Selasa, 20 Disember 2016

WAHAi SaHaBATku

Gambar hiasan sahaja

Wahai sahabatku, 
pandanglah pemakaman nun di sana, 
dan saksikan betapa banyak pusara di dalamnya;
berapa ratus ribu manusia tidak berdaya berbaring di sana di dalam kegelapan.
setiap orang di antara mereka telah membanting tulang dan berjuang,
telah terbakar oleh harapan hampa dan ketamakan, dan
pakaian-pakaian gemerlap bertatahkan ratna mutu manikam.

Mereka mengumpulkan berguni guni emas dan perak,
merampas nafkah orang ramai , dan berlumba-lumba
dengan tipu muslihat , mencari wang banyak;
namun, akhirnya dengan penuh keluh penyesalanan
mereka dibaringkan untuk menghadaapi ajal.

Gudang harta kekayaan mereka penuhkan,
dan di dalam jiwa mereka
tertanam dalam benih-benih
ketamakan;
tetapi, akhirnya,
semua itu mereka tinggalkan.

Sungguh menyedihkan, dengan tidak terduga-duga
terjebaklah mereka di pintu kematian,
dan di sana cangkir takdirlah
yang akan mereka minum.

Wahai sahabatku, renungilah kebimbingan hatimu,
dan bergegaslah engkau ke pintu taubat;
jika tidak, ketahuilah olehmu,
engkau akan terseksa untuk selama-lamanya.

Petikan karya Al-Anshari dari Hirat kpw -xx


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...