Ahad, 31 Mac 2013

Kaya itu Rasa Cukup Apa Yang Ada


Kaya itu Rasa Cukup Apa Yang Ada
Gambar hiasan saja
Dan redhalah terhadap apa yang diberikan untukmu, nescaya kamu menjadi orang yang paling kaya (Riwayat Addi melalui Ibnu Masud r.a.)

Orang yang kaya sebenarnya ialah orang yang kaya jiwanya iaitu tidak bakhil atau kedekut. Rasulullah Sallallaahu Alayhi Wa sallam bersabda yang bermaksud:“Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa.”

Baginda Mulia mengajar kita berdoa…..cukupkanlah aku dengan rezekimu yang halal bukan daripada rezeki yang haram, serta cukupkanlah aku dengan kemurahanMu daripada selainMu (Riwayat Hakim)

Rasulullah Sallallaahu Alayhi Wa sallam. bersabda yang bermaksud: “Apabila Allah menghendaki kebaikan terhadap seorang hamba, maka dia menjadikannya kaya jiwa dan dalam hatinya ada takwa. … (Riwayat Hakim melalui Abu Hurairah)

Rasulullah Sallallaahu Alayhi Wa sallam. bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat taqwa, kaya jiwa serta tidak menonjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi)”.(Muslim)

Cukup Walau Sedikit.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang redha dengan rezekinya yang sedikit, Allah akan redha dengan amalannya yang sedikit”. (Riwayat Baihaqi dari Ali)

Amalan yang sedikit di sini bermakna yang amalan yang wajib dilakukan dan tidak ditinggalkan, cuma sedikit atau tidak dilakukan amalan sunat. Kemewahan dan kekayaan yang diberikan sepatutnya disyukuri dengan menambahkan lagi amalan dan aktiviti selain amalan fardhu seperti mengembangkan Islam.

Al-Maidah [100] Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.

Kemewahan dunia banyak diberikan kepada orang kafir. Orang kafir yang buat kebajikan, dibayar kebaikannya terus semasa di dunia (samada melalui kekayaan atau lain-lain kesenangan) kerana mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. Semasa di hari kiamat mereka minta balasan atas kebajikan mereka, jawab Allah dalam firmannya “kamu telah seronok dalam dunia dulu, kamu nak apa lagi, aku telah bayar semua di dunia dulu“:

Al-Ahqaf [20] Dan (ingatlah), semasa orang-orang kafir didedahkan kepada Neraka (serta dikatakan kepada mereka): Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik.


Jumaat, 29 Mac 2013

KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S

Kelebihan Kita Sebagai Umat Muhammad...
by Abu Hanifah
Gambar hiasan aje
Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya ALLAH Subhanahu wa Ta’ala telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

· Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh ALLAH Subhanahu wa Ta’ala

· Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala maka ALLAH Subhanahu wa Ta’ala telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi ALLAH Subhanahu wa Ta’ala memberi mereka pakaian.

· Ketika aku telah berderhaka kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala  maka ALLAH Subhanahu wa Ta’ala telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, ALLAH Subhanahu wa Ta’ala tidak memisahkan isteri mereka.

· Memang benar aku telah derhaka kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala dalam Syurga dan aku dikeluarkan dari Syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam Syurga apabila mereka bertaubat kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala

Firman ALLAH Kepada Jibrail ( Semasa Penciptaan Jibrail )

ALLAH Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu  dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat
mereka?"

Lalu ALLAH berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari ALLAH Subhanahu wa Ta’ala maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarakperjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian ALLAH Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang me reka kerjakan....."

Jika kita meneliti akan kelebihan yang diberikan kepada kita selaku umat Nabi Muhammad SAW, maka jelaslah bahawa kita adalah hamba ALLAH Subhanahu wa Ta’ala yang dipilih untuk sama-sama memperjuangkan apa yang Nabi Muhammad SAW perjuangkan semasa dalam hayat Baginda SAW.

Dengan keistimewaan yang diberikankan kepada kita, sama-sama bersyukur dan manfaatkannya. Jangan sekali-kali mensia-siakannya. Buktilah bahawa kita adalah umat yang terbaik. Umat yang terbaik berbanding dengan umat-umat para Nabi Alaihi Solatu Wasalam yang terdahulu.

ya Allah

Ya Allah 
 berikan aku sepasang mata yang mampu melihat kebaikan orang lain, 
sekeping hati yang mampu memaafkan kesalahan, 
minda yang mampu melupakan kepahitan 
dan jiwa yang tak pernah rapuh imannya

Selasa, 26 Mac 2013

SoLaT iTu TiAng AgAmA



SOLAT merupakan tiang ibadah yang mana setiap umat Islam wajib melakukannya tidak kira sama ada individu tersebut berada dalam keadaan kesusahan atau sebaliknya. Sehubungan itu, ALLAH Subhanahu wa Ta’ala menurun tuntutan rukhsah bagi memudahkan umat Islam menunaikan ibadat dalam apa jua keadaan sekalipun.

Bahkan bukan sahaja rukhsah, tetapi juga daripada segi kekuatan solat itu sendiri yang mempunyai kekuatan dan pelbagai rahsia dalaman yang pelaku menunaikannya mengetahui tuntutan syariat tersebut.

Sebuah buku bertajuk Mind, Body Health Psyconeuroimmunologist menyatakan, penyakit yang dideritai oleh manusia semuanya berpunca daripada kelemahan dalaman seorang manusia. Ia mendedahkan fungsi dalaman manusia yang akan memberi kesan kepada fizikal seseorang manusia.

Menurut buku itu lagi, kekuatan spiritual atau kerohanian lahir daripada amalan rohani atau agama, maka ia merupakan penjaga hati nurani termasuk penguat dalaman yang lain.

Sehubungan itu, penulis dan perunding motivasi, Zul Ramli M. Razali berkata, punca utama berlaku masalah sosial dalam kalangan generasi muda masa kini adalah disebabkan oleh penghayatan objektif solat maka dengan disebabkan masalah tersebut menyebabkan kualiti solat merudum.

Jelas Zul Ramli, solat merupakan penyerahan sepenuhnya seorang insan kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala  bermula gerakan takbir, cara berdiri, ungkapan surah al-Fatihah, rukuk, dua antara sujud, sujud dan diakhiri dengan salam, kesemuanya bermaksud penyerahan diri kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala.

"Ini menghasilkan seseorang insan yang merdeka sepenuh jiwa raga, dia tidak tunduk kepada manusia dan tidak gentar kepada sebarang ancaman. Semua ini melambangkan keperibadian yang tinggi dan sejati.

"Solat mampu membina manusia yang berpaksi kepada kebenaran. Mereka tunduk kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala sahaja dan tidak selain daripadanya. Berdiri qiam, rukuk dan sujud menjana tundukkan hanya kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala  Hawa nafsu turut tunduk daripada hati yang khusyuk," jelas Zul Ramli ketika ditemui selepas Bengkel Kuasa Minda: Ubah Sikap Melalui Solat anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) baru-baru ini.

Roh Ibadat Ketika Musafir
Rata-rata peserta Bengkel Kuasa Minda: Ubah Sikap Melalui Solat masih tidak mengetahui sepenuhnya berkenaan rukhsah solat ketika musafir iaitu solat jamak dan qasar. Kebanyakan mereka bertanyakan soalan bagaimana hendak melakukannya, cara melakukan dan sebagainya.

Sebelum itu, Zul Ramli menjelaskan bahawa rukhsah solat ialah kemudahan, kelonggaran atau keringanan yang diberikan oleh ALLAH Subhanahu wa Ta’ala kepada umat Islam dalam melakukan solat di atas tiga sebab itu, musafir, uzur atau sakit dan ketika peperangan.

Tambah beliau, ramai tidak mengetahui bahawa menurut mazhab syarie, keperluan rukhsah solat musafir adalah harus yang di mana ALLAH Subhanahu wa Ta’ala memberi kemudahan kepada orang sedang bermusafir untuk melakukan solat fardu dengan cara qasar atau jamak atau kedua-duanya sekali.

"Di mana kita berada dan dalam keadaan apa sekalipun, solat dituntut dilakukan dengan melakukan kemudahan seperti mana diperintahkan oleh ALLAH Subhanahu wa Ta’ala  Di samping membuktikan bahawa agama Islam mengambil kira kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Berbeza mazhab Abu Hanifah yang mewajibkan rukhsah solat.

"Syarat dibenarkan kepada musafir melakukan solat qasar atau jamak iaitu musafir adalah untuk tujuan yang baik, bukan untuk melakukan maksiat, destinasi yang dituju melalui tidak kurang dua marhalah bersamaan lebih kurang 90 kilometer dan mengetahui destinasi yang hendak ditujui," jelas beliau.

Beliau terdahulu menjelaskan definisi bermastautin dan bermukim:
Bermukim: orang yang tinggal di satu-satu tempat lebih daripada tiga hari. Dia tidak berniat untuk kekal selama-lamanya di situ.

Bermastautin: orang yang tinggal di satu-satu tempat dan tiada ada niat untuk berpindah ke tempat lain walaupun dia lahir di tempat lain.

Hujah itu bermaksud orang yang bermukim diwajibkan solat Jumaat tetapi tidak dikira dalam 40 orang yang menjadi syarat sah bilangan solat Jumaat. Sebaliknya, orang yang bermastautin diwajibkan dan dikira dalam 40 orang makmum jemaah solat Jumaat.

Zul Ramli memberitahu, rukhsah solat itu yang terbahagi kepada dua iaitu, qasar dan jamak, manakala jamak pula dibahagikan kepada dua iaitu takhir dan takdim.

Solat Qasar ialah memendekkan solat empat rakaat kepada dua rakaat. Solat yang boleh diqasarkan ialah Zuhur, Asar dan Isyak.

Solat Jamak ialah menghimpunkan dua solat fardu dalam satu waktu dengan syarat-syarat tertentu. Solat jamak adalah terdiri daripada Zuhur dan Asar serta Maghrib dan Isyak. Ia juga terbahagi kepada dua iaitu:

Jamak takdim ialah menghimpunkan dua solat fardu dalam waktu pertama. Contohnya menghimpunkan solat Zuhur dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zuhur.

Jamak takhir ialah menghimpunkan dua solat fardu dalam waktu kedua. Contohnya menghimpunkan solat Zuhur dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.

Dalam pada itu, Zul Ramli menjelaskan kekeliruan berhubungan rukhsah ketika solat Jumaat. Ujar beliau, jika orang musafir keluar menuju ke destinasi sebelum waktu Subuh, mereka tidak diwajibkan menunaikan solat Jumaat. Sebaliknya sekiranya keluar selepas waktu Subuh, mereka diwajibkan solat jumaat.

"Selain itu, waktu musafir dalam selama tiga hari tetapi waktu pergi dan balik tidak dikira. Contohnya dia keluar pada hari pertama dan balik pada hari kelima maka mendapat kemudahan rukhsah," kata Zul Ramli.

 http://www.utusan.com.my/utusan

Isnin, 25 Mac 2013

10 PERKARA YAHUDI TAK NAK KITA TAHU

10 PERKARA YAHUDI TAK NAK KITA TAHU


Tahukah anda sebenarnya banya perkara yang Yahudi laknat , menyembunyikan pada pengetahuan umum. Banyak rahsia kelebihan dan kelemahan mereka yang disimpan rapi daripada diketahui oleh masyarakat dunia. Antara perkara itu ialah :

1.       Israel merupakan salah satu pembekal ROKOK terbesar dunia. Namun rakyatnya TIDAK digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan BAHAYA dalam kandungan rokok tersebut.

2.       Israel memiliki kepakaran dalam mencipta VAKSIN dan mahir dalam ILMU PERUBATAN, Namun ilmu itu hanya untuk orang luar. Ini kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk jangka masa panjang kepada yang mengambilnya. Penduduk Israel sendiri menggunakan HABBATUS SAUDA dalam perubatan harian mereka.

3.       AMALAN kaum IBU di Israel ketika mengandung ialah wanita akan mendengar suami mereka membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah Matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah . Ini kerana pada ketika itu fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut .

4.       McDonald di Israel telah membuat pengubahsuaian, contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan KOPI BerKAFEIN kepada THE yang mengandungi polyphenols, iaitu unsure kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita di sini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA !

5.       Di Israel, mereka akan MAKAN buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan makan hidangan kabohidrat ( nasi atau roti ) dahulu, kemudian buah-buahan akan menyebabkan kita mengantuk dan lemaserta payah untuk memahami pelajaran yang dipelajari ( di sekolah misalnya). Sebaliknya kita makan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6.       Israel terus melakukan pelbagai usaha untuk MENGHANCURKAN MASJID AL AQSA dan QUBAH SHAKHRAH sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

7.       Majoriti buku SEJARAH di sunia menyatakan Negara-negara ARAB yang menyerang Israel terlebih dahulu pada Perang Tahun 1967. Padahal fakta SEBENAR ialah Israellah yang menyerang Negara-negara Arab TERLEBIH DAHULU, kemudian mereka merebut Kota Al Quds dan Tebing barat. Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk mempertahankan diri dan antisipasi.

8.       Di Palestin, penduduk Kristian Palestin dan Muslim Palestin bersatu melawan penjajah Yahudi.
9.       Pelajar-pelajar di sekolah dilatih tektik kenteraan dalam bersukan seperti menembak dan memanah bagi melatih otak mereka fokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika khidmat mereka diperlukan .

10.   HOSNI MUBARAK merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 Tahun!

p/s: Ini baru 10 sahaja, ADA banyak lagi rahsia Yahudi yang perlu anda ketahui. Wallahualam

KiSaH RoH dan MaLAiKaT MaUt

Kisah roh dan Malaikat Maut


Gambar hiasan
Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa apabila ALLAH Subhanahu wa Ta’ala menghendaki seorang mukmin dicabut nyawanya, akan datanglah malaikat maut ('Izrail). Ketika malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut, keluarlah perkataan dari mulut orang mukmin itu, "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini, karena orang mukmin ini senantiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala."

     Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, dia kembalikepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh mulut orang mukmin itu. lalu ALLAH Subhanahu wa Ta’ala berfirman,"Wahai malaikat maut, cabutlah rohnya dari arah lain."

     Kemudian malaikat maut pun mencuba mencabut roh orang mukmin itu dari arah tangan. Namun, tangan orang mukmin itu berkata, "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin ini melalui jalan ini kerana tangan ini telah mengeluarkan sedekah, mengusap kepala anak-anak yatim, dan menulis ilmu pengetahuan.

     Merasa gagal untuk mencabut roh orang mukmin itu dari arah tangan, malaikat maut mencuba dari arah kaki. Namun kaki berkata, "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang mukmin ini melalui jalan ini kerana kaki ini senantiasa berjalan untuk mengerjakan solat berjamaah dan menghadiri majlis-majlis taklim."

     Usaha malaikat maut diteruskan untuk mencabut roh melalui telinga, namun masih gagal kerana telinga berkata, "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang mukmin ini melalui jalur ini kerana telinga ini senantiasa mendengar bacaan Al-Qur'an dan zikir."

     Akhirnya malaikat maut mencuba untuk mencabut roh orang mukmin itu dari arah mata. Belum sempat menghampiri mata, mata pun berkata, "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang mukmin ini melalui jalan ini kerana mata ini senantiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab."

     Malaikat maut kembali kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala dan memberitahukan masalah yang dihadapinya. ALLAH Subhanahu wa Ta’ala berfirman, " Wahai malaikat-Ku, tulislah nama-Ku di telapak tanganmu dan tunjukanlah kepada roh orang yang beriman itu."

     Setelah mendengar perintah ALLAH Subhanahu wa Ta’ala, malaikat maut pun pergi menghampiri roh orang itu dan menunjukkan nama ALLAH Subhanahu wa Ta’ala . Pada saat roh melihat nama ALLAH Subhanahu wa Ta’ala  terbitlah rasa cinta kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala. Dengan tenang dan damai, keluarlah roh dari arah mulut orang mukmin tersebut.

http://rohksatria.blogspot.com/2012/10/kisah-roh-dan-malaikat-maut.html

Sabtu, 23 Mac 2013

KiSaH SuRaH Al iKhLaS

KiSaH SuRaH Al iKhLaS

Ibu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Ketika saya berisrak ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan, pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membawa surah Al-Ikhlas (Qul huallahu ahad).”

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: “Setelah mereka (malaikat) selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka: ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik dianya lelaki mahupun perempuan’.” Apabila para sahabat mendengar keterangan dari Rasulullah s.a.w. maka mereka sangat kagum. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Wahai para sahabatku, apakah kamu semua kagum?” Berkata para sahabat: “Ya, kami sungguh kagum ya Rasulullah s.a.w.”

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi ALLAH yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya ‘Qul huallahu ahad’ itu tertulis di sayap malaikat Jibril a.s, ‘Allahush shomad‘ itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, ‘Lamyalid walam yuulad‘ tertulis pada sayap malaikat Maut, ‘Walam yakul lahu kufuwan ahad‘ tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. Oleh itu barangsiapa dari umatku yang membaca surah Al-Ikhlas maka dia diberi pahala membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran yang agung.”

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka baginda bersabda lagi: “Wahai para sahabatku, pakah kamu semua kagum?” Maka berkata para sahabat: “Ya Rasulullah s.a.w. kami semua kagum.”

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sungguh ‘Qul huallahu ahad‘ tertulis di dahi Abu Bakar Ash-Siddiq, ‘Allahush shomad‘ itu tertulis di dahi Umar Al Faaruq, ‘Lamyalid walam yuulad‘ itu tertulis di dahi Uthman Dzan Nuuraini dan ‘Walam yakul lahu kufuwan ahad‘ itu tertulis pada dahi Ali Assakhiyyi r.a. Oleh itu sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas maka dia diberi ALLAH s.w.t pahala Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali r.a.”

(Hayatun Quluubi)


Jumaat, 22 Mac 2013

Misteri Bahan Binaan Piramid Dijawab Dalam Al-Quran

Misteri Bahan Binaan Piramid Dijawab Dalam Al-Quran

Piramid
Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan 
Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.”
(Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.
Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.

Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”

Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.

Kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.

Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari ALLAH swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Sumber: akakdisebalikpintu.blogspot.com

Khamis, 21 Mac 2013

DIJEMPUT PULANG PADA MALAM AIDILFITRI - AL IMAM AL-BUKHARI

DIJEMPUT PULANG PADA MALAM AIDILFITRI - AL IMAM AL-BUKHARI


Makam Imam Al-Bukhari
Buta pada masa kecilnya. Keliling dunia mencari ilmu. Menghafal ratusan ribu hadis. Karyanya menjadi rujukan utama sesudah al-Quran.

Imam Bukhari lahir di Bukhara pada bulan Syawal tahun 194 Hijrah. Dipanggil dengan Abu Abdillah. Nama lengkap beliau Muhammmad bin Ismail bin Al-Mughirah bin Bardizbah Al- Bukhari Al-Ju’fi. Beliau digelar Al-Imam Al-Hafizh, dan lebih dikenal dengan sebutan Al-Imam Al-Bukhari.

Datuk beliau, Al-Mughirah, asalnya beragama Majusi (Zoroaster), kemudian memeluk Islam menerusi perantaraan Gabenor Bukhara yang bernama Al-Yaman Al-Ju’fi. Manakala ayah beliau, Ismail bin Al-Mughirah, seorang tokoh yang tekun dan gigih dalam menuntut ilmu, sempat mendengar kehebatan Al-Imam Malik bin Anas dalam bidang keilmuan, pernah berjumpa dengan Hammad bin Zaid, dan pernah bersalaman dengan Abdullah bin Al-Mubarak.

Sewaktu kecil Al-Bukhari buta kedua-dua matanya. Pada suatu malam ibunya bermimpi melihat Nabi Ibrahim yang mengatakan, “Hai Fulanah (yang dimaksudkan adalah ibu Al-Imam Al-Bukhari), sesungguhnya Allah telah mengembalikan penglihatan kedua-dua mata puteramu kerana  selalu berdoa”. Ternyata pada pagi harinya si ibu menyaksikan bahawa ALLAH telah mengembalikan penglihatan kedua-dua belah mata puteranya itu.

Ketika berusia sepuluh tahun, Al-Bukhari mula menuntut ilmu. beliau mengembara ke Balkh, Naisabur, Rayy, Baghdad, Bashrah, Kufah, Makkah, Mesir, dan Syam. Di antara gurunya yang sangat terkenal adalah Abu ‘Ashim An-Nabiil, Al Anshari, Makki bin Ibrahim, Ubaidaillah bin Musa, Abu Al Mughirah, ‘Abdan bin ‘Utsman, ‘Ali bin Al Hasan bin Syaqiq, Shadaqah bin Al Fadhl, Abdurrahman bin Hammad Asy-Syu’aisi, Muhammad bin ‘Ar’arah, Hajjaj bin Minhaal, Badal bin Al Muhabbir, ‘Abdullah bin Raja’, Khalid bin Makhlad, Thalq bin Ghannaam, Abdurrahman Al Muqri’, Khallad bin Yahya, Abdul ‘Azizi Al Uwaisi, Abu Al Yaman, ‘Ali bin Al Madini, Ishaq bin Rahawaih, Nu’aim bin Hammad, Al Imam Ahmad bin Hanbal, dan sederet imam dan ulama ahlul hadis lainnya.

Murid-murid beliau tidak terhitung jumlahnya. Di antara mereka yang paling terkenal ialah Al-Imam Muslim bin Al-Hajjaj An-Naisaburi, penyusun kitab Sahih Muslim.

Al-Bukhari sangat terkenal dengan kecerdasannya dan kekuatan hafalannya. Beliau pernah berkata, “Saya hafal seratus ribu hadis sahih, dan saya juga hafal dua ratus ribu hadis yang tidak sahih”. Pada kesempatan yang lain belau berkata, “Setiap hadis yang saya hafal, pasti dapat saya sebutkan sanad (rangkaian perawi-perawi)-nya.”

Beliau juga pernah ditanya oleh Muhamad bin Abu Hatim Al-Warraaq, “Apakah engkau hafal sanad dan matan setiap hadis yang engkau masukkan ke dalam kitab yang engkau susun (maksudnya: kitab Sahih Bukhari)?” Beliau menjawab, ”Semua hadis yang saya masukkan ke dalam kitab yang saya susun itu sedikit pun tidak ada yang samar bagi saya.”

Anugerah ALLAH kepada Al-Bukhari berupa ketokohan di bidang hadis telah mencapai puncaknya. Tidak menghairankan jika para ulama dan para imam yang sezaman dengannya memberikan pujian kepada beliau. Berikut ini adalah sederet pujian termaksud:

Muhammad bin Abi Hatim berkata, “Saya mendengar Abu Abdillah (Al-Imam Al-Bukhari) berkata, “Para sahabat ‘Amr bin ‘Ali Al Fallaas pernah meminta penjelasan kepada saya tentang status (kedudukan) sebuah hadis. Saya katakan kepada mereka, “Saya tidak mengetahui status (kedudukan) hadis tersebut”. Mereka jadi gembira dengan sebab mendengar ucapanku, dan mereka segera bergerak menuju ‘Amr. Lalu mereka menceriterakan peristiwa itu kepada ‘Amr. ‘Amr berkata kepada mereka, “Hadis yang status (kedudukannya) tidak diketahui oleh Muhammad bin Ismail bukanlah hadis”.

Al-Imam Al-Bukhari mempunyai karya besar di bidang hadis, iaitu kitab beliau yang diberi judul Al-Jami’ atau disebut juga Ash-Shahih atau Sahih Al-Bukhari. Para ulama mengatakan bahawa kitab Sahih Al-Bukhari ini merupakan kitab yang paling sahih sesudah kitab suci al-Quran.

Ketakwaan dan kesolehan Al-Bukhari merupakan sisi lain yang tidak perlu dilupakan. Berikut ini diketengahkan beberapa pernyataan para ulama tentang ketakwaan dan kesolehan beliau agar dapat dijadikan teladan.

Abu Bakar bin Munir berkata, “Saya mendengar Abu Abdillah Al-Bukhari berkata, “Saya berharap bahawa ketika saya berjumpa ALLAH  saya tidak dihisab dalam keadaan menanggung dosa ghibah (mencela orang lain)”.

Abdullah bin Sa’id bin Ja’far berkata, “Saya mendengar para ulama di Basrah mengatakan, “Tidak pernah kami jumpai di dunia ini orang seperti Muhammad bin Ismail dalam hal ma’rifah (keilmuan) dan kesolehan”.

Sulaim berkata, “Saya tidak pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri semenjak enam puluh tahun orang yang lebih dalam pemahamannya tentang ajaran Islam, lebih warak (takwa), dan lebih zuhud terhadap dunia daripada Muhammad bin Ismail.”

Al Firabri berkata, “Saya bermimpi melihat Nabi Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam di dalam tidur saya”. Baginda Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam bertanya kepada saya, “Engkau hendak menuju ke mana?” Saya menjawab, “Hendak menuju ke tempat Muhammad bin Ismail Al-Bukhari”. Baginda Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam berkata, “Sampaikan salamku kepadanya!”

Al-Imam Al-Bukhari meninggal pada malam Aidilfitri tahun 256 Hijrah ketika beliau mencapai usia 62 tahun. Jenazah beliau dikebumikan di Khartank, nama sebuah desa di Samarkand, Uzbekistan.

Sumber : Ummatanwasatan.net
Gambar Kredit to : maptam.blogspot.com

Selasa, 19 Mac 2013

MUSA BERTEMU JODOH

MUSA BERTEMU JODOH
Gambar hiasan
Dengan berdoa kepada ALLAH: "Ya Tuhanku selamatkanlah aku dari segala tipu daya orang-orang yang zalim" keluarlah Nabi Musa dari kota Mesir seorang diri, tiada pembantu selain inayahnya ALLAH tiada kawan selain cahaya ALLAH dan tiada bekal kecuali bekal iman dan takwa kepada ALLAH  Penghibur satu-satunya bagi hatinya yang sedih kerana meninggalkan tanah airnya ialah bahawa ia telah diselamatkan oleh ALLAH dari buruan kaum fir'aun yang ganas dan kejam itu.

Setelah menjalani perjalanan selama lapan hari lapan malam dengan berkaki ayam (tidak berkasut) sampai terkupas kedua kulit tapak kakinya, tibalah Musa di kota Madyan iaitu kota Nabi Syu'aib yang terletak di timur jazirah Sinai dan teluk Aqabah di selatan Palestin.

Nabi Musa beristirehat di bawah sebuah pokok yang rendang bagi menghilangkan rasa letihnya kerana perjalanan yang jauh, berdiam seorang diri kerana nasibnya sebagai salah seorang bekas anggota istana kerajaan yang menjadi seorang pelarian dan buruan. Dia tidak tahu ke mana harus pergi dan kepada siapa dia harus bertamu, di tempat di mana dia tidak mengenal dan dikenal orang, tiada sahabat dan saudara. Dalam keadaan demikian terlihatlah olehnya sekumpulan penggembala berdesak-desak mengelilingi sebuah sumber air bagi memberi minum ternakannya masing-masing, sedang tidak jauh dari tempat sumber air itu berdiri dua orang gadis yang menantikan giliran untuk memberi minuman kepada ternakannya, jika para penggembala lelaki itu sudah selesai dengan tugasnya.

Musa merasa kasihan melihat kepada dua orang gadis itu yang sedang menanti lalu dihampirinya dan ditanya : "Gerangan apakah yang kamu tunggu di sini?" Kedua gadis itu menjawab: "Kami hendak mengambil air dan memberi minum ternakan kami namun kami tidak dapat berdesak dengan lelaki yang masih berada di situ. Kami menunggu sehingga mereka selesai memberi minum ternakan mereka. Kami harus lakukan sendiri pekerjaan ini kerana ayah kami sudah lanjut usianya dan tidak dapat berdiri, jangan lagi datang ke mari". Lalu tanpa mengucapkan sepatah kata dua pun diambilkannyalah timba kedua gadis itu oleh Musa dan sejurus kemudian dikembalikannya kepada mereka setelah terisi air penuh sedang sekeliling sumber air itu masih padat di keliling para pengembala.

Setibanya kedua gadis itu di rumah berceritalah kedua-duanya kepada ayah mereka tentang pengalamannya dengan Nabi Musa yang kerana pertolongannya yang tidak diminta itu mereka dapat lebih cepat kembali ke rumah daripada biasa. Ayah kedua-dua orang gadis yang bernama Syu'aib itu tertarik dengan cerita  puteri-puterinya. Dia ingin berkenalan dengan orang yang baik hati itu yang telah memberi pertolongan tanpa diminta kepada kedua-dua orang puterinya dan sekaligus menytakan terima kasih kepadanya. Lalu dia menyuruh salah seorang dari puterinya itu pergi memanggilkan Musa dan mengundangnya datang ke rumah.

Dengan malu-malu pergilah puteri Syu'aib menemui Musa yang masih berada di bawah pohon yang masih melamun. Dalam keadaan letih dan lapar Musa berdoa: "Ya Tuhanku aku sangat memerlukan belas kasihmu dan memerlukan kebaikan sedikit barang makanan yang Engkau turunkan kepadaku."

Berkatalah gadis itu kepada Musa memotong lamunannya: "Ayahku mengharapkan kedatanganmu ke rumah untuk berkenalan dengan engkau serta memberi engkau sekadar upah atas jasamu menolong kami mendapatkan air bagi kami dan ternakan kami."

Musa sebagai perantau yang masih asing di negeri itu, tiada mengenal dan dikenali orang tanpa berfikir panjang menerima undangan gadis itu dengan senang hati. Lalu dia pun mengikuti gadis itu dari belakang menuju ke rumah ayahnya yang bersedia menerimanya dengan penuh ramah-tamah, hormat dan mengucapkan terimakasihnya.

Dalam berbincang-bincang dan bercakap-cakap dengan Syu'aib ayah kedua gadis yang sudah lanjut usianya itu Musa mengisahkan kepadanya peristiwa yang terjadi pada dirinya di Mesir sehingga terpaksa melarikan diri dan keluar meninggalkan tanah airnya bagi mengelakkan hukuman penyembelihan yang telah direncanakan oleh kaum Fir'aun terhadap dirinya.

Berkata Syu'aib setelah mendengar kisah tamunya: "Engkau telah lepas dari buruan  orang-orang yang zalim dan ganas itu adalah berkat rahmat Tuhan dan pertolongan-Nya. Dan engkau sudah berada di sebuah tempat yang aman di rumah kami ini, di mana engkau akan tinggallah dengan tenang dan tenteram selama engkau suka."

Dalam pergaulan sehari-hari selama dia tinggal di rumah Syu'aib sebagai tamu yang dihormati dan disegani Musa telah dapat menawan hati keluarga tuan rumah yang merasa kagum akan keberaniannya, kecerdasannya, kekuatan jasmaninya, perilakunya yang lemah lembut, budi perkertinya yang halus serta akhlaknya yang luhur. Hal mana telah menimbulkan idea di dalam hati salah seorang dari kedua puteri Syu'aib untuk mengambil Musa sebagai pembantu mereka. Berkatalah gadis itu kepada ayahnya: "wahai ayah! Ajaklah Musa sebagai pembantu kami menguruskan urusan rumahtangga dan penternakan kami. Dia adalah seorang yang kuat badannya, luhur budi perkertinya, baik hatinya dan boleh dipercayai."

Saranan gadis itu disetujui dan diterima baik oleh ayahnya yang memang sudah menjadi pemikirannya sejak Musa tinggal bersamanya di rumah, menunjukkan sikap bergaul yang manis perilaku yang hormat dan sopan serta tangan yang ringan suka bekerja, suka menolong tanpa diminta.

Diajaklah Musa berunding oleh Syu'aib dan berkatalah kepadanya: "Wahai Musa  Tertarik oleh sikapmu yang manis dan cara pergaulanmu yang sopan serta akhlak dan budi perkertimu yang luhur, selama engkau berada di rumah ini kami dan mengingat akan usiaku yang makin hari makin lanjut, maka aku ingin sekali mengambilmu sebagai menantu, mengahwinkan engkau dengan salah seorang dari kedua gadisku ini. Jika engkau dengan senang hati menerima tawaranku ini, maka sebagai maskahwinnya, aku minta engkau bekerja sebagai pembantu kami selama lapan tahun menguruskan penternakan kami dan soal-soal rumahtangga yang memerlukan tenagamu. Dan aku sangat berterima kasih kepada mu bila engkau secara suka rela mahu menambah dua tahun di atas lapan tahun yang menjadi syarat mutlak itu."

Nabi Musa sebagai buruan yang lari dari tanah tumpah darahnya dan berada di negeri orang sebagai perantau, tiada sanak saudara, tiada sahabat telah menerima tawaran Syu'aib itu sebagai kurniaan dari Tuhan yang akan mengisi kekosongan hidupnya selaku seorang bujang yang memerlukan teman hidup untuk menemaninya menanggung beban penghidupan dengan segala suka dan dukanya. 

Dia segera tanpa berfikir panjang berkata kepada Syu'aib: "Aku merasa sangat bahagia, bahawa pakcik berkenan menerimaku sebagai menantu, semoga aku tidak menghampakan harapan pakcik yang telah berjasa kepada diriku sebagai tamu yang diterima dengan penuh hormat dan ramah tamah, kemudian dijadikannya sebagai menantu. Syarat kerja yang pakcik kemukakan sebagai maskahwin, aku setujui dengan penuh tanggungjawab dan dengan senang hati."

Setelah masa lapan tahun bekerja sebagai pembantu Syu'aib ditambah dengan sukarela dilampaui oleh Musa, dikahwinkanlah dia dengan puterinya yang bernama Shafura. Dan sebagai hadiah perkahwinan diberinyalah pasangan penganti baru itu oleh Syu'aib beberapa ekor kambing untuk dijadikan modal pertama bagi hidupnya yang baru sebagai suami-isteri. Pemberian beberapa ekor kambing itu juga merupakan tanda terimakasih Syu'aib kepada Musa  yang selama ini di bawah pengurusannya, penternakan Syu'aib menjadi berkembang biak dengan cepatnya dan memberi hasil serta keuntungan yang berlipat ganda.

Bacalah tentang isi cerita yang terurai ini di dalm ayat 22 sehingga ayat 28, surah "Al-Qashash" juz 20 yang berbunyi sebagai berikut :~

"22.~ Dan tatkala ia menghadap ke negeri Madyan, ia berdoa (lagi): "Mudah-mudahan Tuhanku menimpaiku ke jalan yang benar."

23.~ Dan tatkala dia sampai di sumber air di negeri Madyan, dia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang memberi minum (ternakannya) dan dia menjumpai di belakang orang ramai itu, dua orang wanita yang sedang menghambat ternakannya. Musa berkata: "Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?" Kedua wanita itu menjawab: "Kami tidak dapat meminumkan {ternakan kami) sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternakkannya) sedang bapa kami orang tua yang telah lanjut umurnya."

24.~ Maka Musa memberi minum ternakan itu (untuk menolong) keduanya, kemudian kembali ke tempat yang teduh, lalu berdoa: " Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku."

25.~ Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang daripada kedua wanita itu dengan malu-malu dia berkata: "Sesungguhnya bapaku memanggilmu agar dia memberi pembalasan (kebaikanmu) memberi minum (ternakan) kami." Maka tatkala Musa mendatangi bapanya (Syu'aib) dan menceritakan kepadanya cerita (mengenai dirinya). Syu'aib berkata: "Janganlah kamu takut, kamu telah selamat dari orang-orang yang zalim itu."

26.~ Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: "Ya bapaku, ambil ia sebagai orang yang bekerja (dengan kita). kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (dengan kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai."

27.~ Berkatalah dia (Syu'aib): " Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahwa kamu bekerja denganku lapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun itu adalah dari kemahuanmu, maka aku tidak mahu memberati kamu. Dan kamu in sya ALLAH kelak akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik."

28.~ Dia berkata: "Itulah {perjanjian} antara aku dan kamu, mana saja dari kedua waktu yang ditentukan itu aku sempurnakan, maka tidak ada tuntutan tambahan atas diriku {lagi}. Dan ALLAH adalah saksi atas apa yang kita ucapkan." ( Al-Qashash : 22 ~ 28 )

bersambung : Musa menerima wahyu
sebelum : Nabi Musa keluar dari Mesir.

http://khalifah-samudera.blogspot.com/2012/08/musa-bertemu-jodoh.html

SYAITAN TAKUT DENGAN SELIPAR IMAM AHMAD IBN HANBAL

SYAITAN TAKUT DENGAN SELIPAR IMAM AHMAD IBN HANBAL
Gambar hiasan saje..
Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari ketika mensyarahkan Kitab Ma'a Auliyak Was Sollihin, Syeikhuna ada menyebutkan suatu kisah menarik yang berlaku kepada Imam Ahmad bin Hanbal. Pada zaman Imam Ahmad bin Hanbal adalah zaman Iraq diperintah oleh seorang Amirul Mukminin dari Khilafah Abbasiyyah, Almutawakkil Ala Allah Jaa'far bin Mu'tasim,khalifah yang menggantikan saudaranya Al Mu'tasim yang wafat pada tahun 323 H. 

Khalifah al Mutawakkil mempunyai seorang jariah yang beliau sayangi. Ditaqdirkan suatu hari, jariah itu telah dirasuk jin. Telah bermacam ikhtiar beliau usahakan namun masih gagal. Akhirnya, beliau telah dinasihatkan untuk meminta ubat dengan Imam Ahmad.

Khalifah al Mutawakkil telah menghantar wakil untuk bertemu dengan Imam Ahmad. Cubaan pertama telah gagal kerana Imam Ahmad enggan untuk pergi ke Istana. Beliau berhujah jika pihak istana mahukan khidmat beliau, seharusnya pihak istana datang ke rumah beliau. Percubaan kedua yang hadir bersama surat rasmi juga tidak diendahkan oleh Imam Ahmad. Khalifah al Mutawakkil menghantar utusan ketiga dan mengarahkan utusan itu tidak pulang kecuali dengan hasil.

Atas permintaan itu, Imam Ahmad mengambil seliparnya dan diberikan kepada utusan itu. Beliau menyuruh utusan itu memberikan seliparnya kepada Khalifah al Mutawakkil. Kemudian khalifah al Mutawakkil perlulah mengangkat selipar itu lebih tinggi dari kepalanya dan berkata "..... hei syaitan dan jin yang berada di dalam tubuh budak ini, keluarlah engkau dari tubuh ini, jika tidak akan aku pukul engkau dengan selipar Ahmad bin Hanbal...". Segeralah pulang utusan dengan membawa selipar Imam Ahmad.

Terdesak dengan keadaan jariahnya itu, Khalifah al Mutawakkil pun mengikuti segala pesan Imam Ahmad bin Hanbal. Diangkatnya selipar itu melepasi kepalanya dan berkata "..... hei syaitan dan jin yang berada di dalam tubuh budak ini, keluarlah engkau dari tubuh ini, jika tidak akan aku pukul engkau dengan selipar Ahmad bin Hanbal...".

Seusai disebut kalimah itu, terbit dari belakang jariah itu beberapa lembaga hitam dan lari dengan segera. Sebelum pergi jin itu berkata, " .... wahai khalifah, nasibku baik kerana engkau menyuruh aku keluar dari tubuhnya sahaja, jika engkau menyuruh aku keluar dari Iraq, tidak akan kusentuh bumi Baghdad ini..."

http://khalifah-samudera.blogspot.com

11 Kata-Kata Hikmah Imam Al-Muhasibi

11 Kata-Kata Hikmah Imam Al-Muhasibi
Gambar hiasan
Imam al-Muhasibi ialah Abu Abdillah, al-Harith bin Asad al-Muhasibi al-Basri. Lahir di Basrah sekitar tahun 165H. Meninggal di Baghdad pada tahun 243H. Dikenali sebagai al-muhasibi kerana banyak bermuhasabah tentang dirinya. Beliau meriwayatkan hadith daripada Yazid bin Harun dan ulama seangkatan dengannya. Pernah belajar dengan Imam as-Shafie. Beliau seorang ahli ibadat yang tekun, sufi yang zuhud, faqeh dan ulama usul serta ilmu kalam. Pendakwah yang mampu mengalirkan airmata para pendengarnya. (Bukan yang menyebabkan pendengar ketawa berdekah-dekah). Ulama hadith yang fasih berbicara. Bercakap perkara yang baik dan memberi nasihat sehingga pendengar terkesan dengan ucapannya. Karangan beliau mencecah 200 buah. Imam Ahmad bin Hanbal pernah menghadiri majlis ilmunya sehingga menangis dan pengsan kerana kesan ucapannya yang menusuk qalbu. Antara kata-kata hikmahnya:

1. Setiap sesuatu ada perkara paling bernilai padanya. Perkara paling bernilai bagi manusia ialah akalnya. Perkara paling bernilai pada akal ialah taufiq yang diberi kepada akal itu.

2. Sebaik-baik umat ini ialah orang yang tidak meninggalkan dunia ini kerana mencari akhirat, dan tidak juga meninggalkan akhiratnya untuk mencari keuntungan dunia.

3. Akhlak yang baik ialah menahan diri daripada melakukan penganiayaan, kurang marahnya, ceria wajahnya, dan elok tutur katanya.

4. Sesiapa yang tidak bersyukur dengan nikmat ALLAH, sesungguhnya dia mengundang kehilangannya.

5. Semua orang yang berzuhud mengikut kadar ilmunya. Ilmunya menurut nilai akalnya. Akalnya pula menurut nilai kekuatan imannya.

6. Orang yang zalim akan menyesal walaupun dipuji oleh manusia. Orang yang dizalimi akan selamat walaupun dicela oleh manusia. Orang yang sentiasa merasa cukup adalah orang yang sebenarnya kaya walaupun dia berada dalam kebuluran. Orang yang tamak adalah miskin walaupun dia berada dalam kekenyangan.

7. Sesiapa yang membetulkan hatinya dengan muraqabah dan keikhlasan, ALLAH akan mengindahkan zahirnya dengan mujahadah dan mengikut sunnah.

8. Seorang hamba yang soleh akan ALLAH jadikan kesolehannya pada orang lain. Seorang hamba yang rosak, ALLAH akan jadikan kerosakannya menjangkiti orang lain.

9. Sifat perhambaan yang sebenar ialah engkau tidak melihat kekuasaan pada dirimu, dan engkau mengetahui bahawa engkau tidak berupaya memberi mudarat atau manfaat untuk dirimu.

10. Ikhlas yang sebenar ialah mengeluarkan (membuang) seluruh makhluk dalam urusan ketuhananmu, dan dirimu sendiri adalah makhluk yang pertama yang dikeluarkan.

11. Sesiapa yang bersungguh-sungguh memelihara batinnya, ALLAH akan mewariskan kepadanya perlakuan yang baik pada zahirnya, dan sesiapa yang mengindahkan urusannya dengan ALLAH pada perkara yang zahir bersama dengan kesungguhannya menjaga batinnya, maka ALLAH akan mewariskan kepadanya hidayah.

http://www.niknasri.com/?p=12990

40 NaSiHaT HaSaN AlBaNa UnTuK AkTiViS IsLaM

40 Nasihat Hasan AlBanna Untuk Aktivis Islam
Gambar hiasan
1. Hendaklah engkau mempunyai wirid harian dari kitabullah tidak kurang dari satu juz. Usahakan mengkhatamkan al-Quran dalam masa tidak lebih daripada sebulan dan tidak kurang daripada tiga hari.

2. Hendaklah engkau membaca al-Quran dengan baik, memerhatikannya dengan teliti dan memikirkan ertinya.

3. Hendaklah engkau mengkaji Sirah Nabi dan sejarah para generasi salaf. Banyak membaca hadis Rasulullah SAW, sekurang-kurangnya hafal 40 hadis dalam al-Arba'in An-Nawawiyah dan juga mengkaji asas-asas akidah dan fiqh.

4. Hendaklah engkau bersegera melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala atau berubat, begitu penyakit terasa mengenaimu. Di samping itu perhatikan faktor-faktor penyebab kekuatan dan perlindungan tubuh serta hindarilah faktor-faktor penyebab lemahnya kesihatan.

5. Hendaklah engkau menjauhi sikap berlebih-lebihan dalam mengambil kopi, teh, dan minuman perangsang yang lain. Elakkan sama sekali merokok.

6. Hendaklah engkau perhatikan kebersihan dalam segala hal sama ada tempat tinggal, pakaian, makanan, minuman, badan dan tempat kerja kerana agama ini dibina di atas dasar kebersihan.

7. Hendaklah engkau jujur dalam berkata dan jangan sekali-kali berdusta.

8. Hendaklah engkau menepati janji, jangan mengingkarinya bagaimana keadaan pun yang engkau hadapi.

9. Hendaklah engkau menjadi seorang yang berani dan tahan ujian. Keberanian yang paling utama adalah terus terang dalam menyatakan kebenaran, ketahanan dalam menyimpan rahsia, berani mengakui kesalahan, adil terhadap diri sendiri dan dapat menguasainya dalam keadaan marah sekalipun.

10. Hendaklah engkau sentiasa bersikap tenang dan serius. Namun janganlah keseriusan itu menghalangimu daripada bercanda, senyum dan tawa.

11. Hendaklah engkau memiliki rasa malu yang kuat, berperasaan yang sensitif dan peka oleh kebaikan dan keburukan. Hendaklah engkau juga bersikap rendah diri dengan tanpa menghina diri, tidak bersikap taklid dan tidak terlalu berlunak hati.

12. Hendaklah engkau bersikap adil dan benar dalam memutuskan suatu perkara pada setiap situasi. Jangan kemarahan melalaikanmu daripada berbuat kebaikan, jangan permusuhan membuatmu lupa daripada pengakuan jasa baik. Berkata benar meskipun itu merugikan orang yang paling dekat denganmu.

13. Hendaklah engkau menjadi pekerja rajin dan terlatih dalam aktiviti-aktiviti sosial. Bahagia jika dapat mempersembahkan bakti kepada orang lain, gemar melawat orang sakit, membantu yang memerlukan, menanggung orang yang lemah dan meringankan derita orang yang terkena musibah.

14. Hendaklah engkau berhati kasih, dermawan, bertolak ansur, pemaaf, lemah lembut kepada manusia mahupun binatang, berperilaku baik dalam berhubungan dengan semua orang, menjaga etika sosial Islam, menyayangi yang kecil dan menghormati yang besar, memberi tempat kepada yang lain dalam majlis, tidak memata-matai, tidak mengumpat, meminta izin jika masuk mahupun keluar rumah dan lain-lain.

15. Hendaklah engkau pandai membaca dan menulis, serta memperbanyak membaca akhbar, majalah atau tulisan lain. Bangunkan perpustakaan khusus, seberapapun ukurannya, konsentrasilah terhadap spesifikasi keilmuan dan keahlianmu jika engkau seorang pakar, dan kuasailah persoalan Islam secara umum yang dengannya dapat membina persepsi yang baik untuk menjadi rujukan bagi pemahaman terhadap tuntutan fikrah.

16. Hendaklah engkau mempunyai usaha ekonomi yang mandiri, betapapun kecil, dan cukupkanlah dengan apa yang ada pada dirimu betapa tingginya kapasiti keilmuan.

17. Janganlah engkau terlalu berharap untuk menjadi pegawai dan jadikanlah dia sebagai sesempit pintu rezeki namun jangan pula engkau tolak jika diberi peluang untuk itu. Jangan engkau melepaskannya melainkan jika benar-benar bertentangan dengan tugas dakwahmu.

18. Hendaklah engkau perhatikan tugas-tugasmu secara cermat dan berkualiti.

19. Hendaklah engkau penuhi hakmu dengan baik, penuhi hak-hak orang lain dengan sempurnan dan janganlah menunda-nunda pekerjaan.

20. Hendaklah engkau menjauhkan diri daripada judi dengan segala jenis apapun maksud disebaliknya. Jauhi mata pencarian yag haram, betapapun keuntungan besar yang ada di baliknya.

21. Hendaklah engkau menjauhkan diri daripada riba dalam setiap aktiviti mu dan sucikan sama sekali daripada riba.

22. Hendaklah engkau memelihara kekayaan umat Islam secara umum dengan mendorong berkembangnya kilang-kilang dan projek-projek ekonomi Islam. Engkau pun hendaklah menjaga setiap keping mata wang agar tidak jatuh ke tangan orang non-Islam dalam keadaan bagaimanapun. Janganlah makan dan berpakaian kecuali produk negeri Islammu sendiri.

23. Hendaklah engkau mempunyai sumbangan kewangan dalam dakwah, engkau tunaikan kewajipan zakatmu dan jadikan sebahagian daripada hartamu itu bagi orang yang meminta dan yang kekurangan, betapa kecil pun penghasilanmu.

24. Hendaklah engkau menyimpan sebahagian daripada penghasilanmu untuk persediaan masa-masa sukar, betapa sedikit dan jangan sekali-kali menyusahkan dirimu untuk mengejar kesempurnaan.

25. Hendaklah engkau menghidupkan tradisi Islam dan menghapuskan tradisi asing dalam setiap aspek kehidupanmu. Jagalah sunnah dalam setiap aktiviti tersebut.

26. Hendaklah engkau memboikot kehakiman kehakiman yang tidak Islami, demikian juga penerbitan-penerbitan, organisasi-organisasi, sekolah-sekolah dan segenap institusi yang tidak menyokong fikrahmu secara total.

27. Hendaklah engkau sentiasa merasa diawasi oleh Allah, mengingati akhirat dan bersiap-siap untuk menuju redha Allah dengan tekad yang kuat, serta mendekatkan diri kepada Allah dengan banyak ibadah sunah, memperbanyak zikir (hati dan lisan), dan berusaha mengamalkan doa yang diajarkan pada setiap kesepatan.

28. Hendaklah engkau bersuci dengan baik dan usahakan agar sentiasa dalam keadaan berwuduk (suci) pada sebahagian besar waktu anda.

29. Hendaklah engkau melakukan solat dengan baik dan sentiasa tepat waktu dalam menunaikannya. Usahakan untuk sentiasa berjemaah di masjid.

30. Hendaklah engkau berpuasa Ramadhan dan menunaikan haji. Lakukan sekarang juga jika kamu telah mampu.

31. Hendaklah senantiasa menyertai dirimu niat jihad dan cinta mati syahid. Bersiaplah untuk itu pada bila-bila saja peluang untuk itu tiba.

32. Hendaklah engkau sentiasa memperbaharui taubat dan istghfarmu. Berhati-hatilah terhadap dosa kecil, apatah lagi besar. Sediakanlah untuk dirimu beberapa saat untuk mengintropeksi diri terhadap apa-apa yang telah dilakukan, yang baik mahupun yang buruk. Perhatikan masa, kerana masa adalah kehidupan itu sendiri. Janganlah engkau pergunakan ia sedikitpun tanpa guna dan janganlah engkau ceroboh terhadap hal-hal yang syubhat supaya tidak jatuh ke dalam lembah yang haram.

33. Hendaklah engkau berjuang meningkatkan keupayaan dengan bersungguh-sungguh agar engkau dapat menerima tongkat kepemimpinan. Hendaklah engkau menundukkan pandanganmu, menekan emosimu, dan mengawal jiwamu. Gapailah hanya yang halal dan baik serta hijabilah dari yang haram dalam keadaan bagaimanapun.

34. Hendaklah engkau jauhi mabuk dan seluruh makanan atau minuman yang memabukkan sejauh-jauhnya.

35. Hendaklah engkau menjauh daripada pergaulan dengan orang jahat dan persahabatan dengan orang yang rosak serta jauhilah tempat-tempat maksiat.

36. Hendaklah engkau perangi tempat-tempat yang tidak sepatutnya, jangan sekali-kali mendekatinya, serta jauhi gaya hidup mewah dan bersantai-santai.

37. Hendaklah engkau mengetahui teman pergaulanmu satu persatu dengan pengetahuan yang lengkap dan kenalkanlah dirimu kepada mereka dengan selengkap-lengkapnya. Tunaikanlah hak-hak ukhuwah mereka dengan sepenuhnya hak kasih sayang, penghargaan, pertolongan dan itsar (1). Hendaklah hadir di majlis mereka, tidak hadir kecuali ada keuzuran atau kecemasan dan pegang teguhlah sikap dalam pergaulanmu dengan mereka.

38. Hendaklah engkau elakkan hubungan dengan organisasi atau jamaah  sekiranya hubungan itu tidak membawa maslahat bagi fikrahmu.

39. Hendaklah engkau menyebarkan dakwahmu di mana-mana dan memberi maklumat kepada pemimpin tentang segala keadaan yang melingkupimu. Jangan engkau berbuat sesuatu yang memberi kesan penyertaan kecuali dengan izinnya.

40. Hendaklah engkau sentiasa menjalinkan hubungan baik secara rohani mahupun fizikal dengan Jamaah dan menempatkan dirimu sebagai "tentera yang berada diberek yang sedang menanti arahan komander".

http://detikislam.blogspot.com/

Nota :
(1) Itsar = Adalah akhlak khas seorang mukmin, iaitu "Mendahulukan kepentingan orang lain". Ia disimbolikkan dengan penyerahan nikmat duniawi yang kita miliki kepada saudara muslim yang lain agar dia bersenang-senang dengannya, sementara kita tidak merasakannya. Ia bererti kita menyerahkan sesuatu yang sukai kepada saudara yang lebih memerlukan. Kurang jelas?, mungkin contoh dapat membantu. Jadi  bersedialah untuk takjub dengan manifestasi itsar di tahap tertinggi yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah. 

SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...