Jumaat, 19 Oktober 2012

KEHIDUPAN RASULULLAH SAW...baca..dan tatapi ini..

Kehidupan Nabi SAW
Capal Rasulullah SAW
Sesungguhnya Nabi amat mengetahui hakikat dunia, bahawa ia cepat hilang dan berlalu pergi. Maka baginda hidup di dunia seperti kehidupan orang-orang miskin, bukan seperti kehidupan orang-orang kaya yang hartanya melimpah ruah. Lapar di suatu hari, baginda bersabar, dan kenyang di suatu hari maka baginda bersyukur.

Rasulullah saw telah menjelaskan kepada umatnya akan bahayanya fitnah dunia dengan tenggelam dalam kesenangan dan keindahannya, Baginda saw bersabda :

"إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ, وَإِنَّ اللهَ مُسْتَخِلَفُكُمْ فِيهَا، فَنَاظِر مَا تَعْمَلُونَ, فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ, فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ" [رواه مس.

"Sesungguhnya dunia ini manis dan hijau, sesungguhnya Allah mejadikan kamu sebagai khalifahnya di situ lalu Dia akan melihat apa yang kalian lakukan di dalamnya. Maka hati-hatilah kalian terhadap dunia dan hati-hatilah kalian terhadap godaan kaum wanita. kerana sesungguhnya fitnah pertama yang terjadi pada kaum bani israil adalah fitnah wanita." (HR. Muslim)

Baginda mengetahui bahawa sesungguhnya dunia adalah tempat tinggal bagi orang yang tidak punya rumah dan syurga bagi orang yang tidak punya bahagian di akhirat kelak. Baginda saw bersabda: "Ya Allah sesungguhnya tidak ada kehidupan yang hakiki- kecuali kehidupan di akhirat" (Muttafaq 'alaih) .

Oleh kerana itu baginda menjadikan semua keinginan dan cita-citanya hanya untuk akhirat dan mengosongkan hatinya dari kesibukan dunia, sehingga dunia mengejar baginda pada hal baginda saw menghindarinya. Baginda saw bersabda:

"Perumpamaanku dengan dunia adalah seperti seorang musafir yang berteduh dibawah sebuah pohon kemudian dia pergi meninggalkannya (HR. Tirmidzi dan ia berkata hadits ini hasan shahih).

'Amr bin Harits saudara lelaki Juwairiyah isteri Rasulullah saw, berkata: "Ketika Rasulullah saw. meninggal baginda tidak meninggalkan harta warisan berupa dinar dan dirham, juga tidak meninggalkan hamba sahaya baik laki-laki mahupun perempuan, Baginda hanya meninggalkan seekor keldai putih yang dulu menjadi kenderaan baginda dan sebilah senjata, serta sebidang tanah yang disedekahkan di jalan Allah" 
(HR. Buhkari).

Inilah harta peninggalan orang yang paling mulia di alam semesta ini. Semoga Allah selalu melimpahkan salawat dan salam kepada baginda yang menolak untuk menjadi raja dan rasul tapi memilih untuk menjadi hamba dan rasul. 

Diriwayakan oleh Abu Hurairah ra. bahwa dia berkata: " Jibril pernah duduk di hadapan baginda kemudian ia mendongak ke langit tiba-tiba ada seorang malaikat yang turun lalu Jibril berkata pada baginda: Ini adalah malaikat yang belum pernah turun ke dunia sejak dia diciptakan kecuali pada saat ini, ketika telah sampai dia berkata: wahai Muhammad! Aku diutus oleh Tuhan-Ku untuk memberikan pilihan untukmu; Apakah kamu ingin dijadikan sebagai seorang raja ataukah sebagai hamba dan Rasul? Maka baginda menjawab: "Bahkan aku ingin menjadi seorang hamba dan rasul" (HR. Ibnu Hibban dan disahihkan oleh Al Abani).

Begitulah kehidupan baginda yang didasarkan atas tawadhu' dan zuhud serta merasa cukup dengan yang ada. 'Aisyah ra. Berkata: " Ketika Rasulullah saw. wafat di rumah baginda saw tidak ada makanan yang boleh dimakan kecuali sedikit gandum yang aku makan dalam waktu yang cukup lama sehingga menjadi menjadi rosak" (Muttafaq alaih).

Ketika Umar bin Khatab ra. menyebutkan tentang kemegahan yang diperolehi oleh manusia, dia berkata: " Pada hari ini aku melihat Rasulullah saw. kelaparan kerana tidak mendapati kurma lama yang boleh mengisi perutnya" (HR. Muslim).

Dari ibnu Abbas ra , diriwayatkan Rasulullah saw dan keluarganya pernah beberapa malam kelaparan tidak punya sesuatu yang disantap di malam hari dan paling banyak yang mereka miliki adalah roti gandum 
(HR. Tirmizi dan ia berkat hadis ini hasan sahih).

Baginda terbiasa duduk dan tidur di atas tikar kasar, Umar bin Khatab pernah masuk ke rumah baginda dan baginda sedang duduk di atas tikar kasar, lalu aku duduk dan baginda hanya mengenakan kain sarung dan tikar tersebut memberi bekas di pinggang baginda, dan aku melihat sebungkus gandum dan kacang qardh (sejenis kacang ) yang ada di penjuru kamar baginda serta belulang yang tergantung, lalu aku menangis.

Baginda bertanya, "Wahai Ibnu Khatab kenapa engkau menangis?" aku menjawab: Wahai Nabi Allah, bagaimana saya tidak menangis sungguh tikar ini telah meningglakan bekas di tubuhmu, dan tempat penyimpanan barangmu tidak berisi kecuali sangat sedikit, sedangkan raja Rom dan Parsi bergelumang dengan khazanah harta. Padahal engkau adalah Nabi pilhan Allah, dan hanya ini yang engkau miliki!

Maka Nabi r bersabda:

يَا ابْنَ الخَطَّابِ! أَمَا تَرْضَى أَنْ تَكُونَ لَنَا الْآخِرَةُ وَلَهُمُ الدُّنْيَا؟

'Wahai Ibn Khathab, apakah engkau tidak redha bahawa akhirat untuk kita dan dunia untuk mereka?'
(HR. Ibnu Majah dan dishahihkan oleh al-Mundziri).

http://manaratulhuda.blogspot.com/2010/03/kehidupan-nabi-saw.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...