Khamis, 29 Jun 2017

Imam Mohammed diangkat sebagai hero

BantuanNya yg patut dihebahkan utk umat Melayu
BUAT 'RACIST' DAN PEMBULI DI MALAYSIA

Sebelum kalian meneruskan pembacaan... ucapkan Alhamdulillah. Bersyukur kerana 2 kejadian selepas 'ada perancangan provokasi' membangkitkan kebencian masyarakat barat kpd Islam di London telah berubah serta merta dari  negatif kpd positif.

Pertama kebakaran di Grenfell Tower, London. Ketika umat Islam sedang beribadat pada 10 malam terakhir Ramadhan dan sesetengahnya menunggu bersahur, berlaku kebakaran di apartment tersebut. Penghuni2 Islam bertungkus lumus mengejutkan penduduk dan telah berjaya menyelamatkan ratusan penghuni apartment tersebut.

Dgn kuasaNya, amaran kecemasan dari sistem kebakaran tidak berfungsi. Semuanya ada hikmah. Keesokan harinya media melaporkan, penduduk bukan Islam bukan sekadar mengucapkan terima kasih tetapi turut memberikan bunga tanda penghargaan mereka.

Cerita kedua pula yg berlaku sebelum umat Islam berhari raya. Cerita yg mendapat publisiti yg sgt meluas sehingga Putera Charles dtg menemui Imam Mohammed Mahmoud utk mengucapkan syabas dan menganggapnya sebagai hero.

Kejadian seorang lelaki yg melanggar umat Islam bersolat di Masjid Finsbury Park telah menggemparkan sekali lagi masyarakat England.  Umat Islam mendapat pujian ramai terutama Imam Mohammed Mahmoud yg telah menyelamatkan nyawa pembunuh.

Ketika pembunuh diserang hampir 100 org yg marah tindakannya melanggar umat Islam sambil mengeluarkan kata2 yg menyakitkan hati umat Islam, Imam Mohammed dtg menenangkan keadaan.

Pihak media dan org ramai menganggap tindakan itu sebagai hero. Malah mereka memohon maaf kpd umat Islam atas kejadian tersebut.

Seorang wanita dtg dgn sekuntum bunga memohon maaf kpd umat Islam atas kejadian tersebut... apa kata Imam Mohammed.." This criminal doesn't present you...."

Moralnya kpd umat Melayu di Malaysia kpd pembuli atau mereka yg suka menghukum pencuri atau penjenayah kecil yg lain, ambillah tindakan yg sama seperti Imam Mohammed. Walaupun ada  yg mati dlm kejadian tersebut, Imam Mohammed telah menyelamatkan nyawa pembunuh terbabit.

Impaknya ia kemenangan umat Islam. Tidak perlu provokasi atau serangan senjata, cukup sekadar dgn akhlak sudah mampu mengubah berjuta penduduk England dari persepsi negatif kpd positif.

Di Malaysia jika mahu Islam berkembang dgn pesat seperti di England bawalah Islam dgn akhlak... bukan dgn kebencian politik perkauman, bukan dgn membelasah org atau membuli org.

Di sekolah2 patut guru2 menanamkan semangat kpd anak2 murid, jika ada murid dibuli mereka mesti bertindak sebagai org tgh menenangkannya bukan sama2 membuli. Anugerahkan kpd mana2 murid yg bertindak demikian. Insyallah suatu hari nanti ramai anak2 Melayu menjadi 'hero'.

Petikan dari
Norman Liverpool

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...