Ahad, 14 Mei 2017

BUKALAH...

Muhammad Zahir
Jika orang Mukmin hendak membaca Al-Quran, hendaklah dia membuka mata, telinga dan hatinya. Mereka wajar membaca secara tartil, berusaha memahami kalam ilahi kerana Allah SWT telah meletakkan rahsia dan hikmat di dalamnya. Al-Quran diturunkan agar diperhatikan isi kandungannya.

Firman Allah SWT:
كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

_(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (Surah Sad:29)_

(Dr Yusuf Al-Qaradhawiy - Nafahat Al-Jumaah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERNIAGALAH DENGAN JUjUR

☆Tadabbur Kalamullah 15 Jamadil Akhir 1447H☆ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأۡكُلُوۤا۟ أَمۡوَ ⁠لَكُم بَیۡنَكُم بِٱلۡبَـٰطِلِ إِلَّ...