Ahad, 11 Jun 2017

8 RANGKAIAN KATA INDAH - RABIATUL ADAWIYAH

Gambar hiasan sahaja

  1.  "Barang siapa yang menyukai sesuatu, nescaya banyak menyebutnya".
  2.  "Mencari rumah untuk dijadikan tempat tinggal amat mudah, tetapi mencari jiran amatlah sukar".
  3.  "Apabila ada kegembiraan dengan musibah seperti kegembiraannya dengan nikmat, itulah tanda keredhaan Allah".
  4.  " Tuhanku, tidakku dengar suara binatang mengaum, tidakku dengar desiran pohon bergeser, tidak ada air yang mengalir, tidak ada siulan burung yang menyanyi, tidak ada nikmatnya teduhan yang melindungi, tidak ada tiupan bayu yang bertiup nyaman daan tidak ada dentuman guruh yang menakutkan, melainkan ia menjadi bukti keEsaan-Mu, serta tidak satu pun yang sama dengan-Mu".
  5. "Biar waktu yang akan membuktikan bahawa tiap langkah yang dipijak, tiap titisan darah dan keringat yang mengalir, tiap jiwa yang melayang, akan sampai pada satu keadaan di mana keadilan adalah nadinya, kesejahteraan adalah nafasnya, kebijaksanaan adalah sifatnya, dan redha Allah adalah tujuannya."
  6. "Ya Allah ya Tuhanku. Aku berlindung kepada Engkau daripada segala yang boleh memesongkan aku daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!".
  7. "Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan menganugerahkan sekeping hati? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah yang dinamakan cinta."
  8. "Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jikaaku menyembah-Mu kerana tamak pada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar dan berilah aku peluang untuk melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...