Khamis, 29 Jun 2017

_TIGA PERKARA_

 _Pada suatu hari Rasulullah saw duduk bersama:  sahabatnya; bertanya kepada mereka._
 _bermulaIah di tanyakan kepada Saidina Abu Bakar:_

*"Apa yang kamu suka dari dunia ini?"*  _dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra_
*Aku suka dari dunia ini 3 perkara*

 _1.duduk duduk bersama rasulullah saw._
 _2.melihat wajah mu ya rasulullah saw._
 _3.aku korbankan harta ku untuk mu ya rasulullah saw "_

*lalu rasulullah saw bertanya dengan saidina umar ra.*  _"Bagaimana pula dengan mu ya Umar?"_
*jawab Saidina Umar ra. "ada 3 perkara juga yang aku suka:*

 _1.membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya._
 _2.mencegah kemungkaran wlaupun dalam keadaan terang-terangan_
 _3.berkata yg benar walaupun pahit"_

*"dan bagaimana pula denganmu wahai uthman?"*

*berkata Saidina Uthman ra.*
_"ada 3 perkara yang aku suka:_

 _1.memberi makan_ 
 _2.memberi salam_
 _3.bersolat malam di waktu manusia tidur"_

*"bagaimana pula dengan kamu wahai ali ra ?"*

*"aku juga cintakan 3 perkara:*

 _1.memuliakan tetamu_
 _2.berpuasa di musim panas_
 _3.dan memukul musuh dengan pedang"_

*kemudian bertanya rasulullah saw pada Abu Dzar. ra*

*"apa yg kamu suka di dunia ini?"* _berkata Saidina Abu Dzar ra_ *"aku suka 3 perkara di dunia ini:*

 _1.lapar_
 _2.sakit_
 _3.mati"_

*kemudian rasulullah bertanya, "kenapa wahai Abu Dzar?"*

_berkata saidina Abu Dzar ra,_
 1. _"aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati._
2. _aku sukakan sakit kerana untuk mngurangkan dosaku._
3 _aku sukakan maut kerana untuk bertemu tuhanku"_

*kemudian bersabdalah rasulullah saw "aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:*

 _1.wangian_
 _2.wanita yang solehah_
 _3.solat menjadi penyejuk mata ku"_

*kemudian di waktu itu turunlah malaikat jibril as memberi salam pada rasulullah saw & para sahabat.*

*kemudian malaikat Jibril mengatakan "aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara" :*

 _1.menyampaikan risalah_
 _2.menunaikan amanah_
 _3.cinta terhadap orang miskin"_

*kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata "Sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah swt berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:*

 _1.lidah yang sentiasa berzikir_
 _2.hati yang sentiasa khusyuk_
 _3.jasad yang sabar menanggung ujian"_

*AllahuAkbar..

 _Apa yang kita dengar dapat kita amalkan, kita sampaikan dan kita ambil ikhtibar_ 

Wahai sekalian yang membaca ....

Maka, alangkah baiknya, jika kita dapat sebarkan maklumat ini kepada insan-insan yang kita kenali.

Moga2 bermanfaat & agar ada hati-hati insan yang Allah izinkan bergerak untuk menjadi lebih baik.
In Shaa Allah...
Wallahualam Bissawab.
[6/23, 12:14 AM] ADK - Jasni: Penyakit *UJUB* ialah perasaan kagum dan bangga diri dengan kelebihan dan kebaikan yang dimiliki. 

Ia adalah muqaddimah kepada *takabbur* _(sombong/angkuh)_ apabila dia mula membandingkan dirinya dengan org lain.

_*Imam Ibnu Qoyyim al-Jauziyah rahimahullah*_  (691H1270M) _berkata dalam nasihatnya..._
                                                
"Jika Allah mudahkan bagimu mengerjakan *solat malam*, maka janganlah memandang rendah orang-orang yang tidur."

"Jika Allah mudahkan bagimu melaksanakan *puasa*, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berpuasa dengan tatapan menghinakan."

"Jika Allah memudahkan bagimu pintu untuk *berjihad*, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berjihad dengan pandangan meremehkan."

"Jika Allah mudahkan pintu *rezeki* bagimu, maka janganlah memandang orang-orang yang *berhutang* dan kurang rezekinya dengan pandangan yang mengejek dan mencela kerana itu adalah titipan Allah yang kelak akan dipertanggungjawabkan."

"Jika Allah mudahkan *pemahaman agama* bagimu, janganlah meremehkan orang lain yang belum faham agama dengan pandangan hina."

"Jika Allah mudahkan *ilmu* bagimu, janganlah *sombong* dan *bangga diri* kerananya, sebab Allah lah yang memberimu pemahaman itu."

"Dan boleh jadi orang yang tidak mengerjakan qiyamullail, puasa (sunnah), tidak berjihad dan sepertinya *lebih dekat* kepada Allah darimu."

"Sesungguhnya jika engkau terlelap tidur semalaman dan pagi harinya menyesal... 
lebih baik bagimu daripada qiyamul lail semalaman namun pagi harinya engkau merasa *TAKJUB* dan *BANGGA* dengan amalmu."

Sebab tidak layak orang merasa bangga dengan amalnya kerana sesungguhnya dia tidak tahu amal yang mana yang Allah akan terima."

_*SAMA-SAMA KITA INGAT MENGINGATI.*_

Juga Peringatan Diri sendiri


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...