Sabtu, 3 Januari 2015

BANK SYAIDINA OTHMAN IBNU AFFAN DI SAUDI

TRUE STORY...
Gambar hiasan saja
Adakah kamu mengetahui bahawa Syaidina Othman ibnu Affan ada mempunyai akaun bank di Saudi...?Siapakah yang membina Hotel Othman ibnu Affan di sebelah masjid Nabawi di Madinah ... adakah anak cucunya yang membinanya dan meletakkan namanya sebagai nama hotel? Ikuti kisah ini :

Satu ketika di. Madinah semasa Nabi Saw mula berhijrah dari Mekah ada sebuah telaga yang sangat besar dan sangat dalam serta airnya tak pernah kering...
Nama Telaga itu Bi'ru Rummah         ( telaga pemanah )

Orang Islam ketika itu sangat berhajat kepada air dan sering ke telaga itu yang dimiliki oleh seorang Yahudi Maka Yahudi itu telah bertindak menjual air dengan harga yanga sangat mahal.

Akhirnya perkara itu sampai ke pengetahuan Saidina Othman b Affan ( SOBA) lantas SOBA bertemu Yahudi itu dan minta hendak membeli telaga tersebut.

Yahudi tidak mahu menjual sebab dia tahu dia untung besar...SOBA akhirnya minta beli separuh saja telaga tu... Yahudi pun setuju ... bermakna sehari milik Yahudi dan sehari lagi milik SOBA... Yahudi sangka dia cerdik sebab SOBA memang peniaga yang glamour dikenali oleh orang Arab tentulah perniagaannya akan lebih berkembang dan harga air boleh dinaikkan.

Rupa-rupanya Allah takdirkan sebaliknya bila orang tak lagi membeli air daripada Yahudi itu sebab pada hari milik SOBA dia beri orang-orang Islam dan bukan Islam air percuma... jadi pada hari giliran milik Yahudi itu siapa pun tak nak membeli air.

Akhirnya Yahudi bankrap dan hendak menjual kepada SOBA separuh bahagaian lagi telaga rumah itu kepada sebab dia sudah mengalami kerugian.

SOBA  mebeli dengan 20,000 dinar ...
Kemudian dia mewaqafkan kepada orang Islam... kemudian ada seorang sahabat lain yang juga hartawan minta nak membeli telaga itu daripada SOBA... SOBA tanya berapa harga yang dia sanggup bayar....?
Hartawan menjawab bahawa dia sanggup membayar 3 kaliganda harga yang dibeli oleh SOBA. SOBA tidak setuju dan bertanya lagi, berapa sanggup bayar?

Hartawan menjawab, 9 kaliganda harga yang dibeli SOBA.
SOBA Madih tidak setuju. Hartawan bertanya kehairanan.. Siapa lagikah yang sanggup membeli dengan harga yang lebih mahal daripadanya.

Maka SOBA menjawab 'ALLAH'
Akhirnya orang Islam dapat minum air telaga itu secara percuma...
Dengan takdir Allah di tepi telaga itu akhirnya tumbuh beberapa pohon tamar dan akhirnya membiak sehingga akhirnya berjumlah 1550 pokok jumlahnya dan berbuah dengan sangat lebat.

Kerajaan Othmaniah Turki telah menjaga kurma itu dan hasil jualan tamar-tamar itu dan menyimpannya sehinggalah wujudnya kerajaan Saudi yang ambil alih dan tubuhkan akaun bank atas nama SOBA di salah 
satu bank Saudi. Duit itu akuirnya terkumpul dengan banyak dan kerajaan Saudi telah membeli sebidang tanah di tepi Masjid Nabawi dengan tujuan membina hotel lima bintang... hasilnya nanti dibahagi kepada
dua ... separuh diinfaq untuk anak yatim dan miskin yang sebahagian lagi disimpan dalam akaun SOBA ...

ANEHNya setelah 14 kurun sedekah SOBA masih bercambah dan membiak membuak-buak tanpa hentinya... inilah kelebihan Sedekah ... oleh itu marilah sama sama kita ringan tangan untuk bersedakah dan yang paling mudah adalah dengan berkongsi kisah ini dalam group dan fb anda... In shaa Allah anda akan dapat pahala sedekah yang berganda-ganda.

MOGA MOGA BERMANFAAT DUNIA AKHIRAT
والله اعلم....

DR JAMNUL AZHAR B MULKAN -Alor Setar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...