Selasa, 14 Julai 2015

SYAIR MERANTAU IMAM SYAFIE

Merantaulah…
Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang
Merantaulah…
Kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah,
manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang
Aku melihat air menjadi rusak karena diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang
Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa
Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran
Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang
Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan


Ahad, 12 Julai 2015

Pesanan PAK HABiB TENGKU KHAIRULLAH

Awaslah Musuh Dalam Selimut

Engkau takut sangat barangmu kena rompak
Juga engkau curiga ditipu orang
Lebih-lebih lagi engkau takut barang-barang berharga dicuri orang
Tapi engkau tidak sedar

Ilmu engkau telah merosakkan hati engkau dengan kesombongan
Kekayaan engkau telah merobek-robek iman engkau dengan kesombongan dan riyak
Kefasihan dan kepintaran engkau bercakap dan berpidato mengorbankan pahala engkau
Pujian orang, nama dan glamour telah menghapuskan keikhlasan engkau

Kekuasaan, pangkat dan kedudukan engkau telah merosakkan iman dan ketaqwaan engkau
Bahkan entah apa lagi yang telah mengorbankan amal solehmu
Rupanya apa yang engkau milik, dapati, punyai, kuasai yang memang engkau suka itulah yang menjadi musuh engkau
Ia telah mencuri iman engkau
Ia telah merompak ketaqwaan engkau
Ia telah menyamun barang yang lebih mahal daripada harta dan kekayaan engkau
Semua yang engkau milik telah mengoyak-ngoyak keredhaan Tuhan
Tapi engkau tidak sedar

Engkau tidak perasan musuh di dalam selimut telah merosakkan engkau
Bukan musuh dari luar yang engkau takuti
Bukan perompak dan penyamun dari luar yang engkau curigai kesayangan engkau

Apa yang engkau suka dan cintai
Kesukaan dan kecintaan engkau yang telah menipu engkau
Bukan pencuri, tidak juga penyamun
Engkau telah ditipu oleh penghibur engkau sendiri

Engkau takut ilmu engkau hilang
Tapi ilmu engkau sendiri telah menghilangkan iman engkau
Engkau takut harta dicuri orang, tapi harta engkau menjadi pencuri
Engkau takut jawatan engkau dijatuhkan orang

Tapi jawatan engkau yang menjatuhkan engkau

Engkau akan menjadi orang yang papa-kedana di Akhirat nanti

budak 5 tahun lahir dari bukan islam tahu mengenai islam


5-year-old Tanzanian boy converts thousands of people to Islam


Ahad, 5 Julai 2015

AL-QURAN ITU

1. S: Berapa jumlah Surah dalam al-Qur'an? - J: 114 Surah
2. S: Berapa jumlah Juz dalam al-Qur'an? - J: 30 Juz
3. S: Berapa jumlah Hizb dalam al-Qur'an? - J: 60 Hizb
4. S: Berapa jumlah Ayat dalam al-Qur'an? - J: 6236 Ayat
5. S: Berapa jumlah Kata dalam al-Qur'an? Dan Berapa Jumlah Hurufnya?- J: 77437 Kata, atau 77439 Kata dan 320670 Huruf.
6. S: Siapa Malaikat yang disebut dalam al-Qur'an? 
    J: Jibril, Mikail, Malik, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazoh, Al-Kiromulkatibun
        HamalatulArsy, dll.
7. S: Berapa Jumlah Sajdah (ayat Sujud) dalam al-Qur'an? - J: 14 Sajdah
8. S: Berapa Jumlah para Nabi yang disebut dalam Al-Qur'an? - J: 25 Nabi
9. S: Berapa Jumlah Surah Madaniyah dalam al-Qur'an? Sebutkan. 
    J: 28 Surah, al-Baqoroh, al-Imron, al-Nisa" al-Maidah, al-Anfal, al-Tawbah, al-Ra'd, al-Haj, 
        al- Nur, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Hujurat, al-Rahman, al-Hadid, al-Mujadilah, 
        al-Hasyr, al-Mumtahanah, al-Shaf, al-Jum'ah, al-Munafiqun, al-Taghabun, al-Thalaq, al-Tahrim,
        al-Insan, al-Bayinah, al-Zalzalah, al-Nashr.

10.S: Berapa Jumlah Surah Makiyah dalam al-Qur'an? Sebutkan. 
     J: 86 Surat, selain surah tersebut di atas.
11.S: Berapa Jumlah Surah yang dimulai dengan huruf dalam al-Qur'an? J: 29 Surah. 
12.S : Apakah yang dimaksud dengan Surah Makiyah ?, sebutkan 10 saja.
       J: Suarah Makiyah adalah Suarah yang diturunkan sebelum Hijrah, seperti: al-An'am, al-Araf, 
       al-Shaffat, al-Isra', al-Naml, al-Waqi'ah, al-Haqqah, al-Jin, al-Muzammil, al-Falaq.
13.S: Apakah yang dimaksud dengan Surah Madaniyah? sebutkan lima saja?
     J: Surah Madaniyah adalah Surah yang diturunkan setelah Hijrah, seperti: al-Baqarah, al-Imran, 
        al-Anfal, al-Tawbah, al-Haj.
14.S: Siapakah nama para Nabi yang disebut dalam Al-Qur'an? 
     J: Adam, Nuh, Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub, Musa, Isa, Ayub, Yunus, Harun, Dawud,
        Sulaiman, Yusuf, Zakaria, Yahya, Ilyas, Alyasa', Luth, Hud, Saleh, ZulKifli, Syuaib, Idris,
        Muhammad Saw.
15.S : Siapakah satu-satunya nama wanita yang disebut namanya dalam al-Qur'an? 
       J: Maryam binti Imran.
16.S : Siapakah satu-satunya nama Sahabat yang disebut namanya dalam al-Qur'an? 
      J: Zaid bin Haritsah.
17.S : Apakah nama Surah yang tanpa Basmalah? J: Surah at-Tawbah.
18.S : Apakah nama Surah yang memiliki dua Basmalah?- J: Surah al-Naml.
19.S : Apakah nama Surah yang bernilai seperempat al-Qur'an? J: Surah al-Kafirun.
20.S : Apakah nama Surah yang bernilai sepertiga al-Qur'an? J: Surah al-Ikhlas
21.S : Apakah nama Surah yang menyelamatkan dari siksa Qubur? J: Surah al-Mulk
22.S : Apakah nama Surah yang apabila dibaca pada hari Jum'at akan menerangi sepanjang minggu ?
J: Surah al-Khafi.
23.S : Apakah ayat yang paling Agung dan dalam Surah apa? 
      J: Ayat Kursi, dalam Surah al-Baqarah ayat No.255.
24.S : Apakah nama Surah yang paling Agung dan berapa jumlah ayatnya? 
      J: Surah al-Fatihah, tujuh ayat.
25.S : Apakah ayat yang paling bijak dan dalam surah apa?
      J: Firman Allah Swt :" Barang siapa yang melakukan kebaikan sebesar biji sawi ia akan lihat,
       Barang siapa melakukan kejahatan sebesar biji sawi ia akan lihat, Surah al-Zalzalah ayat 7-8.

26.S : Apakah nama Surah yang ada dua sajdahnya?  
     J: Surah al-Haj ayat 18 dan ayat 77.
27.S : Pada Kata apakah pertengahan al-Qur'an itu di Surah apa ? ayat no Berapa ?
     J: وليتلطف Surah al-Kahfi ayat No. 19.
28.S : Ayat apakah bila dibaca setiap habis Shalat Fardhu dapat mengantarkannya masuk 
     ke dalam surga ? J: Ayat Kursi.
29.S : Ayat apakah yang diulang-ulang sebanyak 31 kali dalam satu Surah dan di Surah apa ?
    J: Ayat فبأي آلاء ربكما تكذبانِ ) pada Surah al-Rahman.
30.S : Ayat apakah yang diulang-ulang sebanyak 10 kali dalam satu Surah dan di surah apa ? 
    Apakah ayat ini ada juga disebut dlm surah lainnya? Di Surah apa?
    J: Ayat ( ويل يومئذ للمكذبين ) pada Surah al-Mursalat, juga ada dlm Surah al-Muthafifin ayat No. 10.
31.S : Apakah Ayat terpanjang dalam al-Qur'an ? pada Surah apa? Ayat berapa?

    J: Ayat No 282 Surah al-Baqarah.

Sabtu, 4 Julai 2015

TAZKiRAH


Sebaik mana pun diri kita, sebanyak mana pun amalan kita, setinggi mana pun kedudukan kita, jangan sampai kita mempunyai walau sebesar zarah pun perasaan bahawa kita lebih baik daripada orang lain.

Hari ini, ramai org bersolat di masjid, membaca Al-Quran, memberi sedekah, menunaikan solat sunat, menuntut ilmu.. Tetapi ramai juga dalam masa yang sama terdetik di dalam hatinya bahawa dia lebih baik daripada sahabat-sahabatnya yang tidak melakukan apa yang dia lakukan..

Jika kita mempunyai perasaan seperti ini, berwaspadalah.. Sesungguhnya perkataan ANA KHAIRUN MINHU (aku lebih baik daripadanya) merupakan perkataan yang telah menukarkan iblis laknatullah daripada seorang hamba Allah yang paling MULIA di sisi-Nya kepada makhluk yang paling HINA sehinggalah ke hari kiamat..

Iblis yang dahulunya lebih tinggi darjatnya daripada para malaikat, setelah melafazkan perkataan ANA KHAIRUN MINHU, kini menjadi makhluk paling dilaknati Allah.. Hanya kerana merasakan dirinya lebih baik dan lebih suci daripada Adam a.s. dan enggan tunduk hormat kepadanya..

Maka, fikirkanlah sehina mana martabat kita di sisi Allah yang sudah sedia kala hina lagi apabila kita merasakan diri kita lebih baik daripada sahabat-sahabat kita, walaupun ilmu dan amalan kita lebih banyak daripada mereka..

Syaitan lebih menyukai hal ini daripada pelaku maksiat.. ini kerana pelaku maksiat tahu bahawa mereka melakukan maksiat dan sedar akan dosanya.. Tetapi golongan yang bersifat holier-than-thou ini sampai bila-bila tidak akan menyedari bahawa dirinya melakukan dosa yang sangat besar impaknya.. Dia akan terus merasakan dirinya suci dan soleh serta mengganggap sahabat-sahabatnya yang lain sebaliknya..

Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada sifat yang terkutuk ini.

Moga BERMANFAAT.
Berikut juga pesanan untuk diri saya sendiri dan Saya sampaikan buat sahabat-sahabat, mungkin ada sikit pahala buat saya, walaupun saya tak mampu untuk laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.


TUJUH SUNNAH NABI SAW ITU ADALAH:

PERTAMA: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

KEDUA: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

KETIGA: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

KEEMPAT: Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

KELIMA: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

KEENAM: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

KETUJUH: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun.

Sent from Samsung Mobile

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...