Rabu, 28 Januari 2015

10 CARA MENCARI KETENANGAN JIWA


Ketahuilah bahawa, agama kita, ISLAM ada memberikan ubat dan penawar dalam merawat ketenangan. Berikut adalah perkara-perkara atau langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa.

1. Membaca dan Mendengarkan Al-Quran
Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh: “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.”

Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.

Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.

Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.

Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.

Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali. Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.

2. Menyayangi Orang Miskin
Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.

Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan:

“Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”

Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan.

Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.
Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.

3. Melihat Orang yang di Bawah, Jangan Lihat ke Atas
Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit. Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.
Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.

4. Menjaga Silaturahim
Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.
Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.

Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.

5. Banyak Mengucapkan “La hawla wa la quwwata illa billah“
Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah. Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.

6. Mengatakan Yang Haq (benar) Sekalipun Pahit
Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.
Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.

Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.

7. Tidak Ambil Peduli Terhadap Celaan Orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah
Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.
Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.

8. Tidak meminta kepada orang lain
“Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah” adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari. Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.

9. Menjauhi Hutang
Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan:
“Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!”
Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!”
Sabdanya: “Kerana hutang.”
Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan:
“Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”

10. Selalu Berfikir Positif
Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.
Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.
Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?

Wallahualam. ..

Sabtu, 24 Januari 2015

SYAIR AL’ITIRAF (PENGAKUAN) ABU NAWAS

Gambar hiasan
Ya Tuhanku, tidak pantas bagiku menjadi penghuni syurga-Mu
Namun, aku tidak kuat dengan panasnya api neraka
Terimalah taubatku dan ampunilah dosa-dosaku
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar
Dosaku seperti jumlah pasir
Maka terimalah pengakuan taubatku Wahai Pemilik Keagungan
Dan umurku berkurang setiap hari
Dan dosaku bertambah, bagaimana aku menanggungnya
Ya Tuhanku, hamba-Mu yang berdosa ini datang kepada-Mu
Mengakui dosa-dosaku dan telah memohon pada-Mu
Seandainya Engkau mengampuni
Memang Engkaulah Pemilik Ampunan
Dan seandainya Engkau menolak taubatku
Kepada siapa lagi aku memohon ampunan selain hanya kepada-MU

Begitu besar dosaku
Setelah kubandingkan dengan sifat kepengampunan-Mu
Ya Allah
Pengampunan-Mu lebih besar

Tuhanku, kalau pun dosaku sudah begitu besar, begitu banyak
Aku pun tahu, sifat pengampunan-Mu lebih besar
Kalau yang berharap kepada-Mu hanya orang yang saleh
Kepada siapa orang yang berdosa ini akan berlindung?
Seruanku hanya kepadamu, ya Allah
Dengan sepenuh hati, seperti perintah-Mu
Kalaupun tanganku ini Kautolak
Siapalagi yang akan mengampuniku?
Tak ada jalan lain bagiku kepada-Mu

Hanya harapan dan pengampunan-Mu yang begitu indah.

✅Dr. ZAKIR NAIK✅


Dear all Muslim Brothers and Friends..
✅Please
✔1⃣ Don't write GOD
Please Write always "Allah"
Because there is no description of GOD in the HOLY QURAN.
✔2⃣ Don't say "Mosque"
Always say "Masjid"
Because Islamic Organization has found that Mosque means, Mosquitoes.
✔3⃣ Don't write "Mecca"
write always correctly
"Makkah" Because
Mecca means House of
Wines.
✔4⃣ Don't write "Mohd"
write always completely
"Muhammad" Because
Mohd means The dog with big mouth.
✅ If you have package,
✅ Please forward it to our Muslim Friends.
الرجاء ارسالها الى اصدقائك المسلمين
Muslim population
1⃣ Afghanistan 100%
2⃣ Albania 75%
3⃣ Algeria 99%
4⃣ Angola 25%
5⃣ Argentina 2%
6⃣ Australia 2.09%
7⃣ Azerbaijan 93%
8⃣ Bahrin 100%
9⃣ Bangladesh 85%
🔟 Bhutan 5%
1⃣1⃣ Brazil 0.6%
1⃣2⃣ Burma 10%
1⃣3⃣ Canada 1.48%
1⃣4⃣ Cntral africn 55%
1⃣5⃣ China 11%
1⃣6⃣ Egypt 94%
1⃣7⃣ Ethopia 65%
1⃣8⃣ Fiji 11%
1⃣9⃣ France 7%
2⃣0⃣ Georgia 11%
2⃣1⃣ Germeny 3.4%
2⃣2⃣ Greece 1.5%
2⃣3⃣ Guinea 95%
2⃣4⃣ Guyana 15%
2⃣5⃣ Hongkong 1%
2⃣6⃣ India 14%
2⃣7⃣ Indonesia 85%
2⃣8⃣ Iran 99%
2⃣9⃣ Iraq 97%
3⃣0⃣ Isreal 14%
3⃣1⃣ Italy 1%
3⃣2⃣ Japan 1%
3⃣3⃣ Jordan 95%
3⃣4⃣ Kenya 30%
3⃣5⃣ Kuwait 89%
3⃣6⃣ Lebanon 70%
3⃣7⃣ Libya 100%
3⃣8⃣ Maldives 100%
3⃣9⃣ Malasiya 52%
4⃣0⃣ Mauritius 19.5%
4⃣1⃣ Mayotte 99%
4⃣2⃣ Nigeria 75%
4⃣3⃣ Oman 100%
4⃣4⃣ Pakistan 97%
4⃣5⃣ Phillipines 14%
4⃣6⃣ Qatar 100%
4⃣7⃣ Romania 20%
4⃣8⃣ Russia 18%
4⃣9⃣ Saudi arab 100%
5⃣0⃣ Singapore 17%
5⃣1⃣ Somalia 100%
5⃣2⃣ Sri lanka 9%
5⃣3⃣ Sudan 85%
5⃣4⃣ Syria 90%
5⃣5⃣ Tazakistan 85%
5⃣6⃣ Tanzania 65%
5⃣7⃣ Thailand 14%
5⃣8⃣ Tunisia 98%
5⃣9⃣ Turkey 99.8%
6⃣0⃣ UAE 96%
6⃣1⃣ UK 2.5%
6⃣2⃣ USA 3.75%
6⃣3⃣ Uzbekistan 88%
 Where the Prophets originated..???
✔Adam(AS) - Sri Lanka
✔Nooh(AS) - Jordan
✔Shoaib(AS) - Syria
✔Saleh(AS) - Lebanon
✔Ibrahim(AS) - Palestine and died in iraq
✔Ismail(AS) - Saudi Arabia
✔Yakoob(AS) - Palestine
✔Yahya(AS) Palestine
✔Zakariya (AS) Palestine
✔Ishaq(AS) - Palestine
✔Yusuf(AS) - Palestine
✔Looth(AS) - Iraq
✔Ayub(AS) - Jordan
✔Hood(AS) - Yamen
✔Nabi-Muhammad (SAW) - Saudi Arabia
Ages of Prophets
✅Adam(AS) - 1000 Yrs
✅Nooh(A S) - 950 Yrs
✅Syuaib(AS) - 882 Yrs
✅Saleh(AS) - 586 Yrs
✅Zakariyya(AS) - 207 Yrs
✅Ibrahim(AS) - 195 Yrs
✅Sulayman(AS) - 150 Yrs
✅Ismail(AS) - 137 Yrs
✅Yakoob(AS) - 129 Yrs
✅Musa(AS) - 125 Yrs
✅Ishaq(AS) - 120 Yrs
✅Haroon(AS) - 119 Yrs
✅Yusuf(AS) - 110 Yrs
✅Eesa(AS) - 40 Yrs
✅NABI MUHAMM
AD (SAW) - 63 Yrs
✔Plz don't keep it in your inbox, share the knowled

Selasa, 20 Januari 2015

BAH MUSIBAH TERSIRAT HIKMAH

-by epondok  
Sekedar Gambar Hiasan sahaja
Ia mengajak manusia untuk berfikir dan merenung
HIKMAH atau kebaikan di sebalik bencana atau musibah hanya Allah SWT yang mengetahuinya. Turun atau datangnya musibah seperti bah atau banjir pada baru-baru ini tentunya mengundang hikmah kepada mereka yang bersabar atas dugaan dan ujian yang Allah SWT berikan itu.

Sebagai seorang Muslim, itulah pegangan kita iaitu percaya bahawa qada dan qadar itu datangnya daripada Allah SWT. Berkaitan dengan ujian dan cubaan ini Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian dan cubaan. Sesungguhnya Allah SWT apabila menyenangi sesuatu kaum Allah menguji mereka. Barang siapa bersabar maka baginya manfaat kesabarannya dan barang siapa marah atau murka maka baginya murka Allah.” (riwayat at-Tirmizi)

Tiga negeri yang teruk dilanda banjir antaranya Kelantan, Pahang, Terengganu, manakala Perak dan Johor juga terbabit dengan banjir. Hikmahnya dalam menghadapi musibah ini kita bersatu menghadapi bencana besar ini terutama dalam usaha membantu dan memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir. Apa yang dapat dilakukan oleh mereka hanyalah bersabar dengan ujian yang menimpa.

Daripada segi musibah kepada mangsa banjir tentulah banyak kerugian dan kerosakan yang dialami. Rumah dan jalan raya musnah, sekolah juga turut mengalami kerosakan, manakala bagi ibu bapa yang ada anak-anak masih bersekolah, persiapan persekolahan seperti pakaian dan peralatan sekolah habis musnah dilanda banjir. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Barang siapa dikehendaki Allah kebaikan baginya, maka dia diuji (dicuba dengan suatu musibah). (riwayat al-Bukhari)

Cintai alam
Jika dikaji daripada segi geografi Malaysia sudah berkurangan kawasan tanah tinggi. Kebanyakan kawasan tanah tinggi telah diratakan untuk projek perumahan dan pembangunan. Justeru, manusia sebagai khalifah Allah SWT sewajarnya merenung akan punca dan kesan banjir besar, baru-baru ini. Gunung-ganang dan bukit-bukau adalah menjadi pasak bumi begitu juga kepada pohon-pohon. Menunaikan amanah dengan menjaga dan mengurus alam dengan baik adalah sebaik-baik amanah.

Kepentingan bentuk muka bumi tanah tinggi, bukit-bukau, gunung-ganang sepatutnya diurus dengan baik dan terancang dan tidak ditarah sewenang-wenangnya. Selain itu, banjir yang selalu menimpa kawasan rendah di pantai timur sewajar dijadikan pengajaran diuruskan dengan cekap, betul serta seimbang.

Mendidik manusia mencintai alam adalah melalui pendidikan sepanjang hayat. Usaha dan pendidikan ini seharusnya dilakukan di peringkat sekolah dan juga dalam kalangan masyarakat.

Pohon-pohon besar seperti balak tidak ditebang dengan sewenang-wenangnya yang akan menyebabkan apabila hujan lebat turun tiada penampan dan mudah berlakunya banjir akan terus mengalir dengan deras ke kawasan rendah iaitu kawasan perumahan di pekan dan bandar. Jadikan banjir kali ini sebagai iktibar untuk kita semua memelihara dan memulihara alam dengan menanam lebih banyak pokok di kawasan yang mudah dilanda banjir.

JIKA tsunami 2004, yang sudah sedekad berlalu itu telah menjadi iktibar kepada penduduk dunia. Maka banjir yang melanda setiap tahun bagi negeri-negeri yang terlibat di Malaysia juga sewajarnya menjadi iktibar kepada penduduk negara ini.

Inilah iktibar untuk kita yang sukar untuk berpatah balik ke zaman lampau atau ke belakang. Kita tidak dapat menolak takdir. Tetapi bagaimanakah kita hendak mewariskan tanah air kita kepada generasi akan datang jika tidak selamat lagi untuk didiami? Inilah jawapan yang harus kita cari. Setiap negeri yang terlibat mestilah menyediakan Pelan Tindakan Banjir dan memperkemaskan prosedur standard operasi (SOP) bagi mengatasinya.

Justeru, kepentingan bentuk muka bumi terhadap apa juga kegiatan manusia mestilah diuruskan dengan penuh amanah. Kawasan hutan yang masih ada lagi perlu dikekalkan, terutamanya menghentikan kegiatan pembalakan bagi menyelamatkan bumi ini untuk generasi akan datang.

Sementara itu, bagi mereka yang tidak dilanda banjir berusahalah membantu mangsa banjir melalui doa, solat hajat, derma dan apa juga bantuan yang dapat meringankan beban kepada mereka yang mengalami kerugian dan malapetaka ini. Lantaran itu, hulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Bagi Allah, ada hamba-hamba-Nya yang dikhususkan melayani keperluan orang ramai. Mereka berlindung kepadanya untuk memenuhi keperluan mereka. Orang-orang itulah yang aman daripada azab Allah.” (riwayat Ath Thabrani).

Lantaran itu, jauhi dan hindari segala kemurkaan Allah SWT kepada kita. Inilah iktibar dan pengajaran yang seharusnya kita lakukan. Hikmah di sebalik musibah kita perlu merenung dan berfikir untuk mencari kebaikan dan pengajaran di sebalik musibah dan usaha yang baik dan berkesan bagi mengatasinya kerana manusia diberikan akal fikiran. Laksanakan perintah amar makruf nahi mungkar.

https://epondok.wordpress.com/2015/01/18/bah-musibah-tersirat-hikmah/

Sabtu, 17 Januari 2015

Subhanallaah, NASA Membenarkan Matahari Akan Terbit dari Barat!!


Kebenaran ajaran Islam terus-menerus dibuktikan oleh penemuan demi penemuan ilmu pengetahuan. 1.400 tahun yang lalu, Rasulullah SAW sudah menyatakan dalam haditsnya bahwa kelak matahari akan terbit dari Barat sebagai bukti keagungan Allah SWT dan ciri-ciri kiamat sudah semakin dekat: ““Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya, apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia melihat hal itu maka semua mereka akan beriman, dan itulah waktu yang tidak ada gunanya iman seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Dan riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah).

Matahari terbit dari Barat akan terjadi selama satu hari saja, kemudian tertutuplah pintu taubat. Setelah itu, gerakan matahari pun akan kembali seperti sebelumnya terbit dari timur sampai terjadinya kiamat. Ini sesuai dan dibenarkan oleh peneliti NASA dalam artikelnya dibawah. Dari Ibn ‘Abbas, “Maka Ubai bin Ka’ab berkata: “Maka bagaimana jadinya matahari dan manusia setelah itu?” Rasulullah menjawab: “Matahari akan tetap menyinarkan cahayanya dan akan terbit sebagaimana terbit sebelumnya, dan orang-orang akan menghadapi (tugas-tugas) dunia mereka, apabila kuda seorang laki-laki melahirkan anaknya, maka ia tidak akan dapat menunggang kuda tersebut sampai terjadinya kiamat.” (Fathul Baari, Kitaburriqaq, Juz 11, Thulu’issyamsi Min Maghribiha).


MATAHARI TERBIT DARI BARAT DIBENARKAN ILMUWAN FISIKA DAN MASUK ISLAM

Ilmuwan Fisika Ukraina Masuk Islam Karena Membuktikan Kebenaran Al-qur’an Bahwa Putaran Poros Bumi Bisa Berbalik Arah
Demitri Bolykov, sorang ahli fisika yang sangat menggandrungi kajian serta riset-riset ilmiah, mengatakan bahwa pintu masuk ke Islamannya adalah fisika. Sungguh suatu yang sangat ilmiah, bagaimanakah fisika bisa mendorang Demitri Bolyakov masuk Islam? Demitri mengatakan bahwa ia tergabung dalam sebuah penelitian ilmiah yang dipimpin oleh Prof. Nicolai Kosinikov, salah seorang pakar dalam bidang fisika.

Mereka sedang dalam penelitian terhadap sebuah sempel yang diuji di laboratorium untuk mempelajari sebuah teori moderen yang menjelaskan tentang perputaran bumi dan porosnya. Mereka berhasil menetapkan teori tersebut. Akan tetapi Dimetri mengetahui bahwasanya diriwayatkan dalam sebuah hadis dari nabi saw yang diketahui umat Islam, bahkan termasuk inti akidah mereka yang menguatkan keharusan teori tersebut ada, sesuai dengan hasil yang dicapainya. Demitri merasa yakin bahwa pengetahuan seperti ini, yang umurnya lebih dari 1.400 tahun yang lalu sebagai sumber satu-satunya yang mungkin hanyalah pencipta alam semesta ini.

Teori yang dikemukan oleh Prof. Kosinov merupakan teori yang paling baru dan paling berani dalam menfsirakan fenomena perputaran bumi pada porosnya. Kelompok peneliti ini merancang sebuah sempel berupa bola yang diisi penuh dengan papan tipis dari logam yang dilelehkan , ditempatkan pada badan bermagnit yang terbentuk dari elektroda yang saling berlawanan arus.

Ketika arus listrik berjalan pada dua elektroda tersebut maka menimbulkan gaya magnet dan bola yang dipenuhi papan tipis dari logam tersebut mulai berputar pada porosnya fenomena ini dinamakan “Gerak Integral Elektro Magno-Dinamika”. Gerak ini pada substansinya menjadi aktivitas perputaran bumi pada porosnya.

Pada tingkat realita di alam ini, daya matahari merupakan “kekuatan penggerak” yang bisa melahirkan area magnet yang bisa mendorong bumi untuk berputar pada porosnya. Kemudian gerak perputaran bumi ini dalam hal cepat atau lambatnya seiring dengan daya insensitas daya matahari. Atas dasar ini pula posisi dan arah kutub utara bergantung. Telah diadakan penelitian bahwa kutub magnet bumi hingga tahun 1970 bergerak dengan kecepatan tidak lebih dari 10 km dalam setahun, akan tetapi pada tahun-tahun terakhir ini kecepatan tersebut bertambah hingga 40 km dalam setahun. Bahkan pada tahun 2001 kutub magnet bumi bergeser dari tempatnya hingga mencapai jarak 200 km dalam sekali gerak. Ini berarti bumi dengan pengaruh daya magnet tersebut mengakibatkan dua kutub magnet bergantian tempat. Artinya bahwa “gerak” perputaran bumi akan mengarah pada arah yang berlawanan. Ketika itu matahari akan terbit (keluar) dari Barat !!!

Ilmu pengetahuan dan informasi seperti ini tidak didapati Demitri dalam buku-buku atau didengar dari manapun, akan tetapi ia memperoleh kesimpulan tersebut dari hasil riset dan percobaan serta penelitian. Ketika ia menelaah kitab-kitab samawi lintas agama, ia tidak mendapatkan satupun petunjuk kepada informasi tersebut selain dari Islam. Ia mendapati informasi tersebut dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Huarirah, bahwasanya Rasulullah saw bersabda, ”Siapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari Barat, maka Allah akan menerima Taubatnya.” (dari kitab Islam wa Qishshah). 

(IslamIsLogic.wordpress.com )

Khamis, 8 Januari 2015

Musibah: Penghapus Dosa Atau Penambah Pahala?

Gambar hiasan sahaja ..
PARA ulama berbeza pendapat tentang apakah yang ditimpa musibah itu mendapat penghapusan dosa atau mendapat pahala. Sebahagian ulama berpendapat bahawa setiap musibah itu mendatangkan pahala bagi si penderitanya. Sebahagian yang lain mengatakan bahawa musibah mendatangkan pahala hanya jika si penderita bersabar menerima musibah itu.

Ibnu Abdussalam menyatakan hal itu secara tegas. Ibnu Taimiyah berserta sejumlah ulama yang lain menyatakan bahawa musibah secara mutlak mendatangkan pahala atau tidak dapat ditolak. Masing-masing kelompok mengemukakan alasannya secara tekstual.

Ulama yang berpendapat bahawa musibah itu membawa pahala mengemukakan dalil firman Allah yang bermaksud:
“…Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan, dan kelaparan pada jalan Allah, dan tidak pula menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang yang kafir dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh…” (at-Taubah:120)

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidaklah kelelahan, penyakit, gelisah, duka, dan kesedihan menimpa seorang Muslim bahkan sekadar duri yang menusuk kulitnya, melainkan Allah menjadikan semua itu sebagai penebus kesalahan-kesalahannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Di dalam Mustadrak al-Hakim diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Orang yang ditimpa musibah adalah mereka yang dihalangi daripada pahala.”

Daripada Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Zuhud di dunia bukanlah dengan mengharamkan yang halal, bukan pula dengan mensia-siakannya, melainkan engkau lebih percaya kepada apa pun yang ada di tangan Allah daripada apa pun yang ada di tanganmu dan jika ditimpa musibah, engkau lebih mengharap pahala musibah itu daripada berada di dalamnya, meskipun musibah itu tetap menimpamu.” (Riwayat Ibnu Majah)

Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Seorang Muslim yang ditinggal mati tiga anaknya yang belum sampai dosa, pasti Allah akan memasukkannya dengan keutamaan kasih-Nya kepada mereka,” sedangkan Imam Ahmad dan an-Nasa’i meriwayatkan bahawa, “Dua orang tua Muslim yang ditinggal mati anak mereka yang belum sampai dosa, pasti Allah mengampuni mereka berdua.”

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim: “Seorang Muslim yang tertusuk duri atau yang lebih daripada itu, tentu akan dicatat baginya satu darjat dan dihapus daripadanya satu kesalahan.” Dalam riwayat lain, “…Tentu Allah akan mengangkat dirinya satu darjat atau dihilangkan daripadanya satu kesalahan.” Dalam riwayat lain pula “… Tentu baginya akan dicatat satu kebaikan atau dihapus daripadanya satu kesalahan.”

Imam Nawawi berkata, “Dalam hadis-hadis ini terkandung khabar yang sangat menggembirakan kaum Muslim kerana tidak seorang pun di antara mereka yang tidak pernah mengalami musibah. Musibah itu, baik penyakit, wabak, bencana dunia dan lain-lainnya akan menjadi penebus kesalahan. Dia juga akan diangkat darjatnya serta ditambah kebaikannya.” Pendapat inilah yang sahih menurut majoriti ulama.

Al-Qadhi Iyadh mengatakan bahawa sebahagian ulama berpendapat bahawa musibah hanya menjadi kifarat (penebus) kesalahan. Hal itu, diperkuat dengan kenyataan Aisyah r.a, “Aku tidak pernah melihat seorang pun yang deritanya lebih daripada Rasulullah s.a.w.” Lalu, sabda Rasulullah s.a.w, “ Manusia yang paling berat bencananya adalah para nabi, kemudian orang-orang yang soleh dan yang seperti mereka kemudian yang seperti mereka.”

Segolongan ulama mengatakan, “Hikmah di sebalik ketetapan ini adalah bahawa para nabi dikhususkan dengan kesempurnaan sabar dan benarnya harapan dan para nabi itu maksum (terpelihara) daripada kesalahan sehingga musibah yang dialaminya....

Ahad, 4 Januari 2015

Ya Allah...


"Ya Tuhanku, aku tidak menemukan harapanku yang paling tinggi selain kepada-Mu. Aku juga tidak mendapat kenikmatan selain dari-Mu. Di pintu-Mu, aku menunggu terbukanya hijab-Mu, bila Engkau akan membebaskan diriku dari kesedihan?"      

pg121 ksaqaj

ZIKIR ITU LEBIH UTAMA DARI DUNIA & ISINYA


  1. MEMPERBANYAK MEMBACA 'LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH'" Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan 'La hawla Wala Quwwata Illa billah'". (HR. At Tabrani)
  2. MEMBACA 'LA ILAHA ILLALLAHUL MALIKUL HAQQUL MUBIN'"Barangsiapa setiap hari membaca 'La ilaha illallahul Malikul Haqqul Mubin' maka bacaan itu  akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur". (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)
  3. MELAZIMKAN BERISTIGHFAR *FAVORITE - WAJIB HARI²*"Barangsiapa melazimkan beristighfar niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan  memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga". (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
  4. MEMBACA SURAT AL-IKHLAS" Barangsiapa mmbaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya". (HR. At Tabrani)
  5. MEMBACA SURAT AL-WAQIAH" Barangsiapa mmbaca surat Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup". (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)
  6. MEMPERBANYAK SELAWAT ATAS NABI S.A.W.Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan; 'Bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah S.A.W. berdiri seraya bersabda: "Wahai manusia berzikirlah mengingat Allah, berzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan di dalamnya"
  7. MEMBACA "SUBHANALLAH WABIHAMDIHI SUBHANALLAHIL ADZIIM""Dari setiap kalimat itu seorang Malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu" (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)


Sabtu, 3 Januari 2015

BANK SYAIDINA OTHMAN IBNU AFFAN DI SAUDI

TRUE STORY...
Gambar hiasan saja
Adakah kamu mengetahui bahawa Syaidina Othman ibnu Affan ada mempunyai akaun bank di Saudi...?Siapakah yang membina Hotel Othman ibnu Affan di sebelah masjid Nabawi di Madinah ... adakah anak cucunya yang membinanya dan meletakkan namanya sebagai nama hotel? Ikuti kisah ini :

Satu ketika di. Madinah semasa Nabi Saw mula berhijrah dari Mekah ada sebuah telaga yang sangat besar dan sangat dalam serta airnya tak pernah kering...
Nama Telaga itu Bi'ru Rummah         ( telaga pemanah )

Orang Islam ketika itu sangat berhajat kepada air dan sering ke telaga itu yang dimiliki oleh seorang Yahudi Maka Yahudi itu telah bertindak menjual air dengan harga yanga sangat mahal.

Akhirnya perkara itu sampai ke pengetahuan Saidina Othman b Affan ( SOBA) lantas SOBA bertemu Yahudi itu dan minta hendak membeli telaga tersebut.

Yahudi tidak mahu menjual sebab dia tahu dia untung besar...SOBA akhirnya minta beli separuh saja telaga tu... Yahudi pun setuju ... bermakna sehari milik Yahudi dan sehari lagi milik SOBA... Yahudi sangka dia cerdik sebab SOBA memang peniaga yang glamour dikenali oleh orang Arab tentulah perniagaannya akan lebih berkembang dan harga air boleh dinaikkan.

Rupa-rupanya Allah takdirkan sebaliknya bila orang tak lagi membeli air daripada Yahudi itu sebab pada hari milik SOBA dia beri orang-orang Islam dan bukan Islam air percuma... jadi pada hari giliran milik Yahudi itu siapa pun tak nak membeli air.

Akhirnya Yahudi bankrap dan hendak menjual kepada SOBA separuh bahagaian lagi telaga rumah itu kepada sebab dia sudah mengalami kerugian.

SOBA  mebeli dengan 20,000 dinar ...
Kemudian dia mewaqafkan kepada orang Islam... kemudian ada seorang sahabat lain yang juga hartawan minta nak membeli telaga itu daripada SOBA... SOBA tanya berapa harga yang dia sanggup bayar....?
Hartawan menjawab bahawa dia sanggup membayar 3 kaliganda harga yang dibeli oleh SOBA. SOBA tidak setuju dan bertanya lagi, berapa sanggup bayar?

Hartawan menjawab, 9 kaliganda harga yang dibeli SOBA.
SOBA Madih tidak setuju. Hartawan bertanya kehairanan.. Siapa lagikah yang sanggup membeli dengan harga yang lebih mahal daripadanya.

Maka SOBA menjawab 'ALLAH'
Akhirnya orang Islam dapat minum air telaga itu secara percuma...
Dengan takdir Allah di tepi telaga itu akhirnya tumbuh beberapa pohon tamar dan akhirnya membiak sehingga akhirnya berjumlah 1550 pokok jumlahnya dan berbuah dengan sangat lebat.

Kerajaan Othmaniah Turki telah menjaga kurma itu dan hasil jualan tamar-tamar itu dan menyimpannya sehinggalah wujudnya kerajaan Saudi yang ambil alih dan tubuhkan akaun bank atas nama SOBA di salah 
satu bank Saudi. Duit itu akuirnya terkumpul dengan banyak dan kerajaan Saudi telah membeli sebidang tanah di tepi Masjid Nabawi dengan tujuan membina hotel lima bintang... hasilnya nanti dibahagi kepada
dua ... separuh diinfaq untuk anak yatim dan miskin yang sebahagian lagi disimpan dalam akaun SOBA ...

ANEHNya setelah 14 kurun sedekah SOBA masih bercambah dan membiak membuak-buak tanpa hentinya... inilah kelebihan Sedekah ... oleh itu marilah sama sama kita ringan tangan untuk bersedakah dan yang paling mudah adalah dengan berkongsi kisah ini dalam group dan fb anda... In shaa Allah anda akan dapat pahala sedekah yang berganda-ganda.

MOGA MOGA BERMANFAAT DUNIA AKHIRAT
والله اعلم....

DR JAMNUL AZHAR B MULKAN -Alor Setar

LIMA WANITA TERBAIK DUNIA AKHIRAT.

5 Wanita Terbaik Dunia Akhirat - by oleh NUR AINA 
Gambar sekedar hiasan sahaja
Ada LIMA wanita terbaik di dunia ini. siapakah dia? tentu saja bukan wanita yang biasa-biasa saja. tapi mereka adalah luar biasa. mereka adalah Siti Khadijah isteri Rasulullah, Fatimah Az-Zahra puteri Rasulullah, Maryam binti Imran (bonda nabi Isa)Asiyah isteri Fir'aun dan Mashitah. "Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka itulah petunjuk mereka. Katakanlah, 'Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikan (Al Qur'an)'. Al Qur'an itu tidak lain hanyalah peringatan untuk segala ummat." (Qs Al-An'am:90).

Mereka adalah pemimpin para wanita di syurga dan sepatutnyalah menjadi contoh bagi wanita-wanita lainnya dalam setiap gerak-gerinya.

Allah berfirman "Allah telah membuat isteri Fir'aun sebagai perumpaan bagi orang-orang yang beriman ketika ia berkata, 'Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam Syurga, selamatkanlah aku dari kaum yang zalim. Dan Maryam Puteri Imran yang memelihara kehormatannya , maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebahagian dari roh (ciptaan) Kami, dan dia membenarkan kitab-kitab-Nya dan adalah dia termasuk orang-orang yang taat." (Qs At-Tahrim: 11-12)

Rasulullah shallallahualaihi wasallam telah menerangkan kepada kita tentang wanita-wanita sempurna yang utama itu. Baginda bersabda "cukuplah wanita-wanita ini sebagai ikutan kalian iaitu Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad dan Asiyah binti Muzahim isteri Fir'aun. HR. Ahmad.

Kita harus tahu, tidaklah para wanita di atas mendapat keutamaan ini kecuali kerana keimanan, keindahan budi pekerti dan kesabaran mereka saat menghadapi pedihnya azab. dan benarlah Fatimah Az-Zahrah ketika berkata "telah dilimpahkan padaku berbagai penderitaan. Seandainya penderitaan itu dilimpahkan atas hari-hari, niscaya ia menjadi malam kembali.

Mereka adalah wanita-wanita mulia yang suci, yang dipilih oleh Allah dan dijadikan ikutan bagi seluruh wanita di dunia ini sepanjang zaman. Agar mereka menjadi pelita yang menerangi, dan sinar yang menunjukkan kepada jalan lurus pada setiap sisi kehidupan, dalam hal kasih sayang, belas kasih, kesucian, keiffahan, kemuliaan dan keturunan jugga tawadhu dan ketabahan.

http://duniaislamaina.blogspot.com/2011/03/4-wanita-terbaik-dunia-akhirat.html

KISAH IMAM AHMAD BIN HANBAL -pembela agama Allah~AL QURAN QADIM

~ by Tamlikho Raqim
Gambar hiasan
SEBAGAI 'pewaris' para nabi, ulama silam sering tabah menghadapi pelbagai seksaan, antaranya ialah Ahmad bin Hanbal atau lebih dikenali sebagai Imam Hanbal. Dalam zaman Khalifah Harun al-Rasyid, timbul suatu fahaman bahawa al-Quran adalah makhluk. Basyar al-Murisy telah menyebarluaskan pendapat itu. Namun, Khalifah Harun membanterasnya secara habis-habisan. Sekali gus ia memerintahkan agar penyebar itu ditangkap dan diadili. Basyar menyembunyikan diri sebaik mengetahui perintah itu dikeluarkan. Dia menyembunyikan diri hingga Khalifah Harun meninggal. Khalifah al-Amin, anak Khalifah Harun, menghidupkan perintah itu sebaik sahaja mewarisi kerajaan ayahnya. 

Setelah Khalifah al-Amin meninggal, Khalifah al-Makmun pula mewarisi pemerintahan. Namun, beliau berfaham muktazilah (golongan yang mengutamakan pemikiran logik). Al-Makmun menyokong fahaman Basyar. Para ulama, secara bersembunyi, berfatwa ajaran Basyar itu sesat, lagi menyesatkan. Namun kerana takut dizalimi, ramai ulama berhijrah ke negara lain. Ramai pula yang terpaksa bersembunyi. Imam Hanbal berpendapat al-Quran adalah kalamullah (pena Allah) yang bersifat qadim. Akibat pendapatnya itu, dia ditangkap dan dihadapkan kepada Khalifah Makmun. Hanbal dirantai dan dibawa ke bilik persidangan. Seorang pengawal kemudian tampil dengan membawa al-Quran dan diletakkan di hadapannya. "Al-Quran bukan makhluk, al-Quran adalah Kalamullah", Imam Ahmad menegaskan. 

Akibatnya, Imam Ahmad dipenjara dan diseksa. Setiap hari dalam penjara seorang pegawai disuruh menemui Imam Hanbal supaya pendapatnya diubah. Namun, Imam Hanbal terus bertegas dengan pendiriannya. Suatu pertemuan kemudian diadakan. Tujuannya untuk menghukum Imam Ahmad. Berbagai-bagai peralatan seperti pedang, lembing dan cabuk disediakan. Jika beliau masih teguh dengan fahamannya, senjata itulah yang akan digunakan untuk menyeksanya. Namun, Imam Hanbal masih bertegas. Beliau dicabuk. Pada sebatan pertama, Imam Ahmad berkata 'Bismillah'. Pada sebatan kedua beliau membaca 'La haula wala kuata illa billah'. Pada sebatan ketiga beliau membaca firman Allah bermaksud: "Katakanlah, sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami." 

Kini sudah 29 kali Imam Hanbal dicabuk. Akibatnya kulitnya terkupas. Darah mengalir. Ketika sedang dicabuk, Imam Hanbal merasa tali seluarnya terputus. Seluarnya sedikit demi sedikit menurun. Auratnya dirasakan hampir terbuka. Beliau segera mengangkat pandangannya ke langit. Bibirnya bergerak. Bisikan doanya dikabulkan. Tiba-tiba seluarnya yang tadi turun, naik semula ke tempat semula. Auratnya tidak sempat terbuka. Setelah dicabuk, beliau kemudian dibawa ke penjara. Al-Muktasim telah menggantikan Khalifah Makmun yang meninggal dunia. Namun, fahaman muktazilah masih berkembang. Akibatnya Imam Hanbal terus diseksa. Debat terbuka antara Imam Hanbal dengan Kadi Besar Ahmad bin Ali Daud dianjurkan Khalifah al-Muktasim. Namun, Imam Hanbal pintar menjawab secara jitu segala soal dan bidasan. 

Walaupun terpengaruh, hadirin majlis masih takutkan seksaan khalifah. Oleh malu kerana melihat kadi besarnya itu ditewaskan Imam Ahmad dalam debat itu, khalifah memaksa Imam Hanbal mengakui kesilapannya. Namun, Imam Hanbal masih tabah. Seksaan dan penjara untuknya diteruskan. Khalifah al-Muktasim meninggal dunia dan digantikan oleh Khalifah al-Watsik yang masih terpengaruh oleh ajaran sesat itu. Seksaannya ditambah kepada Imam Hanbal. 

Hanya setelah al-Watsik meninggal dan digantikan oleh al Mutawakkil Billah, barulah berakhir seksaan ke atas Imam Hanbal dan beliau dibebaskan. Khalifah itu menyedari kesilapan 3 orang khalifah terdahulu dan memerintahkan pengikut muktazilah ditangkap dan dihukum. Imam Hanbal bersyukur kepada Allah kerana terselamat. Namun, pada usia tua dan sakit, beliau masih terus berdakwah menentang ajaran sesat sehingga akhir hayatnya. Al-Imam Abu Bakar Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah berkata: “Al-Qur’an adalah kalamullah-BUKAN MAKHLUK..! 

Siapa yang mengatakan Al-Qur’an adalah makhluk, maka dia telah kufur kepada Allah Yang Maha Agung, tidak diterima persaksiannya, tidak dijenguk jika sakit, tidak dishalati jika mati, dan tidak boleh dikuburkan di pekuburan kaum muslimin. Ia diminta taubat, kalau tidak mahu maka dipenggal lehernya.

http://helmdahl.blogspot.com/2011/01/kisah-imam-ahmad-bin-hanbal-pembela.html


SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...