Jumaat, 13 Julai 2012

12 SiFaT SaHaBaT


Gambar hiasan je...

12 SiFaT SaHaBaT

1. JIKA engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. JIKA engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik
                persahabatanmu itu.
3. JIKA engkau perlukan pertolongan daripadanya, sedaya upaya ia akan membantumu.
4. JIKA engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan
                baik.
5. JIKA ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau
                menyebut kebaikanmu.
6. JIKA ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. JIKA engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. JIKA engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan
                kesusahanmu.
9.   JIKA datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu.
10. JIKA engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. JIKA engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12. JIKA kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk
                 menjaga kepentingan persahabatan.

Renung-renung...tenung-tenung

1 ulasan:

  1. No 6 Tu ada tambahan...jika kau membuat kesilapan , dia akan menegurmu.
    No 10. Jika kata-kata daripadamu ,tidak benar, dia juga akan membetulkanmu...bukan membenarkan sahaja..okey..emmm

    BalasPadam

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...