Sabtu, 10 Februari 2018

Rukun Qauli Bacaan Dalam Solat

Gambar hiasan 
Soalan:
1. Apakah hukumnya sekiranya rukun qauli dalam solat tidak dibaca mengikut tajwid?
2. Adakah bacaan dalam solat wajib dibaca hingga dapat didengari diri sendiri atau memadai dibaca dalam hati?
Jawapan:

Terima kasih dengan soalan saudara ini. Pertama sekali, kami memohon maaf kerana lewat menjawab soalan yang dikemukakan ini. Insya Allah kami akan menjawab persoalan anda sebaik mungkin.

Mempelajari ilmu al-quran adalah wajib bagi semua umat Islam. Bersesuaianlah dengan firman Allah di dalam al-Quran, surah Al-Muzammil ayat 4 yang bermaksud; “…dan bacalah Al-Quran dengan tartil.” Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa hendaklah kita membaca al-Quran dengan bacaan yang jelas dan betul menurut ilmu tajwidnya. Ini adalah penting, kerana ilmu tajwid bukan sahaja berkaitan istilah-islilahnya(izhar, idgham dan sebagainya) sahaja, bahkan melingkupi cara penyebutan makhrajnya sekali. Oleh yang demikian, terdapat kemungkinan la untuk ayat-ayat al-quran itu berubah makna.

Di dalam solat, menurut Imam Nawawi, sekiranya bacaan pada rukun qauli itu merubah maknanya maka batal solatnya. Tetapi sekiranya tidak berubah maka tidak batal. Walaupun begitu, seseorang haruslah berusaha sebaik mungkin untuk belajar cara penyebutan atau ilmu tajwid. Sekiranya ternyata seseorang itu tidak boleh menyebut(pelat), maka itu dimasukkan pada kategori yang dimaafkan.

Menjawab soalan kedua, solat merangkumi Rukun Qauli (perkataan) dan Rukun qalbi (hati). Ini adalah hasil syarah dan pendetailan fuqaha' madzhab semasa merincikan ilmu Fiqh (azZuhaliy, Fiqh Islami). Begitu juga rukun-rukun solat, spt Rukun 13 itu adalah rincian dalam madzhab Syafi'iy. Istilah-istilah dan perukunan ini disandarkan kepada dalil-dalil. Salah satu daripada dalil itu adalah HR Bukhari-Ahmad,"solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat."

Juga kaedah usyul feqh: "Dasar dalam Ibadah ialah Tauqif (tunggu perintah) dan Ittiba' (ikutan)."
Apabila fuqaha'/ulama' mengkaji bentuk solat Nabi saw, maka mereka merincikan solat itu ada rukun qauli seperti menyebut Takbir Iftitah, "Allahu Akbar" dengan jahar (nyata dengan perkataan melalui sebutan lidah), begitu juga bacaan2 yang lain.

Dalil yang digunakan ialah hadis-hadis dan athar yang dihimpunkan mengenai tatacara solat Nabi saw, mana bacaan baginda yang dikuatkan (nyaring) dan manakah bacaan yang diperlahankan. Jika Nabi membaca secara senyap, sahabat masih boleh melihat mulut Nabi bergerak dengan melihat pergerakan janggutnya (Bukhari-Muslim) Ini menunjukkan solat itu ada rukun Qauli.

Kadar kuat (nyaring) atau perlahan itu ada disebut dalam dalil hadis riwayat Abu Daud, alHakim (disahihkan olehnya), azZahabi (disepakatinya) bahawa Nabi menegur Abu Bakar, supaya mengangkat sedikit suaranya (kerana terlalu perlahan) dan Umar ra merendahkan sikit bacaanya kerana terlalu nyaring.

Adapun solat dan membaca dengan hati ini bukanlah dari Nabi saw, tapi ajaran solat adDaimun (solat dengan hati yang diwartakan sesat). Ruj: Albani, Sifat Solatun Nabiyy.

Sekian. Wassalam.

Rujukan
Tafsir Al-Quran Pimpinan Ar-Rahman
Terjemah Al-Azkar – Al-Imam An-Nawawi
Ilmu Tajwid Cara Mudah dan Berkesan 


http://solatjemaahjumaat.blogspot.my/2008/12/rukun-qauli-bacaan-dalam-solat.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...