Ahad, 3 Mac 2013

Renungan....

Gambar hiasan
  • Barangsiapa yang menginginkan keredaan ALLAH, hendaklah mendekatkan diri kepada ALLAH swt, kerana keajaiban dan kelembutan ALLAH terdapat pada akhir malam.
  • Siapapun dengan penuh kesungguhan hati mendekatkan diri kepada ALLAH swt, maka terbukalah Khazanah ALLAH swt.
  • Di antara waktu yang bernilai tinggi, merupakan pembuka perbendaharaan Ilahi, di antara Zuhur dan ‘Asar, Magrib dan Isya dan tengah malam terakhir sampai Ba’da Subuh.
  • Sumber segala kebaikan dan pangkal segala kedudukan dan keberkahan akan dicapai melalui ingat mati, kubur dan bangkai.
  • Keredaan ALLAH swt dan Rasul-Nya terletak pada muthalaah (mempelajari dan Memperdalam) Al Qur’an dan hadits serta kitab-kitab agama Islam.
  • Meninggalkan dan menjauhi Ghibah adalah Raja atas dirinya, menjauhi namimah (mengadu domba) adalah Ratu dirinya, baik sangka kepada orang lain adalah wilayah dirinya, duduk bercampur dalam majlis dzikir adalah keterbukaan hatinya.
  • Kebaikan seluruhnya bersumber sedikit bicara ( tidak berbicara yang buruk di dalam bertafakur tentang Ilahi dan ciptaannya terkandung banyak rahsia.)
  • Jangan kau abaikan sedekah pada setiap hari sekalipun sekecil atom.
  • Perbanyaklah baca Al Qur‘an setiap siang dan malam hari.
  • Ciri-ciri orang yang bahagia adalah mendapatkan taufik dalam hidupnya, banyak ilmu dan amal serta baik perangi mahupun tingkah lakunya.
  • Orang yang berakal adalah yang diam (tidak bicara sembarangan).
  • Orang yang takut pada ALLAH swt adalah orang yang banyak sedih (merasa bersalah)
  • Orang yang Roja’ ( mengharap Ridho Allah ) adalah orang yang banyak melakukan ibadah.
  • Orang yang mulia adalah yang bersungguh-sungguh dalam kebaikan dan redha ALLAH swt yang didambakan hidupnya.
  • Orang yang bertaubat adalah yang menyesali perbuatannya, menjauhi pendengaran yang tidak bermanfaat, dan mendekatkan diri kepada ALLAH swt.
         Renungan untuk diri ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...