


hidup ini suatu perjalanan .....
Seorang warga emas ditanya, apakah yang beliau pelajarinya dari usianya yang lalu? 
Beliau menjawab:
Saya belajar...Bahawa dunia ini adalah pinjaman yang akan dipulangkan.. 
Saya belajar...Bahawa orang yang dizalimi lambat laun akan mendapat haknya..
Saya belajar...Bahawa anak panah malam (doa & munajat) tidak pernah tersasar..
Saya belajar…Bahawa kehidupan ini akan tamat pada bila-bila masa walaupun ketika leka..
Saya belajar…Bahawa kata-kata yang baik, wajah yang ceria dan sifat pemurah adalah punca akhlak yang mulia.
Saya belajar…Bahawa orang yang paling kaya di dunia adalah yang memiliki kesihatan dan keamanan..
Saya belajar…Bahawa siapa yang menanam bawang putih, tidak sekali-kali akan dapat bunga raihan.
Saya belajar…Bahawa usia akan habis tetapi urusan dunia tidak akan habis..
Saya belajar…Siapa yang mahu kata-katanya didengari, perlu bersedia mendengar dari orang lain..
Saya belajar…Bahawa bemusafir dengan orang lain adalah pengukur paling tepat keaslian manusia..
Saya belajar…Orang yang sering berkata: (akulah, akulah) sebenarnya kosong dari dalam..
Saya belajar…Bahawa emas akan kekal emas, manakala besi akan berubah dan berkarat..
Saya belajar…Bahawa semua manusia yang telah mati, mempunyai agenda dan perancangan yang tidak sempat dilaksanakan..
Saya belajar…Kita sering mengemas katil dan menyejukkan ruang bilik untuk menikmati 'mati kecil'..
Sudahkah kita mengemas amalan kita dan menyejukkan kubur kita dengan ketaatan untuk kita menikmati 'mati besar'?
Berkata seorang soleh:
"Aku hairan daripada manusia yang sering mengingatkan tentang makanan yang boleh mendatangkan penyakit, tetapi tidak mengingatkan tentang dosa yang boleh menghumban ke dalam api neraka"

Sabtu, 10 Februari 2018

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

❝Nabi ﷺ memperingatkan kita supaya jangan banyak berkata-kata kecuali yang kita nak banyakkan hanyalah zikirullah. Jangan banyak bercakap-cakap perkara yang lagho ataupun perkara yang tidak mendatangkan faedah, manfaat ataupun perkara yang tidak akan mendapat pahala apa-apa. Kerana memperbanyakkan perkataan ataupun banyak bercakap tanpa zikirullah itu maka sebab itu kamu menjadi keras hati.❞

[Al-Fadhil Ustaz Azahar Hashim Al-Hadrami]

Inilah Yakjuj Makjuj Yang Sebenarnya !!! || YBhg Ustaz Auni Mohamad

Rukun Qauli Bacaan Dalam Solat

Gambar hiasan 
Soalan:
1. Apakah hukumnya sekiranya rukun qauli dalam solat tidak dibaca mengikut tajwid?
2. Adakah bacaan dalam solat wajib dibaca hingga dapat didengari diri sendiri atau memadai dibaca dalam hati?
Jawapan:

Terima kasih dengan soalan saudara ini. Pertama sekali, kami memohon maaf kerana lewat menjawab soalan yang dikemukakan ini. Insya Allah kami akan menjawab persoalan anda sebaik mungkin.

Mempelajari ilmu al-quran adalah wajib bagi semua umat Islam. Bersesuaianlah dengan firman Allah di dalam al-Quran, surah Al-Muzammil ayat 4 yang bermaksud; “…dan bacalah Al-Quran dengan tartil.” Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa hendaklah kita membaca al-Quran dengan bacaan yang jelas dan betul menurut ilmu tajwidnya. Ini adalah penting, kerana ilmu tajwid bukan sahaja berkaitan istilah-islilahnya(izhar, idgham dan sebagainya) sahaja, bahkan melingkupi cara penyebutan makhrajnya sekali. Oleh yang demikian, terdapat kemungkinan la untuk ayat-ayat al-quran itu berubah makna.

Di dalam solat, menurut Imam Nawawi, sekiranya bacaan pada rukun qauli itu merubah maknanya maka batal solatnya. Tetapi sekiranya tidak berubah maka tidak batal. Walaupun begitu, seseorang haruslah berusaha sebaik mungkin untuk belajar cara penyebutan atau ilmu tajwid. Sekiranya ternyata seseorang itu tidak boleh menyebut(pelat), maka itu dimasukkan pada kategori yang dimaafkan.

Menjawab soalan kedua, solat merangkumi Rukun Qauli (perkataan) dan Rukun qalbi (hati). Ini adalah hasil syarah dan pendetailan fuqaha' madzhab semasa merincikan ilmu Fiqh (azZuhaliy, Fiqh Islami). Begitu juga rukun-rukun solat, spt Rukun 13 itu adalah rincian dalam madzhab Syafi'iy. Istilah-istilah dan perukunan ini disandarkan kepada dalil-dalil. Salah satu daripada dalil itu adalah HR Bukhari-Ahmad,"solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat."

Juga kaedah usyul feqh: "Dasar dalam Ibadah ialah Tauqif (tunggu perintah) dan Ittiba' (ikutan)."
Apabila fuqaha'/ulama' mengkaji bentuk solat Nabi saw, maka mereka merincikan solat itu ada rukun qauli seperti menyebut Takbir Iftitah, "Allahu Akbar" dengan jahar (nyata dengan perkataan melalui sebutan lidah), begitu juga bacaan2 yang lain.

Dalil yang digunakan ialah hadis-hadis dan athar yang dihimpunkan mengenai tatacara solat Nabi saw, mana bacaan baginda yang dikuatkan (nyaring) dan manakah bacaan yang diperlahankan. Jika Nabi membaca secara senyap, sahabat masih boleh melihat mulut Nabi bergerak dengan melihat pergerakan janggutnya (Bukhari-Muslim) Ini menunjukkan solat itu ada rukun Qauli.

Kadar kuat (nyaring) atau perlahan itu ada disebut dalam dalil hadis riwayat Abu Daud, alHakim (disahihkan olehnya), azZahabi (disepakatinya) bahawa Nabi menegur Abu Bakar, supaya mengangkat sedikit suaranya (kerana terlalu perlahan) dan Umar ra merendahkan sikit bacaanya kerana terlalu nyaring.

Adapun solat dan membaca dengan hati ini bukanlah dari Nabi saw, tapi ajaran solat adDaimun (solat dengan hati yang diwartakan sesat). Ruj: Albani, Sifat Solatun Nabiyy.

Sekian. Wassalam.

Rujukan
Tafsir Al-Quran Pimpinan Ar-Rahman
Terjemah Al-Azkar – Al-Imam An-Nawawi
Ilmu Tajwid Cara Mudah dan Berkesan 


http://solatjemaahjumaat.blogspot.my/2008/12/rukun-qauli-bacaan-dalam-solat.html

Khamis, 8 Februari 2018

BILA KAMU TIDAK MELIHATKU DI SYURGA



Ustadz Abdullah Zaen. MA -Hafidzahullah
Ketika mengunjungi seorang teman yang sedang kritis sakitnya, dia menggenggam erat tanganku, lalu menarik ke mukanya, dan membisikkan sesuatu...
Dalam airmata berlinang dan ucapan yang terbata-bata dia berkata, *"Bila kamu tidak melihat aku di syurga, tolong tanya kepada Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu..."
Dia langsung terisak menangis, lalu aku memeluknya dan meletakkan mukaku di bahunya. Aku pun berbisik, *"In syaa Allah, in syaa Allah, aku juga mohon kepadamu jika kamu juga tidak melihatku di syurga..."*
Kami pun menangis bersama, entah berapa lama...
Ketika saya meninggalkan Rumah Sakit, saya terkenang akan pesan beliau...
Sebenarnya pesan itu pernah disampaikan oleh seorang ulama besar, Ibnu Jauzi, yang berkata pada sahabatnya sambil menangis:*"Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku: 'Wahai Rabb kami, si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga."*
Ibnu Jauzi berpesan begitu bersandar pada sebuah hadits:
*"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah: 'Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia shalat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami...'"Maka Allah berfirman, "Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah."(Ibnu Mubarak dalam kitab Az Zuhd)*
Wahai sahabat-sahabatku...
Di dalam bersahabat, pilihlah mereka yang bisa membantu kita, bukan hanya ikatan di dunia, tetapi juga hingga akhirat.
*Carilah sahabat-sahabat yang sentiasa berbuat amal sholeh, yang shalat berjamaah, berpuasa dan sentiasa berpesan agar meningkatkan keimanan, serta berjuang untuk menegakkan agama Islam.*
Carilah teman yang mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bersama untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dengan kebenaran.
Teman yang dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, atau teman menonton bola, teman memancing, teman bershopping, teman FB untuk bercerita hal politik, teman whatsapp untuk menceritakan hal dunia, akan berpisah pada garis kematian dan masing-masing hanya akan membawa diri sendiri.
Tetapi teman yang bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga...
Semaklah diri, apakah ada teman yang seperti ini dalam kehidupan kita, atau mungkin yang ada lebih buruk dari kita...
Ayoh... berubah sekarang, kurangi waktu dengan teman yang hanya condong pada dunia, carilah teman yang membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak bisa mengharapkan pahala ibadah kita saja untuk masuk syurganya Allah Jalla wa 'Alaa.
Perbanyaklah ikhtiar, semoga satu darinya akan tersangkut, dan membawa kita ke pintu syurga...
Al-Hasan Al-Bashri berkata:*"Perbanyak lah sahabat-sahabat mukminmu, kerana mereka memiliki syafa'at pada hari kiamat.”*
Pejamkan mata, berfikir lah... siapa kiranya di antara sahabat-sahabat kita yang akan mencari dan mengajak kita bersama-sama ke syurga??
*SEMOGA KALIAN BERKENAAN MENJADI TEMAN-TEMAN YANG  MEMBAWA KAMI KEPADA KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT, AAMIIN.*

...apabila cinta....

Dengan cinta............
melaksana taat tidak akan melelahkan
dengan cinta...umpat keji tidak menjengkelkan
                       asal laku buat itu masih dalam tuntutan al-Quran
                       Malah ia seakan lagu merdu menghiburkan

Dengan adanya cinta itu..
lapar kenyang, sihat sakit, susah atau senang kau layani dengan senyuman paling manis
kerana kau telah mengerti hakikat kehidupan bermatlamat kematian
kau sentiasa redha dan senang
qanaah dan syukur

dengan cinta itu..
tidak mudah engkau mengalah dengan sekelumit dugaan menggetarkan
demi kewajiban
bisikan sahaja "ia hanya sehalus debu kecil melintas pandangan"

Serahkan cinta itu hanya untuk-Nya
sentiasa memanjatkan doa doa dan doa.

"Ya Rabb anugerahi aku dengan cinta kepada-Mu,
                 anugerahi aku dengan cinta kepada Rasul kekasih-Mu
Wahai Allah, Ya Rabb..aku mendambakanMu


sore J/awal 1439

SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...