Rabu, 10 Oktober 2012

NASIHAT RASULULLAH S.A.W. KEPADA ABU SA'ID AL-KHUDRY

Gambar hiasan
Panduan Mukmin

Di antara khutbah-khutbah Baginda yang panjang yang masih diingat Abu Sa'id Al-Khudry ialah: 'Sesungguhnya dunia ini tak ubahnya tanaman hijau yang manis dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu semua penguasa di sana.  Dia memandang bagaimana kamu berbuat.  Ingat, takutlah kepada dunia dan takutlah kepada wanita.

Ingatlah ! Tak ada yang mencegah seseorang kerana kebesaranNya untuk mengatakan yang benar bila ia benar-benar sudah mengetahuinya.

Ingatlah !  Sesungguhnya Bani Adam telah diciptakan atas beberapa tingkatan yang berbeza-beza.  Di antara mereka ada yang dilahirkan dalam keadaan mukmin, hidup dalam keadaan mukmin dan mati dalam keadaan mukmin.  Di antara mereka ada yang dilahirkan dalam keadaan mukmin, hidup dalam keadaan mukmin dan mati dalam keadaan kafir.  Di antara mereka ada yang dilahirkan dalam keadaan kafir, hidup dalam keadaan kafir dan mati dalam keadaan mukmin.  Di antara mereka ada yang dilahirkan dalam keadaan kafir, hidup dalam keadaan kafir dan mati dalam keadaan kafir.

Ingatlah !  Di antara mereka ada yang tidak cepat marah dan cepat menguasai diri.  Ada yang cepat marah dan cepat menguasai diri.  Ada pula yang tidak cepat marah dan tidak cepat menguasai diri.  Yang ini berbeza dengan yang itu.  Ingatlah!  Di antara mereka ada yang tidak cepat menguasai diri, cepat marah.  Ingatlah, yang terbaik dari mereka ialah yang tidak cepat marah tetapi cepat menguasai diri.  Dan yang paling jelek dan antara mereka ialah cepat marah, namun tidak cepat menguasai diri.

Ingatlah ! Di  antara mereka ada yang baik dalam membei dan meminta.  Ada yang jelek dalam memberi, baik dalam meminta.  Ada pula di antara mereka yang baik dalam meminta dan baik dalam memberi.  Yang ini berbeza dengan yang itu.  Ingatlah, di antara mereka ada yang buruk dalam memberi, buruk pula dalam meminta.  Ingatlah, yang paling baik di antara mereka adalah yang baik dalam memberi dan baik pula dalam meminta.  Dan yang paling jelek di antara mereka adalah yang buruk dalam memberi, dan buruk dalam meminta.

Ingatlah !  Sesungguhnya kemarahan itu adalah bara di dalam hati Bani Adam.  Bagaimana kalau kamu melihat kedua matanya yang memarahi dan urat lehernya yang menegang?  Barangsiapa merasakan hal itu hendaklah ia menempel ke tanah.

Fikirkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...