Sabtu, 29 November 2014

FADHILAT SURAH AL- MULK


SURAH AL MULK (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat.

Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci. SURAH AL MULK adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.

SURAH AL MULK hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan SURAH AL MULK.” ..Kandungan SURAH AL MULK Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’.

Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya. Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.

Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia dicampakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.

Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak. Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.

Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?” ..

KELEBIHAN SURAH AL MULK

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan SURAH AL MULK.

”Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik. ..Fadhilat Dari Hadis.

Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam SURAH AL MULK, iaitu:.1. Mendapat Syafaat Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu SURAH AL MULK.

”Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah SURAH AL MULK.”

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu SURAH AL MULK.

1.Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” Ulama berkata: “Sesungguhnya SURAH AL MULK itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”

2. Menyelamatkan daripada seksa kubur. Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca SURAH AL MULK”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.

Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca SURAH AL MULK”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur..Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “SURAH AL MULK itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Sesiapa membaca SURAH AL MULK setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.” Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah SURAH AL MULK. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”

Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca SURAH AL MULK sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada SURAH AL MULK.

”Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan SURAH AL MULK sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kubur dan saya terdengar seorang manusia sedang membaca SURAH AL MULK sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.”  (HR At-Tarmizi) . .

3. Hati BerimanRasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.” . .

4.  Mendapat KeistimewaanSaiyidina ‘Ali berkata: “Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.” Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”

Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk

Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Di antaranya: .

1.  Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulkأَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ‌ ﴿١٤Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.

7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan :
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan...

2. Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulkقُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ‌ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُ‌ونَ ﴿٢٣Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”..

- Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya...Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan...

Wallahua’lam bish showab.والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Sabtu, 22 November 2014

SURAH ADH DHUHA



MAKSUD
1-Demi waktu dhuha,
2-Dan malam apabila ia sunyi - sepi
3-(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh  oleh kaum musyrik).
4-Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
5-Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati
6-Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
7-Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu -    Al-Quran)?
8-Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
9-Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
10-Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking
11-Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

KELEBIHAN
Surah adh dhuha yang bererti waktu dhuha adalah merupakan surah yang ke 93 di dalam Al Quran, mengandungi 11 ayat,ia dinamakan adh dhuha kerana diawal surah ini Allah swt bersumpah dengan waktu dhuha dan juga dengan waktu malam bahawa ia tidak meninggalkan atau membenci nabi Muhammad saw sebagaimana yang diperkatakan oleh kaum kafir musyrik. Allah swt memberi semangat kepada baginda agar jangan menghiraukan tuduhan dan fitnah musuh musuh islam.

Banyak yang kita boleh ambil darinya mengenai fadhilat dan juga faedahnya, antaranya menurut ulama apabila surah ini diamalkan membacanya menjadi wirid 7 kali pada setiap pagi ketika matahari terbit dan 7 kali setiap matahari terbenam,Insya allah akan terselamat dari kecurian atau kehilangan.

Sekiranya terjadi kehilangan atau kecurian maka kerjakanlah solat dhuha 3 kali yakni 6 rakaat pada setiap pagi jumaat sehinggalah yang hilang itu dapat kembali,selepas memberi salam maka berdoalah memohon kepada-Nya.

Selain dari itu sesiapa yang mengamalkan membaca surah adh dhuha 40 kali setiap hari,selama 40 hari dan berdoa memohon kepadanya,insya Allah hidupnya akan terjauh dari keadaan fakir.

Wallahua'lam 

AL-QURAN IBARAT MESIN MASA MINDA

Posted by epondok

MEMBACA dan menghayati al-Quran seumpama pulang ke masa lampau melihat keajaiban.

BERUNTUNGlah orang yang berdamping dengan al-Quran.  

 JUNJUNGAN Nabi Muhammad SAW adalah Rasul utusan Allah SWT. Walau tidak pernah menelaah atau talaqqi kitab umat terdahulu, baginda mengetahui sejarah lampau yang mencecah ribuan tahun usianya secara terperinci seolah-olah baginda hadir di situ.

Apabila ditanya kepada Ahli Kitab yang soleh, mereka mengakui kebenaran kisah yang dibawa baginda. Sesetengah mereka langsung bersaksi akan kebenaran baginda dan beriman kerana hanya seorang rasul yang mendapat wahyu mampu mengetahuinya.

Firman-Nya yang bermaksud: Dan orang-orang yang kafir itu berkata: “Engkau bukanlah seorang Rasul daripada Allah”. Katakanlah (kepada mereka): “Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu, dan juga disaksikan oleh orang-orang yang ada ilmu pengetahuan mengenai Kitab Allah. (al-Ra’d [13:43]).

“Umpamanya anda baru bertemu seorang lelaki yang kelihatan berkarisma, lalu lelaki tersebut mampu menceritakan kisah lampau anda secara terperinci. Lelaki itu tersebut, pada tarikh sekian, anda terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan kereta sekian. Nombor kenderaan anda dan kenderaan yang melanggar anda juga dinyatakan secara terperinci.

“Bukan setakat itu, disebut juga semasa kemalangan berlaku, anda memakai baju, seluar dan kasut sekian. Disebut juga nama dan no IC orang yang melanggar juga pegawai polis yang bertugas di tempat kejadian.

“Dinyatakan juga semasa kejadian terdapat berapa ramai pemerhati dan perincian mengenai identiti setiap yang hadir bersama warna pakaiannya. Kemudian disebut juga kos rawatan yang anda lalui di hospital sekian oleh doktor sekian. Disebut juga berapa lama anda mendapat cuti sakit dan kesan kemalangan yang anda rasai sehingga sekarang.”

Setelah mendengar penjelasan terperinci lelaki tersebut, anda pasti terus beriman dengan Kewalainnya.
Begitulah juga perihalnya Rasulullah SAW yang mendapat bimbingan wahyu. Lihat beberapa contoh dalam ayat berikut yang membuktikan dengan nyata bahawa baginda bukan manusia biasa tetapi seorang Rasul yang dibimbing Allah SWT.

1-Firman Allah pada perincian kisah Musa a.s menerima wahyu dan lokasinya.
irman-Nya yang bermaksud: Dan engkau (wahai Muhammad) tidak ada di sebelah barat (tempat Nabi Musa menerima wahyu) ketika Kami sempurnakan penyerahan Kitab Taurat kepadanya, dan engkau juga tidak termasuk dalam golongan yang menyaksikan peristiwa itu. Akan tetapi (engkau hanya mengetahui kisah itu dengan jalan Kami memberi wahyu kenabian kepadamu disebabkan) Kami telah mengadakan beberapa umat (dari zaman Nabi Musa hingga ke zamanmu) sampai berlanjutanlah masa yang mereka lalui (serta kucar-kacirlah ugama yang mereka anuti). Dan engkau pula tidak pernah tinggal bersama-sama penduduk negeri Madyan membaca dan mempelajari dari mereka ayat-ayat keterangan Kami (tentang hal Nabi Musa di sana), tetapi Kamilah yang mengutusmu (menjadi Rasul dan memberi wahyu kepadamu mengenai hal itu). Dan engkau juga tidak berada dekat Gunung Tursina ketika Kami menyeru (Nabi Musa dan memberi wahyu kepadanya dahulu), tetapi (diturunkan) rahmat (al-Quran) daripada Tuhanmu (menerangkan kisah itu) supaya engkau memberi amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang rasul pemberi amaran sebelummu, semoga mereka beroleh pengajaran (serta insaf mematuhinya). (al-Qasas:44-46)

2-Perincian perancangan 10 adik-beradik Yusuf ketika mereka merancang menzalimi Yusuf, seakan baginda SAW ada bersama mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: (Kisah Nabi Yusuf) yang demikian ialah daripada berita-berita yang ghaib yang kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka semasa mereka sekata mengambil keputusan (hendak membuang Yusuf ke dalam perigi) dan semasa mereka menjalankan rancangan jahat (terhadapnya untuk membinasakannya). (Yusuf: 102)

3-Perincian perselisihan para pendeta Bayt al-Maqdis dan Nabi Zakariyya a.s ketika mereka membuat undian tentang siapakah selayaknya mendapat hak jagaan Maryam, seakan baginda SAW juga ada bersama mereka.

Firman-Nya yang bermaksud: Peristiwa yang demikian ialah sebahagian daripada berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan kalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam). (Ali Imran:44)

4-Perincian kisah Nabi Nuh a.s dan kaumnya yang ditenggelami air.
Ertinya: (Kisah Nabi Nuh) itu adalah daripada perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Hud: 49)


Kesimpulannya, membaca dan menghayati al-Quran seumpama menaiki “mesin masa minda” yang pulang ke zaman lampau melihat keajaiban kisah manusia pilihan. “Mesin masa minda” ini pula dipandu oleh Rasulullah SAW. Beruntunglah orang yang berdamping dengan al-Quran.

http://epondok.wordpress.com/2014/11/12/al-quran-ibarat-mesin-masa-minda/

Jangan Menolak Takdir

JANGAN engkau menolak sesuatu takdir Allah s.w.t, kerana ia akan membuat engkau menjadi binasa, imanmu menjadi hilang , hatimu menjadi keruh dan batinmu menjadi mati.

Allah s.w.t berfirman di dalam sebahagian Kitab-Nya bermaksud:
"AKU adalah Allah yang tiada Tuhan selain AKU. Barangsiapa yang tunduk (berserah diri) terhadap ketentuan-Ku, bersabar terhadap ketentuan cubaan-Ku dan mensyukuri  nikmat-Ku,maka Aku menulisnya  di sisi-Ku sebagai orang-orang yang benar (al-siddiqin). Dan barangsiapa tidak tunduk terhadap keputusan-Ku. tidak bersabar terhadap  ujian-Ku dan tidak mensyukuri nikmat-Ku, maka hendaklah dia mencari Tuhan selain daripada Aku."

Menjadi Kekasih Allah 528

Rabu, 19 November 2014

Enam Jenis Ghibah yang Diperbolehkan

Gambar hiasan.
Tidak semua jenis ghibah dilarang dalam agama. Ada beberapa jenis ghibah yang diperbolehkan, iaitu yang dimaksudkan untuk mencapai tujuan yang benar. 

Tujuan tersebut tidak mungkin tercapai kecuali dengan ghibah. Setidaknya ada enam jenis ghibah yang diperbolehkan, iaitu yang dimaksudkan untuk mencapai tujuan yang benar, dan tidak mungkin tercapai kecuali dengan ghibah.

Pertama, melaporkan perbuatan aniaya. Orang yang teraniaya boleh melaporkan kepada hakim dengan mengatakan ia telah dianiaya oleh seseorang. Pada dasarnya ini adalah perbuatan ghibah, namun karena dimaksudkan untuk tujuan yang benar, maka hal ini diperbolehkan dalam agama.

Kedua, usaha untuk mengubah kemungkaran dan membantu seseorang keluar dari dari perbuatan maksiat, seperti mengutarakan kepada orang yang mempunyai kekuasaan untuk mengubah kemungkaran. “Si Fulan telah berbuat tidak benar, cegahlah dia!” 

Maksudnya adalah meminta orang lain untuk mengubah kemungkaran. Jika tidak bermaksud demikian, maka ucapan tadi adalah ghibah yang diharamkan.

Ketiga, untuk tujuan meminta nasihat. Misalnya dengan mengucapkan , “Ayah saya telah berbuat begini kepada saya, apakah perbuatannya itu diperbolehkan? Bagaimana caranya agar saya tidak diperlakukan demikian lagi? Bagaimana cara mendapatkan hak saya?”

Ungkapan demikian ini diperbolehkan. Tapi lebih selamat bila ia mengutarakannya dengan ungkapan misalnya, “Bagaimana hukumnya bila ada seseorang yang berbuat begini kepada anaknya, apakah hal itu diperbolehkan?” Ungkapan semacam ini lebih selamat karena tidak menyebut orang tertentu.

Keempat, untuk memperingatkan atau menasehati kaum Muslimin. Contoh dalam hal ini adalah jarh (menyebut cela perawi hadits) yang dilakukan para ulama hadis. Hal ini diperbolehkan menurut ijmak ulama, bahkan menjadi wajib karena mengandung maslahat untuk umat Islam.

Kelima, bila seseorang berterus terang dengan menunjukkan kefasikan dan kebid’ahan, seperti minum arak, berjudi dan lain sebagainya, maka boleh menyebut seseorang tersebut dengan sifat yang dimaksudkan, namun ia tidak boleh menyebutkan aibnya untuk umat Islam.

Keenam, untuk memberi penjelasan dengan suatu sebutan yang telah masyhur pada diri seseorang.

/1http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/khazanah

Sabtu, 15 November 2014

Iman dan Syirik. Apa itu ?

Tambah kapsyen

Iman ialah: ucapan hati dan lisan yang disertai dengan perbuatan, diiringi dengan ketulusan niat kerana Allah, dan dilandasi dengan berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah saw.

Syirik disebut kezhaliman kerana syirik adalah menempatkan suatu ibadah tidak pada tempatnya, dan memberikannya kepada yang tidak berhak menerimanya.

Syahadat ialah: persaksian dengan hati dan lisan, dengan mengerti maknanya dan mengamalkan apa yang menjadi tuntutannya, baik lahir mhaupun batin.
Gambar hiasan

Ibadah ialah penghambaan diri kepada Allah Ta’ala dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, sebagaimana yang telah disampaikan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Dan inilah hakikat agama Islam, kerana Islam maknanya ialah penyerahan diri kepada Allah semata, yang disertai dengan kepatuhan mutlak kepada-Nya, dengan penuh rasa rendah diri dan cinta.

Ibadah bererti juga segala perkataan dan perbuatan, baik lahir mahupun batin, yang dicintai dan diredhai oleh Allah. Dan suatu amal akan diterima oleh Allah sebagai ibadah apabila disertai dengan niat ikhlas kerana Allah semata; dan mengikuti tuntunan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam.

Khamis, 13 November 2014

Wasiat nasihat Kerohanian

".....Mereka mentaati semua perintah Allah swt, menjauhi semua larangan-Nya,
sabar menerima cubaan-Nya, mensyukuri pemberian-Nya, menyerahkan diri, harta, anak-anak 
dan
 harga diri mereka kepada-Nya, dan dalam masa yang sama hati mereka takut kepada-Nya".

Ahad, 2 November 2014

Soalan tentang Nabi Muhammad SAW

Cicit Rasulullah saw
1. Bilakah nabi Muhammad s.a.w dilahirkan?
Jawapan – 12 Rabiul Awal Tahun Gajah

2. Siapakah nama ibu dan bapa nabi?
Jawapan;ibu =Aminah bt Wahab bin Abdumanaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah
Bapa = Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdumanaf bin Qushai bin Kilab bin Murrah

3. Bilakah bapa nabi meninggal dunia?
Jawapan; ketika nabi berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya

4. Di manakah ibu nabi wafat dan dikebumikan?
Jawapan; Abwa’ (sebuah desa antara Madinah dan Juhfah)

5. Ibu Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?
Jawapan; 6 tahun

6. Nabi diberi nama oleh datuknya dengan nama MUHAMMAD, apakah maksud Muhammad?
Jawapan; yang terpuji

7. Siapakah nama datuk nabi yang memeliharanya setelah kematian ibunya?
Jawapan; Abdul Muthalib

8. Datuk Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?
Jawapan; 8 tahun

9. Nabi telah dihantar ke perkampungan Bani Saad untuk disusukan kepada wanita desa. Siapakah nama ibu susuan nabi s.a.w?
Jawapan; Suwaibah al-aslamiyah dan Halimatus Saadiah

10. Berapa lamakah nabi dijaga oleh ibu susuan di perkampungan bani Saad?
Jawapan; sehingga nabi berumur 5 tahun

11. Siapakah nama bapa saudara yang menjaga Nabi setelah kematian datuknya?
Jawapan; Abu Thalib

12. Ketika nabi masih remaja, baginda telah bekerja mengambil upah sebagai pengembala binatang ternakan. Apakah binatang tersebut?
Jawapan; kambing

13. Nabi pernah membawa barang dagangan Siti Khadijah untuk berniaga di Syam bersama dengan pembantu Siti Khadijah. Siapakah nama pembantu Siti Khadijah tersebut?
Jawapan; Maisarah

14. Pada usia berapakah Nabi dan Khadijah diijabkabulkan/berkahwin?
Jawapan; nabi =25 tahun , Khadijah = 40 tahun

15. Berapakah usia nabi ketika diangkat sebagai rasul?
Jawapan; 40 tahun

16. Apakah ayat al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; Iqra’

17. Di awal Islam, Nabi telah berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dimanakah markaz/pusat dakwah tersebut?
Jawapan; di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam

18. Berapa lamakah nabi berdakwah secara sembunyi-sembunyi?
Jawapan; 3 tahun

19. Siapakah orang yang mula-mula masuk Islam sepanjang dakwah nabi secara sembunyi-sembunyi?
Jawapan;
 Khadijah – isteri Nabi
Ali bin Abi Thalib – sepupu nabi
Zaid bin Harithah – hamba nabi kemudian jadi anak angkat nabi
Abu Bakar As-Siddiq – kawan karib nabi
Uthman bin Affan
Zubair bin Awwam
Sa’ad bin Abi Waqas
Abdul Rahman bin ‘Auf
Thalhah bin ‘Ubaidillah
Abu ‘ubaidillah bin Jarrah
Arqam bin Abi al-Arqam
Fatimah bt Khattab (adik Umar al-Khattab) dan suaminya Said bin Zaid al-‘Adawi

20. Berapakah usia nabi ketika wafat?
Jawapan; 63 tahun

21. Tentera bergajah telah dimusnahkan oleh Allah dengan dikirimkan burung apa?
Jawapan; Burung Ababil

Bahagian II

1. Bilakah tarikh nabi Muhammad s.a.w dilahirkan mengikut kalendar masehi?
-jawapan – 20 april 571M

2. Apakah peristiwa yang berlaku sebagai tanda sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; api sembahan Agama Majusi di Rom terpadam

3. Kenapakah tahun kelahiran nabi digelar sebagai tahun gajah?
Jawapan; kerana pada tahun berkenaan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah menyerang dan mahu meruntuhkan Kaabah. Tetapi tentera tersebut dihancurkan oleh Allah dengan burung Ababil..

4. Ketika Nabi berusia 12 tahun, Abu Thalib membawa nabi bersama dalam urusan perdagangan ke Syam. Ketika itu, Pendeta Nasrani yang alim, telah berjumpa dan menasihati Abu Thalib supaya menjaga dengan baik dan membawa pulang segera Nabi Muhammad s.a.w kerana dikhuatiri akan dibunuh oleh orang yahudi? Siapakah nama pendeta Nasrani tersebut?
Jawapan; Buhaira

5. Ketika Nabi berusia 15 tahun, peperangan antara Quraisy dan Qais ‘Ailan yang berlaku pada bulan Zulqaedah. Menurut pandangan bangsa Arab pada masa itu, peperangan adalah dilarang pada bulan zulqaedah kerana ia adalah bulan suci. Apakah nama peperangan tersebut?
Jawapan; Harbul Fijar (peperangan mencemar kesucian)

6. Semenjak kematian Abdul Muthalib, pemimpin-pemimpin Quraisy telah bersumpah akan bersatu dan bersama dalam menangani kes-kes di kota Mekah supaya tiada seorangpun yang akan teraniaya. Aku janji dan sumpah tersebut telah dilakukan di rumah Abdullah Bin Juda’an ketika nabi berusia belasan tahun. Mengikut sejarah, apakah nama sumpah tersebut?
Jawapan; Halful Fudhul

7. Seramai 13 orang yang telah menjadi isteri kepada nabi Muhammad s.a.w. Sebutkan empat sahaja daripada isteri baginda.
Jawapan;
1- Khadijah Bt Khuwailid
2- Saudah Bt Zam’ah
3- Aisyah
4- Zainab Bt Khuzaimah
5- Hafsah
6- Ummu Salamah
7- Zainab Bt Jahsyi
8- Raihanah
9- Juwairiyah
10- Syafiah
11- Ummu Habibah
12- Mariyah Qibtiyah
13- Maimunah

8. Nabi Muhammad s.a.w mempunyai tujuh orang anak. Sebutkan tiga sahaja nama anak Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummi Kalthum, Rukiyah,

9. Bilakah tarikh Nabi Muhammad s.a.w wafat?
Jawapan; Isnin, 12 Rabiul Awal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 Masehi – usia 63 tahun

10. Nabi semasa sejak kecil telah digelar al-Amin, apakah maksud al-amin?
Jawapan; seorang yang jujur dan amanah/orang yang dapat dipercayai

11. Sebelum diangkat sebagai rasul, Nabi ber’uzlah (bertahanus) untuk beribadat dan berzikir kepada Allah s.w.t selama sebulan. Dimanakah Nabi ber’uzlah?
Jawapan; Gua Hira (di Jabal Nur)

12. Pada tahun ke 10 baginda diutus sebagai rasul, ada dua musibah yang besar telah menimpa baginda. Dalam sejarah, tahun tersebut digelar sebagai ‘Aamul Huzni’ iaitu Tahun Kesedihan. Apakah dua musibah tersebut yang menimpa Nabi?
Jawapan; Kematian Abu Thalib
Kewafatan Isteri nabi; Siti Khadijah

13. Setahun selepas tahun kesedihan, nabi dihiburkan dengan mukjizat yang besar dan pada ketika itu, diwajibkan solat lima waktu sehari semalam. Apakah nama peristiwa tersebut?
Jawapan; Isra’ Mikraj.

https://irwan007.wordpress.com/2010/11/01/soalan-tentang-nabi-muhammad-saw/

24 perkara JANGAN dilakukan


Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara – perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1. JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 
2. JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 
3. JANGAN makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan. 4. Jangan biarkan pinggan magkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 
5. JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat) 
6. JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang. dimakan adalah dari muntah syaitan. 
7. JANGAN keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan. 
8. JANGAN pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 
9. JANGAN biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 
10. JANGAN bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. 
11. JANGAN menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. 
12. JANGAN ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. 
13. JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.. 
14. JANGAN lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal. 
15. JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 16. JANGAN banyak ketawa nanti mati jiwa. 
17. JANGAN biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita. 
18. JJANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t. 
19. JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat. 
20. JANGAN duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan. 
21. JANGAN merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin. 
22. JANGAN lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama. 
23. JANGAN memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA. 
24. JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui. 

Wallahuallam.

https://irwan007.wordpress.com/24-perkara-jangan-dilakukan/

SIFAT KEMURAHAN ALLAH

D i antara nama dan sifat Allah SWT adalah “Rahman”, “Rahim”, "Hannan", "Mannan", "Kareem" yang menunjukkan pa...