Selasa, 30 Oktober 2012

SEORANG LELAKI MENJAWAB PERSOALAN 7 WANITA


SEORANG LELAKI MENJAWAB PERSOALAN 7 WANITA

Gambar hiasan ...
Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan “susahnya jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Mereka sebenarnya membunuh wanita dan institusi kekeluargaan

Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya, “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki.”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti.

Kisah Penggunting Rambut Dan Seorang Lelaki


Kisah Penggunting Rambut Dan Seorang Lelaki
  
Gambar hiasan
Jumaat lepas, sebuah masjid di Shah Alam menyentuh soal pentingnya aqidah di dalam khutbah Jumaatnya.  Khatib ada membawakan sebuah cerita yang menarik dan saya rasa ingin mengongsikan kisah tersebut di blog ini.  Berikut adalah kisah tersebut dengan sedikit ubahsuai versi saya:

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus.  Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita.  Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian.  Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut.  Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia?  Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang.  Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…”  adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi.  Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar.  Masalah sosial lagi.  Rasuah lagi.  Teruklah!”  sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.”  Jawab si lelaki itu singkat.  Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu?  Dan buat semuanya jadi aman sahaja?  Kan senang!”  ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai.  Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana?  Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?”  tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak.  Kenapa?”  si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan?  Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya.  Setuju tak?”  Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul.  Saya setuju.”  si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?”  tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak.  Bukan sebab tu.  Ni saya ada ni.”  Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?”  lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya.  Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok.  Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.”  jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi.  Tuhan itu ada.  Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada.  Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.”  kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya.  Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan.  Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran.  Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri.  Mereka menjauhkan diri dari ALLAH.  Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera.  Lebih kurang macam sayalah sekarang ni.  Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak.  Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi”  Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa.  Saya risau dengan gunting di tangan encik tu.  Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe.  Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya”  Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil.  Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Antara pengajaran penting:
Tuhan itu ada.  DIA, yakni ALLAH adalah Tuhan Maha Esa.  DIA lah tempat semua memohon pertolongan dan bergantung harap.  ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan.  Dan DIA tidak sama dengan mana-mana satu pun.
Patuhlah kepada perintah ALLAH dan jauhilah larangan ALLAH.  Kerana padanya terdapat kesejahteraan dan kebaikan yang menyeluruh.  “Aslim, taslam”.  Ambillah ISLAM secara keseluruhannya, nescaya semua manusia dan makhluq yang menghuni bersama manusia akan selamat.

Peringatan:
Ini hanyalah perumpamaan untuk dibuka fikiran sahaja.  Kisah sebegini baik untuk disampaikan untuk mengajak manusia berfikir dan merenung.  Namun, perumpamaan ini tidaklah tepat dengan ALLAH.  Kerana ALLAH itu adalah Tuhan yang tiada suatu pun yang sama denganNYA.

Semoga ada manfaat padanya, insyaALLAH.

WAllahu Ta`ala A`lam.

http://mahatera.blogspot.com/2011/08/kisah-penggunting-rambut-dan-seorang.html

"DAJJAL" TELAH "MUNCUL" DI KHURASAN, INDIA SELATAN

"DAJJAL" TELAH "MUNCUL" DI KHURASAN, INDIA SELATAN

Inilah sebagian dari tanda-tanda akhir zaman. Bahawa telah muncul "Dajjal" bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnya India Selatan. Merujuk pada riwayat hadis dari Jamiu at Tirmidzi,

"Rasulullah SAW bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini di bahagian timur bernama Khurasan"

Maka boleh jadi yang dimaksudkan oleh  Rasulullah SAW tersebut ialah benar adanya ( Sai Baba ini ). Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda: "Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajjal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "


Dan Sai Baba ini kemungkinan adalah salah satu dari 30 dajjal-dajjal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masih al-Dajjal (Dajjal nantinya akan berperang dengan Imam Mahdi dan dibunuh oleh nabi Isa bin Maryam).
Sai Baba
SIAPA SAI BABA ITU DAN BAGAIMANA CIRI-CIRI DAJJAL MENURUT RASULULLAH SAW?

  1. Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati, 
  2. Berkemampuan menyembuhkan orang lumpuh dan buta, 
  3. Bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung daripada tangannya.
  4. Beliau juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam masa yang pantas /sekejap, 
  5. Menciptakan patung emas, mengubah besi menjadi emas, dan banyak lagi. Berbagai-bagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang, bahkan - jutaan orang yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama.
Pada ketika ini, adalah dipercayai bahawa laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut.

Antara pengikut-pengikutnya.
"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting..." 
(HR.Bukhari dan Muslim)

"Di awal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku . Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati. (HR.Ibnu Majah)

BEBERAPA PERSAMAAN DAJJAL DAN SAI BABA:


  1. Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo, berkaki bengkok (agak cacat). Sai Baba seorang yang berpostur pendek dan berambut kribo.
  2. Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami kebutaan di waktu muda kemudian sembuh kembali.
  3. Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya.
  4. Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan cepat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata.
  5. Dajjal mengikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal. Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.
  6. Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik, sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai Baba mengaku sebagai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.
  7. Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba memposisikan dirinya sebagai nabi kepada pengikut-pengikutnya.
  8. Dajjal akan menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.
  9. Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mengklaim bahwa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta.
  10. Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majelis darshanya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dan keharusan untuk memahaminya.
  11. Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit. Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan penyakit kanser.
  12. Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di bangun proyek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).
  13. Dajjal bisa mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya. Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan berbagai bentuk medalai berlafadz ALLAH dalam sekejap.
  14. Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai Baba bisa menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.
  15. Dajjal bisa berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya. Sai Baba bisa berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan benruk reinkarnasi dirinya.
  16. Dajjal bisa membesarkan tubuhnya. Sai Baba memliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuah pesawat terbang.
  17. Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga bisa berjalan ke pasar, rumah sakit, proyek irigasi dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.
  18. Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh-tumubuhnan dan air. Sai baba berupaya mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.
  19. Dajjal tidak memiliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan tidak berkeluarga (tidak menikah).
  20. Dajjal memimpin orang Yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan teologi zionis.
  21. Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mendakwa bahawa dia datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan.

Kesimpulan: Bahawa sifat Dajjal dan Sai Baba yang diutarakan di atas adalah sebahagian daripada sifat salah satu 30 dajjal-dajjal kecil (pendusta-pendusta akhir zaman) yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masih al-Dajjal (Dajjal besar).

Ciri-ciri SAHIH DAJJAL menurut riwayat hadits shahih adalah sebagai berikut :
  1. Dajjal buta sebelah seperti buah anggur.
  2. Kedua matanya ada tulisan kafir yang dapat dibaca oleh orang beriman.
  3. Dajjal tinggal di bumi selama 40 hari, 1 hari seperti setahun, 1 hari berikutnya seperti sebulan, 1 hari berikutnya seperti seminggu, 1 hari berikutnya seperti hari biasa.
Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata: 
Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada satu negeri yang tidak dimasuki Dajjal, kecuali Mekah dan Madinah, dan tidak ada satu jalan di Madinah, kecuali terdapat malaikat yang berbaris menjaganya. Maka Dajjal singgah di daerah Rawa, kemudian Madinah bergoncang tiga kali goncangan, sehingga seluruh orang kafir dan munafik keluar dari sana menuju ke tempat Dajjal."

Rasulullah SAW bersabda : “Bukankah sesungguhnya ia itu bermata sebelah, dan tertulis di antara kedua mata dajjal itu kata kafir, yang dapat dibaca oleh setiap Mukmin.” (Muttafaqun ‘alaih) Dan dalam riwayat yang lain dinyatakan: “Tertulis diantara dua matanya huruf kaf, fa’, dan ra’.”
(HR. At-Tirmidzi

Hadist riwayat Muslim, dari Nawwas bi Sam’an: Rasullulah SAW mengatakan, "Dajjal adalah seorang pemuda berambut keriting, matanya sebelah kanan celik, aku menyerupakannya dengan Abdul Uzza bin Qathan (lelaki Quraisy yang hidup di zaman Jahiliyah). Maka barang siapa yang menemuinya bacalah surat Al-Kahfi. Ia keluar dari sebuah jalan antara Syam dan Iraq, lalu ia berbuat binasa di sana sini ”

ALLAHU AKBAR! LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL "ALIYUL ADZHIM….

Sudah selayaknya kita sentiasa memohon perlindungan hanya kepada Allah SWT saja. Bacalah selalu doa di bawah ini selepas shalat Fardhu, di akhir tahiyyat sebelum salam, insya Allah, kita selalu dalam lindungan-Nya.

"ALLAHUMMA INNI 'AUDZU BIKA MIN ADZABIN JAHANNAM, WA MIN ADZABIN QABRI, WA MIN FITNATIN MAHYA WA MAMAAT, WA MIN SYAHRII FITNATIN MAHSYIHIL DAJJAL"

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab neraka Jahannam, aku berlindung kepadaMu dari azab kubur, aku berlindung kepadaMu dari fitnah kehidupan dunia dan kematian serta aku berlindung kepadaMu dari kejahatan dan fitnah Al-Masih Dajjal”

***Konspirasi Dajjal bersifat matrialistik sekuler, dia datang dan "berdakwah" dengan membawa perumpamaan air, namun pada hakikatnya adalah api. Syurga yang dia tawarkan tapi pada hakikatnya adalah neraka. Neraka yang dia tawarkan tapi pada hakikatnya adalah syurga.

Gaya bicara Dajjal, tidak lain adalah seorang pendusta besar! Shalat adalah buang-buang waktu, Al-Quran dan agama hanyalah simbol, bahkan ia kerap mendustakan kewujudan para nabi-nabi terdahulu dan mengadakan fitnah di dalam cerita / kisah rasul-rasul terdahulu.

Itulah sebahagian sifat dari Dajjal laknatullah alaihi! Tujuannya hanya ingin mengkafirkan penduduk bumi dan memurtadkan orang-orang Islam agar keluar dari agamanya dengan dalih, mengatakan bahawa Islam adalah agama syaitan dan banyak lagi. Naudzu billahi min dzalik!

Padahal Allah telah menjelaskan dalam Quran: "Sesungguhnya agama (yang diridai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi AlKitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. (Ali-’Imran:18-19)

Waspadalah wahai kaum muslimin dan muslimat!

Wallahua'lam

Sabtu, 27 Oktober 2012

AL-QURAN DEDAH TEMBELANG YAHUDI HANCURKAN ISLAM

AL-QURAN DEDAH TEMBELANG YAHUDI HANCURKAN ISLAM

SAIDINA Ali Abi Talib pernah menzahirkan kata-kata tersimpan maksud yang amat mendalam melalui pengucapannya iaitu ‘orang yang berakal itu ialah orang yang mahu mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah pengalaman orang lain’.

Sebenarnya, kisah kaum bani Israel banyak dirakamkan dalam al-Quran bertujuan mendedahkan tembelang mereka dalam isu keagamaan dan kemanusiaan sejagat. Usah ada daripada kita yang cuba menutup sebelah mata kononnya bersedia mengiktiraf mereka di sebalik matlamat untuk mendapatkan sokongan moral golongan yang telah hilang perasaan serta sifat kemanusiaan ini.

Perkataan Israel pada asalnya bererti pilihan adalah satu sebutan khusus bagi Nabi Yaakub. Oleh itu, bani Israel ialah susur galur keturunan Nabi Yaakub tetapi sekarang mereka lebih dikenali dengan sebutan Zionis.

Allah SWT berfirman bermaksud: 
“Sesungguhnya, bani Israel ini adalah satu kaum yang dimuliakan Allah SWT suatu ketika dulu. Kebanyakan daripada keturunan bani Israel atau kaum Yahudi, mempunyai kebijaksanaan dan kelebihan yang tidak diberikan terhadap kaum lain.” (Surah Al-Baqarah, ayat 85)

Sebagai bangsa pilihan, mereka dilimpahi nikmat Allah yang tidak diberikan kepada bangsa lain. Antara nikmat itu ialah diutuskan ramai nabi dan rasul yang berasal di kalangan mereka, selain diselamatkan daripada kezaliman Firaun dan bala tenteranya.

Allah SWT berfirman bermaksud: 
“Wahai bani Israel! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang-Ku berikan kepadamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) dengan-Ku supaya Aku sempurna perjanjian-Ku dengan kamu; dan kepada Akulah saja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).” 
(Surah al-Baqarah, ayat 40)

Walaupun Allah SWT melimpahkan pelbagai nikmat kehidupan, mereka berubah menjadi bangsa lupa diri, sombong, takbur, mempermainkan ayat Allah dan ajaran agama, bahkan tergamak membunuh pendakwah serta nabi mereka sendiri yang sentiasa menyeru ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup.
Al-Quran mendedahkan kejahatan mereka yang langsung tiada sifat manusia. Dalam diri mereka ini tersemat beraneka kejahatan yang tersembunyi dalam hati mereka yang diterjemahkan dengan sifat serta perlakuan jahat.

Dalam satu kisah sahabat, pada suatu hari Abu Ubaidah al-Jarrah bertanya kepada Rasulullah SAW: 
“Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling dahsyat azabnya pada hari kiamat? Baginda menjawab: Seseorang yang membunuh nabi atau orang yang melaksanakan amar makruf nahi mungkar.”

Kemudian Baginda membaca ayat al-Quran bermaksud: 
“Sesungguhnya orang yang kufur ingkar ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi dengan jalan tidak benar, serta membunuh orang yang menyeru manusia berbuat adil, maka sampaikanlah berita kepada mereka dengan azab pedih.” (Surah al-Imran, ayat 21)

Baginda meneruskan ceritanya dengan bersabda: “Wahai Abu Ubaidah, ketahuilah bahawa bani Israel sudah membunuh 43 nabi pada sebelah pagi dalam satu masa.

Kemudian ada 170 orang Israel yang mengajak mereka membunuh nabi berkenaan yang menyeru kepada makruf dan mencegah mereka daripada mungkar tapi mereka membunuhnya pada sebelah petang.” (Riwayat Abu Hatim dan Ibn Jarir).

Sejarah Islam juga mencatatkan kaum Yahudi terkenal dengan sifat khianat dan mungkir janji. Hampir semua perjanjian yang termeterai antara mereka dengan Rasulullah SAW, dikhianati.

Tidak menghairankan seandainya rejim Yahudi di Israel kini kekal mempamerkan sifat yang menjadi darah daging mereka iaitu mengulangi perbuatan khianat dan mungkir janji seperti dilakukan nenek moyang mereka dulu.

Mereka bukan saja mengkhianati seluruh isi perjanjian damai dengan bangsa Palestin, malah dengan angkuh dan sombong tidak bersedia untuk tunduk kepada resolusi diputuskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan isu perdamaian Asia Barat.

Kisah pengkhianatan kaum Yahudi dulu dan sekarang sekali gus membuktikan kebenaran al-Quran yang mendedahkan tembelang dan sikap kaum Yahudi sebenarnya terhadap isu keagamaan, kemanusiaan dan keamanan sejagat.

Mereka ialah golongan yang tidak boleh dipercayai sama sekali. Justeru, tidak perlu lagi diusahakan sebarang rundingan ataupun perjanjian damai, apatah lagi diadakan hubungan diplomatik serta perdagangan dengan mereka.

Bahkan, umat Islam di bumi Palestin yang dizalimi dan ditindas oleh rejim Zionis itu wajib berjihad demi mempertahankan maruah, harta benda, tanah air serta agama mereka. Penjajahan haram Yahudi yang begitu laparkan tanah di bumi Palestin bertindak melebar penguasaan mereka hasil daripada ‘dasar penaklukan yang menggila’ itu.

Kaum Yahudi sentiasa berusaha dengan pelbagai cara dan helah, sama ada secara terang-terangan mahupun sulit agar kaum Muslimin meninggalkan ajaran agama mereka dan kembali menjadi kufur. Perilaku jahat kaum Yahudi berkenaan dirakamkan dalam al-Quran untuk dijadikan pengajaran kepada umat Islam selepasnya.

Firman Allah bermaksud: 
“Banyak di antara Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir selepas kamu beriman kerana dengki yang timbul dalam diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad SAW).” 
(Surah al-Baqarah, ayat 109)

KETAWA MELAMPAU , MATIKAN HATI

Meow yang lucu...(Gambar hiasan jee..)

SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup. Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan atau penderitaan. Ketawa pula selalu menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasai.

Islam tidak melarang umatnya melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan. Ini bagi mengelakkan umat Islam dipandang rendah martabatnya oleh orang lain. Ini menyingkap sirah Rasulullah ketika hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah.

Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan bersama Nabi Muhammad di medan peperangan. Bagaimanapun, mereka membatalkan janji dan persetujuan pada saat genting tentera Islam bakal berperang dengan kekuatan tentera musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.

Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman bermaksud: 
“Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan.” (Surah at-Taubah: 82).

Jelas daripada maksud ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamal tabiat ketawa berlebihan. Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi tetapi Islam tetap mengehadkan untuk mengelak berlaku keadaan yang melampau.

Islam menyediakan pilihan yang boleh diamalkan bagi mengelak kita daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami. Rasulullah bersabda bermaksud: 
“Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.

Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan akan lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.

Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara.

Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia.

Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan.

Jumaat, 26 Oktober 2012

MUHASABAH, BERDOA, TINGKAT IBADAH PADA HARI ARAFAH


Muhasabah, berdoa, tingkat ibadah pada hari Arafah
Ibrahim Abdullah
Wukuf di Arafah
Wukuf di Arafah adalah kemuncak ibadah haji. Ketika wukuf di Arafah jemaah bermuhasabah diri menilai kekurangan, kelemahan, menyedari dosa yang seterusnya memohon keampunan Allah SWT serta meraih keredaannya.

Jika Allah menerima taubat mereka dan perjalanan hidup seterusnya mereka tidak lagi melakukan dosa, maka bayangan syurga akan dapat digapai.
Malaikat turun

Ada riwayat menyatakan, kehadiran malaikat dan Allah Taala turun ke langit serendah-rendahnya menyaksikan jemaah yang wukuf di Arafah.

Rasulullah SAW bersabda: “Mengerjakan haji adalah satu jihad. Perjuangan yang hebat dan besar adalah perjuangan melawan hawa nafsu. Di dalam ibadah haji, menentang hawa nafsu menjadi ujian terbesar jika hendak mencapai haji mabrur. Sesungguhnya hawa nafsu sekiranya tidak dikawal ia akan mendorong manusia ke lembah kejahatan dan kemungkaran.”

Doa Termakbul

Di Padang Arafah, doa kita. Kerana di situ Allah Taala turun ke langit serendahnya untuk bertemu dan menyaksikan hamba-hamba-Nya yang ingin berjumpa dengan-Nya, mendengar segala doa dan permohonan hamba-Nya, dan memakbulkan segala doa-doa mereka. Bahkan Allah memuji kepada hamba-Nya yang datang berwukuf di Arafah untuk menggapai rahmat dan keampunan-Nya.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penghuni langit dan berkata kepada mereka: Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.” (Riwayat Imam Ahmad)

Hari Wukuf

Amalan yang digalakkan kita yang tidak menunaikan ibadah haji lakukan pada hari wukuf ialah berdoalah kepada Allah segala yang dihajati bagi kehidupan.

Daripada Saidatina Aisyah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada suatu hari di mana Allah Taala paling banyak membebaskan hamba-Nya dari neraka selain dari hari Arafah.” (Sahih Muslim)

Berpuasa pada hari Arafah, adalah digalakkan sebagai amalan terbaik dan dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia tidak kurang juga yang berpuasa pada hari Arafah untuk mendapat ganjarannya.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Qatadah, Rasulullah SAW bersabda: “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.”

Mohon Keampunan

Bertaubat, meninggalkan maksiat dan dosa pada hari Arafah, mengharap keampunan dan rahmat-Nya. Kerana maksiat adalah punca seseorang terhalang daripada mendapat rahmat Allah.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Baginda Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak suka apabila seseorang hamba-Nya melakukan perkara yang ditegah-Nya.” (Muttafa ‘Alaih).

http://epondok.wordpress.com

IBADAH KORBAN TANDA TAAT , TAKWA


Ibadah korban tanda taat, takwa
Zabidi Hitam
Gambar hiasan

Sembelihan terhadap binatang kena ikut kaedah syarak ditetapkan

Pada setiap 10 Zulhijjah, umat Islam akan menyambut kedatangan hari kebesaran Islam Aidiladha atau hari raya korban. Pada hari itu, umat Islam mengadakan solat sunat hari raya dan menyembelih binatang ternakan seperti unta, lembu, kerbau dan kambing untuk dikorbankan.
Penyembelihan korban dilakukan selepas selesai solat Aidiladha dan masih dapat dilakukan pada hari tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak beramal seseorang anak Adam pada Aidiladha melainkan menyembelih binatang korban yang menjadi amalan disukai oleh Allah. Sesungguhnya pada hari kiamat nanti binatang korban itu akan datang bersama tanduknya, kukunya dan bulunya dan sesungguhnya darah yang tumpah di suatu tempat akan diterima oleh Allah sebelum tumpah di atas tanah, maka perelokanlah korban kamu.” (Riwayat al-Hakim, Ibn Majah dan al-Tarmizi)

Ibadah korban dibahagikan kepada dua iaitu korban khusus membabitkan penyembelihan binatang tertentu pada Aidiladha dan tiga hari selepasnya dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT, manakala korban umum ialah pengorbanan yang memberi manfaat serta kebaikan kepada orang lain.

Amalan Nabi dan Rasul

Korban disyariatkan oleh Allah SWT bukanlah amalan sia-sia melainkan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Harta benda membabitkan wang ringgit dan binatang ternakan yang dikorbankan tetap dinilai oleh Allah dan diganti dengan ganjaran pahala.

Sesungguhnya, ibadat korban menjadi amalan sebahagian nabi dan rasul yang bermula pada zaman Nabi Allah Adam apabila kedua-dua puteranya Habil dan Qabil mempersembahkan korban masing-masing kepada Allah.
Kedua-duanya diperintah Nabi Allah Adam melakukan korban kepada Allah sebagai syarat memperisterikan saudara perempuan mereka bernama Iqlimiah yang juga saudara kembar Qabil yang cantik sedangkan saudara kembar Habil bernama Layuza tidaklah sejelita Iqlimiah.

Kedua-duanya akur dengan kehendak Nabi Allah Adam dan melakukan korban seperti yang diminta. Habil mengorbankan seekor kibas gemuk berbanding Qabil yang mempersembahkan hasil tanaman berupa gandum yang sedikit serta busuk.

Ternyata korban Habil diterima Allah SWT berikutan keikhlasan dan ketakwaannya sekali gus berhak mengahwini Iqlimiah manakala korban Qabil ditolak. Kisah pengorbanan dua bersaudara ini dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran.

Firman Allah SWT: “Ceritakanlah kepada mereka kisah yang berlaku sebenarnya terhadap kedua-dua putera Adam (Habil dan Qabil), iaitu ketika kedua-duanya mempersembahkan korban masing-masing. Lalu Allah menerima korban salah seorang daripadanya mereka berdua (Habil) dan tidak diterima yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu! Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) daripada orang yang bertakwa.” (Surah al-Maidah, ayat 27)

Pengorbanan yang agung dan besar berlaku kepada Nabi Allah Ibrahim yang diperintah Allah menyembelih anak kesayangannya Nabi Allah Ismail. Ketaatan dan ketakwaan kepada Allah mendorong Nabi Ibrahim melaksanakan korban walaupun terpaksa menyembelih anak kesayangan.

Pengorbanan Nabi Ibrahim

Pengorbanan itu membuktikan Nabi Allah Ibrahim berjaya diuji Allah SWT yang diwahyukan melalui mimpi dan Nabi Allah Ismail diganti dengan seekor kibas gemuk yang disifatkan Allah sebagai sembelihan agung.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak beramal seseorang anak Adam pada Aidiladha melainkan menyembelih binatang korban yang menjadi amalan disukai oleh Allah. Sesungguhnya pada hari kiamat nanti binatang korban itu akan datang bersama tanduknya, kukunya dan bulunya dan sesungguhnya darah yang tumpah di suatu tempat akan diterima oleh Allah sebelum tumpah di atas tanah, maka perelokanlah korban kamu.” (Riwayat al-Hakim, Ibn Majah dan al-Tarmizi)

Tanda Kesyukuran

Melakukan sembilan korban adalah tanda kesyukuran kepada Allah terhadap segala nikmat yang dikurniakan selain berperanan mengkifaratkan dosa serta menunjukkan simpati dan belas kasihan kepada golongan fakir miskin sekali gus mengeratkan silaturahim sesama manusia.

Penulis yang berpeluang menyertai kursus penyembelihan dan berpengalaman menyembelih korban di sekitar Gombak sejak 1997 meminta penyembelih sama ada ketika ibadah korban atau penyembelihan industri melakukannya berdasarkan hukum syarak.

Haiwan yang disembelih tidak mengikut kaedah syarak adalah bangkai dan najis. Oleh itu, syarat ditetapkan seperti putus urat yang wajib iaitu urat halkum (salur pernafasan) dan marih (saluran pemakanan) perlu diperhatikan dengan betul.

Haiwan sembelihan yang diproses hendaklah mematuhi kehendak kebersihan dan piawaian pengendalian. Justeru, penting bagi individu Muslim dan syarikat pengurusan penyembelihan mematuhi kehendak ditetapkan Islam.

Bekas Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM), Allahyarham Prof Dr Yaakob Che Man, pernah menyatakan penyembelihan bukan sekadar memutuskan urat leher haiwan supaya daging haiwan halal dimakan tetapi merangkumi konsep pengurusan penyembelihan lebih luas dan menyeluruh membabitkan seluruh rantaian makanan bermula dari ladang hingga kepada pengguna

http://epondok.wordpress.com

Khamis, 25 Oktober 2012

Mutiara Kata – Prof. Dr Muhaya Mohamad

Mutiara Kata – Prof. Dr Muhaya Mohamad
Prof. Dr Muhaya Mohamad
Hari ini cuba lihat dgn kesedaran apa kita fikir, dengar, baca, cakap, lihat, dan rasa. Kita dikelilingi oleh orang yang programming hampir sama dengan kita. Jika negatif maka negatif lah kita. Hanya mereka yang melabur dalam minda mereka dengan ilmu dan berdoa untuk mendapat hidayah dapat keluar dari kitaran ganas negatif akan mengubah kehidupan mereka.

Ramai manusia merancang kewangan tetapi sedikit merancang kesihatan dan ketenangan minda dan jiwa. Lihat mana fokus kita hari ini. Jika kita tak sabar nak tahu berita tentang orang lain alangkah ruginya umur hari ini yangg sepatutnya digunakan mencari redha ALLAH dan bila kita mati kita tidak akan dinilai apa kita tahu tentang orang lain tetapi berapa banyak kita meningkatkan amalan dan keimanan kita.

Lihat setiap sen yang dibelanjakan, setiap saat digunakan, setiap tenaga digunakan ke arah memperbaiki diri atau mencari kesalahan orang lain, mengubah dunia dalaman kita atau nak ubah dunia luaran kita.  Bila kita mula hidup dengan kesedaran lihat bagaimana kualiti hidup kita meningkat in sya ALLAH.

Kita boleh menentukan kualiti kehidupan dengan mengubah emosi dan kita boleh mengubah emosi dengan mengubah fokus hidup kita dengan izin ALLAH  Niat dan fokus mengikut sunnah Rasulullah dalam semua aspek bukan hanya makanan sunnah tetapi amalan sunnah.

Dan lagi…

Nak tahu masa depan kita lihat adakah kita bekerja dengan fokus kepada hasil atau hanya aktiviti. Kebanyakan orang hanya nampak sibuk, buat sibuk untuk justify gaji yang dibayar.  Akhirnya dalam hidup mereka apa yg dapat amat sedikit dan mereka mula merasa iri hati pada orang lain, semakin negatif  fikiran dan hati semakin negatif hasil kehidupan dan ini jadi kitaran ganas yang memakan mereka dan keluarga.

Jadilah kita manusia yang bermanafaat dan tanya apa manafaat saya boleh beri pada orang sekeliling dan organisasi kita. kerja akan dilakukan lambat jika terlalu banyak masa.  Orang berkesan mula dari hasil yang dinginkan dalam waktu yang ada dan work backwards. Bukan buat kerja sambil lewa dan menunggu habis waktu pejabat. Pengalaman sehingga ini sesiapa yang go the extra mile memang bahagia hidup dan mereka yang jadi passesnger akan sentiasa susah dan bermasaalah.  Tahap pelajaran tiada kaitan dengan hasil kehidupan tetapi sikap menetukan hasil kehidupan

Menarik untuk wanita…

Siapa yang baca sirah akan dapati peranan wanita zaman Nabi Muhamaad saw lebih besar dari sekarang.   Jom kita jadikan baca sirah satu kewajipan agar mencintai Rasulullah saw.  Semoga maulidurrrasul ini membawa perubahan.  Tanda semua rancangan tv sempena perayaan ini yang akan menyentuh jiwa dan plan menonton bersama keluarga.

Jangan ada alasan sibuk etc. Orang yang kata takde masa sebenarnya tidak ada keutamaan dalam hidup. Fokus keutamaan hidup kepada mencari redha ALLAH dan mengasihi Rasulullah dan berdoa mendapat syufaat.

Lagi untuk wanita dan para suami…

Wang digunakan untuk kita selesa dan menjadi lebih kreatif dalam memberi manafaat dan menolong orang lain tanpa kita ada bersama mereka.  Bukan untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk.  Alangkah ruginya duit yang kita dikurniakan ALLAH membeli pakaian yang mencari murka ALLAH walau jenama mewah tapi di akhirat mendapat penyeksaan.

Kaum wanita jom fokus jadi isteri taat dan para suami jaga jangan ego dan lihat isteri sebagai tempat mencari pahala dan kenangkan betapa mereka mengandung dan menyusu anak-anak serta pengorbanan mereka.

Rabu, 24 Oktober 2012

KEMULIAAN LANGIT ARAFAH DI SAAT WUKUF

Fitri Syamsah
KEMULIAAN LANGIT ARAFAH DI SAAT WUKUF


Doa di Padang Arafah
Wukuf adalah puncaknya haji. Secara fizikal, wukuf Arafah adalah puncak berkumpulnya seluruh jamaah yang berjuta bilangannya, dari penjuru dunia dalam waktu yang sama - serentak. Secara amaliah, wukuf Arafah mencerminkan puncak penyempurnaan haji kita. Di Arafah inilah Rasulullah menyampaikan khutbahnya yang terkenal dengan nama khutbah wada’ atau khutbah perpisahan, kerana tidak lama setelah menyampaikan khutbah itu baginda pun wafat. Di saat itu, ayat Al-Qur’an, surah al-Maa’idah Ayat 3 turun sebagai pernyataan telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang disampaikan Allah SWT melalui Muhammad saw. 

Firman Allah SWT : “..Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-ridhai Islam itu menjadi agama bagimu….” (al-Maa’idah:3)

Arafah merupakan gambaran padang Mahsyar, yang nantinya semua makhluk dikumpulkan di sana sebelum melangkah ke surga atau neraka. Kehadiran kita di Arafah memberi erti dan suasana akhirat dengan Mahsyarnya, sekaligus merenunginya untuk bersiap-siap menghadapi hal itu.

Arafah juga merupakan tempat bertemunya Adam dan Hawa setelah beratus tahun saling mencari di muka bumi.

Wukuf ertinya hadir dan berada di Arafah pada waktu tertentu antara waktu zuhur dan asar.

Di sini masing-masing jamaah dianjurkan agar bermuhasabah dirinya menyerahkan diri kepada Allah, melakukan merenung atas dirinya, apa yang telah dilakukan selama hidupnya, merenungi kebesaran Allah melalui Asmaul Husna-Nya, merenungi hari akhirat.

''Bentangkan dosa-dosamu di padang Arafah ini, ingatlah satu persatu dosa-dosa yang pernah engkau lakukan, ingatlah betapa waktumu selama ini habis terbuang sia-sia kerana lebih banyak digunakan untuk memperindah kehidupan duniamu. Pengakuan yang jujur dan ikhlas, tanpa rasa sombong dan takabur, di hadapan Allah adalah puncak amaliah haji. Itulah Arafah, wukuf kita adalah untuk mendefinisikan hakikat keberadaan kita di hadapan Allah, sekalipun sebenarnya Allah telah mengetahui itu semua''.

Pandanglah langit Arafah. Renungilah bahawa pada hari yang mulia itu Allah SWT sedang memanggil para malaikatnya berkumpul di langit Arafah, dan membangga-banggakan umatNya yang sedang wukuf di Arafah di hadapan para malaikatNya di langit.

Disebutkan dalam hadits qudsi bahawa Allah berfirman  :
Lihatlah kepada hamba-Ku di Arafah yang lesu dan berdebu. Mereka datang keasini dari penjuru dunia. Mereka datang memohon rahmat-Ku sekalipun mereka tidak melihatKu. Mereka minta perlindungan dari azab-Ku, sekalipun mereka tidak melihat Aku

Allah sangat memuliakan hari wukuf di Arafah. Hari itu, Allah mendekat sedekat-dekatnya kepada orang-orang yang wukuf di Arafah untuk mendengarkan ungkapan dan keluhan hati mereka, menatap dari dekat wajah dan perilaku mereka.

Nabi Muhammad saw bersabda :
“ . . . Ia (Allah) mendekat kepada orang-orang yang di Arafah. Dengan bangga Ia bertanya kepada para malaikat, Apa yang diinginkan oleh orang-orang yang sedang wukuf itu ? “

Pada hari itu, Allah senang sekali jika kita berdoa kepada-Nya. Ia mengabulkan semua doa mereka di sana, sebagaimana tersebut dalam hadist yang lain :

Sabda Rasullullah saw : “Di antara berbagai jenis dosa, ada dosa yang tidak akan tertebus kecuali dengan melakukan wukuf di Arafah” (disinadkan oleh Ja’far bin Muhammad sampai kepada Rasulullah saw).

Bahkan Allah murka ketika manusia tidak yakin dosanya diampunkan di Arafah, seperti sabda Rasullullah saw : “Yang paling besar dosanya di antara manusia adalah seseorang yang berwukuf di Arafah lalu berprasangka bahwa Allah tidak memberinya ampun” (Al Khatib dalam kitab Al-Muttafaq wal Muftaraq)

Demikian agung dan mulianya hari Arafah ini, meski wukuf hanya beberapa jam saja. Sungguh sangat penting berdoa di Arafah, disaksikan dari dekat oleh Allah SWT dan dibangga-banggakan-Nya kita di depan para malaikatnya.

“Hai malaikat-Ku ! Apa balasan (bagi) hamba-Ku ini, ia bertasbih kepada-Ku, ia bertahlil kepada-Ku, ia bertakbir kepada-Ku, ia mengagungkan-Ku, ia mengenali-Ku, ia memuji-Ku, ia bershalawat kepada nabi-Ku. Wahai para malaikat-Ku ! Saksikanlah, bahwasanya Aku telah mengampuninya, Aku memberi syafaat (bantuan) kepadanya. Jika hambaku memintanya tentu akan Kuberikan untuk semua yang wukuf di Arafah ini.”

Selasa, 23 Oktober 2012

AHLI FIZIK MASUK ISLAM KAJI MATAHARI TERBIT IKUT BARAT

Majlis lafaz Syahadah Dimitry
Perkembangan Islam di Ukraine yang pesat menyaksikan hampir setiap dua minggu terdapat rakyat asal Ukraine sama ada lelaki atau wanita memeluk agama Islam di Pusat Islam Kyiv. Tetapi kejadian berikut ada kelainan apabila pusat tersebut didatangi oleh saintis Ukraine bernama Dimitry Boliakov. Beliau seorang saintis muda yang tekun dalam kajian bidang fiziknya. Beliau memasuki masjid di pusat tersebut ditemani bersama seorang ahli yang aktif di pusat tersebut.

Selepas Imam menyampaikan kuliah biasanya di masjid tersebut dan kemudiannya diikuti dengan majlis lafaz syahadah oleh saudara Dimitry. Apakah kelainan perisytiharan syahadah kali ini berbanding dengan yang lain sebelumnya. Ketika inilah Dimitry mula menjelaskan perjalanannya menuju keimanan terhadap Islam. Dia menyatakan kemasukannya didalam Islam ialah hasil dari kajian sains terutamanya dalam fizik yang menjadi pengkhususannya. Sidang jemaah dengan penuh khusyuk dan tanda tanya bagaimana kajian fizik yang beliau jalankan dapat membawanya memeluk Islam.

Dimitry mula menerangkan bahawa ia menjalankan kajiannya bersama sepasukan saintis yang berwibawa dalam bidang kajian Vacuum Physics dibawah kelolaan Prof Nikolay Kosinikov yang merupakan pelopor dalam bidang tersebut. Dia menyatakan mereka membuat ujikaji terhadap sebuah globe bagi mengesahkan teori terbaru yang menjelaskan tentang putaran bumi dipaksinya, dan mereka berjaya mengukuhkan teori itu. 

Akan tetapi Dimitry mengetahui terdapat riwayat dalam sebuah hadis dari nabi saw yang diketahui umat Islam, bahkan termasuk dalam asas akidah mereka. Hadis ini mengukuhkan lagi tentang kajian yang telah dibuatnya. Dimitry merasa yakin bahwa pengetahuan seperti ini, yang terdapat lebih dari 1,400 tahun yang lalu hanya mungkin didapati dari Tuhan yang mencipta alam ini sendiri.

Teori yang dikemukan oleh Prof. Kosinov merupakan teori yang paling baru dalam menjelaskan fenomena perputaran bumi pada paksinya. Kumpulan pengkaji ini menyediakan sebuah sampel berupa globe yang diisi penuh dengan cairan dari logam, kemudiannya mengenakannya dengan medan magnet yang terhasil dari electrode akibat caj dua elektronik. Iaitu proses aliran arus letrik DC melalui electrode yang menghasilkan medan magnet kemudiaanya menyebabkan globe diisi cairan logam itu berputar pada paksinya. Fenomena ini dinamakan “electo-magno-dynamic phenomenon”. Gerak ini pada asanya menjadi aktivitas perputaran bumi pada paksinya.

Realitinya di alam ini, daya matahari merupakan “kekuatan penggerak” yang melahirkan medan magnet yang mendorong bumi untuk berputar pada paksinya. Kemudian gerak putaran bumi ini sama ada cepat atau lambatnya seiring dengan daya kekuatan daya matahari. Atas dasar ini pula bergantung kedudukan arah kutub utara dan juga kearah manakah kedudukan tersebut.

Telah didapati bahawa kutub magnet bumi hingga tahun 1970 bergerak dengan kecepatan tidak lebih dari 10 km dalam setahun, akan tetapi pada tahun-tahun terakhir ini kecepatan tersebut bertambah hingga 40 km dalam setahun.

Bahkan pada tahun 2001 kutub magnet bumi bergeser dari tempatnya hingga mencapai jarak 200 km dalam sekali gerak. Ini berarti bumi dengan pengaruh daya magnet tersebut mengakibatkan dua kutub magnet bergantian tempat. Artinya bahwa “gerak” perputaran bumi akan mengarah pada arah yang berlawanan. Ketika itu matahari akan terbit (keluar) dari Barat.
Pusat Islam Kyiv

Ilmu pengetahuan dan maklumat seperti ini tidak didapati Dimitry dalam buku-buku atau didengar dari manapun, akan tetapi ia memperoleh kesimpulan tersebut dari hasil kajian dan uikaji makmal yang dijalankan. Ketika dia meneliti berbagai-bagai kitab agama lain, ia tidak mendapatkan satupun petunjuk kepada maklumat tersebut selain dari Islam.

Ia mendapati maklumat tersebut dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah saw bersabda,” “Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya, apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia melihat hal itu maka semua mereka akan beriman, dan itulah waktu yang tidak ada gunanya iman seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Dan riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah)

Matahari terbit dari Barat akan terjadi selama satu hari saja, kemudian tertutuplah pintu taubat. Setelah itu, gerakanmatahari pun akan kembali seperti sebelumnya terbit dari timur sampai terjadinya kiamat. Saintis NASA juga mengesahkan fenomena ini seperti dalam artikel di bawah.


Dari Ibn ‘Abbas, 
“Maka Ubai bin Ka’ab berkata: “Maka bagaimana jadinya matahari dan manusia setelah itu?” Rasulullah menjawab: “Matahari akan tetap menyinarkan cahayanya dan akan terbit sebagaimana terbit sebelumnya, dan orang-orang akan menghadapi (tugas-tugas) dunia mereka, apabila kuda seorang laki-laki melahirkan anaknya, maka ia tidak akan dapat menunggang kuda tersebut sampai terjadinya kiamat.” (Fathul Baari, Kitaburriqaq, Juz 11, Thulu’issyamsi Min Maghribiha).

Sumber : http://mahatera.blogspot.com/

PUPUK RASA CINTA, SAYANG KEPADA ANAK

Gambar hiasan
Pupuk rasa cinta, sayang kepada anak
Oleh Zawawi Yusoh

RASULULLAH S.A.W sangat penyayang terhadap anak, baik terhadap keturunan baginda sendiri ataupun anak orang lain. Abu Hurairah meriwayatkan, satu ketika Rasulullah mencium Hasan bin Ali.

Berhampiran ada Al-Aqra’ bin Hayis At-Tamimi yang sedang duduk. Lelaki itu kemudian berkata, “Aku memiliki sepuluh anak dan tidak pernah aku mencium seorang pun daripada mereka.”

Rasulullah segera memandang kepadanya dan berkata, barang siapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi.”

Sifat kasih sayang Rasulullah juga terserlah ketika bersolat di mana Baginda tidak melarang anak-anak mendekatinya. Hal itu diceritakan Abi Qatadah, “Suatu ketika Rasulullah mendatangi kami bersama Umamah binti Abil Ash iaitu anak Zainab, puteri Rasulullah.

Baginda meletakkannya di atas bahunya kemudian solat dan ketika rukuk.

Baginda meletakkannya dan ketika bangun daripada sujud, Baginda mengangkat kembali.”

Peristiwa itu bukan satu-satunya kejadian yang dirakam dalam sejarah.
Abdullah bin Syaddad juga meriwayatkan daripada ayahnya bahawa, “Ketika waktu solat Isyak, Rasulullah datang sambil membawa Hasan dan Husain.

Baginda kemudian maju (sebagai imam) dan meletakkan cucunya kemudian takbir untuk solat. Ketika sujud, Baginda memanjangkan sujudnya.

Ayahku berkata, “Saya kemudian mengangkat kepala dan melihat anak kecil itu berada di atas punggung Rasulullah yang sedang bersujud. Saya kemudian sujud kembali.”

Setelah selesai solat, orang-orang pun berkata, “Wahai Rasulullah, saat sedang sujud di antara dua sujudmu tadi, engkau melakukannya sangat lama, sehingga kami mengira terjadi peristiwa besar atau turun wahyu kepadamu.”

Baginda kemudian berkata, “Semua yang engkau katakan itu tidak terjadi, tapi cucuku sedang bermain di belakangku, dan aku tidak suka menghentikannya sampai dia menyele saikan keinginannya.”

Usamah bin Zaid ketika masih kecil mempunyai kenangan manis dalam pangkuan Rasulullah. “Rasulullah pernah me ngambil dan mendudukkanku di atas pahanya dan meletakkan Hasan di atas pahanya yang lain, kemudian memeluk kami berdua dan berkata, “Ya Allah, kasihanilah keduanya, kerana sesungguhnya aku mengasihi keduanya.”

Begitulah sikap Rasulullah kepada anak-anak. Secara halus, Baginda memberi contoh bagaimana anak perlu diberikan penuh rasa cinta, kasih sayang dan kelembutan.

Sikap tidak mencontohi Rasulullah adalah kesilapan besar ibu bapa terhadap anaknya. Antara kesilapan yang dilakukan ibu bapa ialah:

1. Memaki dan menghina anak.

Bagaimana yang dikatakan menghina iaitu ketika seorang ayah menilai kekurangan anaknya dan memaparkan setiap kebodohannya.

Lebih teruk lagi jika itu dilakukan di hadapan teman si anak.

Termasuk dalam kategori itu adalah memberi nama kepada anak dengan nama buruk. Seorang lelaki pernah mendatangi Umar bin Khattab seraya mengadukan kederhakaan anaknya. Umar kemudian memanggil anak orang tua itu dan mengherdiknya atas kederhakaannya.

Tidak lama kemudian anak itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin, bukankah anak memiliki hak atas orang tuanya?” “Betul,” jawab Umar.

“Apakah hak anak?” “Memilih calon ibu yang baik untuknya, memberinya nama yang baik, dan mengajarkan nya al-Quran,” jawab Umar.

“Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya ayahku tidak melakukan satu pun dari apa yang engkau sebutkan. Adapun ibuku, ia adalah wanita berkulit hitam bekas hamba sahaya orang majusi; dia menamakanku Ju’lan (kumbang), dan tidak mengajarku satu huruf pun dari al-Quran,” kata anak itu.

Umar segera memandang orang tua itu dan berkata kepadanya, “Engkau datang untuk mengadukan kederhakaan anakmu, padahal engkau derhaka kepadanya sebelum ia menderhakaimu. Engkau berbuat buruk kepadanya sebelum dia berbuat buruk kepadamu.”

Rasulullah sangat menekankan supaya kita memberi nama yang baik kepada anak.
Abu Darda’ meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya kalian akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama kalian dan nama ayah kalian, maka perbaikilah nama kalian.”

Sebab itu, Rasulullah kerap mengganti nama seseorang yang bermakna jelek dengan nama baru yang lebih baik atau mengganti gelaran yang buruk kepada seseorang dengan yang lebih baik dan positif.

Contohnya, Harb (perang) menjadi Husain, Huznan (yang sedih) menjadi Sahlun (mudah), Bani Maghwiyah (yang tergelincir) menjadi Bani Rusyd (yang diberi petunjuk).

Rasulullah memanggil Aisyah dengan nama kecil Aisy untuk memberi kesan lembut dan sayang.

2. Melebihkan seorang anak daripada yang lain.

Sikap itu adalah salah satu faktor putusnya hubu ngan silaturahim anak dengan ibu bapanya dan punca permusuhan antara saudara.

Nu’man bin Basyir bercerita, “Ayahku menginfakkan sebahagian hartanya untukku. Ibuku, ‘Amrah binti Rawahah kemudian berkata, ‘Saya tidak suka engkau melakukan hal itu sehingga menemui Rasulullah.’ Ayahku kemudian berangkat menemui Rasulullah sebagai saksi atas sedekah yang diberikan kepadaku.

Rasulullah berkata kepadanya, ‘Apakah engkau melakukan hal ini kepada seluruh anak-anakmu?’ Ia berkata, ‘Tidak.’ Rasulullah berkata, ‘Bertakwalah kepada Allah dan berlaku adillah kepada anakmu.’ Ayahku kemudian kembali dan menarik lagi sedekah itu.

Puncak kezaliman kepada anak ialah ketika ibu bapa tidak timbul rasa cinta dan sayangnya kepada anak perempuan yang kurang cantik, kurang pandai, atau cacat salah satu anggota tubuhnya.

Padahal, tidak cantik dan cacat bukanlah kemahuan anak. Apalagi tidak bijak itu pun bukanlah dosa dan kejahatan.

3. Mendoakan keburukan buat anak

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda, ada tiga doa yang dikabulkan doanya: doa orang yang teraniaya, doa musafir, dan doa (keburukan) orang tua ke atas anaknya.

Entah apa alasan yang membuat seseorang begitu membenci anaknya. Jika seorang ibu sepanjang hari lidahnya tidak kering mendoakan celaka, melaknat dan memaki anaknya maka sesungguhnya, ibu itu adalah wanita yang paling kejam.

Setiap doa buruknya, setiap ucapan laknat yang keluar dari lidahnya, dan setiap kata maki yang diucapkannya boleh termakbul lalu menjadi hukuman ke atas dirinya.

Cuba hayati kisah ini pula. Seseorang pernah mengadukan mengenai anak lelakinya kepada Abdullah bin Mubarak. Abdullah bertanya kepada orang itu, “Apakah engkau pernah berdoa (yang buruk) atasnya.” Orang itu menjawab, “Ya.”
Abdullah bin Mubarak berkata, “Engkau telah merosakkannya.” Nauzubillah!

4. Tidak memberi pendidikan kepada anak

Ada syair Arab yang berbunyi, “Anak yatim itu bukanlah anak yang ditinggal orang tuanya dan meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan hina.

Sesungguhnya anak yatim adalah yang tidak dapat dekat dengan ibunya yang selalu menghindar darinya, atau ayah yang selalu sibuk dan tidak ada waktu bagi anaknya.”

Perhatian tertinggi ibu bapa kepada anaknya ialah memberi pendidikan yang baik dan jika gagal, ia adalah kejahatan orang tua terhadap anaknya.

Jika mereka gagal memberi pendidikan terbaik kepada anak maka ibu bapa itu melanggar perintah Allah. Dalam surah Thaha ayat 132 Allah berfirman yang bermaksud: “Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.”

Rasulullah bersabda, “Ajarilah anak-anakmu solat saat mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka (bila tidak melaksanakan solat) pada usia sepuluh tahun.”

Isnin, 22 Oktober 2012

TOK KENALI Ulama Peringkat WALI


Tok Kenali
TOK KENALI Ulama Peringkat Wali
Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah 

DALAM sekian banyak e-mel yang saya terima, ada orang memprotes kenapa sudah sekian banyak ulama Nusantara yang diperkenalkan dalam halaman Agama Utusan Malaysia, namun cerita tentang Tok Kenali tidak muncul?. Pada prinsipnya kisah semua ulama Nusantara akan saya muatkan dalam akhbar ini, hanya gilirannya belum sampai. Ada ulama kisahnya disegerakan dan ada yang artikelnya masih dalam pemerosesan.

Tok Kenali ialah satu nama yang paling terkenal dalam dunia pengajian Islam menggunakan sistem pondok di Malaysia. Bahkan beliau juga terkenal di seluruh alam Melayu. 

Oleh itu, memang riwayat beliau perlu diketahui oleh masyarakat. Dalam dua keluaran terakhir perbicaraan tentang ulama, telah disentuh perjuangan tokoh yang anti penjajah        ( Tok Ku Paloh Terengganu dan Haji Sulong al-Fathani ). Ada orang berpendapat bahawa Tok Kenali tidak pernah terlibat dalam perjuangan yang bercorak demikian.

Bagi saya, pendapat seperti demikian itu adalah hanya ditinjau dari satu sudut yang belum menyeluruh.

Tok Kenali ialah murid yang paling dipercayai oleh Syeikh Ahmad al-Fathani, oleh itu hampir-hampir tidak ada satu rahsia perjuangan Syeikh Ahmad al-Fathani yang tidak diketahui oleh Tok Kenali. Di sini saya sentuh sedikit saja. Syeikh Ahmad al-Fathani ialah tokoh pertama dari lingkungan dunia Melayu sejagat yang secara diplomatik pergi ke Istanbul, Turki untuk melaporkan perbuatan tiga bangsa yang menjajah di dunia Melayu ketika itu. Bangsa-bangsa itu ialah Inggeris, Belanda dan Siam. 

Walau bagaimanapun, supaya suasana tidak selalu keras dan tegang dalam corak pemikiran jihad zhahiri, kisah Tok Kenali saya fokuskan kepada pemikiran jihad shufi. Jihad zhahiri lebih menitikberatkan perjuangan secara fizikal, sedang jihad shufi lebih mengutamakan pembinaan dalaman, qalbi atau hati dan rohani. Kedua-dua jenis jihad itu adalah penting dikombinasikan secara sepadu. Selain itu dalam disiplin ilmu akidah dan tasawuf ia dikenali dengan istilah ‘Wali Allah’ dan ‘karamah’ (istilah Melayu: keramat).

Tradisi penulisan para ulama Islam juga banyak menceritakan tentang ‘karamah’ para Wali Allah. Tulisan saya dalam Utusan Malaysia yang telah lalu (133 siri) tentang ‘karamah’ sengaja tidak saya sentuh kerana saya lebih mengutamakan riwayat yang berdasarkan fakta. Oleh kerana ramai yang minta kepada saya supaya menulis tentang karamah yang pernah berlaku pada Tok Kenali maka permintaan itu saya paparkan berdasarkan cerita yang telah saya kumpulkan daripada pelbagai sumber sejak tahun 1950-an lagi.

Karamah Tok Kenali

Nama sebenar Tok Kenali ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, lahir pada 1287 H/1871 M, wafat Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Yang saya riwayatkan ini adalah berdasarkan pelbagai cerita yang saya dengar, oleh itu tidak terikat sangat dalam sistem penulisan ilmiah.

Yang saya ingat pada tahun 1953, ibu saya Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani hanya menyebut nama murid ayahnya itu dengan istilah Awang Kenali. Menurutnya, Syeikh Ahmad al-Fathanilah yang pertama menggunakan istilah ‘Awang’ itu. Riwayatnya, sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani menjadi utusan ulama Mekah ke Beirut dan Mesir untuk menyelesaikan pertikaian pendapat antara Saiyid Yusuf an-Nabhani (Beirut) dengan Syeikh Muhammad Abduh (Mesir) dalam rombongan itu, Awang Kenali ikut serta.

Ketika sampai di Bukit Tursina, kerana di tempat itulah Nabi Musa mendengar ‘Kalam Allah’, Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruh murid-muridnya munajat secara khusus. Awang Kenali ditugaskan supaya minta menjadi ulama. Nik Mahmud ditugaskan munajat minta menjadi seorang pembesar Kelantan. Setelah Tok Kenali munajat, Syeikh Ahmad al-Fathani menyatakan bahawa ilmu Awang Kenali tinggi hanya mencapai ‘awan’ tidak menjangkau kepada langit. Ilmu yang sampai ke peringkat ‘awan’ itulah yang dapat dijangkau oleh kebanyakan ulama di tanah Jawi.

Daripada perkataan ‘awan’ itulah kemudian bertukar menjadi ‘Awang’. Cerita yang sama juga saya dengar daripada Haji Wan Ismail bin Hawan, Qadhi Jala (cerita didengar pada tahun 1970). Dalam surat-surat Syeikh Ahmad al-Fathani kepada pihak lain, termasuk kepada orang Arab dan Turki, apabila melibatkan muridnya itu, beliau mengekalkan tulisan dengan istilah ‘Awan Kenali’ saja tanpa menyebut nama lainnya.

Pada tahun 1969 saya dengar cerita bahawa Tok Kenali pertama-tama datang ke Mekah penuh dengan peristiwa yang pelik-pelik (ajaib). Kehidupan sehari-harinya penuh dengan tawakal. Beliau tidak mempunyai pakaian yang lebih daripada sehelai, tidak memiliki wang, tidak siapa mengetahui beliau makan ataupun tidak pada setiap hari siang ataupun malam. Hampir-hampir tidak ada orang yang mengenalinya di Mekah ketika itu.

Orang yang tidak mengenalinya hanya memperhatikan keanehannya berada dari satu halaqah ke satu halaqah yang lain dalam Masjid Haram, Mekah. Keberadaannya dalam sesuatu halaqah tidak pula membawa sesuatu kitab seperti orang lainnya. Pada kebanyakan masa ketika duduk dalam halaqah beliau memejamkan mata, orang menyangka beliau bukan mendengar pelajaran tetapi tidur. Antara ulama yang mengajar dalam Masjid al-Haram ketika itu ada yang tembus pandangannya, diketahuinyalah bahawa pemuda yang aneh itu bukanlah sembarangan orang, martabatnya ialah seorang ‘Wali Allah’.

Walau bagaimanapun, tidak seorang ulama peringkat Wali Allah di Mekah mahu membuka rahsia itu kepada murid-muridnya. Ketika Tok Kenali sampai di Mekah, Syeikh Ahmad al-Fathani telah mengetahui pemuda yang berasal dari Kelantan itu, tetapi sengaja tidak dipedulikannya kerana pada firasat Syeikh Ahmad al-Fathani pemuda Kelantan itu sama ada lekas ataupun lambat akan datang juga kepada beliau.

Dalam masa berbulan-bulan peristiwa seperti di atas, pada satu ketika Tok Kenali mengunjungi halaqah Syeikh Ahmad al-Fathani. Tok Kenali duduk jauh di belakang pelajar-pelajar lain. Syeikh Ahmad al-Fathani telah mempersiapkan sekurang-kurangnya tiga kemusykilan atau masalah, yang pada pemikiran Syeikh Ahmad al-Fathani tidak akan dapat dijawab oleh siapa pun yang hadir dalam majlis pengajiannya, kecuali seseorang itu memiliki pandangan ‘kasyaf’ ataupun telah memperoleh ‘ilmu ladunni’.

Sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani melemparkan pengujian atau pertanyaan kepada semua pelajar, Tok Kenali seperti orang tidur-tidur saja. Semua pelajar terdiam, tidak seorang pun berkemampuan menjawab masalah yang dikemukakan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Tiba-tiba Syeikh Ahmad al-Fathani menyergah pemuda Kelantan yang sedang tidur. Pemuda itu terkejut. Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruhnya supaya datang ke hadapan duduk bersama beliau. Disuruhnya pemuda Kelantan itu menjawab masalah ujian yang dikemukakan lalu semuanya dijawab dengan sejelas-jelasnya.

Setelah peristiwa itu Tok Kenali menjadi murid yang paling mesra dengan Syeikh Ahmad al-Fathani. Bahkan Tok Kenali menjadikan dirinya sebagai ‘khadam’ kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Seluruh gerak dan diam Tok Kenali hanyalah berkhidmat kepada gurunya itu, kerana diketahuinya bahawa seluruh kerja Syeikh Ahmad al-Fathani semata-mata untuk kepentingan agama Islam dan bukan kepentingan peribadinya. (Cerita yang sama juga didengar daripada Tuan Guru Haji Mahmud bin Yusuf Juani di Pondok Gajah Mati, Kedah pada tahun 1970. Beliau ialah murid Tok Bermin, sahabat Tok Kenali).

Hampir semua murid Tok Kenali yang pernah saya temui meriwayatkan bahawa orang yang pernah belajar dengan Tok Kenali semuanya mendapat kedudukan dalam masyarakat. Apabila seseorang murid itu lebih berkhidmat kepada beliau maka ternyata akan lebih pula ilmu yang diperolehnya. Demikian juga kedudukan dalam masyarakat. Yang dimaksudkan berkhidmat di sini ialah ada yang pernah menyiram Tok Kenali ketika mandi. Bahkan ada murid yang pernah membasuh beraknya sesudah buang air besar.

Murid yang sampai kepada kedua-dua peringkat ini saja yang menjadi ulama besar, antara mereka termasuk Syeikh Idris al-Marbawi dan Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti. (Sumber cerita ini daripada murid beliau, Tuan Guru Haji Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani, Mufti Mempawah, yang didengar pada tahun 1969 di Mempawah; Tuan Guru Haji Mahmud di Gajah Mati, Kedah pada tahun 1970; Qadhi Haji Wan Ismail bin Hawan di Jala pada tahun 1970; Tuan Guru Haji Abdur Rahim Kelantan di Mekah pada tahun 1979, dan masih ada yang lain yang belum perlu disebutkan.)

Walaupun telah diketahui umum Tok Kenali berasal dari Kelantan tetapi sewaktu saya mengembara ke negeri Caiyya (nama asalnya Cahaya) yang terletak jauh ke Utara Patani dan Senggora, orang tua-tua bercerita bahawa asal usul datuk nenek Tok Kenali adalah dari Cahaya. Diriwayatkan ada dua atau tiga kali Tok Kenali pernah datang ke negeri Cahaya. Setiap kali Tok Kenali datang beliau dimuliakan orang. Tempat yang menjadi laluan Tok Kenali dihamparkan dengan kain kuning, demikian juga tempat duduknya. Orang ramai datang berduyun-duyun menziarahi Tok Kenali kerana mengambil berkat keramatnya. Ada orang tertentu yang didoakan oleh Tok Kenali ternyata dikabulkan oleh Allah sebagaimana doa yang beliau ucapkan (riwayat ini didengar di Caiya (Cahaya) pada 1992).

Penulisan

Penglibatan Tok Kenali dalam penulisan adalah sebagai bukti beliau seperti juga ulama-ulama terkenal lainnya. Beliau ialah Ketua Pengarang majalah Pengasuh yang pertama ketika majalah itu mula-mula diterbitkan. Dari sini dapat kita buktikan bahawa majalah Pengasuh merupakan majalah Islam yang paling lama dapat bertahan di Nusantara. Majalah Pengasuh masih kekal diterbitkan hingga sekarang ini (1427 H/2006 M) oleh Majlis Agama Islam Kelantan. Semua majalah Islam di Nusantara yang diterbitkan peringkat awal, bahkan termasuk yang agak terkebelakang, semuanya tidak diterbitkan lagi.

Karya-karya Tok Kenali yang ditulis dalam bentuk risalah atau kitab pula antaranya ialah Risalatud Durril Mantsur, yang selesai ditulis pada bulan Jumadil Akhir 1310 H/Disember 1892 M. Kandungannya merupakan terjemahan dan penjelasan fadhilat Burdah Bushiri. Dicetak dalam bentuk huruf batu/litografi oleh Syeikh Abdullah Mujallid, Mekah pada Jumadilakhir 1310 H.

Karya Tok Kenali dalam bidang ilmu sharaf pula ialah Madkhal Kamil fi ‘Ilmis Sharfi, selesai penulisan pada 15 Rabiulawal 1351 H. Kandungan merupakan karya tashhih tentang ilmu sharaf. Kemungkinan maksud daripada gurunya Syeikh Ahmad al-Fathani, iaitu karya berjudul Abniyatul Asma’ wal Af’al. Dicetak oleh Mathba’ah al-Asasiyah al-Kalantaniyah atas perbelanjaan Haji Wan Daud bin Haji Wan Sufyan.

Karya Tok Kenali dalam bidang ilmu nahu pula ialah Mulhiq li Miftahit Ta’allum fi I’rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah ‘ala Ratbih, selesai penulisan pada 29 Sya’ban 1354 H. Membicarakan ilmu nahu merupakan huraian kitab Matn al-Ajrumiyah. Kitab ini dikumpulkan atau ditulis kembali oleh salah seorang muridnya iaitu Tuan Guru Haji Abdullah Thahir bin Ahmad, Bunut Payung. Dicetak oleh Persama Press, Pulau Pinang atas kehendak Tuan Guru Abdullah Thahir bin Ahmad bin Muhammad Zain pada 9 Safar 1356 H.

SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...