Isnin, 30 Disember 2013

Maher Zain - Assalamu Alayka (Arabic) | Vocals Only Version (No Music)

Abu Hurairah: Peperangan di Akhir Zaman

Abu Hurairah: Peperangan di Akhir Zaman
Albert Einstein: "Saya tidak tahu dengan senjata apa yang akan digunakan pada Perang Dunia ke 3 tetapi saya tahu pada Perang Dunia ke 4, orang akan berperang dengan batu dan batang kayu."
Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu.

Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib.

Dia berkata pada orang-orang di sekelilingnya :

“Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman.” Maka orang-orang berkata : “Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik.” Maka beliau pun berkata :

“Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya.

Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama ‘hirr’ (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH. Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus.”

 “Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, orang-orang Arab menyebutnya sebagai ’syuja’ ul arab’ (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan.

ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu – lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka.

Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam…dan…Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, ‘kelopak mata yang turun’ sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia ’shaddam liman aradhahu’ (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin.”

“Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga… akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra’ dan Mi’raj dekat gunung Mageddon.

Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.

Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya (…) maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran.”{2}

Huraiannya adalah seperti berikut :

Perang Dunia Pertama :
Disebutkan – Pada dekad-dekad Hijriyah setelah 1300 tahun dan hitunglah beberapa dekad… yakni kita menghitung beberapa dekad setelah tahun 1300 H. Demikianlah jumlah dekadnya masih kabur. Satu dekad adalah 10 tahun. Dan benar, pada tahun 1914 Masihi atau sekitar tahun 1332 H, terjadilah peperangan. Bererti, jumlah dekad yang masih kabur itu adalah tiga dekad ditambah kira-kira dua tahun lagi.

Perang Dunia Kedua :
Disebutkan – Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama ‘hirr’ (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri… dan benar, hanya 20 tahun kemudian (2 dekad bersamaan sebutan Abu Hurairah, satu dekad dan satu dekad lagi) meletuslah Perang Dunia Kedua yang digerakkan oleh as-Sayyid al-Kabir (pemimpin besar atau Hitler). Di Jerman orang memanggilnya Hitler.

Perang Dunia Ketiga :
Disebutkan – Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga… bermaksud peperangan akan terjadi diantara tahun 1420 H hingga 1430 H. Kita sekarang berada pada tahun 1431 H, maka peperangan itu sudah berada diambang pintu, boleh meletus pada bila-bila masa saja.{3}

Catatan: Artikel ini adalah sumbangan “ibn ibrahim”

http://kebunketereh.com/?p=4046

Ahad, 29 Disember 2013

Maher Zain - Mawlaya (Arabic) | Vocals Only Version (No Music) (+playlist)

مولاي صلّ وسلم دائما أبدا على حبيبك خير الخلق كلهم
مولاي صلّ وسلم دائما أبدا على حبيبك خير الخلق كلهم
يا رب صلّ عليه يا رب صلّ عليه يا رب صلّ عليه
صلوات الله عليه
Mawlaya salli wa sallim da'iman abadan
'Ala habibika khayril khalqi kullihimi (x2)
Ya Rabbee salli 'aleeh (x3)
Salawatu Allahi 'aleeh

البدر كطلعته وجه جميل
والشمس كبسمته ظل ظليل
هو عبد الله سيد الخلق ومصطفى
وحبيب الله خير مبعوث بوحي الله
Al-badru katal'atihi wajhon jameelon
Washshamsu kabasmatihi dhillon dhaleelon
Houwa 'abdullah sayyidul khalqi wa mustafah
Wa habibullah khayru mab'uthin bi wahyillah

مولاي صلّ وسلم دائما أبدا على حبيبك خير الخلق كلهم
مولاي صلّ وسلم دائما أبدا على حبيبك خير الخلق كلهم
يا رب صلّ عليه يا رب صلّ عليه يا رب صلّ عليه
صلوات الله عليه
Mawlaya salli wa sallim da'iman abadan
'Ala habibika khayril khalqi kullihimi (x2)
Ya Rabbee salli 'aleeh (x3)
Salawatu Allahi 'aleeh

هو خير عباد الله خير البرايا
حيّ فينا بهداه حلو الوصايا
نسألك الله أن تجمعنا يوما برسول الله
من كوثره يروينا فتقبل ياربا
Houwa khayru 'ibadillah, khaiyrul baraya
Hayyun fina bihudah, holwol wasaya
Nas'aluka Allah an tajma'ana yawman bi Rasoulillah
Min kawtharihi yarwina fataqabbal ya Rabbah

مولاي صلّ وسلم دائما أبدا على حبيبك خير الخلق كلهم
مولاي صلّ وسلم دائما أبدا على حبيبك خير الخلق كلهم
يا رب صلّ عليه يا رب صلّ عليه يا رب صلّ عليه
صلوات الله عليه
Mawlaya salli wa sallim da'iman abadan
'Ala habibika khayril khalqi kullihimi (x2)
Ya Rabbee salli 'aleeh (x3)
Salawatu Allahi 'aleeh

طاهر القلب نقيّ ذاكر لله
المصطفى الصفيّ صلى عليه الله
أخلاقه وصفاته سبحان من سواه
هو قدوتي وحبيبي ودعوة النجاة
يارسول الله ياحبيب الله
فاكتب لنا نلقاه ندعوك يا ربا
Tahirul qalbi naqqiyun thakirun lillah
Al-Mustafas safiyyu salla 'alayhi Allah
Akhlaquhu wa sifatuhu subhana Man sawwah
Houwa qoudwati wa habibi wa da'watun najah
Ya rasoula Allah, Ya habiba Allah
Faktob lana nalqahu, nad'ouka ya Rabbah

Maher Zain - Assalamu Alayka (Arabic) | Vocals Only Version (No Music)

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

12 Insan yang bertemu Rasulullah saw dalam mimpinya - by jalanakhirat


1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a. Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari. Gelarannya adalah Amirul Mukminin fil Hadits yang ertinya Pembesar Kaum Mukminin dalam ilmu hadits. Beliau mengarang kitab yang seluruhnya berisi hadith-hadith shahih. Beliau wafat pada tahun 256 H. Diriwayatkan dari Muhammad bin Yusuf Al Fibrari, ia berkata, ‘Aku mendengar Najm bin Fadhil, seorang ahlul ilmi berkata, “Aku bermimpi melihat nabi SAW keluar dari kota Masiti, sedangkan Muhammad bin Ismail Al Bukhari berada di belakangnya, di mana bila nabi SAW melangkahkan kakinya, Al Bukhari pun melakukan hal yang sama dan meletakkan kakinya di atas langkah nabi SAW dan mengikuti bekas langkahnya.”

Diriwayatkan dari Muhammad bin Muhammad bin Makki, ia berkata, “Aku mendengar Abdul Wahid bin Adam Ath-Thawwisi berkata, ‘Aku mimpi bertemu Rasulullah SAW dan sekelompok sahabatnya, baginda sedang berhenti di suatu tempat, maka aku mengucapkan salam dan baginda menjawabnya. Aku bertanya, ‘Kenapa engkau berhenti, Ya Rasulullah?’ Baginda menjawab, ‘Aku menunggu Muhammad bin Ismail Al Bukhari.’ Dan setelah beberapa hari datang berita kepadaku tentang wafatnya Al Bukhari. Setelah aku perhatikan, ia wafat pada waktu aku mimpi bertemu Rasululah SAW.”

2. Mimpi Utsman bin Affan r.a. Beliau adalah Khalifah Rasyidin, Pemimpin Kaum Muslimin yang mendapat petunjuk yang ketiga. beliau memiliki gelaran Dzun Nurain kerana menikahi dua puteri nabi SAW yang salah satunya setelah yang lain meninggal. Beliau wafat pada tahun 35 H. Diriwayatkan dari Ummu Hilal binti Waki’, dari seorang isetri Utsman, ia berkata, “Suatu kaum akan membunuhku.” Maka aku berkata, “Tidak, wahai Amirul Mukminin.” Kemudian beliau berkata, “Sesungguhnya aku bertemu Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Umar di dalam mimpi. Maka mereka berkata, “Berbukalah bersama kami malam ini.” atau mereka mengatakan, “Sesungguhnya kamu akan berbuka bersama kami malam ini.” 

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Salam, ia berkata, “Aku datang kepada Utsman untuk menyalaminya, sedangkan ia dalam keadaan dikepung. Aku masuk menemuinya, maka ia berkata, “Selamat datang wahai saudaraku. Aku melihat Rasulullah SAW tadi malam di pintu kecil ini. Ia berkata, “Pintu kecil itu ada di dalam rumah.” Maka beliau (nabi) berkata, “Wahai Utsman, apakah mereka telah mengepungmu?” Aku menjawab, “Ya.” Beliau bertanya lagi, “Apakah mereka telah membuatmu haus?” Aku menjawab, “Ya.” Maka beliau menuangkan cawan besar yang berisi air, kemudian aku meminumnya sampai kenyang, sampai-sampai aku merasakan dinginnya di antara dada dan pundakku. Dan beliau SAW berkata, “Jika kamu mahu, berbukalah di rumah kami. Maka aku memilih berbuka di rumah Baginda SAW. Maka kata Abdullah bin Salam, Utsman dibunuh pada hari itu. (Thabaqat Ibnu Saad & Tarikh, Ibnu Asakir).

3. Mimpi Umar bin Khattab r.a. Beliau adalah Pemimpin Kaum Muslimin setelah Sayyidina Abu Bakar Shiddiq wafat. Gelarannya adalah Al Faruq yang ertinya pembeda antara yang haq dan yang bathil. Beliau wafat pada tahun 23 H. 

Diriwayatkan dari Umar bin Hamzah bin Abdullah, dari pamannya, Salim dari bapaknya, Umar berkata, “Aku melihat Rasulullah SAW di dalam mimpi, di mana aku melihat baginda sedangkan baginda tidak memandangku. Maka aku berkata, “Ya Rasulullah, kenapa aku?” Baginda bersabda, “Bukankah kamu yang mencium isterimu pada saat kamu berpuasa?!” Maka aku berkata, “Demi Yang Mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak akan mencium isteriku lagi setelah ini saat aku berpuasa.” (Al Mahalli, Ibnu Hazm).

4. Mimpi Ali bin Abi Thalib r.hum. Beliau adalah adik sepupu Rasulullah SAW sekaligus menantunya dan termasuk orang yang pertama masuk Islam dari kalangan anak-anak. Beliau adalah Khalifah setelah terbunuhnya Utsman bin Affan. Julukannya adalah Abu Turab. Beliau wafat pada tahun 40 H setelah beberapa hari terluka karena tikaman Ibnu Muljam. 

Muhammad Sa’ad menceritakan sebuah riwayat dari Ali ra. Ali berkata, “Sesungguhnya aku pada malam itu (iaitu saat Ibnu Muljam membunuhnya pada pagi harinya) membangunkan keluargaku, kedua mataku menguasaiku hingga aku tertidur saat aku duduk. Maka aku melihat Rasulullah SAW. Dan aku bertanya, “Ya Rasulullah, kenapa aku menemukan di antara ummatmu orang-orang yang bengkok dan suka bertengkar?” Rasulullah SAW berkata, “Doakanlah atas mereka.” Maka aku berdoa,” Ya Allah, gantikanlah perlakuan mereka terhadapku dengan yang lebih baik bagiku. Dan gantikanlah yang lebih buruk untuk mereka.” (Thabaqatul Kubra & Al Manaamat, Ibnu Abi Dunya).

5. Mimpi Hasan bin Ali r.hum. Beliau adalah cucu Rasulullah SAW serta pemuka para ahli syurga. Beliau wafat sebagai syahid. Diriwayatkan oleh Filfilah Al Ja’fi, ia berkata, “Aku mendengar Hasan bin Ali ra. berkata, “Aku melihat Nabi SAW bergelantung di atas Arsy, dan aku melihat Abu Bakar ra. memegang kedua pinggang Nabi SAW serta melihat Umar ra. memegang kedua pinggang Abu Bakar ra. dan juga melihat Utsman ra. memegang pinggang Umar ra. serta melihat darah bercucuran dari langit ke bumi.” 

Maka Hasan menceritaka mimpi ini pada orang di sekelilingnya (kaum syi’ah), maka mereka bertanya, “Tidakkah kau melihat Ali?” Hasan menjawab, “Tidak seorang pun yang paling suka aku melihatnya memegang kedua pinggang Nabi SAW daripada Ali. Akan tetapi ini adalah sebuah mimpi.” 

Dari Ishak bin Rabi’, ia berkata, “Ketika kami sedang di sisi Hasan, tiba-tiba datang seorang laki-laki seraya berkata, ‘Wahai Abu Said, sesungguhnya semalam aku melihat Nabi SAW di dalam mimpi. Nabi SAW berada di tengah-tengah Murjiah Bani Salim dalam khalayak ramai, dan di atasnya jubah musim dingin, kemudian dikatakan kepadanya, ‘Wahai Rasulullah SAW, Hasan akan datang. Beliau bersabda, ‘Katakanlah kepadanya, beritakanlah khabar gembira, kemudian beritakanlah khabar gembira, kemudian beritakanlah khabar gembira.’ 

Maka mata Hasan bercucuran air mata, dan ia bersabda, ‘Semoga Allah menetapkan matamu. Rasulullah SAW bersabda, ‘Barangsiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka ia sungguh telah melihatku, dan syaitan tidak dapat menyerupaiku.’” (HR Thabrani & Al Manaamat, Ibnu Abi Dunya).

6. Mimpi Husein bin Ali r.hum. Suatu hari Husein bin Ali sedang duduk di depan rumahnya sambil memeluk pedangnya. Ketika ia menundukkan kepalanya, saudarinya, Zainab binti Ali mendengar suara teriakan. Ia mendekati saudaranya, seraya berkata, “Wahai saudaraku, tidakkah kamu mendengar suara keributan telah mendekat?” 

Maka Husein mengangkat kepalanya dan berkata, “Sesungguhnya aku melihat Rasulullah SAW di dalam mimpiku di mana baginda berkata padaku: ‘Sesungguhnya kamu menuju kepada kami.’ Maka saudarinya itu menjadi bersedih dan berkata, “Alangkah celaka aku!” Maka Husein berkata, “Kamu tidak celaka, wahai saudariku, tempatkanlah kasih sayangmu dengan Allah Yang Maha Pemurah.”Tak lama, Husein gugur di padang Karbala. Seluruh keluarganya habis terkorban, kecuali seorang anaknya yang bernama Ali yang diselamatkan oleh Zainab. 

7. Mimpi Abu Musa Al Asy’ari r.a. Beliau adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW dari suku Tamim. Beliau juga seorang ahli fikih dan qira’at. Diriwayatkan oleh Abu Musa , beliau berkata, “Aku melihat Rasulullah di dalam mimpi sedang berada di atas gunung. Di sampingnya Abu Bakar. Dan beliau (Rasulullah) sedang mengisyaratkan Umar untuk datang kepadanya.” Maka aku mengucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, dan ternyata benar, Amirul Mukminin Umar bin Khattab wafat!” Ia (Abu Musa) ditanya, “Tidakkah kamu menulisnya (mimpi) itu kepada Umar?” Maka Abu Musa berkata, “Tidak selayaknya aku mengucapkan berbela sungkawa kepada Umar (karena Umar akan bertemu Rasulullah SAW).” (Ar Riyadhun Nudhrah fi Manaqibil Asyrah).

8. Mimpi Huzaimah bin Tsabit r.a. Beliau adalah seorang sahabat Rasulllah SAW. Ia diistimewakan kerana kesaksiannya setara dengan kesaksian dua orang. Beliau termasuk di dalam pasukan Ali dan memperoleh kemuliaan syahid saat perang Shiffin. Diriwayatkan oleh Utsman bin Sahl bin Hanif dan Khuzaimah bin Tsabit, “Bahawa ia bermimpi mencium dahi Nabi SAW. Kemudian ia mendatangi Rasulullah SAW lalu ia menceritakan mimpinya tersebut. Kemudian Rasulullah SAW mempersilahkannya, lalu ia pun mencium dahi Rasul.” (Musnad Imam Ahmad).

9. Mimpi Bilal bin Rabah r.a. Beliau adalah Muazzin di zaman Rasulullah SAW, termasuk golongan sahabat yang ikut dalm perang Badar. Nabi SAW telah bersaksi atas penetapannya sebagai ahli syurga. Setelah Rasulullah SAW wafat, kerana tak mampu menanggung kesedihan hati akan ingatannya kepada Rasulullah SAW, Bilal berpindah ke negeri Syam. 

Bertahun kemudian Bilal melihat Rasulullah SAW di dalam mimpinya di negeri Syam. Rasulullah berkata, “Kenapa kamu berlaku tidak ramah, wahai Bilal? Bukankah kini telah datang waktunya bagimu untuk menziarahiku?” Maka Bilal bangun dalam keadaan bersedih dan langsung bergegas menuju kota Madinah. ia lalu mendatangi makam Rasulullah SAW dan di sana ia menangis. 

Sayyidina Hasan dan Husein datang menghampirinya, kemudian Bilal memeluk keduanya. Maka Sayyidina Hasan dan Husein berkata, “Kami sangat menginginkan engkau untuk azan di waktu sahur.” Maka demi takzimnya kepada kedua cucu Rasulullah SAW ia naik ke atap masjid. ketika ia menyerukan “Allahu Akbar Allahu Akbar” bergetarlah seluruh kota Madinah. Keluarlah para penduduknya berduyun-duyun ke masjid sambil menangis tersedu-sedu kerana suara Bilal mengingatkan mereka pada kehidupan di zaman Rasul. Dan tidak pernah disaksikan hari yang lebih banyak laki-laki dan wanita menangis daripada hari itu. Seminggu kemudian Bilal wafat. (Asadul Ghabah, Ibnu Atsir).

10. Mimpi Abul Mawahib Asy-Syadzili r.a. Beliau memiliki nama lengkap Syaikh Muhammad Abul Mawahib Asy-Syadzili, murid dari Syaikh Abu Sa’id Ash-Shafrawi. Beliau adalah seorang ulama besar yang pernah mengajar di Universitas Al Azhar, Mesir. 

Beliau sering bermimpi berjumpa dengan Rasulullah saw. Beliau pernah menyatakan: Aku bermimpi melihat Rasulullah saw berada di lantai atas Universitas Al Azhar pada tahun 825 H, lalu baginda meletakkan tangannya di dadaku dan bersabda: “Wahai anakku, ghibah itu haram hukumnya. Tidakkah kau mendengar firman Allah SWT : Janganlah sebahagian kamu membicarakan keburukan (ghibah) sebahagian yang lain.” Sedangkan di sampingku ada beberapa orang yang asyik membicarakan keburukan orang. 

Kemudian baginda bersabda kepadaku: “Jika kamu tak bisa menghindari untuk mendengar orang-orang berghibah, maka bacalah surat Al Ikhlas, Al Falaq dan An-Nas, lalu hadiahkanlah pahalanya kepada orang yang dighibah atau dibicarakan keburukannya itu, kerana (mendengarkan) ghibah dan pahala dari bacaan tersebut berimbang.” 

Beliau menyatakan bahawa suatu hari beliau terlibat perdebatan di Universitas Al Azhar dengan seseorang atas pernyataan Qasidah Al Burdah karya Imam Bushiri: Famablaghul ilmi fihi annahu basyarun Wa annahu khairu khalqillahi kullihimi. Puncak pengetahuan manusia tentangnya: ia adalah seorang manusia. Tetapi sesungguhnya ia adalah makhluk Allah yang terbaik. Ia mengatakan kepadaku bahawa pernyataan ini tidak memiliki argumentasi. Aku sanggah pernyataannya dan aku katakan bahawa itu telah didasarkan pada ijma’ yang tak dapat dibantah. Tapi ia tetap tak mahu menerimanya. 

Lalu setelah itu aku bermimpi melihat Rasulullah saw bersama Abu Bakar dan Umar sedang duduk di samping mimbar Universitas Al Azhar. Baginda bersabda menyambutku: “Selamat datang kekasih kami.” Kemudian beliau menoleh kepada para sahabatnya dan berkata: “Tahukah kalian apa yang telah terjadi hari ini?” “Kami tidak tahu, wahai Rasulullah,” jawab mereka. “Sesungguhnya si fulan yang celaka meyakini bahawa para malaikat lebih utama dariku.” Mereka menyanggah dengan serentak, “Itu tidak benar, wahai Rasulullah!” Lalu Nabi saw berkata kepada mereka: “Kasihan keadaan si fulan yang celaka itu, ia sebenarnya tidak hidup. Sekalipun hidup, ia hidup dalam keadaan ternista dan terhina. Namanya yang terhina membuatnya sempit dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ia meyakini bahawa ijma’ tidak terjadi pada pengutamaanku di atas semua makhluk. Tidakkah ia tahu, bahawa pengingkaran Mu’tazilah kepada Ahlussunah tidak dapat merusak kredibilitas ijma’? 

Beliau juga pernah berkata, “Aku bermimpi melihat Rasulullah saw dan aku berkata kepada baginda: Wahai Rasulullah, Allah bershalawat sepuluh kali kepada orang yang membaca shalawat untukmu satu kali. Apakah itu bagi orang yang menghadirkan hati (khusyu’) dan perasaannya (ta’zhim)? 

Baginda menjawab: “Tidak. Itu berlaku bagi orang yang membaca shalawat untukku dalam keadaan lalai. Allah akan memberinya anugerah sebesar dan sebanyak gunung-gunung tinggi, iaitu para malaikat akan berdoa dan memohonkan ampun untuknya. Adapun kalau ia membacanya dengan menghadirkan hati (khusyu’) dan penuh rasa hormat (ta’zhim), maka nilai pahala dari bacaan itu tidak bisa dijabarkan kecuali oleh Allah.” 

Beliau berkata lagi: “Aku bermimpi melihat Rasulullah saw. Baginda bersabda kepadaku menjelaskan tentang diri baginda yang mulia: “Aku tidaklah mati. Kematian hanyalah sebuah ungkapan bagi ketersembunyianku dari orang yang tidak mendapatkan pemahaman dari Allah. Adapun bagi orang yang telah mendapatkan pemahaman dari Allah, maka inilah aku: aku bisa melihatnya dan ia bisa melihatku.” 

Beliau menerangkan, “Siapa yang ingin bermimpi Rasulullah saw, hendaklah ia memperbanyak bersalawat kepadanya siang dan malam, bersama cintanya kepada para Imam yang shalih dan para wali. Jika tidak begitu, maka pintu untuk masuk ke dalam mimpi itu akan ditutup, kerana mereka adalah pemimpin manusia, sementara itu Tuhan kita akan murka kerana kemurkaan mereka, demikian pula Rasulullah saw.” (Afdhalish Shalawat Ala Sayyidis Saadat, Yusuf An-Nabhani).

11. Mimpi Ahmad Ibnul Jalla’ Abu Abdullah Ahmad bin Yahya Al Jalla’, asli Baghdad dan pernah tinggal di Ramlah dan Damaskus. Ia termasuk tokoh besar dari kalangan syeikh sufi di Syam. Ia berguru pada Abu Turab, Dzunnun Al Mishri dan Abu Ubaid Al Bishri serta kepada ayahnya sendiri, Yahya Al Jalla’. 

Ia berkata, “Pada suatu ketika aku pergi mengembara melintasi gurun dengan bekal yang seadanya. Sampai di kota Madinah, aku telah tidak memiliki apa pun. Aku lalu mendekati makam Rasulullah SAW, lalu berkata, ‘Aku adalah tamu anda, wahai Rasulullah!’ Tiba-tiba aku dilanda kantuk sehingga aku tertidur. Saat tertidur itu aku bermimpi bertemu Nabi SAW dan baginda memberiku roti. Roti itu kumakan separuhnya, selanjutnya aku bangun. Ternyata separuh roti yang belum kumakan masih ada di tanganku.”

12.Mimpi Al Fasawi. Ia adalah ulama hadits yang bernama Abu Yusuf Ya’kub bin Sufyan Al Fasawi. Beliau pengarang kitab At-Tarikh dan Al-Masyikhah yang wafat di tahun 277 H. Diriwayatkan dari Muhammad bin Yazid Atthar, Aku mendengar Ya’kub Al Fasawi berkata, “Aku banyak menyalin hadits di malam hari. Kerana keperluan makin banyak, dengan terburu-buru aku menulisnya hingga larut malam sehingga mengakibatkan mataku berair dan tak dapat melihat. Hal itu membuatku bersedih, kerana hilangnya ilmu dariku dan aku menjadi terasing dari sekitarku. Aku menangis hingga tertidur. 

Lalu aku bertemu Rasulullah SAW di mana baginda memanggilku: ‘Wahai Ya’kub, kenapa kamu menangis?’ Aku menjawab, “Ya Rasulullah, penglihatanku hilang, sehingga aku sedih tak bisa menulis sunah-sunahmu lagi dan aku terasing dari sekitarku.” Baginda bersabda, ‘Mendekatlah padaku.’ Maka aku lalu mendekat kepadanya. Lalu baginda mengusapkan tangannya di atas mataku seakan-akan membacakan atas keduanya. Kemudian aku terbangun dan aku dapat melihat, lalu aku mengambil tulisanku dan duduk di depan lampu untuk meneruskannya.” (Tarikhul Islam).

BeLas KaSiHan BuKtI KeSeMpUrNaaN iMan

Belas kasihan bukti kesempurnaan iman 
Gambar hiasan
Layanan baik bertimbang rasa sesama manusia suburkan perasaan rahmat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.” (Surah Ali-Imran, ayat 159).

Rasulullah SAW menganjurkan supaya setiap daripada umatnya menunjukkan belas kasihan dan menjadikannya sebagai satu bukti atas kesempurnaan iman seseorang. Kesannya, apabila bertemu sesiapa saja di hatinya terpendam rasa simpati dan perasaan hendak berbakti untuk melegakan kesempitan dan meringankan beban dipikul saudaranya.

Sabda Rasulullah SAW: “Kamu tidak sekali-kali dianggap beriman sehingga kamu bersifat rahmat. Sahabat berkata: Semua kita bersifat rahmat. Jawab Baginda: Bukan maksudku rahmatmu terhadap kawanmu, malah ia adalah rahmat kepada umum.” (Riwayat At-Tabrani)

Menjadi suatu kebiasaan jika seseorang itu senyum dan gembira apabila berjumpa kawan-kawannya atau bermanja dengan anak-anaknya. Walau bagaimanapun, Islam menuntut supaya setiap Muslim mempunyai rahmat lebih luas dan lebih besar daripada itu.

Sabda Rasulullah SAW: “Kamu tidak sekali-kali dianggap beriman sehingga kamu bersifat rahmat. Sahabat berkata: Semua kita bersifat rahmat. Jawab Baginda: Bukan maksudku rahmatmu terhadap kawanmu, malah ia adalah rahmat kepada umum.” (Riwayat At-Tabrani)

Sifat rahmat bukanlah perasaan belas kasihan tanpa perkiraan, keadilan dan disiplin, malah ia sifat yang memelihara segala-gala hak itu. Memang kita rasa belas mendengar ada yang dihukum gantung, tetapi jika perbuatan jenayah tidak dibendung, lebih banyak kejadian buruk berlaku.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan dalam Qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, hai orang yang berakal, supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 179).


Sifat kekerasan dibenci


Sifat kekerasan yang dibenci dan dimurkai Allah SWT timbul daripada perasaan kasar yang tidak mengenal logik dan keadilan, ia adalah perasaan jahat dan keji yang mencari kepuasan dengan menyakiti orang lain.

Sedangkan rahmat adalah satu unsur daripada keindahan Allah SWT yang terletak pada tabiat manusia yang merindui kerja-kerja kebaikan dan tetap tenang di saat kesusahan melanda diri.

Daripada Ibnu Syihab, sesungguhnya Sa’id bin al-Musayyab menceritakan kepadanya, Abu Hurairah berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah membuat kasih sayang sebanyak 100 bahagian, lalu Allah memegang 99 bahagian dan menurunkan satu bahagian kasih sayang ke dunia, sehingga semua makhluk saling mengasihi, termasuk seekor binatang mengangkat kakinya kerana khuatir anaknya akan terpijak.” (Riwayat Muslim)

Seperti ilmu pengetahuan dapat menyuburkan akal, begitu juga perasaan rahmat dapat disuburkan dengan pelbagai cara. Islam mengingatkan ada golongan manusia yang sepatutnya diberi perhatian dan belas kasihan berlipat ganda antaranya belas kepada kaum kerabat serta saudara mara.

Maka menjadi kewajipan seorang Muslim menyempurnakan hak kewajipan terhadap kerabatnya dengan sentiasa mengukuhkan hubungan terutama hubungan dengan kedua-dua ibu bapa.

Pandangan rahmat untuk anak yatim

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata); Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah Al-Isra’, ayat 24)

Tidak harus bagi seorang Muslim menutup pintu hati dan pintu rumahnya kepada kaum kerabat serta saudara-mara, memutuskan hubungan atau tidak menghiraukan mereka ketika dilanda kesusahan dan kepayahan dalam hidup.

Antara kalangan orang yang harus diberi pandangan rahmat ialah anak yatim kerana berbuat baik kepada mereka boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Abu Hurairah menceritakan seorang lelaki mengadu mengenai hatinya yang keras lalu Rasulullah SAW bersabda: “Sapulah kepala anak yatim dan berilah makan kepada fakir miskin.” (Riwayat At-Tabrani)

Sikap dan sifat yang buruk dapat diperbetulkan dengan menunjukkan belas kasihan kepada anak yatim. Hati akan menjadi keras jika seseorang berada dalam limpahan kemewahan, keseronokan dan hiburan.

Beri layanan baik

Mereka tidak akan mempedulikan keperitan hidup orang susah dan terlantar kerana kesenangan serta kemewahan membalut hati mereka dengan selaput yang menyebabkan mata hatinya tertutup untuk melihat penderitaan orang lain.

Rahmat juga seharusnya dihulurkan terhadap orang sakit dan kurang upaya. Mereka menghadapi kehidupan dengan serba kekurangan. Kesabaran menanggung kesakitannya menjadikan dia berdamping dengan Allah SWT dan layak mendapatkan rahmat-Nya.

Jika seorang mukmin terpijak duri dan kesakitannya dapat mengurangkan dosanya, apatah lagi orang yang kurus kering menanggung kesakitan yang dideritainya.

Bukti rahmat daripada seseorang terpancar apabila dia memberi layanan yang baik kepada orang bekerja di bawahnya, sentiasa bertimbang rasa apabila menyuruh mereka melakukan pekerjaan serta memaafkan mereka terhadap kesalahan kecil dilakukan.

MiSkiN TeTapi Kaya

Miskin tetapi kaya- by epondok
Gambar hiasan sahaja
Petikan daripada koleksi Senarai Hadis dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

DARIPADA Abu Hurairah r.a katanya: Yang disebut orang miskin itu bukanlah peminta-peminta yang diberi orang satu atau dua biji kurma atau sesuap atau dua suap makanan. Tetapi sesungguhnya orang miskin itu ialah orang yang tahu menjaga diri (daripada meminta-minta). (riwayat Muslim). Jika kamu mahu bacalah firman Allah SWT bermaksud: …. mereka tidak meminta-minta kepada orang ramai dengan mendesak-desak … (al-Baqarah:273)

1. Setiap insan di dunia ini bercita-cita untuk menjadi kaya raya. Dalam Islam seseorang itu tidak dianggap kaya hanya dengan memiliki harta yang banyak, tetapi kaya yang sebenar, di samping ia mempunyai harta ialah apabila memiliki jiwa dan hati yang jauh lebih mulia daripada hartanya itu.

2. Orang yang miskin tetapi kaya maruah tidak bergantung harap dan belas kasihan daripada orang lain. Sekalipun tidak berharta ia tidak menunjukkan kelemahan dan kekurangannya itu dengan cara mendesak, meminta-minta sedekah daripada orang lain tetapi berusaha memperbaiki nasib dirinya dengan segala tenaga dan upaya, melakukan sebarang pekerjaan yang halal untuk mencari rezeki.

Al-Quran ada menyebutkan sebagaimana yang disebutkan dalam hadis di atas maksudnya: (Pemberian sedekah itu adalah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam) yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka; orang kaya-oleh orang yang mengetahui halnya kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah) apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya.
(al-Baqarah:273)

3. Islam amat membenci kemiskinan kerana ia boleh membawa kepada kekufuran. Malah bagi sebuah negara yang kaya, maju dan membangun rakyatnya harus dididik untuk menabur kebajikan, sebagai tempat si kaya berbudi, si miskin dirai dan dibantu bukan tempat di mana kesenangan hanya berkisar pada si kaya manakala si miskin terus merana.

IBLIS MUSUH NYATA - KISAH BARSISA

Kisah Barsisa
Gambar hiasan saja 
Kisah Barsisa ini adalah kisah teladan yang menunjukkan bahawa iblis sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan manusia. Salah satu kelemahan manusia ialah nafsu syahwatnya. Barsisa adalah seorang ahli ibadah Bani Israil yang begitu kuat beribadah tetapi kurang berilmu serta tidak dapat mengetahui tipu daya iblis akhirnya mati dalam keadaan kafir. Kisah ini diambil dari buku Rawatan Gangguan Makhluk Halus Menurut Al-Quran Dan As-Sunnah oleh Prof. Dr Haron Din dan Dr. Amran Kasimin cetakan tahun 1990 (buku ini tiada lagi di pasaran setelah digantikan dengan cetakan tahun 1997 - cetakan 1997 ini tidak lagi mencatatkan kisah Barsisa ini). Ikuti kisahnya...

Ibn Abbas r.a. mengisahkan bahawa pada zaman dahulu terdapat seorang lelaki yang sangat salih bernama Barsisa, yang telah beribadat di satu tempat ibadat selama 70 tahun. Dia tidak pernah melakukan maksiat biarpun sekelip mata.

Pada satu hari iblis telah mengumpulkan satu golongan syaitan yang bijak-bijak dan bertanya, siapakah di antara mereka yang sanggup membinasakan Barsisa. Mendengarkan pertanyaan itu, iblis bernama Si Putih berjanji akan melakukannya. Si Putih mengatur langkah dengan mencukur licin tengah-tengah kepalanya dan berpakaian seperti pakaian yang dipakai oleh Barsisa, yang menunjukkan bahawa dia adalah seorang rahib yang salih dan ahli ibadah. Kemudian ia pergi ke tempat Barsisa beribadat. Setibanya di sana dia terus memberi salam, tetapi tidak mendapat jawapan. Barsisa tidak berhenti daripada sembahyangnya kecuali setelah 10 hari. Ia hanya berhenti makan sekali dalam 10 hari. Melihatkan Barsisa tidak memperdulikannya, Si Putih pun ikut Barsisa sembahyang dan beribadat. Apabila Barsisa berhenti sembahyang, ia ternampak Si Putih sedang berdiri sembahyang seperti kelakuan seorang ahli ibadat.

Melihatkan demikian dia berkata:
“Saudara memanggil saya ketika sembahyang tadi. Apa hajat saudara?”
“Hajat saya, saya ingin bersama tuan. Berguru kepada tuan. Agar dapat saya beribadah seperti yang tuan lakukan. Kita sama-sama beribadat. Tuan berdoa kepada Allah untuk diri saya dan saya berdoa untuk tuan”. Tegas Si Putih pendek.

Sayang sekali saya tidak dapat memenuhi permintaan saudara. Apabila saudara telah termasuk dalam golongan orang yang beriman, ini bermakna saudara termasuk dalam doa saya kepada Allah apabila dikabulkan”.

Barsisa kembali beribadah meninggalkan Si Putih. Si Putih meneruskan ibadahnya dengan berpura-pura bersembahyang tanpa dilihat oleh Barsisa selama 40 hari. Bila ia berhenti sembahyang dilihatnya Si Putih masih lagi sembahyang. Melihatkan kesungguhan sedemikian rupa, Barsisa bertanya,
“Apa sebenarnya hajat saudara?”
“Hajat saya ingin beribadat bersama tuan”. Jawab Si Putih dengan penuh hati-hati.
“Kalau boleh, dapat kiranya tuan izinkan saya naik ke tempat tuan beribadah”.

“Barsisa mula tertarik hati kepada Si Putih lalu mengizinkannya naik. Kemudian ia pun beribadah semula bersama-sama Si Putih selama setahun, tanpa makan kecuali selepas 40 hari, dan tidak berhenti sembahyang kecuali sekali setiap 40 hari. Kadang-kadang sampai 80 hari.

Melihat kesungguhan Si Putih, Barsisa merasa kesal terhadap perkara yang telah dilakukan. Dalam masa yang sama dia merasa kagum dengan ibadah yang dilakukan oleh Si Putih. Setelah cukup setahun, Si Putih berkata kepada Barsisa.
“Saya mahu pergi sekejap untuk menemui teman”.

Barsisa merasa berat hendak berpisah dengan temannya tetapi ia terpaksa melepaskannya pergi. Ketika hampir pergi Si Putih berkata kepadanya.
“Sebelum saya pergi saya ingin mengajar tuan beberapa doa. Tuan boleh dunakan untuk mengubati pesakit terutamanya orang yang menderita gila”.

“Saya tidak memerlukannya. Saya takut bila orang ramai tahu, mereka akan datang berjumpa dengan saya. Semuanya ini akan mengganggu ibadah saya kepada Allah.” Barsisa menjawab dengan ikhlas.

Si Putih tetap mengajarnya ilmu tersebut. Kemudian ia beredar menemui iblis. Iblis berkata kepadanya bahawa Barsisa akan binasa.

Si Putih telah berjumpa dengan seorang lelaki, lalu mencekiknya. Kemudian ia datang menjelma dirinya berlagak seperti seorang yang pandai mengubati penyakit lalu menemui keluarga lelaki tersebut dan berkata.

“Saudara kamu kena rasuk hantu. Adakah kamu perlukan saya merawatnya?” Mereka semuanya menjawab mengatakan benar.

“Maaf, saya tidak berupaya mengubati sakitnya… tetapi, rasanya elok kalau saya tunjukkan seorang lelaki yang boleh mengubatinya dengan cara berdoa kepada Allah. Dia akan sembuh.” Si Putih mula membuat helah.

Lalu ia memberitahu Barsisa. Keluarga pesakit dengan segera menemui Barsisa dan memohon pertolongan daripadanya. Apabila Barsisa membaca doa yang diberi oleh iblis dahulu, maka pesakit pun sembuh.

Demikianlah halnya yang dilakukan oleh Si Putih kepada beberapa orang lain. Setiap kali melakukannya dan orang yang berkenaan sakit, ia akan menjelmakan dirinya dan memberitahu kepada keluarga pesakit ke mana seharusnya mereka pergi untuk mendapatkan pertolongan.

Akhirnya Si Putih pergi kepada seorang perempuan muda dari golongan ternama Bani Israil lalu menyeksa dan mencekiknya. Kemudian ia menjelmakan diri berlagak seperti seorang lelaki yang pandai mengubati penyakit lalu menemui keluarga perempuan tadi.

“Adakah saya perlu merawatnya.” Tanya Si Putih pura-pura.
“Ya”. Jawab mereka semua dalam kecemasan.

“Perempuan ini dirasuk syaitan. Sayangnya saya tidak berupaya hendak mengubatinya. Tetapi kalau tuan-tuan mahu, tuan-tuan boleh berjumpa dengan seorang lelaki yang banyak ilmu, dia boleh mengubati orang kena rasuk. Kamu bawa perempuan itu kepadanya. Bila ia sakit dirasuk syaitan dia akan berdoa kepada Allah dan pesakit akan sembuh.” “Bagaimana kita semua hendak berbuat demikian. Dia seorang lelaki ternama lagi tinggi martabatnya?” Tanya keluarga perempuan tersebut.

“Itu mudah sahaja. Tuan-tuan boleh bina sebuah biara berhampiran dengan biaranya. Barsisa akan mengubatinya. Kalau dia enggan merawat, tinggalkan sahaja perempuan di biara. Sakitnya parah dan tidak mudah sembuh.” Si Putih memberi jalan.

Keluarga perempuan itu pun melakukan apa yang telah disyorkan oleh Si Putih. Setelah biara dibina perempuan itu pun ditinggalkan di situ, menyerahkannya kepada Barsisa untuk dirawat. Setelah itu mereka pun memohon diri pulang.

Tatkala Barsisa berhenti sembahyang, matanya tertumpu kepada perempuan yang begitu cantik, menjadikan hatinya berdebar-debar tertawan melihatnya. Ketika itu syaitan pun datang dan mencekik perempuan tadi. Barsisa datang merawatnya dengan membaca doa yang diberi oleh syaitan dahulu lalu sembuh. Setelah itu dia pun kembali sembahyang semula. Syaitan datang lagi dan mencekiknya. 

Barsisa datang untuk mengubatinya. Ketika itu si perempuan yang sedang sakit itu tidak sedarkan diri pakaiannya terlucut dari badan. Syaitan datang membisikkan di hati Barsisa, serta mengapi-apikannya supaya melakukan zina. Ini adalah peluang keemasan yang tidak mudah diperolehi. Selepas itu dia boleh bertaubat. Dia akan memperolehi apa yang dia mahu. Begitulah bisikan dan godaan iblis syaitan berulang kali. Akhirnya Barsisa tidak berupaya hendak mengawal dirinya lalu melakukan zina. Dia mengulangi perbuatannya tadi beberapa kali hingga perempuan itu besar kandungannya.

Ketika itu Si Putih menemui Barsisa dan berkata:
“Alangkahnya celakanya engkau wahai Barsisa. Kau telah melakukan perbuatan jenayah. Melakukan zina dengan perempuan yang diamanahkan kepada kau. Tidakkah kau malu bila keluarganya datang dan melihat anaknya hamil”?

Barsisa begitu terperanjat dan menyedari perbuatannya yang terlanjur. Melihat keadaan yang demikian, Si Putih berkata,
“Untuk mengelakkan diri daripada kecelakaan, mungkin kau perlu bunuh perempuan itu. Nanti bila saudara-saudaranya datang, katakana pada mereka yang perempuan itu telah dirasuk syaitan, kau tidak berupaya merawatnya…”.

Hasutan Si Putih masuk dalam hatinya lalu dia masuk ke bilik perempuan tadi dan membunuhnya.

Kemudian Barsisa membawa mayat itu keluar dan menanamnya di tepi sebuah bukit. Syaitan datang ketika Barsisa menanam mayat di waktu malam, lalu ia menarik keluar hujung kainnya dan ditinggalkan nampak di atas tanah.

Setelah itu Barsisa balik ke tempat ibadahnya dan bersembahyang. Tiba-tiba datanglah saudara mara perempuan tadi bertanyakan hal. Barsisa memberitahu apa yang diajar oleh Si Putih dengan mengatakan bahawa perempuan itu telah dirasuk syaitan lalu lari. Ia tidak berupaya hendak mengubatinya. Mereka percaya kata-kata Barsisa lalu beredar pergi.

Ketika tidur syaitan datang dalam mimpi saudara lelaki yang tua, memberitahu bahawa Barsisa telah membunuh adiknya dan menanamnya di tepi sebuah bukit. Ia tidak percayakan mimpinya dan mengatakan perkara yang dilihatnya dalam mimpi itu adalah daripada syaitan. Tidak mungkin Barsisa berbuat demikian kerana dia adalah seorang alim.

Mimpi yang sama terjadi selama 3 malam berturut-turut tetapi tidak dipedulikan olehnya. Syaitan datang kepada saudara lelakinya yang tengah dan mendatangkan mimpi yang sama. Dia juga tidak mempercayai mimpi tersebut. Kemudian syaitan pergi kepada saudaranya yang paling muda dan mendatangkan mimpi yang sama seperti yang dilakukan kepada saudara-saudaranya yang lain. 

Saudara yang muda ini telah memberitahu abang-abangnya tentang perkara yang telah dilihat dalam mimpinya. Akhirnya, mereka mengaku bermimpikan mimpi tentang hal yang sama.

Keesokan harinya mereka pergi menemui Barsisa, bertanyakan hal yang sebenar. Bersisa memberitahu mereka seperti jawapan yang lalu, lantas mereka beredar pergi. Ketika hendak pergi, iblis datang dan berkata bahawa saudara perempuan mereka ditanam di tepi bukit. Hujung kainnya terkeluar dari tanah. Mendengarkan cerita tersebut mereka semua pun pergi ke tempat yang dikatakan oleh syaitan tersebut. Mereka mendapati hal tersebut benar belaku.

Mereka semua kembali bersama kanak-kanak yang membawa kapak dan alat-alat lain lalu merobohkan rumah ibadah abid dan menangkapnya untuk diserahkan kepada raja. Barsisa mengaku yang dia telah berzina dengan perempuan yang berkenaan dan membunuhnya bila ia mengandung.

Ketika Barsisa dinaikkan ke atas tiang salib, syaitan datang bertanya.
“Adakah kau kenal aku?”
“Tidak”. Jawab Barsisa pendek.

“Akulah temanmu yang mengajar engkau doa-doa, maka aku perkenankan permintaanmu. Alangkah celakanya engkau. Engkau tidak malu kerana mengkhianati amanah yang dipertaruhkan kepadamu. Sesungguhnya aku sangka engkau adalah orang yang paling patuh dan taat perintah Tuhan dari kalangan Bani Israil. Kau tidak malu. Akulah yang menipu engkau.”. Si syaitan menyambung.

“Kau sekarang akan menjalani hukuman mati. Tidak ada seorang pun yang boleh menyelamatkan engkau… tetapi aku boleh melakukannya.”

“Apa yang patut kau lakukan.” Harapan Barsisa kepada syaitan.
“Berikan aku satu percubaan terakhir supaya aku boleh selamatkan kau daripada kesengsaraan ini. Aku akan dapat menutup pandangan mereka dan mengeluarkan kau dari tempatmu.” Jawab Syaitan.
“Apa dia” Tanya Barsisa lagi.
“Engkau sujud kepadaku.”
“Baik. Aku akan lakukan.” Barsisa berjanji akan sujud.

Ketika sujud iblis berkata, “Inilah yang aku mahukan darimu selama ini. Iaitu mengajak kau menjadi kafir. Kau akan menanggung akibat perbuatanmu dan aku takut kepada Tuhan.” Lalu iblis pun meninggalkan Barsisa.

Ketika itu juga Barisa menerima tikaman tombak dan panah. Ia mati dalam keadaan kafir.

Demikianlah kesudahan seorang ahli ibadah yang telah menghabiskan masa hampir 80 tahun dengan beribadah sahaja dan tidak pernah melakukan maksiat akhirnya berjaya ditewaskan oleh iblis laknatullah. Apatah lagi kita yang ibadahnya tidak pernah sempurna.. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita hingga ke akhir hayat.

wallahua'lam

Sabtu, 28 Disember 2013

HIKMAH AKAL

Gambar hiasan
Imam al-Syafie:
-Menuntut ilmu adalah lebih baik daripada melakukan solat sunat.

-Sesiapa yang berkehendak kepada dunia, maka hendaklah ia mencari ilmu dan sesiapa berkehendak kepada akhirat juga, hendaklah ia mencari ilmu.

-Seseorang itu tidak akan berjaya di dalam menutut ilmu melainkan ia menuntut semasa dalam kemiskinan. Sesungguhnya aku pernah meminta kertas, tetapi aku sukar untuk mendapatkannya.

-Sesiapa yang menuntut ilmu, hendaklah ia mendalaminya. Tanpa ikhlas, ilmu itu akan hilang.

Imam Syafie berkata,
Perkara yang paling mulia ada tiga:
1. Berasa kaya walaupun hartanya sedikit
2. Warak ketika sunyi (bersendirian)
3. Perkataan yang hak (benar) yang diucapkan kepada orang yang diharapkan bantuannya atau ditakutinya.

Saidina Umar r.a berkata: "Janganlah sesekali kamu membuat andaian yang tidak baik terhadap kata-kata yang keluar dari mulut saudara kamu, sedangkan kamu mempunyai jalan untuk menjadikan kata-kata tersebut difahami secara baik".

Imam al-Jawhari menyatakan:"Setiap orang yang cerdas adalah tabib menurut bangsa Arab".

"Tuntutlah ilmu tanpa melalaikan ibadat. Dan beribadatlah tanpa melalaikan tuntutan mencari ilmu".
-al-Hasan al-Basri-

"Rosaknya agama dengan tamak dan baiknya dengan sifat warak"
-al-Hasan al-Basri-

"Janganlah kamu berdoa dengan lisanmu tetapi hatimu berpaling."
-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani-

"Orang yang tahu tujuan pasti mengerahkan usaha."
-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani-

"Orang yang waktunya tidak manfaat tidak bermanfaat pulalah nasihatnya."
-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani-

"Tidaklah berguna lisan pintar tetapi hati bodoh."
-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani-

"Jika Allah s.w.t mengharamkan hambaNya daripada keberkatan Ilmu sudah cukup untuk membuat manusia salah dalam percakapan."
-Imam Auza'i-

Berkata Imam Malik kepada Imam Syafie ra :
“Allah SWT telah mencampakkan ke dalam hati mu akan cahaya…maka janganlah engkau padamkannya dengan maksiat.”

"Tanpa taqwa dan kurnia Allah, kebahagiaan itu tidak akan datang dengan sendirinya."
-Mu'amma Hamidy-

"Sesungguhnya modal dunia ialah hawa nafsu dan keuntungannya ialah api neraka".
-Ahli Hikmah-

"Fakir itu ialah satu cara yang boleh membawa sesorang hampir kepada Allah."
-Abu Hafis Al-Hadad-

"Kalau anda memberi sesuatu kepada sahabatmu, bererti memberi sesuatu kepada dirimu sendiri".
-Hamka-

"Orang yang membuangkan cinta kepada dunia akan dapat merasai cinta Allah dan mencapai cinta itu".
-Ma'ruf al-Karkil-

Sayidina Ali k.w berkata:
Manusia ada tiga jenis, Seorang alim rabbani(yang takut kepada Allah s.w.t) dan seorang murid(pelajar) yang ingin selamat, dan selain itu rakyat jelata pengikut tiap suara seruan, condong mengikut arah angin.

Beliau jua berkata: "Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga dirimu, sedangkan harta berkurangan jika dibelanjakan. Dan ulama itu akan tetap hidup selamanya meskipun jasadnya tidak ada, dan ajaran mereka selalu diingat dalam hati".

"Manusia pasti mati tetapi orang yang berilmu tetap hidup".
-Sayidina Ali k.w-

-Sayidina Ali k.w-
"Jika kau memerlukan nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai nikmatmu. Jika kau memerlukan keasikan, cukuplah taat kepada Allah sebagai keasikkanmu dan jika kau memerlukan pengajaran cukuplah maut itu sebagai pengajaran bagimu".

'Auf bin Abdullah rahimahullah berkata bahawa golongan ahli kebaikan berpesan antara satu sama lain dengan tiga kalimah:
1.Siapa yang beramal untuk akhirat maka Allah s.w.t akan mencukupkan urusan dunianya.
2.Siapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah s.w.t maka Allah akan memperbaiki hubungannya sesama manusia.
3.Siapa yang memperbaiki hatinya maka Allah akan memperbaiki lahirnya.

Hamid al-'Affaf rahimahullah berkata:
"Jika Allah s.w.t mahu membinasakan seseorang, maka dihukum dengan tiga keadaan. Diberinya ilmu tanpa amal, diberinya bersahabat dengan golongan soleh tetapi tidak mengikut jejak mereka serta tidak beradap terhadap mereka dan diberi jalan untuk berbuat taat tetapi tidak ikhlas".

Fudhail bin 'Iyad rahimahullah berkata:
 "Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya'. Beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkanmu daripada keduanya."

-Orang yang berhati-hati akan berjaya mencapai apa yang dicita-citakannya dan orang yang selalu berusaha berbuat baik akan mendapat kemenangan. Terburu-buru adalah kemandulan dan keinginan adalah muflis.

-Indahnya kemenangan akan menghapus getirnya kesabaran, nikmatnya kemenangan akan menghapus semua keletihan, dan kerja yang cermat akan menghapuskan rintangan yang dihadapi.

-Kegembiraan yang berpunca daripada dunia adalah kegembiraan anak kecil. Kegembiraan yang berpunca dari pujian yang baik adalah kegembiraan orang-orang besar. Sedangkan kegembiraan yang berpunca daripada apa yang ada disisi Allah s.w.t adalah kegembiraan para wali dan orang-orang pilihan Allah s.w.t.

-Ubahlah kerugian-kerugian itu menjadi keuntungan. Buatlah minuman yang manis daripada buah lemon. Tambahkah kedalam air musibah itu gula sepenuh tapak tangan dan sesuaikanlah diri dengan keadaan anda.-

-Percayalah pada diri sendiri dan janganlah bergantung kepada orang lain. Anggaplah bahawa mereka menjadi tanggungan anda dan bukan anda yang menjadi tanggungan mereka dan bahawa Allah s.w.t yang bersama diri anda. Jangan tertipu dengan orang yang selalu berfoya-foya.-

Seorang ahli hikmah berkata: "Saya sibuk mensyukuri empat perkara:
1. Allah telah menjadikan seribu macam makhluk, sedang yang mulia daripada semua itu adalah anak Adam, lalu Allah menjadikan aku daripada anak Adam.
2. Allah telah melebihkan orang lelaki daripada wanita, lalu menjadikan aku lelaki.
3. Aku mengetahui bahawa orang Islam itu sebaik-baik agama, dan yang diterima oleh Allah, lalu aku dijadikan sebagai seorang Muslim.
4. Aku mengetahui bahawa umat Muhammad itu seutama-utama umat, lalu Allah menjadikan aku daripada umat Muhammad s.a.w".

-Kebahagiaan adalah ketika jiwa telah berjaya mencapai tingkat kesempurnaannya, kemenangan adalah ketika jiwa telah mendapat buah dari amalannya, dan nasib yang baik adalah ketika dunia yang dicarinya telah mengabdi kepadanya-

-Nikmat-nikmat itu jika disyukuri akan tetap bertahan dan jika diingkari akan lari. Dunia itu jika diperlakukan dengan huru-hara akan berlalu dan jika diperlakukan dengan bijaksana akan menipu.-

-Sering kali kenikmatan itu akan melahirkan penyesalan, kesalahan remeh akan menghantar kepada kehinaan, kemaksiatan akan berakibatkan pada dicabutnya nikmat, dan tertawa akan berakhir dengan tangisan.

Anjuran supaya dapat mengembangkan kemampuan kreatif ialah:
1. Banyak membaca dan menulis
2. Banyak berbincang dan bertanya
3. Banyak melihat(mengadakan perbandingan)
4. Banyak merenung(bertafakur)

Imam Syafie berkata:
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.

Barangsiapa mempelajari dan mengamalkan tasawwuf tanpa fikh maka dia telah zindik, dan barangsiapa mempelajari fikh tanpa tasawwuf dia tersesat, dan siapa yang mempelari tasawwuf dan fikh dia meraih kebenaran
- Imam Malik-

Jalan sufi adalah jalan salaf, ulama-ulama di antara Sahabat, Tabi'een, and Tabi' at-Tabi'een. Asalnya adalah beribadah kepada Allah
 - Ibnu Khaldun-

Dalam suratnya al-Maqasid Ciri jalan sufi ada 5: menjaga kehadiran Allah dalam hati pada waktu ramai dan sendiri, mengikuti Sunah Rasul dengan perbuatan dan kata,menghindari ketergantungan kepada orang lain,bersyukur pada pemberian Allah meski sedikit, selalu merujuk masalah kepada Allah swt.
 - Imam Nawawi-

Kata-kata Nasihat Ibnu Qayyim

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt.
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.

Imam Al-Ghazali pernah berkata:
"Cara hidup kita di dunia adalah bayangan cara kehidupan kita di Akhirat nanti".

Pendapat Hasan Al-Basri
1-  Kambing itu lebih sedar dari manusia kerana menurut kata gembalanya. Tetapi manusia itu tidak taat kepada perintah Tuhannya dan menurut sahaja  kehendak iblis.
2- Kawan-kawan yang jahat merosakkan orang yang berjalan menuju Allah.
3- Mengumpulkan harta-benda lebih buruk daripada meminum arak yang mana adalah di larang oleh Al – kitab.
4- Siapa yang memencilkan dirinya akan selamat. Siapa yang memisahkan dirinya dari nafsunya akan merasai kebebasan.
5- Orang yang menggali asas dasar dunia ini akan di situ membina bangunan akhirat adalah orang yang bijak.
6- Barang siapa yang kenal Allah menganggap dunia ini sebagai musuhnya, dan siapa yang kasih akan dunia akan menjadi musuh Allah.
7- Orang yang membuang amalan ruhaniah dan menggantikannya dengan bermurah hati kepada dunia, cuba menegakkan cara-caranya yang jahat itu, adalah orang yang rosak.
8- Barangsiapa yang cinta kepada emas dan perak akan di hinakan oleh Allah. Siapa yang menganggap dirinya sebagai pemimpin masyarakat adalah sesat dan hina.
9- Allah berfirman dalam Al-Quran, “Aku akan ampunkan kamu dari segala dosa kamu jika kamu tidak memandang yang lain kecuali Aku.”
Hasan di tanya, “Bagaimanakah kamu?“
Beliau menjawab, “Saya adalah ibarat orang di tengah laut yang kehilangan perahu dan terapung-apung di dalam air."

Kata-kata Hasan Al-Basri
1. Janganlah kamu tinggalkan amalan agamamu kerana takutkan musuh yang mengganggu kamu. Bahkan mereka itu mengganggu Allah.
2  Akhir dunia dan awal akhirat ialah dalam kubur.

Rabiah Al Adawiyah berkata,
Aku malu meminta perkara dunia dari sesiapa pun yang bukan milik mereka kerana perkara-perkara itu adalah amanah Allah kepada mereka dan Allah jua memiliki segala-galanya. Bahkan aku lebih senang hidup dalam keadaan begini tanpa sibuk memikirkan soal-soal dunia yang bersifat sementara.”

Saidina  Ali Karramallahu Wajhah berkata :

  • Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
  • Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
  • Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
  • Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).


  • Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
  • Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
  • Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
  • Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, 
  • Siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,
  • Siapa yang hilang harga dirinya,  bererti dia tidak warak.
  • Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

Saidina Uthman Ibnu Affan r.a berkata:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

Hatinya selalu berniat suci
Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah
Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Saidina Umar Al-Khattab r.a berkata:
Orang yang banyak ketawa itu kurang kewibawaannya
Orang yang suka menghina orang lain dia juga akan dihina
Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

"Bergaullah dengan manusia dengan adab dan akhlak yang baik dan berpisahlah dengan mereka dengan perbuatan".
-Saidina Umar Al-Khattab-

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
 2. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
3. Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
4. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Berkata Syaikh Abdul Malik,
“Ikhlas itu bukan hanya terbatas pada urusan amalan-amalan ibadah bahkan ia juga berkaitan dengan dakwah kepada Allah. Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam saja (tetap) diperintahkan oleh Allah untuk ikhlas dalam dakwahnya”.

Katakanlah, “Inilah jalanku (agamaku). Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata. Mahasuci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.” (QS. Yusuf: 108).

Iaitu dakwah hanyalah kepada Allah bukan kepada yang lainnya, dan dakwah yang membuahkan keberhasilan adalah dakwah yang dibangun karena untuk mencari wajah Allah.

Aku memperingatkan kalian jangan sampai ada diantara kita dan kalian orang-orang yang senang jika dikatakan bahwa kampung mereka adalah kampung sunnah, senang jika masjid-masjid mereka disebut dengan masjid-masjid ahlus sunnah, atau masjid mereka adalah masjid yang pertama yang menghidupkan sunnah ini dan sunnah itu, atau masjid pertama yang menghadirkan para masyayikh salafiyyin dalam rangka mengalahkan selain mereka, namun terkadang mereka tidak sadar bahwa amalan mereka hancur dan rusak padahal mereka menyangka bahwa mereka telah berbuat yang sebaik-baiknya.

Dan ini adalah musibah yang sangat menyedihkan yaitu syaitan menggelincirkan seseorang sedikit-demi sedikit hingga terjatuh ke dalam jurang sedang ia menyangka bahwa ia sedang berada pada keadaan yang sebaik-baiknya.

Betapa banyak masjid yang aku lihat yang Allah menghancurkan amalannya padahal dulu jemaahnya dzohirnya berada di atas sunnah karena disebabkan rusaknya batin mereka, dan sebab berlomba-lombanya mereka untuk dikatakan bahwa jemaah masjid adalah yang pertama kali berada di atas sunnah, hendaknya kalian berhati-hati…”

Saidina Ali k.w :
"Aku adalah seorang hamba kepada sesiapa yang mengajarkanku walaupun satu huruf."

Saidina Ali k.w berkata lagi :
"Sesiapa yang mengajarkanku walau satu huruf maka aku adalah hambanya. Sekiranya ia mahu, dia boleh menjualku atau menjadikan aku khadamnya."

Saidina Ali k.w berkata kepada seseorang daripada sahabatnya :
" Wahai petugas! Ilmu itu lebih baik daripada harta, kerana ilmu akan memeliharamu sedang engkau terpaksa menjaga hartamu. Ilmu itu akan menjadi hakim sedang harta pula ditentukan oleh hakim. Harta akan berkurangan dengan sebab nafkah sedang ilmu pula akan subur apabila diajarkan".

Sebahagian ulama berkata: "Bapa itu terdiri daripada tiga golongan, Pertama bapa yang mendidikmu, Kedua bapamu sendiri, Ketiga bapa yang mengajar kamu. Adapun bapa yang terbaik ialah bapa yang mengajar kamu (guru)."

"Ilmu itu terbahagi kepada dua bahagian:
 Ilmu yang sumbernya daripada ucapan lisan (lidah),
 maka ia adalah hujjah Allah kepada anak Adam.
 Ilmu yang sumbernya dari hati, maka ia adalah ilmu yang bermanfaat."

Tasawwuf adalah kenyataan yang tandanya adalah cinta kepada Allah dan Rasul saw, di mana sesorang meniadakan diri mereka karena tujuan mereka (Cinta), dan seseorang meniadakan dari segala sesuatu selain cinta Allah dan Rasul. Mencari ketulusan hati, menyucikan niat dan kebenaran untuk taat dalam seluruh perbuatannya.
- Imam Abul 'Ala Mawdudi-

Di antara kata-kata Imam Ghazali :

  •     Sesiapa yang telah terangkat hijab di antara diri dan hatinya, maka Allah akan membukakan baginya alam mulk dan malakut di dalam hatinya.
  •     Ubat bagi hati dan pandangan basirah terhasil dengan zikir. Zikir pula merupakan pintu bagi kasyaf. Manakala kasyaf pula merupakan pintu bagi kejayaan yang besar.
  •     Ilmu batin merupakan rahsia daripada rahsia-rahsia Allah yang dicampakkanNya ke dalam hati kekasih-kekasihNya.
  •     Al-Quran menjelaskan bahawa taqwa merupakan kunci bagi mendapat hidayah dan kasyaf. Kedua-duanya merupakan ilmu yang diperolehi tanpa perlu dipelajari
  •     Sekiranya kamu melihat ulama' saling berasa irihati, hasad, tidak mahu bantu-membantu dan tidak mesra, maka ketahuilah bahawa mereka telah membeli dunia dan akhirat. Mereka termasuk di kalangan orang-orang yang rugi.
  •     Orang awam, apabila berzina dan mencuri adalah lebih baik bagi mereka daripada bercakap tentang sesuatu ilmu (terutama ilmu Tauhid), kerana sesiapa yang bercakap tentang sesuatu ilmu yang belum lagi mantap di dalam dadanya dan tidak mendatangkan keyakinan terhadap Allah dan agamanya, maka ia berada di dalam kekufuran tanpa disedarinya, sebagaimana seseorang yang memasuki laut yang dalam, tetapi tidak tahu berenang
  •     Orang yang berdoa, tetapi tidak dimakbulkan doanya kerana tidak memenuhi syarat berdoa, samalah seperti orang yang berzikir mengingati Allah, tetapi syaitan tidak lari daripadanya kerana tidak memenuhi syarat-syarat berzikir.
  •     Tidur akan mengeraskan dan mematikan hati, melainkan tidur hanya sekadar yang perlu kerana ia adalah sebab mendapat kasyaf dan mendapat rahsia-rahsia ghaib.
  •     Sebab kehancuran manusia ialah sifat tamak dunia. Manakala sifat tamak kepada dunia disebabkan perut dan kemaluan. Dengan menyedikitkan makan akan memutuskan keinginan tersebut.
  •     Orang yang menyangka bahawa ia telah terselamat dengan ketaqwaan bapanya, samalah seperti orang yang menyangka ia telah kenyang dengan makanan yang dimakan oleh bapanya dan merasa hilang dahaga dengan minuman yang diminum oleh bapanya.
  •     Mengenal Allah, sifat-sifatNya dan PerbuatanNya tidak akan terhasil hanya dengan mengetahui ilmu Kalam (Tauhid) bahkan ia hampir menyebabkan seseorang terhijab dan terhalang daripada semuanya itu.
  •     Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada syaitan-syaitan jin untuk mendapatkan keamanan. Hendaklah kamu berhati-hati dengan syaitan-syaitan manusia kerana mereka merehatkan syaitan-syaitan jin daripada keletihan melakukan penipuan dan kesesatan terhadap manusia.
  •     Penyakit hasad adalah api yang membakar. Sesiapa yang disambar oleh api tersebut, maka ia kekal berada di dalam siksaan. Ingatlah, siksaan akhirat adalah lebih dahsyat.
  •     Di antara dosa-dosa yang mewariskan su'ul khatimah (kesudahan yang buruk) ialah orang yang sebenarnya bukan wali tetapi mengaku wali.
  •     Tidak akan kekal bersama seseorang hamba ketika mati melainkan tiga sifat; sifat hati maksudnya kebersihan hati daripada kekotoran dunia dan kemesraan dengan zikir mengingati Allah dan mencintaiNya. Kebersihan hati tidak akan terhasil melainkan dengan menahan diri daripada syahwat dunia. Kemesraan tidak akan terhasil melainkan dengan memperbanyakkan zikir, kecintaan tidak akan terhasil melainkan dengan makrifah dan makrifatullah tidak akan terhasil melainkan dengan sentiasa bertafakkur.

Saidina Umar al-Khattab berkata:
"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitungkan. Perhitungan yang kamu buat itu adalah lebih ringan bagi kamu. Nilailah diri kamu sebelum kamu dinilai. Bersiap sedialah kamu untuk menghadapi perbicaraan terbuka yang tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi."

Al-Imam Hassan Al-Basri berkata,
"Islam akan hadir pada hari kiamat sambil membelek-belek wajah setiap penganutnya, siapakah dikalangan mereka memperjuangkannya dan siapakah pula yang mensia-siakannya."
Lalu ia melintasi deretan manusia sambil berkata,"si polan ini membelaku dan yang ini mensia-siakanku didunia", sehinggalah telekannya sampai kepada Sayyidina Omar Al-Khattab seraya berkata, "Islam telah diselamatkan oleh Omar Al-Khattab lalu menjulangnya. Wahai Tuhanku! Ketika aku asing dimuka bumi, aku telah diselamatkan oleh lelaki ini (Omar Al-Khattab) apabila ia memeluk Islam!".

Musibah Uji Kesabaran, Ketakwaan Ummah

Musibah uji kesabaran, ketakwaan ummah -Oleh Dr Mohd Shukri Hanapi
Gambar hiasan
Ganjaran pahala, kehidupan lebih baik jika berjaya tempuhi dugaan

Orang yang berjaya menempuhi ujian Allah SWT dengan penuh kesabaran, akan dianugerahkan balasan pahala. Malah Allah SWT akan menggantikan sesuatu yang hilang itu dengan sesuatu perkara yang lebih baik.Musibah yang ditentukan oleh Allah SWT semata-mata untuk menguji hamba-Nya.

Dimaksudkan dengan perkataan musibah ialah bencana, kecelakaan atau malapetaka. Dalam erti kata lain sesuatu yang tidak baik dan mendatangkan penderitaan kepada seseorang.


Musibah ujian Tuhan


Meskipun begitu, Allah SWT menjadikan musibah ini sebagai ujian ke atas hamba-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah ayat 155).

Kemudian Allah SWT jelaskan lagi tentang orang yang sabar itu di dalam firman-Nya yang bermaksud, “(Iaitu) mereka yang apabila ditimpa musibah lalu berkata sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya (Allah) jualah (tempat) kami kembali.” (Surah al-Baqarah ayat 156)

Dalam ayat di atas, Allah SWT menyatakan bahawa setiap hamba-Nya akan diuji. Ujian Allah SWT itu berlaku dalam pelbagai bentuk, seperti bencana alam, kematian, kekayaan, kemiskinan, kesihatan dan kesakitan.

Bukti penyabar

Ini adalah untuk membuktikan siapakah yang penyabar serta tetap bertuhankan Allah SWT dalam apa jua keadaan yang ditempuhinya.

Jadi jelaslah bahawa orang yang sabar itu adalah yang tetap beriktikad bahawa diri mereka hamba dan milik Allah SWT walaupun ditimpa musibah yang amat berat. Malah mereka sentiasa mengharapkan balasan pahala daripada Allah SWT dan sentiasa takut azab-Nya.

Ibn Kathir di dalam tafsirnya ketika mentafsirkan ayat tersebut (ayat 156 daripada Surah al-Baqarah) beliau menjelaskan, “Dengan melafazkan ayat ini menunjukkan seseorang itu menerima segala musibah yang menimpanya dan mengakui bahawa dirinya adalah hamba dan milik Allah SWT. Allah SWT berkuasa melakukan apa saja ke atas hamba-Nya.”

Dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad bin Hanbal ra yang bermaksud, Abu Sinan berkata: “Setelah aku mengebumikan anakku, aku masih berada di kubur. Tiba-tiba datang Abu Talhah al-Khaulaniy lantas memegang tanganku dan membawa aku keluar sambil berkata: Adakah engkau suka sekiranya aku menceritakan sesuatu yang menggembirakan?”

Jawab Abu Sinan: “Baiklah”. Lalu Abu Talhah berkata bahawa al-Dahhak bin Abd al-Rahman bin ‘Azib telah menceritakan kepadaku daripada Abu Musa katanya: Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman (yang bermaksud): “Wahai Malaikat Maut, engkau telah mencabut nyawa seorang anak daripada hamba-Ku, engkau telah mengambil buah hatinya dan anak kesayangannya.”

Jawab Malaikat Maut: “Ya! Lalu Allah SWT berfirman, apa yang ia kata (ketika kematian anaknya itu)?” Jawabnya: “Ia memuji Engkau dengan berkata kami ini adalah hamba dan milik Allah dan kepada-Nya kami akan dikembalikan.” Maka Allah SWT berfirman: “Binalah untuknya sebuah rumah di dalam syurga dan berilah namanya dengan Bait al-Hamd.” (Ibn Kathir)

Hadis ini menjelaskan sikap Abu Sinan yang tetap memuji Allah SWT walaupun anak kesayangannya meninggal dunia. Sebagai balasan dibina sebuah rumah untuknya di dalam syurga.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa Allah SWT menguji keimanan hamba-Nya dengan pelbagai musibah. Musibah Allah SWT itu bukanlah sekadar kematian saja, malah ia didatangkan dalam berbagai bentuk dan keadaan.

Orang yang berjaya menempuhi ujian Allah SWT dengan penuh kesabaran, akan dianugerahkan balasan pahala. Malah Allah SWT akan menggantikan sesuatu yang hilang itu dengan sesuatu perkara yang lebih baik, seperti yang dijelaskan di dalam hadis di atas.

Mereka yang tabah sentiasa diberikan perlindungan dan rahmat oleh Allah SWT. Jiwa yang sering melalui proses ujian ini semakin lama semakin teguh, kerana sentiasa disaring oleh zaman.


SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...